Jumaat, 30 Disember 2011

Mari main- main dengan juzuk dan muka surat dalam al-quran!

Jom tarik al-quran, letakkan di hadapan anda sekarang.

Satu cara yang mudah untuk cari muka surat dalam al-quran. Contohlah kita mau cari juzuk ke-5.
Mula- mula tolak dengan 1. 
5-1=4
Kemudian darab dengan 2.
4x2=8
Kemudian letakkan nombor 2 selepas jawapan akhir tadi.
= ms 82
Ambil al-quran anda dan selak muka surat 82, tadaaa... juzuk 5 bermula!

Juzuk 16 pula ya.
16-1= 15
15x2=30
Letakkan nombor 2 di belakang jawapan.
= ms 302.
Tada... jumpa pun dalam al-quran!

Aku cuba dalam al-quran tafsir aku. Harap- harap jumpa juga dalam al-quran anda. Mari- marilah sama mengungkapkan subhanallah :)

- taken from facebook. hihi

Khamis, 29 Disember 2011

Fiksyen 302


   Aku Noorhafiza Izura. Aku peguam bijak, licik. Aku pandai pegang Seksyen 302. Dan aku mungkin sombong, well aku kan peguam terkenal. Suatu hari, firma aku terima cek RM20k. Untuk wakili suspek pembunuhan. Dia Lan Lani. Dia bunuh mangsa. Bunuh dengan gantung. Seolah hukuman gantung mandatori. Dan ukir nombor 302 di dahi mangsa. Dan dia serah diri di tempat kejadian tanpa seurat benang, ergh.

Aku terima kes itu. Tapi selepas aku jalankan, jadi peguamnya. Aku dapati Lan Lani gila, sakit mental. Dia kata Zonan yang bunuh, bukan dia. Zonan itu roh jahat tidak berjasad. Mukanya tidak berwajah. Kau bayangkan saja dia bertopeng putih. Cuma nampak kedua matanya saja. Tapi dalam masa terdekat, makin ramai yang jadi mangsa. Sungguhpun bukan Lan Lani yang bunuh, tapi mangsa- mangsa merupakan berkait antara satu sama lain. Semuanya diconteng nombor 302 di dahi. Dan semuanya kunci kepada kes pumbunuhan beberapa tahun lalu. Mayat Zarina Mustapha yang masih kabur pembunuh sebenarnya.

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Ja'ah. Semua itu yang bunuh kunci kepada pembunuhan Zarina Mustapha. Dan mereka kembali ke hospital mental. Tapi aku, Noorhafiza Izura pula yang dikejar Zonan. Aku resah. Mengapa pula aku yang dicari? Aku sangkakan Zonan cuma roh yang ganggu minda manusia. Rupanya dia realiti. 

Sehinggalah pada suatu malam, dia ceroboh rumah aku. Mata pisau sudah terhunus pada tubuhku. Sehingga pada saat sakaratulmaut, aku cabut topeng putihnya. Dan aku temui yang pemilik wajah itu sebenarnya... 

p/s: Novel ini memang pandai buat helah. Dan aku memang puas hati sebab aku dapat kejutan di akhir cerita. Dan Fiksyen 302 memang buat aku teringat akan CSI. Jom tepuk tangan sikit kepada penulis novel ini (^.^)Y

p/s: Jangan percaya! Sungguhpun ada saja realiti negara,masyarakat, komuniti,  mungkin ada khabar angin yang tak perlu kita percaya sungguhpun ramai yang mengiyakan. 

Khamis, 22 Disember 2011

Arakiannya, pada suatu petang, aku membentangkan tajuk pendidikan seks akibat pembuangan bayi yang berleluasa di negara kita. Dalam kumpulan. Dalam subjek titas.  Pujian yang diterima untuk pembentangan dalam kelas lain sebelum ini tak menjamin aku untuk tidak berdebar, nervous dalam membuat presentation di hadapan kelas. Dan juga tidak menjamin ke'best'an dan kemantapan dalam membuat pembentangan tajuk ini. 

Sehinggalah pada suatu slide, begini ayatnya: 


Maka bertanyalah kawan- kawan, apakah maksud point ketiga itu?
Aku menjawab, "Contohlah, boyfriend kita minta buat seks dengan kita, so kita cakaplah tak boleh". Dan pada waktu itu, ustaz tembak
 "Tapi sebenarnya boleh ke ada perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin?"
 dan apa entah lagi, aku pun tak ingat.

Maka terkedulah sari untuk menjawab soalan. Susah juga ya untuk memberi respond ketika bercakap dan menulis. Bercakap ni lebih kepada spontan kan.

Maka, jawapanku dalam bentuk tulisan...
" kat sini dah jadi norm untuk bercouple- couple. Orang kan selalu hanyut dalam kebiasaan satu komuniti kan. Gayut dengan boyfriend, aku dah lali tengok dari dulu. Ada orang untuk bermesra- mesraan, luah perasaan dan memasang harapan. Kadang- kadang hati memang terasa nak ke level sana, tapi aku lagi suka jatuh hati, dan dia terus bersedia ke stage bertunang dan kahwin terus. Aku tak kisah tiada pelamin untuk bertunang. Aku tak kisah hantaran tak berbelas ribu. Aku cuma ingin teman berborak yang best. Aku nak layan keluarga dia macam keluarga aku, tanpa rasa kekok. Aku nak buang sifat narcissism bila kongsi hidup dengan dia. Aku nak dia tu peramah sebab aku jenis pendiam. Aku nak dia jaga aku tanpa rasa konkongan sebab dia percayakan aku. Dan ustaz, saya nak lari dari tipikal dalam komuniti sini. Dan saya harap, saya tak perlu jawab 'tidak, belum lagi' kepada mana- mana lelaki" :)

p/s: Lagipun mana boleh sampai level sana, sebab tiada yang berani approach kat Sari pun *peace*



Khamis, 15 Disember 2011

Cik Beah yang awesome!



Cik Beah yang awesome!

Apa aku nakbuat selepas degree nanti

Wahai Tuhan yang mahu tahu apa yang telah, tengah, dan akan berlaku dalam sekalian alam, pada umat Islam, pada Malaysia, pada insan yang kukenal dekat mahupun jauh, pada keluarga aku dan perempuan ini, mudahkanlah urusan kami. 

Salah satu cita- cita aku agar aku tak hanyut dan masih dalam track yang sama :)

Eh kahwin? :>


Sabtu, 10 Disember 2011

Teater Asrar 2


Arakiannya, muncullah pada suatu tempat, seorang lelaki bernama Sulaiman. Memakai songkok, berkemeja. Kemeja nampak lusuh. Begitu juga seliparnya. Nampak zuhud. Dalam kelas, lisannya lantang berbicara tentang agama. Hadis demi hadis dikemukakan untuk menegakkan agama. Mulutnya petah berbicara tentang pemimpin yang tak patut dipatuhi arahannya jika itu bertentangan dengan arahan Tuhan sekalian alam. Namun, dia harus mengangguk saja bila ditegur pensyarahnya supaya ambil saja iktibar buku teks. Silibus saja yang akan keluar dalam peperiksaan nanti.

Kerana kelantangannya, maka datanglah seorang teman meminta pertolongan. Bagaimana caranya untuk teman ini mahu berubah menjadi lebih baik. Dia pun memberi pandangan. Memberi pinjam buku agama agar masalah dapat diselesaikan. Menjadi orang tengah dalam perbalahan temannya tadi. Semuanya dia. Dialah yang paling protagonis.

Namun begitu, Sulaiman tak banyak pengalaman. Sulaiman tak banyak belajar daripada pelbagai karenah manusia di muka bumi. Dia kurang kawan. Dan mungkin dia kantoi bila berdepan dengan munafik yang bertopengkan kawan. Maka jatuhlah Sulaiman. Hatinya mati bila terdengar fitnah. Maka dipukulnya teman yang sesal di awal cerita tadi (sehingga mati).

Sulaiman arif tentang hadis. Aku tidak. Tapi Sulaiman jatuh di pertengahan jalan. Aku? Masihkah dapat bertahan sehingga ke hujungnya?

"Badan itu barang binasa. Roh itu selama-lamanya. Maka bebaskan roh itu daripada badan binasa"- Pementasan Teater Asrar 2

p/s: Sulaiman itu watak pembantu cuma. Maka masih banyak yang boleh diceritakan tentang watak utamanya. Eh apa nama dia? Jayed? Daripada nama Zaid eh? Eh Jade! Tiba- tiba teringat Rooftop Rant :)

Isnin, 5 Disember 2011

marah yang tiada guna jika memancarkan juga pada orang lain yang tak bersalah


Remuk. Nangis. Kalau. Sayu. Geram. Sakit hati.

Semua ini ada hari ini. Air mata tak habis- habis mengalir. Sampai semua tempias pada orang lain. Sampai semua kesyukuran dah lari entah ke mana dalam diri. Sampai semua amarah dan muka masam terpantul di cermin.

Sari, kena ingat. Bila orang tegur kita, kita balas dengan penuh senyuman ya. Bukan ala kadar.

Sari, kena ingat. Muka biar senyum. Jangan pancar masam tu.

Sari, kena ingat. Jangan biar mak korban semua. Sambut mak baik- baik katanya. Jangan biar mak susah hati. Jangan paling muka daripada mak barpun sebenarnya marah pada orang lain.

Hari Isnin memang penuh dengan ajaran pada hari ini ya. Moga aku juga belajar hari ini.

p/s: Semalam aku lihat satu lelaki, satu perempuan dan kanak- kanak perempuan. Aku assume mereka satu keluarga. Menjamu makan malam. Dan si perempuan itu muka masam. Mereka tidak bermesra. Kalah dengan couple (mungkin) yang berpaut pada lengan masing- masing yang aku lihat sebelum itu. Aku asyik menghakimi, asyik bertanya pada diri sendiri. Dan akhirnya, malam ini, aku bertukar watak. Menjadi perempuan itu. Cepat sungguh Tuhan ajar aku kan. Tak sampai 24 jam daripada view semalam yang lihat :')

Khamis, 24 November 2011

you were my random awesome


Si gadis itu sentiasa mengharapkan yang baik- baik aja untuk awak. Sungguhpun dia kadang- kadang menafikan kehadiran awak.

Lihat dari mata, tangan dan apa- apa saja pada awak, si gadis itu sentiasa ingat. Masihkah awak ingat?

Atau yang paling mudah, masihkah kau ingat random awesome itu?

Aku masih ingat. Akulah gadis itu. Mahukah kau menjadi sang 'awak' itu?

Sabtu, 19 November 2011

Sari dan novel

Aku mempunyai kriteria sendiri dalam membaca novel.Terutama novel Melayu. Memilih bukan? Kriteria aku, haruslah bukan novel di mana jalan ceritanya terover antara hero dan heroin. Aku dah pernah membebel dalam entri ini. Aku rasa macam tak syok gila kalau couple berkasih- kasihan yang over dalam kisah mereka. Yang tak boleh blah, hero tu siap jadi imam lagi dalam solat berjemaah. Tapi, cium tangan tunang dalam kereta. FAILED!

Tapi, aku juga kalau boleh tak nak juga beli novel yang boleh nampak gila islamiknya. Aku tak bangkang, tapi aku penat dan bosan. Watak dia macam sempurna gila, macam tak ada buruk pun. Dan sebab tu, selalunya aku tak beli mana novel- novel macam tu. Sehinggalah pada minggu ni. Aku ada baca review satu novel ni, dan aku tertarik. Lalu beli. Tak sampai separuh pun lagi dibaca, aku sudah bosan. Aku tak nampak sangat isu sebenar cerita ni. Aku tak terbuai dengan bahasa penulis. Tapi, takpelah. Penulis baru kan. Aku akan cuba lah meriangkan hati aku dalam menghabiskan buku ini. Cubalah berfikir positif sikit, mungkin dia nak sebarkan dakwah tu banyak sekali gus. (Sampai aku overload?) Okay, fikir positif ! :D

p/s: Surat untuk Noor Suraya.
Kaksu, saya jatuh hati dengan tulisan Kaksu. Gaya bahasanya buat saya terbuai- buai. Kisahnya buat saya tersenyum di akhir cerita. Mengapa mesti indah- indah sekali ceritera Kak Su. Dengan kisah pertama, saya asyik teringat- ingat akan Rumah Kecil di Ujung Padang. Cerita Jaja dan Din asyik buat saya gelak. Kemudian, saya baca pula Panggil Aku Dahlia. Surat Ungu untuk Nuha. Langsir Biji Remia. Hati Andriyana. Dan yang paling tak sangka- sangka, novel- novel Kak Su berkait- kait ceritanya! Ni yang rasa geram ni. Macam nak kumpul je semua, tapi apakan daya, susah betul nak cari karya Kak Su terbitan Creative Ent. Satu je perkataan yang boleh disebutkan tentang novel Kaksu:

INDAH

Ahad, 13 November 2011

midnight rant


Salah satu cara untuk memikat hati seseorang dengan memberinya hadiah. Secara random. Apa pun boleh. Coklat. Yogurt. Atau fragrance. Kad. Bookmark. Nasi goreng tomyam.

Apa sahaja.

Jumaat, 11 November 2011

karipap- karipap cinta

versi buku

Buku ini buat aku gelak tak henti- henti. Gelak macam orang gila. Nazri M Annuar memang pandai geletek aku guna bahasa dia. Dan petang tadi, aku tonton buku ini versi filem.

versi filem

OK, filem ni cuma buat aku gelak sekali dua sahaja. Terima kasih kepada Yoga yang pandai buat lawak dan Razali Bunari yang nyanyi lagu Liyana Jasmay.

Kisah dia seperti ini sebenarnya. Ali jatuh cinta kepada Sarah. Masa tu cumalah pandangan sehala Ali kerana Sarah tak tahu kewujudan Ali. Mereka berkenalan selepas beg tangan Sarah diragut durjana. Ali cuba jadi hero. Tapi Ali yang terkulai. Sarah graduan dari Al Azhar. Ali nak juga katakan yang dia ni sebenarnya ustaz. Ali tipu. Ali mahu sama darjat dengan ustaz yang mahu dijodohkan dengan Sarah. Dan kisah tipu Ali inilah yang buka cerita 'karipap- karipap cinta'.

Oh sesungguhnya,memang teruja kalau buku yang kita suka angkat kepada versi filem. Dan memang betul pun, bahawa kebanyakan filem yang dibuat berdasarkan buku tidak mampu memuaskan hati pembaca. Termasuklah pembaca yang seorang ini terhadap karipap- karipap cinta.

Aku cuma dapat memikirkan adegan- adegan yang boleh ditambah baik lagi. Seperti adegan Asha beri jemput bilis kepada Ali. Aku rasa kan, daripada mereka explain dalam dialog yang masakan Asha tak sedap, baik diorang tunjukkan dalam satu adegan baru. Contoh, pinggan berisi jemput bilis itu diletakkan di atas meja. Ali dan Yoga duduk berhadapan. Tong sampah sudah tersedia di tepi. Dan masing- masing (riak muka paling penting bebeh) tunjukkan gaya untuk nak-cuba-makan-tapi-aku-rasa-menda-ni-tak-sedap-euwh.

Adegan lain, yang Ali TERjumpa Sarah di tepi tasik tu. Biasalah, drama Melayu memang banyak kebetulan antara hero dan heroin kan. hihi. Eh jap, nak bagitahu, Ali cuba tangkap pemandangan tasik tapi gambar tu macam tak ada subjek lah weh. Macam failed je aku tengok. Aiseh. Kemudian Sarah ajak Ali pergi minum dan Ali berangan yang diorang berdua akan date, pergi minum berdua. Dan tiba-tiba Sarah ajak anak murid silat dia sekali untuk pergi minum beramai- ramai sebab Ali nak belanja. Apa kata kalau kita ubah,

Sarah: lepas ni, awak free tak? Saya nak ajak awak minum ni.
Ali: Eh saya free... (tiba- tiba ada awan dekat tepi, tunjuk yang dia pergi minum berdua dalam keadaan yang agak romantis)

Lepas tu, bila masuk dalam realiti. Rupa- rupanya kat kedai mamak tu ada 3 meja yang bersambung. Ali dan Sarah keluar minum ramai- ramai dengan budak silat tadi. Ali di hujung kiri dan Sarah di hujung kanan. Dan mimik muka Ali mesti tunjuk yang dia macam tak puas hati lah. hehe. Eh jap, yang dialog tu tadi pakai tibai je :P

Tapi kan, aku suka Asha. Aku tak hairan pun Asha dalam buku tapi dalam filem, dia ambil perhatian aku lebih daripada Sarah. Aku rasa dia pandai buat yang dia tu macam agak misteri. Tapi kan, lagi best kalau pengarah tunjukkan blog ashacintakanabangali.blogspot.com Dalam tu, adalah post dia yang tunjuk gambar Ali. Dia tangkap gambar curi tentang Ali. Barulah nampak macam Asha ni stalker yang sweet, comel tapi menakutkan. Scary gila! hikhik

Ali (atau patut kita sebut Gambit?) patut jadi lebih gelabah.

Aku suka Arman. Muka dia macam budak matrik aku dulu, dan muka macam suami Ladynoe. Tapi baru aku tahu yang sebenarnya dia tu Shawal AF ><

Apa lagi aku suka? Oh ni, aku suka pemandangan Kuala Lumpur yang dipaparkan tiap kali masa Ali menunggang motor. Aku rasa pengarah/ pengarah fotografi (ke sinematografi?) nak tunjukkan suasana KL dari pandangan mata mereka dan aku rasa ia cantik.

Selendang Sarah tutup dada tapi tunjuk rambut. Ironinyaaa...

Dan akhir sekali, dendangan Bart Rasta bebeh!
Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia










Khamis, 10 November 2011

Can you keep a secret? #1

Lagu dengan tajuk di atas nyanyian Utada Hikaru telah berulang kali aku dengar pada waktu ini. Buku dengan tajuk di atas tulisan Sophie Kinsella telah aku habiskan beberapa hari yang lepas. Sorry madam, kalau nak baca novel English berbahasa klasik, saya tak larat walaupun ramai yang adore dengan Jane Austen. Saya suka tengok Pride and Prejudice, tapi mak oi, buku, macam merangkak je baca. Lalu tersadailah buku itu di rak di bilik. Ok, kamon bebeh backspace backspace, buku "Can you keep a secret?" macam biasa lah. Buat lawak macam biasa tapi rasanya novel "remember me" buat aku gelak lagi kuat.

Oh yah, sebenarnya nak cakap not-so-random thoughts of me.

1. Saya ada lesen memandu tapi saya masih mengharap belas kasihan orang lain untuk bawa saya pergi ke mana- mana. Sedih kan.
2. Ada sesetengah tabiat sejak kecil masih tak boleh dibuang daripada hidup. Contohnya, pakai stokin.
3. Saya tak boleh define sebenarnya apa yang betul- betul ada kaitan dengan diri saya. Contohnya kalau H sangat suka warna ungu. K suka polka dot. Sari?
4. Oh ya, saya jadi sangat gila kalau pergi kedai buku. Memang kalau ada masanya, memang melayang la beratus di sana.
5. Satu- satunya filem yang buat saya SANGAT TERUJA ialah ada apa dengan cinta. Filem tu sangat... sangat indah. Oh, selain Sepi.
6. Saya amat kuat berimaginasi. Sebahagian besar imaginasi saya adalah mempunyai moment terindah yang digarap babaknya dengan lelaki yang disukai, itulah inilah, dan... mestilah babak tu takkan berlaku kan. Tsk tsk. In another way is, saya suka berimaginasi macam mana jalan cerita dalam novel atau lagu patut dimainkan. Hhahahaha. Budak ni dah berangan nak jadi krew filem ni. Contohnya, cerita rooftop rant. Dan ada satu lagu ni, selalu la jugak dengar kat radio kan... macam dah boleh imagine tau macam mana nak buat music video dia tu. Laki tu akan jatuh dengan badan dia menghadap penonton, jatuh ke satu dasar gelap lagi hitam. Lepas tu, tak tahu apa jadi dah kepada lelaki tu :P
7.Ada kajian mengatakan perempuan ni boleh berkata- kata sehingga beribu- ribu patah perkataan ya? Ok, mungkin separuh daripadanya Sari luahkan dalam hati saja. Atau dalam kata lain, monolog sorang- sorang!

Cheers! :)

Of him and her

Saya suka tengok awak berdua. Memang comel memang handsome. Tapi perlukah gambar praperkahwinan korang tu? Belum berjabat akad lagi sudah dimulakan mukadimah berlebihan. Tak kool la sandar bahu dekat tunang. Tunggulah sedikit masa lagi. Awak akan dapat sepanjang hidup untuk bersandar bahu padanya. Tak gitu?

Kepada awak, dan awak dan awak kat sana. Dan aku juga tudingkan jari ke diriku sendiri. Tak kool lah kalau berlebih- lebihan okay :)


Isnin, 31 Oktober 2011

everything will be okay



EVERYTHING WILL BE OK!

Aku inginkan belajar daripada setiap orang yang hadir dalam hidup aku. Setiap orang itu, insyaAllah akan memberi kesan dalam kehidupan kita walaupun sedikit. Makin lama, aku makin belajar banyak tentang karenah manusia. Tak cantik pun karenah tu tapi ia membuatkan aku lebih faham yang manusia itu begitu kompleksnya. Sama kompleks macam diri aku sendiri. Banyak lagi yang perlu dipelajari daripada orang lain supaya aku tak hanyut dengan sifat narcissism aku.

OK, kalau dengar masalah kronik cinta orang. Pastikan yang awak dengar daripada kedua- dua belah pihak. Lagi, jangan lupakan Tuhan ya sari. Apa lagi, ahhaa.. baru belajar yang kalau ada orang asyik tolakan ajakan kau, tolong ajak dia sekali lagi pada lasttt minute. Mana tahu sebenarnya dia mahu ikut :')

Hidup ni kan belajar. Jangan mengeluh ya :)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tolong jangan putus asa dengan aku :')

Aku adalah perempuan yang dalam hatinya, mahu berubah menjadi lebih baik. Tapi aku masih statik, macam biasa. Terkadang membuak- buak mencari pahala, tapi lebih banyak buat bodoh sahaja bila dosa bertimbun- timbun.

Tak hairanlah aku begini. Kerana ada suatu frasa yang mengatakan, "Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah orang yang paling bersedia sebenarnya". Ada saja orang yang mengajak aku ke dalam golongan di mana aku insyaAllah, akan ingat siapa pencipta aku. Pergi majlis ilmu, pergi itu pergi ini. Dan ada saja alasan aku, bermacam- macam.

Aku cuma pinta, jangan putus asa akan aku. Tolong. Aku ingin sekali cuma roh aku masih tak mampu kuasai fizikal ni. Dan aku masih mengungkapkan banyak alasan...

Rabu, 26 Oktober 2011

Jiwa demam tapi mulut tersenyum- senyum

Kau dan aku kawan. Yang secara tiba- tiba kau muncul dalam jiwa aku, dalam watak yang lain, dan tiba- tiba ada perasaan lovey- dovey terhadap kau.

Sangat menganggu jiwa aku. Dan membuatkan aku mula mengasah skill untuk berangan perkara yang 98% insyaAllah takkan jadi.

Wei, tak best tau! Syuuhh syuuhh pergi dari jiwa sari please :')

Sabtu, 22 Oktober 2011

Doa dan harapan

Jika ditanyakan kenapa kita semua sebagai Muslim mengamalkan doa- doa harian ini, maka jawapannya mudah: kita semua adalah insan. Dan insan acap kali lupa kepada Pencipta.

Maka doa- doa harian yang selalu dipandang remeh inilah yang bakal menjadi terminal- terminal buat kita semua. Sebagai terminal atau perhentian yang mengingatkan semula kita kepada Tuhan Maha Agung. Tatkala bangun tidur, Allah yang disebut. Tatkala menaiki kenderaan, Allah yang diingat. Tatkala berhadapan dengan rezeki, Allah jualah yang disyukuri. Semua ini hasil daripada kita mengamalkan doa- doa ini. Maka janganlah anda memperkecil-kecilkannya!

kredit kepada: Ahmad Badrul Sani Baharudin, Gen-Q isu no 03, ms37

Khamis, 20 Oktober 2011

al- kitab


Adalah satu kelegaan bila al- quran ada dalam simpanan masing- masing. Menjadi satu keasyikan bila al-quran itu sentiasa dibaca. Ayat- ayat cinta lebih mudah diresapi hati jika dibaca tafsir al-quran. Lagi best kalau kita dapat amalkan apa yang ada dalam al-quran tu.

Huh, apa lagi Sari?

Rabu, 19 Oktober 2011

wednesday random

Mungkin ini adalah jawapan selepas muncul banyak persoalan dan bagaimana ingin aku tangani atau kenapa karakter antara kita begitu berlainan. Kita tak punya banyak chemistry tapi aku ingin menjadi orang yang ikhlas dalam menjadi sahabatmu.






Ahad, 16 Oktober 2011

Ngeri


Haritu aku jejak PC Fair. Tapi aku keluar dengan satu novel di tangan. hahahar. Memang tak boleh dikawal budak ini pasal buku padahal sebelum tu, baru je download banyak e-book nak bagi jimatkan duit. Aku jumpa dengan banyak gila buku keluaran Fixi. Tiba- tiba macam teruja, sebab tinggal Jerat dan Ngeri yang tak beli lagi. Tapi, ada juga perasaan ragu- ragu sebab novel yang betul- betul best bagi aku cuma Pecah. Kougar buat aku kecewa. Frustrated and disappointed. Tukang jual tu kata, buku Ngeri laku. OK, duit melayang. zaaz

Cerita dia tentang Joanne, Samuel dan Rehan. 3 orang pelajar yang buat perlu menghasilkan skrip sebagai project paper dan seterusnya mengarahkan sebuah filem pendek. Tapi masalah mereka sekarang adalah skrip mereka selalu ditolak oleh pensyarah dan nak tak nak, mereka terpaksa buat skrip baru lagi dan lagi supaya project paper mereka diluluskan. Tulah, buat skrip pembunuhan yang sadis lagi. heheh.

Tapi, apa yang menakutkan adalah skrip mereka bertukar jadi realiti. Adakah pembunuh terdiri daripada trio tu?

Aku asyik gelak- gelak je bila baca buku ni. Tiba- tiba je perkara ni jadi sangat menakutkan bila pembunuhan tu agak sadis. Mula- mula, aku dapat agak siapa pembunuh dia. Yeay tapi macam tak seronok la pulak dapat tau kan >< Tapi ada suprise- suprise pada bab akhir! Terkejut den.

Hampir tiada ayat sensual. OK, itu aku suka. Apa lagi eh? Cara tulisan dia lain sebab banyak menggunakan email. Jadi, takde la banyak perenggan yang berjela- jela. Bai !

p/s: buku ini serius best. Gelak- gelak lepas tu tiba- tiba jadi scary gila.

Khamis, 13 Oktober 2011

Aku terima nikahnya

Tadi belajar tentang Maqasid al-Syariah di mana salah satu prrinsipnya adalah menjaga maruah dan keturunan manusia. Ustaz ni suka buat orang insaf sikit- sikit tau dalam kelas dia.

Cuba bayangkan ada dua pasangan lelaki-perempuan di hadapan kamu. Kita namakan A-B dengan H-I. Perbezaan antara mereka cumalah A mengucapkan kalimah "Saya terima nikahnya" iaitu A-B ada ikatan perkahwinan manakala H-I tidak. Tapi mereka melakukan perkara yang sama macam lovey- dovey things blablabla gitulah. Eh jap, ustaz cakap, kalau pengantin lelaki tu angguk je masa akad pun dikira sah. Yang selalu kita dengar sampai 2-3 kali lafaz tu, tok kadi je mengada- ngada. Heheh

Okay, cerita balik. Sampailah pada suatu masa, kedua- dua perempuan tadi tu mengandung. Kau rasa ada tak mereka dapat layanan yang sama oleh lelaki mereka? Pada pasangan A-B pastilah si isteri dan kandungan diberi layanan baik- baik. Kalau mengidam pun si suami sanggup cari makanan. Pastu si suami siap beli pakaian lagi untuk si isteri. Kau rasa ada ke yang H tu nak beli baju mengandung untuk girlfriend dia? Mesti takde lah kan. Bila anak dah lahir, mesti yang pasangan berkahwin ni akan bagi nama- nama baik dekat anak. Lepas tu, akan lindung anak sampai tak bagi kena gigit nyamuk pun. Tapi macam mana dengan anak luar nikah H-I tu? Bukan setakat nyamuk, satu badan pun dah habis kena kerumun dengan lalat. Tu tak kira lagi kalau ular datang ke, kepala pecah sebab kena campak dari tempat tinggi ke. Kesian kan. Lepas tu, bagi yang dikurniakan umur panjang, macam mana pula hidup mereka start sekolah nanti? Orang lain pergi balik sekolah, papa hantar. Tapi mereka, ayah pun tak kenal. Tahun 2009 ada 17000 (lebih) anak luar nikah. Sekiranya pertumbuhan penduduk normal bagi pasangan yang dah berkahwin, bekeluarga, mana kita nak letak 17000 (lebih) budak darjah satu ni? Makin sesakkah sekolah dengan kehadiran mereka? Kesian kan :(

So, fikir- fikir jelah kan. Oh ya, kawan aku kena lamar haritu. Aku pula yang teruja walaupun kawan aku tu takde hati pun dengan lelaki tu. Ingat senang ke kena lamar? Bukannya ajak couple time muda- muda ni, tapi ajak ada ikatan. Aku percaya kalau ada orang sanggup buat macam tu, maknanya dia dah yakin dengan personaliti, sikap, perangai blablabla yang ada dengan perempuan tu walaupun tak kenal begitu rapat. Maksud rapat bagi aku ni macam mesej sepanjang hari tambah dengan gayut lebih setengah jam. Anyway, kita pun tak tau siapa jodoh kita dan macam mana kita boleh mengikat ikatan kasih sayang dengan seseorang tu kan. Asalkan Allah redha dengan hubungan kita sudah.

p/s: Bila dah masuk degree, barulah rasa yang topik perkahwinan bukan lagi main- main. Rasa macam dah besar je walaupun ada orang cakap aku berperangai macam budak- budak lagi :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Of sari and amilah

Nama aku amilah. Aku suka perkataan amilah. Aku sebenarnya lebih menghargai orang yang panggil aku Amilah berbanding orang yang panggil nama singkatan.

Tapi, tapi...
Bila aku sebut nama Amilah untuk kali pertama di hadapan orang yang tak dikenali, aku kena sebut nama aku berulang kali. Sebab mereka ingat, "Kamilah?" "Aminah?". Yang baca nama aku sebagai Jamilah pun ada.

Tsk tsk. Perkara yang biasa dialami terutama bila masuk fasa baru seperti masa matrikulasi, masuk tempat kerja dan tak terkecuali masuk UiTM.

Last- last aku terpaksa menyerah kalah. "Nama saya Amilah. Panggil saya Mila." Dan respons mereka, "Mila AF eh?". Atau apa- apalah. Aku tak pandai nyanyi lah weh. Takpelah. Redha. Nama aku kan pelik, rare.

p/s: Bila google nama aku, maksud dia hopeful.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Menaip itu lebih senang daripada bercakap

Aku ada satu masalah yang susah hendak diselesaikan sejak dulu lagi. Iaitu berkomunikasi dengan orang. Tak kisah la part yang aku pendiam atau introvert sebab kadang- kadang aku lebih suka macam tu. Perkara yang difikirkan lebih banyak daripada yang terluah. Aku bukan seseorang yang jenis "I speak my mind".

Cuma, aku tak berani nak tegur. Masalahnya, bila kau nampak perempuan ni baju tak cukup lengan, seluar tak cukup panjang dan ada pula tudung di kepala (sungguh tak kena di situ =P), kau cuma pandang pelik dekat dia. Hoi penulis, dia tak nampaklah kau pandang pelik kat dia. sobs

Ataupun, bila kau rasa kawan kau tak pergi sembahyang jumaat dan kau tak tegur, "Eh dah habis sembahyang Jumaat ke?" padahal jam baru 1 lebih petang. Okay, maknanya tu soalan menyindir lah.

Ataupun cuba ringankan mulut untuk panggil jemaah untuk rapatkan saf. Atau menyambung saf yang kosong di bahagian tengah. Panggil biasa pun tak apa, pandang saja tak memadai lah awak. Aku selalu motivasikan diri aku yang bila kita sambung saf, malaikat akan doakan kita. Hadis Nabi, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” Eh sorrylah, tak tahu riwayat mana. Sahih ke tidak. Tapi, bolehlah motivasikan kita untuk comelkan saf di masjid kan. *Harap- haraplah begitu.

Dan yang paling berat, kat laman maya atau bermesej, senang je tangan tulis salam atau insyaAllah. Tapi bila bercakap in person, mulut aku agak payah nak sebutkan dua itu. Balik- balik, kalau berjanji atau buat plan, cakap "Okay. Okay" Kan dah baca dalam al-Quran tu, yang kita perlu sebut insyaAllah. Rasanya tafsir tu dalam bahasa Melayu lagi (dan ditambah perkataan Indonesia juga). Takkan dah lupa kut peringatan Allah tu.

Oklah, perbaikilah diri awak tu. Diri sendiri yang sangat kecewa dengan diri sendiri. Sobs.

Kiki: Eh, nanti bila awak sampai sana, tolong beli aiskrim sekali untuk saya.
Lala: Okay! Eh, insyaAllah. ngee

Isnin, 15 Ogos 2011

Dari Penjara Taliban Menuju Iman

Aku seorang yang gilakan buku. Ada masanya aku akan terus beli buku yang aku berkenan tanpa mengira apa jua keadaan (mungkin keadaan duit kot? atau keadaan di mana sebenarnya banyak lagi buku yang tak habis dibaca di rumah). Sama lah macam suatu hari di stesen minyak. Tujuan sebenar adalah untuk membeli bekal agar aku tak kelaparan sebelum temuduga pada Julai lepas. Tiba- tiba, jeng jeng jeng! Tempat ni jual buku, hooray! Disebabkan duit yang bukan banyak sangat, aku ambil buku ini. Dari Penjara Taliban Menuju Iman, tulisan Anton Kurnia. Salah satu sebab aku ambil adalah kerana aku nak tengok Taliban dari sudut positif. Masa tu pula, aku sibuk baca The Kite Runner yang mengundang banyak rasa tak senang aku terhadap Taliban. Jadi agak molek lah kalau kita seimbangkan antara positif dan negatif. Let's see kalau harapan ini berjaya dipenuhi atau tidak oleh jiwa aku.

Oh ya, aku buat entah apa- apa dalam temu duga. Muka macam yakin je, tapi bila disuruh memperkenalkan diri, aku tak tahu nak cerita apa lagi dah selain kereta keluarga aku yang semuanya Proton. Dan juga hal- hal lain yang aku bangga sorang- sorang. pfft. Takpe, aku bangga yang part kereta tu. Oh ya, terima kasih pengalaman. Nanti boleh buat lagi baik lain kali :)


Berbalik kepada buku ni. Ini sebenarnya kisah Yvonne Ridley, wartawan Britain yang ditangkap oleh Taliban sebab terkantoi masa dia masuk Afghanistan secara haram dan Taliban ingat yang dia ni pengintip. Dan dia pun ditahan selama 10 hari disebabkan hal itu. Dan banyak lagi kisah di sebaliknya.

Part yang aku suka:
1. Ridley dibebaskan sehari selepas Afghanistan diserang bom oleh tentera Amerika dan sekutunya. Baik kan? Orang buat jahat kat kita, tapi kita balas yang baik pada mereka. Dan rakyat Afghanistan pun tak simpan dendam dan mencaci kepada Ridley ni kerana dia seorang wanita Barat. Rakyat Afghanistan tak cliche okay!

2. Aku rasa kita masing- masing ada kelebihan kan? Dan Ridley gunakan kelebihan dia sebagai wartawan untuk mempertahankan Islam menerusi tulisannya selepas dia memeluk Islam. Dan dia begitu lantang apabila menulis tentang islam. Dan aku? Aku harap aku dapat tulis sekurang- kurangnya membuatkan orang teringatkan Allah, teringatkan Islam walaupun sedikit.

Hasilnya, aku bukan saja nampak sisi baik Taliban tapi lebih lagi. Kalau Ridley yang baru peluk Islam sudah menyumbang jasa yang banyaknya terhadap Islam, kita bagaimana? Kalau Ridley tersentuh dengan jiwa- jiwa yang terkorban di Palestin, Afghanistan, Lubnan dan sebagainya, kita bagaimana?Adakah anda juga menganggap Malcolm X dan Sayyid Qutb itu role model anda? Aku sendiri pun tak berapa kenal mereka. Padahal pahlawan moden Islam tu :')

Selasa, 9 Ogos 2011

Peace

Kau adalah salah satu makhluk lelaki yang aku rasa kadang- kadang lengkap pakejnya. Gentleman, protective dan kau boleh mention perkataan yang aku terlupa aku telah ucapkannya beberapa minit yang lalu. Maknanya kau boleh sedar perkara yang remeh temeh di sekeliling kau. Kewujudan kau buat aku percaya yang masih ada lelaki macam kau.

Lelaki yang sudi mengangkat barang daripada pegangan aku (walaupun aku rasa barang itu tak berat sangat). Lelaki yang sudi tolong aku macam- macam (dan aku sangat lega bila kau tolong aku pada hujung minggu itu). Lelaki yang sudi bertolak- ansur tentang keperluan rehat aku.

Aku menjadi sangat selesa bila berdekatan dengan kau walaupun aku sebenarnya sangat awkward pada awal perkenalan kita. Oh ya, dan aku tak lupa gelak tak ikhlas kau tu bila aku buat silap. Sengal betul. Satu lagi, aku rasa kau je manusia yang aku jumpa asyik akan chewing gum sepanjang masa. Aku tak tahu adakah itu memang tabiat kau atau kau nak jaga bau nafas atau sebab kau selesakan diri waktu tak merokok.

Jyeah thanks for everything. Aku harap jumpa lagi insan macam kau. Sebab, kalau aku berharap yang aku jumpa lagi kau, itu adalah perkara yang mustahil. Babai! (satu perkara yang aku suka dekat dia. hehehe)

p/s: satu je yang tak lengkap. Kau tak pandai usik aku. Macam robot kadang- kadang kita berdua ni. Cheers!

p/s: Dan kita berdua tak banyak cakap kan. ahahaha. boring betul

Facebook dan saya

Aku rasa Facebook adalah suatu tempat yang transparent. Kita boleh tahu apa- apa yang berlaku kepada kawan kita tanpa berbual- bual dengannya. Dengan membaca status yang terhidang di news feed. Lebih- lagi kalau kita mempunyai ramai kawan mutual dengan kawan kita itu.

Contohnya, aku boleh tahu yang Lalilu (bukan nama sebenar) baru putus cinta bila geng dia menulis kata- kata sokongan dan simpati di profile dia. Oh ya, geng dia adalah mutual frineds antara aku dengan Lalilu. Jadi aku boleh baca macam- macam dekat news feed sahaja.

Ataupun, Sophie (bukan nama sebenar) yang hendak berangkat ke US untuk sambung belajar.

Atau, sebenarnya bila aku jumpa dengan teman sekolah, antara soalan yang sama ditanya kepada aku adalah, "Aisyah macam mana?" hehehe. Sebab mungkin wall post antara aku dengan Aisyah memenuhi news feed mereka. Aisyah tag aku, aku post di wall dia. Aku bagi link dekat dia dan mungkin saling membalas antara status masing- masing.

Mungkin sebab itu orang asyik bertanya tentang Aisyah kepada aku. Aku tak ingat lah asyik tu merujuk kepada berapa kali. tapi sekurang- kurangnya adalah dua orang yang bertanya tentang individu yang sama terhadap aku. Aku tak kisah pun. Cuma aku rasa facebook sudah menjadi satu teknologi yang transparent. Yang kita boleh baca hidup orang dengan mudah. Dan boleh tahu macam- macam tanpa menunjukkan sifat menyibuk yang terang- terangan.

Dan perkara yang makin memenuhkan news feed aku adalah apabila kita boleh baca apa yang kawan kita post ke dalam group dia yang tidak berkaitan dengan kita. Contoh, kelisa (bukan nama sebenar) yang asyik mempromosikan blog dia dalam group yang berlainan tanpa menyedari aku boleh baca setiap promosi dia. Oops, takpe. Sekurang- kurangnya aku pun boleh baca blog kau kan. Cheers! :)

Rabu, 3 Ogos 2011

Hari yang rawak ketika bekerja

*Ayat perbualan telah diubah sedikit

Senior: Berapa sale you harini?
Sari: RM280
Senior: Pandailah you buat sale
Sari: *senyum* takdelah, budak kaya- kaya. Bawak RM50, Rm10 pergi sekolah.

Alkisahnya, pada minggu- minggu awal bekerja, aku telah dihantar untuk bertugas di koperasi sekolah A. Dan pada suatu hari, aku telah ditegur oleh bos sebab sale rendah sangat. Dan sejak haritu, aku bertekad untuk dapatkan jualan tinggi dan takut kena tegur lagi. hadoi. Pada awal bulan Julai, aku bertukar tempat. Di koperasi sekolah B. Yang sekarang ni lah. Yang aku banyak cerita dalam post terdahulu.

Dan alhamdulillah. Memang rezeki murah di sini. Tapi bila senior cakap aku pandai buat sale, kononnyalah, heheheh, dia tak tahu apa yang aku tak reti buat. Aku dah kantoi tak kemas atau sapu- sapu di koperasi. Bukan sekali, tapi dua kali. Di dua- dua buah sekolah. Dengan dua senior yang berbeza bila mereka datang ke koperasi.

Dan senior yang puji tu tak tahu, yang banyak barang dijual lebih murah. heheheh. Nak buat macam mana, aku cuma meneruskan tradisi orang- orang lama di koperasi ni. Pensel jenama Kaher sepatutnya dijual 30 sen, di sini, budak- budak beli dengan harga 20 sen. Mujurlah, pensel Faber Castell dapat cover sebab dijual dengan harga lebih mahal. Budak- budak kat sini adalah juga yang termasuk dalam golongan 'yang mahal itu berjenama, dan lebih berkualiti'.

Buku 555 dahulunya berharga 10 sen. tapi sekarang harganya 20 sen di kedai. tapi, aku tak sanggup nak naikkkan harga di koperasi. Aku kalau boleh, tak nak naikkan harga. Aku rasa entah, kesian pun ada juga.

Dan kadang- kadang aku mudah naik angin dengan budak- budak. Tolonglah amukan aku ni jangan jadi macam dominoes effect. Bila seorang budak ni yang buat salah, aku tempiaskan marah ni kepada budak lain. Duhai Sari... Aku suka sangat budak- budak, tapi bila tekanan tinggi dan aku letih, lapar, memang aku cepat marah. hadoi. Don't let them control you, Sari. sabar, sabar!

Dan oh ya, alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki banyak- banyak ni Allah. Sales untuk 3 hari pada minggu ni lebih banyak daripada gaji aku sebulan. Jangan biar aku kelabu mata. Jangan biar budak- budak ni kelabu mata bila terlihat duit yang berkepuk- kepuk atas hasil jualan. :)


Selasa, 2 Ogos 2011

budak sekolah lagi. peace

KakakSarah pernah mempersoalkan kenapa cikgu perlu tanya pekerjaan ibu bapa/ background family itu dalam status di facebook. Dah terjawab dah persoalan dia tapi aku nak jawab juga. Tak kira tak kira! :P

Sebab daripada pekerjaan ibu bapa, kita boleh tau corak didikan di rumah. Sebab bila dah tau latar belakang di rumah, kita boleh ramal bagaimana perangai dia di sekolah.

Contoh yang sama, si N. Cerita haritu. Agak nakal. Selalu (kot) ponteng kelas, sampai kena halau dengan cikgu. hahahahar. Tapi di sebalik tu, aku rasa kesian dekat dia. Ayah kerja di luar Kuantan, balik pada hujung minggu. Ibu bekerja di restoran makanan segera. Shift petang sampai malam. Kalau ikut apa yang dia cerita, kerja dari pukul 3 balik pukul 12 tengah malam. Kesian dowh. Malam- malam siapa lagi nak luang masa dengan anak?

Tapi, aku rasa lega lah juga bila mak dia pada waktu pagi sebelum dia ke sekolah pada sesi petang. Masih ada masa untuk rapatkan bond antara ibu-anak.

Lepas tu kan, KakakSarah, sosiopendapatan yang berbeza antara keluarga boleh bagi kesan dekat pelajar juga. Di tempat aku bertugas ni, boleh dikatakan sebahagian pelajar ni agak mewah berbelanja. Gila ke kau, budak sekolah rendah pergi bawa RM50 pergi sekolah? Datang koperasi, pilih itu pilih ini dan bayar. Macam tak ada rasa bersalah je berbelanja duit macam tu je.

Tapi, kena tengok juga sebahagian budak yang lain. Katakanlah yang geng mewah ialah grup A dan lain- lain tu grup B. Grup B ni kira pelajar yang datang daripada pendapatan sederhana. Kalau nak beli barang mewah, kena kumpul duit. Lama- lama bila dah banyak, pecah tabung. Lebih kurang macam tu lah ok.

Bayangkan bila grup A sedap berbelanja, dan masa tu ada grup B yang tengok. Mereka ni akan ada sifat cemburu, atau rendah diri. Macam mana nak cakap eh, diorang ni nanti akan ada keinginan untuk berdiri sama tinggi dengan grup A ni. Seronok berbelanja, boleh beli macam- macam dan takde lah macam loser je tak ada duit dalam poket kan.

Mula- mula aku mcam, wow budak sekolah ni memang banyak anak orang kaya lah. Sehinggalah mak aku mempersoalkan, kalau- kalau ada antara mereka yang ambil duit senyap- senyap daripada simpanan ibu atau ayah?

Adakah sebab perbezaan antara grup A dengan grup B tadi? Atau ada sebab- sebab lain? *Jangan sebab aku dah la ye. hihihi. Mana tau awak nak beli banyak supaya akak layan awakbaik- baik. Akak minta maaf lah kalau kadang- kadang rasa annoyed dengan budak- budak ni. Rasa annoyed yang kemudiannya diikuti dengan perasaan malas nak layan budak- budak kat koperasi. duhai sari...

p/s: Aku memang layan budak- budak macam kawan aku. Diorang pun cakap aku baik (:P) dan tak tegas dengan budak sekolah rendah. Tapi tau tak apa jadi, rasa tak hormat kepada aku tu makin hilang :(
dan, aku rasa kadang- kadang, aku yang kena buli dengan diorang. uwaaa

Ahad, 31 Julai 2011

Yeah, perasaan itu dah datang (!)

Sebenarnya nak tulis something cheesy. Dia yang baju berkolar, beg silang hitam dan kertas A4 3 rim. Tapi... dekat facebook ramai yang tulis tentang kedatangan Ramadhan dan saya begitu malu untuk sambung cerita tadi.

Kali pertama bekerja semasa Ramadhan. wink wink. Moga Sari dapat melakukan macam- macam perkara dengan berfaedah. Moga banyak halaman yang dapat dibaca dalam al-Quran. Moga dapat jumpa lailatul qadar.

Dan moga Syawal dan seterusnya, Sari jadi lebih baik atas latihan pada bulan Ramadhan.




Rabu, 27 Julai 2011

sebab mereka kanak- kanak

Aku rasa kanak- kanak adalah makhluk yang perlu dijaga dengan baik sekali. Sebab mereka belajar dengan sekeliling. Baik atau buruk belakang kira sebab mereka bukan reti bezakan sangat pun. Apa yang mereka rasa best, mereka ikut. Contoh, suka membabi- babikan orang. Aku sebenarnya tak senang betul bila kanak- kanak mencarut. Apatah lagi keluar perkataan 'babi' dari mulut. Aku rasa perkataan itu sangat harsh. Kalau korang marah sangat sampai nak mencarut- carut, please, biarkan perkataan itu cuma melayang- layang dalam hati saja. Atau tuliskan, biar cepat reda. Sebab kata- kata itu lagi tajam daripada mata pedang. Aku pernah rasa sakit hati sebab mulut orang. Dan rasa sakit hati tu disebabkan mulut kanak- kanak. Aduh, rapuhnya hati Sari. Tewas dengan kanak- kanak.

Peraturan pertama: Jangan mencarut depan kanak- kanak.

Peraturan kedua: Jangan tujal kepala kanak- kanak. Aku pernah tengok seorang cikgu ni gi tujal seorang pelajar sebab budak tu buat dek je bila cikgu tu tegur dia. Nak- nak pulak, budak tu sedang membelakangi cikgu tu. Aku pun cuba untuk tidak main kepala orang walaupun budak- budak ni nakal sangat.

Nak tahu apa, aku memang berangan nak buka kedai buku sendiri. Salah satu sebab, aku harap aku ada lebih banyak masa dengan anak- anak. Kalau sibuk pun, boleh bawa anak pergi kedai. Sebab aku rasa kanak- kanak yang nakal atau bermasalah ni, mungkin berpunca daripada ibu bapa yang kurang luangkan masa dengan anak- anak.

Aku kadang- kadang memang lepak dengan budak- budak bila jaga di koperasi. Jadi, adalah seroang budak ni. Darjah dua atau tiga, entah. Budak laki. Nakal. Suka main- main. Mungkin suka ponteng juga. Nama dia N. N bercerita pada aku yang ibu bapanya sibuk. Tengah malam baru balik rumah. Ada abang, dan juga adik. Adik dia tinggal di rumah jagaan. Macam biasa lah kan, aku pun dulu macam ni juga. Pukul 10 malam kut, baru adik dia balik. Kadang- kadang dia yang jaga adik malam- malam sebab abang pergi lepak kat luar.

Dan dia tahu pasal couple. Kawan dia yang bertingkatan satu, ada girlfriend. Perkara- perkara yang tidak senonoh dibuat dengan girlfriend, diceritakan juga kepada N. N katakan yang dia geli. Tapi aku takut, bila beberapa tahun akan datang nanti, dia pula yang galak bercium, berpelukan tu. Aku harap N tak macam tu. Aku harap N jadi budak yang fun tapi berjaya nanti.

Aku risau dengan budak- budak sebab mereka mudah tiru apa yang orang dewasa buat. Sedangkan aku pun boleh terfikir, "kalau dia boleh buat, apasal aku tak boleh?" dan "ala, orang lain biasa je buat" tentang perkara yang makruh, atau boleh mengurangkan pahala dan menambah dosa, apatah lagi mereka yang baru hendak kenal dia.

Tuhan, lindungi mereka please. Amin

random; 5

Perkara yang paling selamat bagi sari adalah sukakan orang yang kita tak kenal. Sebab bila saya kenal, saya boleh menaruh harapn yang tinggi. Dan saya akan stalk dia. Lepas tu, angau semacam. Sampai ke awan sana. Tapi selalunya tiada siapa yang balas. Dan hatiku akan ranap ditambah dengan rasa sakit hati yang amat.

Macam kisah haritu. Psst, sebenarnya cerita dia ada sambungan. Tapi malas dah la, sebab sakit hati sangat kan. ahahaha. Sari, sari dah umur 19 pun masih bodoh juga kan dalam hal macam tu.

Dah la, sari nak tunggu Din. Bai

Sabtu, 23 Julai 2011

Panggil aku Dahlia


oleh Noor Suraya.

Bila saya suka seseorang penulis menerusi satu atau dua karya dia, saya akan terus mencari koleksi yang lain. Macam Hlovate. Kini, Noor Suraya pula. Dengan keyakinan hasil Rumah di Ujung Padang dan Jaja&Din, saya pakai ambil saja buku ini di kedai buku pada suatu masa.

Hasilnya...

Buku ini lambat betul berkembang. Slow. Dah la tebal, bila la nak habis baca. Tak macam The Kite Runner yang jalan ceritanya laju. Tapi, cerita dia cantik. Berkembang perlahan- lahan dan menghasilkan sesuatu yang indah pada akhirnya. Tak tahulah kalau bunga dahlia pun macam tu.

Kisahnya, Dahlia yang terpaksa pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands bagi menolong ayahnya mengurus kebun teh setelah Megat (ayah Dahlia) diserang strok. Konflik yang melanda; kepulangannya membangkitkan kembali kisah silam ibunya yang dikatakan membunuh diri. Dan dia berjumpa kembali dengan Wadi! Musuh lama ketika di sekolah menengah. Yang juga telah membeli kebun teh Dahlia yang telah dilelong. Dan Wadi telah mengatakan rasa kasihnya pada Dahlia.

Somehow, saya ada perasaan yang sama pada Panggil Aku Dahlia dengan The Kite Runner. Pada babak ayah-anak-menantu. Perasaan yang sangat indah bila membaca babak ketika Amir dan Soraya menghabiskan masa di depan Baba pada malam terakhir sebelum Baba meninggal dunia. Saat Baba tersenyum melihat Amir bermesra- mesra dengan Soraya- The Kite Runner. Perasaan itu muncul lagi ketika Wadi mendukung Megat pulang dari kubur isterinya. Dan ketika Megat beria untuk menangkap gambar sekeluarga memakai baju raya sebelum dia pergi meninggalkan alam fana.

Saya tahu dengan pegangan kuat Noor Suraya kepada Islam akan 'memaksanya' berkongsi dengan pembaca akan bagaimana Islam itu menjadi deen atau cara hidup kita. Dan dia berjaya. Itu yang saya suka :D

Jumaat, 22 Julai 2011

uitm di hatiku

Selalunya apa yang kita kutuk, kita akan dapat balik kan?

Dan tadaa, Sari telah ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kursus perakaunan.

Kursus okay, cuma universiti itu yang Sari selalu kutuk. Sebab kat sana semua Melayu lah ( tak ada persaingan macam aku rasa kat matrikulasi), yuran sikit so budak kuat joli lah, budak- budak sana kuat bersosial lah. Dan memang aku pandang rendah kat uitm pun.

Sehinggalah semasa memohon upu untuk fasa kedua, setelah di-brainwash oleh pensyarah untuk belajar terus direct ke perakaunan (sebab ukm tidak menawarkan jurusan perakaunan dalam borang upu). Maka, UiTM menjadi pilihan kedua Sari dalam borang upu. Dan juga jiran pernah katakan yang kursus perakaunan di sana adalah yang terbaik di Malaysia.

Pelik juga dengan diri sendiri, padahal hati sangat sayang dengan subjek Ekonomi. Padahal, susah senang banyak dikongsi bersama dengan Ekonomi. Sebab Ekonomi tu lagi seronok jika dibandingkan dengan Perakaunan.

Sebab Sari dah prepare awal- awal untuk terima keadaan yang mungkin dapat UiTM (okay memang dah dapat pun!), jadi tak adalah kecewa mana. Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk tunjuk yang UiTM bukan macam tu. Yuran murah mungkin bagi peluang Sari menabung atau guna duit untuk perkara yang lagi bagus (cis, aku asyik ingat nak shopping buku jah. Dah la kalau time gila, RM200 pun boleh melayang macam tu saja). Cuba bayangkan, yuran sebanyak RM400 sahaja untuk setahun. Bukan satu semester, tapi untuk setahun!

Lepas tu, Sari rasa UiTM mudah kut nak taja pelajar ke luar negara. Kalau macam tu alhamdulillah, nampaknya kena belajar sungguh- sungguh lagi la lepas ni. Niat kerana Allah ya Sari. Apa lagi laluan selepas ni ya? CIMA kut. Ataupun sambung master dalam Forensic Accounting. Cis, pergi daftar tak lagi dah berangan sampai tahap macam tu ya.

Mudah- mudahan aku nampak apa yang Tuhan nak bagi di UiTM ini macam Tuhan bagi aku peluang hidup di matrikulasi. Wink wink

p/s: kawan aku cakap tarbiyyah kat kampus shah alam tu best. harap- haraplah aku dapat rasa semua itu. weee

p/s: masa aku di bangku sekolah (tak kira lah rendah atau menengah), aku tak terfikir akauntan sebagai cita- cita aku. seriyesli


Rabu, 13 Julai 2011

perihal buku

Untuk pengetahuan korang, sebahagian kerja aku adalah menjaga koperasi sekolah rendah. Dan kini, ada juga dijual buku cerita untuk kanak- kanak. Harga kebanyakan buku ialah RM1.50.

Dan yang mereka cari selalunya adalah kisah seram. Cerita poconglah, toyol lah. Industri hiburan boleh la sengih- sengih sebab usaha menerbitkan siri- siri tv dan filem seram bukan saja kaut duit tapi kaut minda kanak- kanak.

Dan satu lagi, buku berbahasa Inggeris tak laku. Sebab mereka tak suka. Tsk tsk. Sedih akak bila korang tak suka baca English tau. Nanti jadi macam akak yang umur 19 tahun pun masih tergagap berbahasa Inggeris baru tahu.

Tsk tsk.

Isnin, 11 Julai 2011

gamophobia- fear of marriage

Kenapa saya gamophobia?

1. Saya takut bila sang suami dukung anak jalan kat depan, si isteri terkedek- kedek jalan kat belakang. Bayangkan kalau ini terjadi kat saya.

2. Saya takut kalau anak- anak melalak kat tempat awam. Kids are wonderful tapi kalau buat perangai macam ni, alahai. Bayangkan kalau terjadi kat saya.

3. Saya takut kalau saya tak dapat terima kelemahan suami dan begitu juga suami terhadap saya.

4. Sebab sekarang saya baru faham macam mana penatnya kerja. Ni baru hidup bujang beb. Tinggal dengan keluarga pulak tu. Bayangkan kalau dah kahwin. Dah la penat kerja. Bila balik kena masak lagi, basuh baju lagi, sidai pastu lipat. Kemas rumah lagi. Basuh pinggan lagi!

5. Hahaha. Pastu yang paling kelakar, kena simpan stok pemadam sebab budak- budak selalu hilang pemadam kat sekolah. hahahaha. Ok, ni tak takut pun :P

Tapi kan,

Lepas tu, tambah lagi, dengar pula aizat- years from now. Baca lirik dia.

Dah dah la fikir mengarut- ngarut Sari ^.^

Rasuah lah sangat

Salah satu kenapa kita mesti benci rasuah adalah kerana mereka senang- senang dapat duit tanpa usaha banyak.

Sedangkan banyak lagi antara kita yang kerja susah- payah dengan gaji rendah. Buat kerja lebih masa untuk mendapatkan lebih banyak duit. Buat dua kerja untuk tampung hidup.

Tapi orang yang makan duit perisa rasuah boleh hidup senang.

Ai hate yu rasuah.

kredit: Juvana episod 12 masa warden layangkan duit kepada Tony :D

Tips (1)

Kepada yang jadi cashier:

Untuk pelanggan lelaki, letakkan resit dahulu di telapak tangan mereka sebelum meletakkan baki wang mereka. Resit tu kira lapik la supaya tak tersentuh tangan mereka :D

belajar

1. Seorang bos, pada hujung minggu, berada di kedainya. Nak tahu apa yang dia buat semalam? Lap- lap buku lama, punch harga dan pamerkan balik. Comel kan. Kau bayangkanlah, dia tu dah lah kaya. Cawangan di Kuantan dah ada lima buah. Ni tak termasuk cawangan di daerah lain lagi. Tapi humble je. Comel je kan.

2. Seorang supervisor. Yang sangat strict dengan harga barang. Bayangkan lah ye, mungkin antara kita akan pakai hentam je bila tak ingat harga sesuatu barang saat pelanggan nak beli. Iye, barang tu tak ada tanda harga! Dan dia akan pastikan harga yang sebenar dulu sebelum jual kepada pelanggan.

3. Seorang senior. Tegas dengan peraturan. Which is very good that u're strict with the rules eventho boss is not around.


Ahad, 3 Julai 2011

random; 4

Dahulu, aku pernah rasa frust sampai nak nangis. Aku cari coklat.

Harini, perasaan tu datang lagi. Aku cari aiskrim. Ni je la kot cara nak lepas perasaan tu selain tidur.

Dahla sari, esok boleh cuba lagi. Esok jangan buat salah dah ya. Ingat Tuhan banyak- banyak ok :)

Jumaat, 1 Julai 2011

Sutera bidadari


yeay. Akhirnya saya dah habis baca Sutera Bidadari tulisan RAM. Mula- mula, agak slow lah juga cerita dia. Tak sehebat siri- siri yang lepas. Agak lama untuk saya tenggelam dalam cerita ni sebab asyik fikir nak online saja -_-. Lepas tu, fikiran saya penat sebab asyik kena tukar situasi, tempat dan masa je dalam buku. Sekejap di Romania tahun 1511, lepas tu di Nusantara tahun 1511 dan terbang pula ke abad 21 di Eropah.

Tapi...
Saya baru tenggelam betul- betul di bab- bab terakhir! Masa tu baru teruja sebab ada suprise suprise (!) masa di akhir cerita. Rupa- rupanya Saifullah di abad 21 tu merupakan... jeng jeng jeng! Lepas tu, watak Sang Dewi pun satu kejutan juga tapi sebab saya dah tahu awal- awal siapa sebenarnya Sang Dewi, jadi tak suprise dah. Apa yang best lagi di bab- bab akhir ni adalah semasa pertarungan Laksamana Sunan dengan Taghut/ Raja Roman. Sweet sangat sebab Taghut ni insaf dan ucap kalimah syahadah.

Lagi kan, saya nak buat lagu Avenged Sevenfold- Dear God jadi lagu tema novel ni. Hehehehehe. Agak tak senonoh letak lagu ni. Tapi tak kisahlah. Sesuai apa.. daripada Raja Roman kepada isterinya. Daripada Sang Dewi kepada Saifuddin.

Dan macam biasa, cerita tergantung. Kita tunggulah pula sambungan Laksaman Sunan pergi mencari Sang Dewi dan cerita Haryani yang mempertikaikan keaslian Keris Naggroe pada abad ke21.

p/s: RAM= Ramlee Awang Murshid

Sabtu, 25 Jun 2011

Kerja

Assalamualaikum :)

Biar penat kerja, biar tension kerja, tapi biarlah kita melihat kerja sebagai satu peluang untuk mencari pengalaman. Biar jadi memori berharga. Biar tambah skill dalam diri.

Allah, tolong bagi aku peluang untuk rehat pada waktu solat. Aku tak nak qada solat. Aku tak nak kerja jadi alasan aku tak sembahyang. Please please. Amin.



p/s: Nanti kalau buka kedai sendiri, aku akan pastikan pekerja boleh pergi solat. Ada bilik sembahyang yang best dan sebagainya. InsyaAllah. weee

leggings


Pertama sekali, uhuk- uhuk, leggings are not pants. Amatlah tidak molek jika memakai leggings bersama baju yang tidak menutup punggung. Lagilah tidak cantik jika bertudung, tutup segalanya dari atas ke bawah tetapi memakai leggings.

Tapi, kalau nak rasa pakai leggings juga, pakailah dalam kain. Ketika pakai baju kurung ke, apa ke. Lagi seronok. Sebab..
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang" (Riwayat Al-Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi saw memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulllah saw memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) sumber
Kalau naik bas, terselak kain, adalah seluar yang tolong cover aurat terdeah tu. yiha!

p/s: tolong tegur sekiranya ada yang salah dalam artikel ni. kthanksbai :)

Selasa, 21 Jun 2011

random; 3

Bila kau rasa kau keseorangan, carilah Tuhan. Bila kau rasa tiada yang akan menyokongmu, doalah pada Tuhan. Bila kau ingin menyentuh hati seseorang, bacalah doa. Biar lembut hatinya. Bila kau berjaya, syukurlah padaNya sebab Dia yang mentakdirkan semua ini. Dan tiadalah Dia yang ditakdirkan.

:)


Khamis, 16 Jun 2011

random; 2

Sebab Tuhan itu maha mendengar dan maha mengetahui

Biar dipermudah ibadat kita untukNya. Biar hati diikat dengan kasih sayang Tuhan. Biar dibawa lurus niat kita untuk apa- apa sahaja kerana Allah.

Biar dipermudahkan segala urusan kerja. Biar diikhlaskan berhubungan dengan orang lain.

Biar ikhlas dalam melakukan apa- apa. Sebab kita tak tahu apa yang terjadi pada minit atau hari yang akan datang.

A man who decides to change at twelfth dies at eleventh hour. Quote yang sering diulang- ulang dalam contengan jalanan; hlovate.

p/s: Rakan se-matrikku baru saja pergi berjumpa Tuhan. Aku terkedu, biar tak rapat dengannya. Sebab aku baru sahaja berjumpa dengannya tak sampai sebulan yang lalu dalam orientasi untuk pelajar baru. Orang cakap arwah baik. Berulang- ulang kali orang cakap. Aku tahu arwah budak surau. Orang pun cakap dia jarang tinggal jemaah. Tapi aku? Boleh kira berapa kali pergi jemaah. Dah la selalu bebanku keluarga aku. Tak pandai betul nak senangkan hati mak. Aku takut bila tiba- tiba aku buat dosa besar, masa tu Tuhan tarik nyawa aku.

Dan hari ini, aku bersyukur sebab Tuhan tak tarik lagi nyawa aku. Banyak lagi lubang sana- sini.

Terima kasih Tuhan. Kurniakan aku jalan untukMu.

Jumaat, 10 Jun 2011

Rooftop Rant

Novel Kasih yang Suci; Meen Zulaikha sudah pun dilakarkan di televisyen. Memang hot pun sampai ramai yang gilakan Seth Tan. Masih tak dapat tangkap? Nora Elena lah awak. Yang boleh buat korang terus tulis status di Facebook. Download drama itu. Dan tulis kat blog. Ok, Sari pun dah tulis pasal Nora Elena -_-

Tapi... kalaulah ada buku kegemaran yang nak diterjemah dalam drama/ filem, Sari nak pilih Rooftop Rant; Hlovate. Tak kira, yang ni jugak!



Siap dah boleh bayangkan. Cerita dia slot satu jam seminggu. Pelakon? Tak boleh dikenalpasti. Abaikan jelah yang tu. Eh chup, tapi kalau boleh watak Trisy tu pelakon baru. Yang boleh buat orang keliru sama ada pelakon ni laki atau perempuan. Sebab masa saya baca pun, memang keliru. Ingatkan lelaki!

Yang pasti, masa episod pertama tu, ending dia masa Trisy jatuh pengsan depan Jade di rooftop Wisma Topaz. Barulah macam jeng jeng jeng, suprise suprise! Macam kejutan lah untuk episod minggu seterusnya.

Lepas tu, dalam novel Rooftop Rant tu ada empat bahagian.
1; kehidupan Trisy dan Jade sama- sama waktu 'jahiliah'.
2; kehidupan Trisy sahaja selepas berpindah ke Johor Bharu.
3; kehidupan Jade sahaja selepas dia menjadi kartunis.
4; bergabung balik kehidupan mereka berdua.

Jadi, dalam 'drama' ni, ada dua cara untuk aku olah. Alah, macam serius pula nak terbitkan drama ni, ahahaha. Satu, buat macam biasa je. Dalam bahagian 2 dan 3 tu, kita gabungkan dalam episod yang sama, tapi mereka tak berjumpa langsung. Dua, kita pisahkan mereka. Contoh, dalam dua episod kali ni, cerita tentang Trisy sahaja. Untuk 2 episod seterusnya, cerita pasal Jade sahaja. Ingat tak KAMI the series? Episod 1: Lyn Episod 2: Ali sehinggalah habis setiap watak utama dalam KAMI diperkenalkan satu persatu.

Lepas tu, lagu tema mestilah Oasis- Wonderwall ! Tapi kan, rasanya jarang atau mungkin tak pernah pun cerita tempatan pasang lagu luar (selain Indonesia) jadi lagu tema. Apasal eh? Sebab kena bayar royalti atau something ke? Hrm, kalau macam tu kena lah tukar lagu. Aku nak letak lagu Wani Ardy- graviti. Tapi ni pun sebenarnya translated from Sara Bareilles's Gravity. Oklah, nak letak lagu Wani Ardy- Dear Mr. Future. Alasan, tiada. Sebab memang ni kegemaranku. hikhik

Yang wajib ada!
1. Jade pakai cermin mata ala- ala John Lennon. woots!
2. Buku Harun Yahya yang banyak. banyak.
3. Kartun yang dilukis tu mestilah real dan memang ada kaitan dengan kehidupan Jade dan Trisy. Lagi mengancam, kalau ada novel grafik Rooftop Rant: Prelude ^-^

Apa lagi eh. Hrm, kalau buat 100% macam novel, bahasa dia akan campur Melayu- English. Tapi, nanti ramai penonton marah. Lepas tu, mengadu kat bahagian SMS dalam surat khabar tu. Cakap yang tak mementingkan penggunaan bahasalah, apalah. Tapi kalau sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, macam bukan Hlovate pula. Sebab aku percaya yang Hlovate memang letakkan dirinya dalam cerita dia. Tapi (lagi), memang bijak kalau pandai olah skrip sepenuhnya Bahasa Melayu kan. Nampak comel dan molek gayanya. hihihi

Live well or live hell. You choose- Jade

p/s: aku belajar dua perkara di sini
1. Ada diceritakan satu hadis diriwayatkan Imam Bukhari; 'Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah syurga firdaus, sebab ia adalah syurga yang paling tinggi.' Sambung lagi oleh watak Wak Duku, "Boleh kita faham di situ yang Allah dan Rasulullah saw sendiri mahu kita bercita- cita tinggi"

Ngerti? Bercita- citalah tinggi mulai sekarang. Mungkin tak jelas tapi lagi mudah arah tuju bila kita sudah ada haluan. Bukan sekadar bangun je, terus layan hidup alih- alih dah malam, ngantuk tidur.

2. Senang cerita lah kan, tak perlu nak bercinta bagai nak rak. Cukup saja dengan hati yang bertanda dan kita selesa dengan dia sebab (jawapan cliche) jodoh tak ke mana!

Khamis, 9 Jun 2011

random;1

Kalau mimpi itu tanda rindu,
apakah aku rindukan kau

Kaukah yang cuba datang
atau setan yang mengganti?
Aku pilih jawapan kedua

Lebih munasabah
Sebab kita memang tak mengenali, bukan?

:)

semuanya tentang Hlovate!

Saya tak tahu apa- apa tentang dia. Tulisan di bawah cumalah tekaan dan analisis (?) terhadap novel- novelnya. Bermulakan mukadimah, i love you hlovate! Buku awak buat saya rockkkkk.

1. Saya fikir dia perempuan. Tapi tak kisahlah dia jantina apa sekalipun sebab dia pandai olah watak dengan baik, tak kira laki atau perempuan. Tak kira Fend dalam Contengan Jalanan ataupun Minn Edina dalam Versus. Dan tak semua orang mampu untuk buat macam tu.

2. Hlovate pernah atau sekurang- kurangnya sangat suka dalam arena skateboard. Sangat detail sampai kalau saya tak tahu pun amenda yang penulis ni cakap, saya layan je cerita dia. Bearings? Wheels? Trucks? Oh ya, bola keranjang juga. Sebab tu ada AO kan dalam Versus? Aaron Owens? :D

3. Hlovate mungkin pernah berada dalam fasa 'liar' kepada berubah menjadi lebih baik. Sebab tu, novelnya lebih banyak terbentang dalam idea sebegini.Ampun kalau salah.

4. Hlovate suka buku Harun Yahya. Sebab buku yang berkisarkan idea (point 3) wajib ada buku Harun Yahya. Rooftop Rant, ada. Versus, ada. Contengan Jalanan, ada. Ada! :)

5. Hlovate ni dulu sekolah berasrama penuh. Mungkin SBP, mungkin MRSM. Sebab dia boleh cerita detail! Mungkin dulu belajar kat KMS; Kolej Mara Seremban. Sebab dah dua kali (kot) KMS terpampang dalam novelnya. Rooftop Rant dan Contengan Jalanan.

6. Hlovate pernah sambung belajar di luar negara.Dan spesies kuat jalan. Australia, Indonesia, Holland. Miao.

7. Hlovate kuat baca buku. heh. Bukankah yang bernama penulis tu memang terang- terangan kuat baca buku berlatarkan perkataan- perkataan? B)

Setakat ini saja yang boleh saya olah tentang Hlovate hari ini. Mungkin ada lagi yang boleh kita kepilkan sama- sama tentang dia.

p/s: Kalau ada anugerah orang paling misteri, awak paling layak menang :D
pp/s: Seorang yang menulis karya akan meluahkan apa yang dia tahu teramat, atau apa yang dia inginkan. Tak gitu? :D

May Allah bless you and the whole universe.

Rabu, 8 Jun 2011

Ami

Definisi sahabat dalam kamus saya (setakat ini) :

1. Sahabat yang kita tidak gentar berjauhan dengannnya. Tidak kisah jarang ber-SMS dengannya mahupun susah hendak berjumpa. Sebab sahabat yang ini punya idea, prinsip yang sama dengan kita. Bila kita dah jatuh bergolek dalam hidup, dia jugalah yang akan bagi nasihat yadayada. Bila kita ada masalah, pada dia jugalah yang tukang mendengar. Terima kasih walaupun aku rasa kadang- kadang kau annoyed dengan masalah aku ni :')

2. Sahabat yang tidak kisah walaupun sepanjang duduk bersamanya, boleh dikatakan lebih banyak membisu daripada berkata- kata. Sebab Sari tak banyak cakap! Tapi bisu macam mana pun, dia masih boleh faham jiwa kita. Ni yang buat kita rasa 'enjoy the silence' tu satu situasi yang sangat kena bila duduk dengan dia.

