Selasa, 9 Ogos 2011

Facebook dan saya

Aku rasa Facebook adalah suatu tempat yang transparent. Kita boleh tahu apa- apa yang berlaku kepada kawan kita tanpa berbual- bual dengannya. Dengan membaca status yang terhidang di news feed. Lebih- lagi kalau kita mempunyai ramai kawan mutual dengan kawan kita itu.

Contohnya, aku boleh tahu yang Lalilu (bukan nama sebenar) baru putus cinta bila geng dia menulis kata- kata sokongan dan simpati di profile dia. Oh ya, geng dia adalah mutual frineds antara aku dengan Lalilu. Jadi aku boleh baca macam- macam dekat news feed sahaja.

Ataupun, Sophie (bukan nama sebenar) yang hendak berangkat ke US untuk sambung belajar.

Atau, sebenarnya bila aku jumpa dengan teman sekolah, antara soalan yang sama ditanya kepada aku adalah, "Aisyah macam mana?" hehehe. Sebab mungkin wall post antara aku dengan Aisyah memenuhi news feed mereka. Aisyah tag aku, aku post di wall dia. Aku bagi link dekat dia dan mungkin saling membalas antara status masing- masing.

Mungkin sebab itu orang asyik bertanya tentang Aisyah kepada aku. Aku tak ingat lah asyik tu merujuk kepada berapa kali. tapi sekurang- kurangnya adalah dua orang yang bertanya tentang individu yang sama terhadap aku. Aku tak kisah pun. Cuma aku rasa facebook sudah menjadi satu teknologi yang transparent. Yang kita boleh baca hidup orang dengan mudah. Dan boleh tahu macam- macam tanpa menunjukkan sifat menyibuk yang terang- terangan.

Dan perkara yang makin memenuhkan news feed aku adalah apabila kita boleh baca apa yang kawan kita post ke dalam group dia yang tidak berkaitan dengan kita. Contoh, kelisa (bukan nama sebenar) yang asyik mempromosikan blog dia dalam group yang berlainan tanpa menyedari aku boleh baca setiap promosi dia. Oops, takpe. Sekurang- kurangnya aku pun boleh baca blog kau kan. Cheers! :)

3 ulasan:

Siti, tapi bukan Siti Sifir berkata...

this is sooo true man. kadang-kadang tetiba je kita boleh tau pasal personal life orang yang kita tak kenal pun. segala-gala nak luah kat facebook. bagus la tu.

Siti, tapi bukan Siti Sifir berkata...

eh eh kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih. aku pun luah personal life online gak. lagi teruk, semua orang boleh baca. hahaha. *nakkutukorangsangatkenakatmukasendiri*

Amilah Muhammad berkata...

dan bila org tanya pasal kau, aku pun copy paste apa yang kau tulis kat status/ blog je. HEHEHEHE