Arakiannya, pada suatu petang, aku membentangkan tajuk pendidikan seks akibat pembuangan bayi yang berleluasa di negara kita. Dalam kumpulan. Dalam subjek titas. Pujian yang diterima untuk pembentangan dalam kelas lain sebelum ini tak menjamin aku untuk tidak berdebar, nervous dalam membuat presentation di hadapan kelas. Dan juga tidak menjamin ke'best'an dan kemantapan dalam membuat pembentangan tajuk ini.
Sehinggalah pada suatu slide, begini ayatnya:
Maka bertanyalah kawan- kawan, apakah maksud point ketiga itu?
Aku menjawab, "Contohlah, boyfriend kita minta buat seks dengan kita, so kita cakaplah tak boleh". Dan pada waktu itu, ustaz tembak
"Tapi sebenarnya boleh ke ada perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin?"
dan apa entah lagi, aku pun tak ingat.
Maka terkedulah sari untuk menjawab soalan. Susah juga ya untuk memberi respond ketika bercakap dan menulis. Bercakap ni lebih kepada spontan kan.
Maka, jawapanku dalam bentuk tulisan...
" kat sini dah jadi norm untuk bercouple- couple. Orang kan selalu hanyut dalam kebiasaan satu komuniti kan. Gayut dengan boyfriend, aku dah lali tengok dari dulu. Ada orang untuk bermesra- mesraan, luah perasaan dan memasang harapan. Kadang- kadang hati memang terasa nak ke level sana, tapi aku lagi suka jatuh hati, dan dia terus bersedia ke stage bertunang dan kahwin terus. Aku tak kisah tiada pelamin untuk bertunang. Aku tak kisah hantaran tak berbelas ribu. Aku cuma ingin teman berborak yang best. Aku nak layan keluarga dia macam keluarga aku, tanpa rasa kekok. Aku nak buang sifat narcissism bila kongsi hidup dengan dia. Aku nak dia tu peramah sebab aku jenis pendiam. Aku nak dia jaga aku tanpa rasa konkongan sebab dia percayakan aku. Dan ustaz, saya nak lari dari tipikal dalam komuniti sini. Dan saya harap, saya tak perlu jawab 'tidak, belum lagi' kepada mana- mana lelaki" :)
p/s: Lagipun mana boleh sampai level sana, sebab tiada yang berani approach kat Sari pun *peace*
2 ulasan:
like ur answer (jwpan dalam tulisan) ^^
moga kita tetap dgn pendirian kita
dan saya percaya love after nikah lagi sweet & barakah =)
semua orang ada angan- angan sendiri. dan tu adalah antara impian saya :)
Catat Ulasan