Selasa, 9 Ogos 2011

Peace

Kau adalah salah satu makhluk lelaki yang aku rasa kadang- kadang lengkap pakejnya. Gentleman, protective dan kau boleh mention perkataan yang aku terlupa aku telah ucapkannya beberapa minit yang lalu. Maknanya kau boleh sedar perkara yang remeh temeh di sekeliling kau. Kewujudan kau buat aku percaya yang masih ada lelaki macam kau.

Lelaki yang sudi mengangkat barang daripada pegangan aku (walaupun aku rasa barang itu tak berat sangat). Lelaki yang sudi tolong aku macam- macam (dan aku sangat lega bila kau tolong aku pada hujung minggu itu). Lelaki yang sudi bertolak- ansur tentang keperluan rehat aku.

Aku menjadi sangat selesa bila berdekatan dengan kau walaupun aku sebenarnya sangat awkward pada awal perkenalan kita. Oh ya, dan aku tak lupa gelak tak ikhlas kau tu bila aku buat silap. Sengal betul. Satu lagi, aku rasa kau je manusia yang aku jumpa asyik akan chewing gum sepanjang masa. Aku tak tahu adakah itu memang tabiat kau atau kau nak jaga bau nafas atau sebab kau selesakan diri waktu tak merokok.

Jyeah thanks for everything. Aku harap jumpa lagi insan macam kau. Sebab, kalau aku berharap yang aku jumpa lagi kau, itu adalah perkara yang mustahil. Babai! (satu perkara yang aku suka dekat dia. hehehe)

p/s: satu je yang tak lengkap. Kau tak pandai usik aku. Macam robot kadang- kadang kita berdua ni. Cheers!

p/s: Dan kita berdua tak banyak cakap kan. ahahaha. boring betul

4 ulasan:

Siti, tapi bukan Siti Sifir berkata...

'Lelaki yang sudi mengangkat barang daripada pegangan aku'. aku kat sini selalu jugak la kena angkat beg lcd projector ke hulu ke hilir ngan extension wire. selalu tunggu kalau-kalau ada orang offer diri nak tolong angkat. tapi tak pernah ada T.T sedihhh wo. hampeh tul lelaki2 kelas aku

Amilah Muhammad berkata...

hehehe. masa aku kat matrik pun, xde kot laki macam ni. kat tempat kerja baru jumpa :D

safiyyah berkata...

wah siapakah gerangan lelaki itu? ehem2 macam suka je. hehe

Amilah Muhammad berkata...

kak safiyyah, satu perkara yang akak perlu tahu pasal saya adalah perasaan suka saya takkan pernah ke mana- mana.

memang suka pun, tapi 'suka' ni takkan ke mana- mana. dan dia pun tak tahu. hehehe :P