3. Sahabat yang berbeza gila dengan kita; perangai, tabiat, blabla, tapi boleh jadi rapat atas satu titik persamaan. Masa ni terkejut lah jugak sebab bila kenal dia betul- betul, baru tahu yang kita hampir sangat tak serupa sebenarnya. Kalau ada lauk ayam dan ikan, dia akan pilih ayam dan saya akan sambar ikan. Dia banyak cakap dan Sari tak banyak cakap! Dan buatlah lagi bermacam- macam contoh yang boleh buatkan dia sangat- sangat berbeza dengan kita. tapi hati tetap boleh dekat dan bond tu makin kuat sebenarnya.

4. Minggu pertama kenal dia, terus hati tak rasa senang. Boleh kata yang kami tak sehaluan walaupun dekat. Tapi makin lama hidup bersama, makin lama kenal, makin faham jiwa masing- masing. Banyak yang boleh kongsi. Banyak cerita yang boleh dibongkar tanpa paksa. (Tapi kadang- kadang rayu juga dekat dia. hihi). Tapi bila sampai satu part yang dia simpan sangat- sangat selama ni, bila kita dapat tahu isi cerita dia, terasa juga sebab kita pun pernah berada di tempat yang sama. Cuma masing- masing je yang tak pernah nak luahkan perkara yang paling pahit tu kan :')

5. Sahabat yang kadang- kadang kita buat tak endah je. Tapi dia akan selalu ada untuk kita. Sungguh. Terima kasih awak.

Ahad, 29 Mei 2011

Sekurang- kurangnya senyum saja

Biarkan sahaja kalau hati tiba- tiba tidak senang dengan orang lain
kerana...

Bila kita rasa orang itu sombong, mungkin kita pernah sombong dengan orang lain
Bila kita rasa dia sakitkan hati kita tanpa sebab, mungkin kita juga pernah buat begitu kepada orang lain
Bila kita rasa orang itu kerek, mungkin kita juga kerek dengan orang lain
Bila kita menyampah dengan dia, ramai lagi yang menyampah dengan kita.

Biarkan sahaja kalau ada orang lain yang berbuat begini kepada kita. Jangan biarkan krisis melanda lama- lama dalam diri. Sebab rasa tidak senang/meluat/benci kepada orang lain itu tidak ke mana.Oh ya, kalau boleh, jangan luahkan kepada orang lain juga kerana kita berisiko tinggi dalam menghasut atau menyebar virus negatif kepada orang ramai!

Yang penting,buat tak layan sahaja dan buat bodoh. Berikan sahaja kebaikan (atau senyuman sekurang- kurangnya) buat mereka. InsyaAllah, kebaikan akan datang bertubi- tubi kepada kita.

Senyum sikit Sari!

:D

Rabu, 18 Mei 2011

jawapan untuk kakakSarah

ada apa dengan cinta adalah filem faveretku. sejak darjah empat. Tapi bila aku meningkat usia, dan meningkat matang, aku dapat menilai apa yang ada pada AADC yang boleh aku gah berbanding filem- filem lain.

Kau dihidangkan dengan dua manusia yang begitu banyak beza tapi boleh berkait perasaan atas satu persamaan. Cinta itu daripada keluarga yang menyayangi, ada geng, boyfriend yang aku rasa banggalah kalau ada dia kan, dan hrmm mungkin sanjungan ramai (?). Oh ya, ada peminat juga. Rangga (itu nama watak nicholas saputra kalau kau tak tahu) itu loner. Dia tak bergaul dengan orang ramai, tak suka orang menyibuk hal dia (boleh tengok babak di mana Cinta approach dia untuk temuramah) dan cuma hidup berdua dengan ayahnya. Saat Cinta dan teman lelakinya menaiki kereta di bandar, Rangga cuma melintas jalan raya yang sibuk gila itu dan menaiki bas awam.

Prinsip mereka juga berbeza. Tatkala Cinta mementingkan rakan- rakannya dalam hidup (hampir setiap aktiviti dilakukan bersama), Rangga tuduh bahawa perempuan itu tiada prinsip.

Titik persamaan; buku! Buku AKU yang dibawa oleh Rangga ke mana- mana saja itu mencuri perhatian Cinta. Akhirnya perbualan 5 minit berkisar buku itu membawa perhubungan mereka lebih jauh. Sehinggalah Cinta terlupa janjinya (di mana babak itu berputar pada minit- minit pertama dalam filem ini) kepada rakan karibnya. Ironi. Kerana dia pernah berjanji untuk ada apabila Alya memerlukan (boleh cakap hidup dia misery dengan masalah keluarga), Cinta sanggup berbohong semata- mata untuk date dengan Rangga. Sehinggalah satu kejadian berlaku dan ...

Aku suka dengan quote ini, "Masalah salah satu di antara kita, adalah masalah kita semua. Musuh salah satu di antara kita, adalah musuh kita semua" sebab mulut kita boleh saja berbicara tentang janji- janji manis, tapi dapatkah kita memenuhi janji ini apabila diperlukan? Bila Cinta alpa, dia lupa janji ini untuk Alya. Tapi lain untuk gengnya. Tika Cinta gila menghadapi masalah, gengnya muncul menanggung beban masalahnya. Boleh conclude yang semua orang melakukan kesilapan dan persahabatan untuk selamanya!

Sori, banyak berceloteh. Dan bagi spoil banyak! Selamat menonton ^.^




Selasa, 3 Mei 2011

cakap dengan diri sendiri

Baru saja habis baca halaman 72 'Contengan Jalanan'; Hlovate dah aci redah nak tulis. Bukan apa, terfikir juga kan. Hidup kita dah complete ke? Maksud aku, hidup aku. Rasa juga ada lubang sana sini jiwa aku. Apa yang aku buat tiap-tiap hari pun benda sama.

Membaca. Online. Buka facebook. Youtube-ing. Tidur. Makan. Goreng ayam. Oh ya, tonton tv juga!

Kau tak rasa ke perlu buat sesuatu yang bermakna dalam hidup? Aku tahu kau suka baca. Buku tu boleh bawa kau terbang sana sini tanpa berganjak pun dari sofa. Tapi cukup ke?

*Penulis merupakan penganggur yang bakal duduk rumah senang- lenang secara rasmi hampir 5 bulan sehingga september nanti.

Nak kata belajar jadi suri rumah (anak dara berjaya ftw!), kau reti masak telur mata kerbau je. Nak kata cari pengalaman, kau bukan kerja.
Nak kata kau dalami agama, kau aci redah je cari ilmu Tuhan kan.

I really need a start fresh. Macam air strawberry yang sedap tu. Sangat sangat perlukan!


Isnin, 2 Mei 2011

Jaja & Din

Jaja & Din. oleh Noor Suraya.

Tak tahu nak start dari mana sebenarnya. Dari Afghanistan kot. Aku tak tahulah tapi buku yang aku baca berturut- turut ni ada kaitan antara satu sama lain. Baca 'Allah is Calling' garapan Zainudin Hashim ada mengisahkan tentang Afghanistan. baruku tahu yang Afghanistan tu kuat! Mana tak kuat kalau Afghanistan dapat mengalahkan Soviet Union. Sehingga tinggal kecil sahaja menjadi negara Rusia itu. Mikhail Gorbachev, Presiden Soviet Union pernah cakap yang tenteranya boleh lenyapkan negara Afghanistan dalam masa 2 minggu sahaja. Gila ah kan. Punyalah pandang kerdil. Er, sebenarnya saya pun macam tu. Kita kan boleh memandai- mandai dan perasan pandai untuk apa yang kita tak tahu! Soviet Union kan kuat. Yang hantar angkasawan pertama ke bulan pun Soviet Union (dan bukannya US.hehe). Tapi, perang tu memakan masa 10 tahun. Wow, betapa kuatnya 80,000 tentera Afghanistan melawan 620,000 tentera Soviet. Umpama 313 muslimin menentang 900-1000 Quraisy ketika perang Badar.

Lepas itu, aku baca 'A thousand splendid suns'. Tulisan Khaled Hosseini, penulis The Kite Runner. Buku ini aku beli beberapa bulan lepas. Tahun 2010 punya cerita. Nasib baik dapat juga dikhatamnya buku ini. Kisah 2 wanita Afghanistan di tanah air mereka. Cerita dia macam berlatar belakangkan kisah politik di Afghan. Afghan ni bukan macam kita. Mereka selalu bertukar corak kepimpinan. Komunis lah mujahidin lah. Pastu Taliban pula kuasai. Dan nak tak nak hidup diorang ni sebenarnya berlandaskan politik lah kan. Tapi aku tak pandai nak kupas novel ni. Tapi yang pasti bestlah. Korang google lah kalau nak tahu. Hamba minta maaf..


Jaja & Din. Kisahnya di mana Jaja jatuh hati pandang pertama pada seorang lelaki. Jatuh hati dengan gambar lelaki itu. Boleh pula bertahun dia simpan cinta yang sama. Cuma berjumpa 3 detik pertemuan, Jaja ambil keputusan untuk menyuruh ibu bapanya meminang! Tak macam kisah lain yang ceritanya sampai di gerbang perkahwinan, cerita Jaja dan Din baru bermula selepas mereka berkahwin. Jaja ni orangnya sempoi, dah biasa hidup senang (dan kaya), tiba- tiba hidup berdua dengan ustaz Din yang mahu mengamalkan hidup zuhud. Bolehkah Jaja? Jaja pun mesti jawab boleh sebab Jaja sayang Din!

Lepas tu, Jaja ni macam bercerita dengan pembaca tau. Aku dapat rasakan tau. Mungkin sebab ustaz Din suka bercerita pada Jaja sebelum tidur. Ataupun sebab Jaja ni memang banyak bercakap!

Oh ya, apa kaitan Jaja & Din dengan Afghanistan? Sebenarnya Din ni ingin berjihad di medan perang Afghanstan. Tapi sanggupkah Jaja ditinggalkan? Tapi Jaja kan sayang Din!

Lepas tu, aku ni kalau baca novel/ filem mesti nak tengok happy ending. Macam pelik je kalau- kalau hero mati di tengah jalan. Sampai dalam cerita ni, hati aku menjerit. Takde ke keajaiban dalam cerita ni? Tapi tiba- tiba aku jadi redha sebab Jaja redha dengan ketentuan Tuhan. Nak tahu apa jadi pada Jaja selepas itu? Bacalah. hehe. Tapi jangan buka halaman belakang. Jaja dah bagi warning awal- awal :D

p/s: Tulisan itu menunjukkan pemikiran penulisnya. Dan aku tak waswas lagi untuk mengatakan penulis ini sangat kuat membaca. Sangatsangat!

pp/s: Cerita Uncle Aqmar dengan Aunty Lida tergantung macam tu saja ke? Nak juga tahu kenapa mereka berpisah? *sedih