versi buku
Buku ini buat aku gelak tak henti- henti. Gelak macam orang gila. Nazri M Annuar memang pandai geletek aku guna bahasa dia. Dan petang tadi, aku tonton buku ini versi filem.
versi filem
OK, filem ni cuma buat aku gelak sekali dua sahaja. Terima kasih kepada Yoga yang pandai buat lawak dan Razali Bunari yang nyanyi lagu Liyana Jasmay.
Kisah dia seperti ini sebenarnya. Ali jatuh cinta kepada Sarah. Masa tu cumalah pandangan sehala Ali kerana Sarah tak tahu kewujudan Ali. Mereka berkenalan selepas beg tangan Sarah diragut durjana. Ali cuba jadi hero. Tapi Ali yang terkulai. Sarah graduan dari Al Azhar. Ali nak juga katakan yang dia ni sebenarnya ustaz. Ali tipu. Ali mahu sama darjat dengan ustaz yang mahu dijodohkan dengan Sarah. Dan kisah tipu Ali inilah yang buka cerita 'karipap- karipap cinta'.
Oh sesungguhnya,memang teruja kalau buku yang kita suka angkat kepada versi filem. Dan memang betul pun, bahawa kebanyakan filem yang dibuat berdasarkan buku tidak mampu memuaskan hati pembaca. Termasuklah pembaca yang seorang ini terhadap karipap- karipap cinta.
Aku cuma dapat memikirkan adegan- adegan yang boleh ditambah baik lagi. Seperti adegan Asha beri jemput bilis kepada Ali. Aku rasa kan, daripada mereka explain dalam dialog yang masakan Asha tak sedap, baik diorang tunjukkan dalam satu adegan baru. Contoh, pinggan berisi jemput bilis itu diletakkan di atas meja. Ali dan Yoga duduk berhadapan. Tong sampah sudah tersedia di tepi. Dan masing- masing (riak muka paling penting bebeh) tunjukkan gaya untuk nak-cuba-makan-tapi-aku-rasa-menda-ni-tak-sedap-euwh.
Adegan lain, yang Ali TERjumpa Sarah di tepi tasik tu. Biasalah, drama Melayu memang banyak kebetulan antara hero dan heroin kan. hihi. Eh jap, nak bagitahu, Ali cuba tangkap pemandangan tasik tapi gambar tu macam tak ada subjek lah weh. Macam failed je aku tengok. Aiseh. Kemudian Sarah ajak Ali pergi minum dan Ali berangan yang diorang berdua akan date, pergi minum berdua. Dan tiba-tiba Sarah ajak anak murid silat dia sekali untuk pergi minum beramai- ramai sebab Ali nak belanja. Apa kata kalau kita ubah,
Sarah: lepas ni, awak free tak? Saya nak ajak awak minum ni.
Ali: Eh saya free... (tiba- tiba ada awan dekat tepi, tunjuk yang dia pergi minum berdua dalam keadaan yang agak romantis)
Lepas tu, bila masuk dalam realiti. Rupa- rupanya kat kedai mamak tu ada 3 meja yang bersambung. Ali dan Sarah keluar minum ramai- ramai dengan budak silat tadi. Ali di hujung kiri dan Sarah di hujung kanan. Dan mimik muka Ali mesti tunjuk yang dia macam tak puas hati lah. hehe. Eh jap, yang dialog tu tadi pakai tibai je :P
Tapi kan, aku suka Asha. Aku tak hairan pun Asha dalam buku tapi dalam filem, dia ambil perhatian aku lebih daripada Sarah. Aku rasa dia pandai buat yang dia tu macam agak misteri. Tapi kan, lagi best kalau pengarah tunjukkan blog ashacintakanabangali.blogspot.com Dalam tu, adalah post dia yang tunjuk gambar Ali. Dia tangkap gambar curi tentang Ali. Barulah nampak macam Asha ni stalker yang sweet, comel tapi menakutkan. Scary gila! hikhik
Ali (atau patut kita sebut Gambit?) patut jadi lebih gelabah.
Aku suka Arman. Muka dia macam budak matrik aku dulu, dan muka macam suami Ladynoe. Tapi baru aku tahu yang sebenarnya dia tu Shawal AF ><
Apa lagi aku suka? Oh ni, aku suka pemandangan Kuala Lumpur yang dipaparkan tiap kali masa Ali menunggang motor. Aku rasa pengarah/ pengarah fotografi (ke sinematografi?) nak tunjukkan suasana KL dari pandangan mata mereka dan aku rasa ia cantik.
Selendang Sarah tutup dada tapi tunjuk rambut. Ironinyaaa...
Dan akhir sekali, dendangan Bart Rasta bebeh!
Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan