Khamis, 21 April 2011

Kisah dua pasang mata

Arakian pada suatu masa sang perempuan ter-kenal dengan seorang mamat ni. Tanpa membuka mulut, mata mereka berbicara sama sendiri tatkala bertemu. Sampailah berminggu- minggu. Sang perempuan sudah lupa pantang memandang tepat pada mata lelaki. Sang perempuan sudah lupa ayat supaya menundukkan pandangan. Sang perempuan sudah pandai makan pujuk iblis.

Sehinggalah dia benar- benar ter-suka. Biar lelaki ini ada yang punya. Dia tak kisah. Kerana baginya, itu tak menggambarkan sepenuh raga lelaki itu.

Sampai satu hari sang perempuan nampak lelaki itu. Bukan berseorangan tapi berpasangan. Mesranya bagai tiada yang melihat mereka. Hati perempuan sudah retak. Tinggal sekeping hatinya. Tidak lagi bercorak bunga- bunga yang ada awan dan juga matahari serta rumput.

Yang ceritera berminggu- minggu itu kosong. Yang sentiasa paling ke belakang melihatnya adalah tipu. Yang mencarinya curi- curi itu khayal. Yang riak saja buat cool itu mungkin saja tabiat. Yang bermacam- macam itu cuma tak penting.

Sang perempuan cuba mencari rentak. Mencari sejarah di sebalik hati yang retak. Sejarah yang dibuat- buat lupa memanglah akan berulang kembali.

Kala ini, kalau ditanya soalan klise sastera, apakah kesimpulannya? Jawab hamba, jangan pandai main mata. Jangan pandai tenung mata. Kerana mata itu sebenarnya pemalu jika kena pada tempat. Resapkan dalam dada bait- bait ayat 31 surah an nur. Kerana ayat ini bukan sekadar untuk dipelajari dalam kelas saja ketika bertingkatan lima dahulu.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,..."

Tamat.

Tiada ulasan: