Aku ini pembeli buku yang tegar. Andai pulang dari pesta buku, muka ini jugalah yang habis beratus- ratus ringgit. Bermacam- macam beg plastik.
Tapi sayang, buku- buku itu tak habis jua dibaca. Walaupun dua tahun sudah berlalu.
Maka, di sini aku mahu berikrar (ataupun berangan) untuk tidak membeli terlalu banyak buku yang konon- kononnya mahu dibaca. Ataupun, aku berharap duit aku habis untuk membeli majalah berfaedah dan HABIS BACA.
Tapi sejujurnya, aku macam tak ada mood nak membaca sangat. Mungkin sebab dah overdose dengan skrin komputer kot?
Moga berjumpa lagi dalam episod lain untuk pengharapan, keluhan mahupun pemerhatian dalam kehidupan. Babai!
2 ulasan:
ini antara azam aku untuk 2013. tapi setakat mac ini, memang dah banyak je buku aku beli. azam #failed. kat rumah ade satu beg lagi buku tak baca. kan dapat voucher, 'terpaksa ' jugak beli buku lagi. hahaha
untuk aku, setakat ini baucar dihabiskan untuk beli buku teks. hoyeah!
Kalau tak, memang beratus melayang untuk buku teks saja ~.~
dengan ucapan: terima kasih untuk persatuan fakulti yang terima baucar buku. kedai yang jual buku teks. lapyu all!
Catat Ulasan