Ahad, 31 Mac 2013

Nota #1

Banyakkan memberi.
Jangan pentingkan diri.

Selasa, 19 Mac 2013

Andai aku sebuah robot

Seorang pemerhati mengatakan suatu persepsi tentang kami, pelajar di fakulti kami. Katanya, "You are trained to be robot" Dan juga, " The faculty puts too high expectation on you"

Aah, betul juga. 

Andai aku sebuah robot, aku ingin jadi sebuah robot vacuum. Mampu menyedut habuk- habuk dan kemas- kemas rumah sambil tuan dia duk rilek- rilek.

Ok, aku nak jadi TUAN kepada robot itu sebenarnya.

Ahad, 17 Mac 2013

Kelakar rasanya bila asyik membandingkan diri dengan kehidupan orang lain. Bila kau bandingkan diri kau dengan melupakan segala nikmat yang Tuhan beri, emosi dan ego terus jatuh menjunam. Seperti kau yang paling malang. 

Tidak sayang. Kau cuma jadi malang bila kau terlupa yang Tuhan ada dekat dengan kita.

Sabtu, 16 Mac 2013

"Sekolah bukan Penjara, Universiti bukan Kilang"

Oh tidak- tidak, aku bukan ingin mempromosi forum ini (yang dah lepas dua minggu lalu itu dah pun) mahupun memberi sebarang komen tentang forum itu. Kalau ingin mengetahui serba sedikit tentang forum itu, bolehlah melawat ke blog ini. Forum TFTN

Saya cuma nak katakan, yang sebahagian kita (baca: saya sendiri) memang dalam proses menjadi produk kilang. Apa tidaknya, lepas belajar penat- penat, kita masih punya cita- cita untuk bekerja itu dan ini. Memang bagus, cemerlang perfecto! Tapi 'itu' dan 'ini' bermaksud kita kerja bawah orang lain. 

Nak kerja tinggi- tinggi ah. Jadi akauntan. Jadi pengurus. Jadi apa entah. Dah bila lagi kita nak buka peluang pekerjaan untuk orang lain pula?

Adik- adikku sayang

Hai adik- adikku sayang. Terutamanya adik- adik yang masih bersekolah. Jika kamu masih tidak punya cita- cita, jangan risau. Sebilangan kami yang sudah melangkah hampir separuh dalam pengajian ijazah, masih tidak punya cita- cita. Iya, sayang. Percayalah, belajar banyak- banyak dan susah- susah, tapi masih tidak tahu mahu menjadi apa dan siapa.

Tapi punyailah impian. Dan kenallah minat. Carilah kebolehan. Maka, di sini, insyaAllah, hala tuju awak makin lurus.

Yang penting, beranikan diri <3 p="">

Khamis, 14 Mac 2013

Harga bakal graduan perakaunan

Sudah dua kali, aku mendengar pesanan yang serupa daripada pensyarah yang berbeza. Pesanan itu berbunyi begini,

"Study hard ya! Bukan study smart"

K. Perlukah aku nangis di kala ini? 

Jumaat, 8 Mac 2013

Aku dan buku

Aku ini pembeli buku yang tegar. Andai pulang dari pesta buku, muka ini jugalah yang habis beratus- ratus ringgit. Bermacam- macam beg plastik.

Tapi sayang, buku- buku itu tak habis jua dibaca. Walaupun dua tahun sudah berlalu.

Maka, di sini aku mahu berikrar (ataupun berangan) untuk tidak membeli terlalu banyak buku yang konon- kononnya mahu dibaca. Ataupun, aku berharap duit aku habis untuk membeli majalah berfaedah dan HABIS BACA.

Tapi sejujurnya, aku macam tak ada mood nak membaca sangat. Mungkin sebab dah overdose dengan skrin komputer kot?

Moga berjumpa lagi dalam episod lain untuk pengharapan, keluhan mahupun pemerhatian dalam kehidupan. Babai!