Isnin, 2 Disember 2013

Pagi Isnin #2

Rasa terserlah siapa saya dalam entri sebelum ini. Boleh nampak yang saya ini perempuan material sebenarnya. Uhuk.

Hati ini kadang bergolek ke kanan, kadang bergolek ke kiri. After all, hati mahukan apa yang dia mahu. Lupakan segala logik atas bumi ini. Cumanya, betulkah hati yang ada segala kemahuan itu cukup bercahaya untuk memandu tuannya?

Ahad, 1 Disember 2013

Pagi Isnin

Kadang- kadang, pagi Isnin ada menghadiahkan saya dengan sesuatu yang manis. Sama ada manis berjumpa dengan orang yang baru. Mahupun manis bila mengorak perbualan dengan si dia. Walaupun dengan orang yang berbeza, manis dia tetap indah.

Dua orang yang berbeza. Dengan latar belakang berbeza. Dengan masa depan yang berbeza.

Heh, masa depan mana kau tahu kan? Mungkin yang bijak pada hari ini tidak mampu menanggung kesedihan pada masa depan. Mungkin yang miskin pada hari ini dapat tanam kesungguhan untuk menjadi yang lebih selesa pada masa hadapan.

Saya tidak mahu sama sekali menghakimi sungguhpun saya sudah melabelkan siapa kamu. 
Ironi
Ironi
Ironi
Ironi
Ironinya saya.

Tapi dalam banyak- banyak saya melabel kamu, saya berjumpa ketenangan. Heh, ketenangan sebagaimana pula bakal dirasai agaknya bila sudah diikat sah? Kerana itu, saya berlembut hati. Dan rupa- rupanya, saya berjumpa jawapan yang lain.

Yang mungkin saya salah seorang perempuan yang kamu 'cuba- cuba' kenal. Unfortunately, it doesn't work with me.

Jadi, terus tenang. Saya senang berkawan tapi untuk pergi kepada hubungan 'cuba- cuba kenal' begitu susah. Hargai saya, dan saya cuba percayakan kamu. Er, kamu retikan untuk bezakan kawan dan 'kawan'?

Mungkin sebab tu kot orang lain di sekeliling aku dah ada boyfriend tapi aku tak. Sebab aku banyak karenah. Ok thanks bai

Sungai Besar, Selangor

16-17 November 2013
Sungai Besar, Selangor.
Jaulah di Bayangan al-Quran

Mungkin ini ahli yang paling brutal bila mana orang lain pakai baju muslimah dan seluar track di sawah, aku pakai jersi dengan harem pants lagi dekat sini. Mana lah tahu kena bawa seluar track kat sini. Er er lagipun seluar track dalam bakul kain kot di rumah sewa masa tu. Ades.

Makin kenal diri. Makin memahami erti ilmu. Hidup di sini berdisiplin tapi dalam konteks 'masing- masing dah besar' lah. Makin memahami hidup berkongsi (terutama makanan!).  Tapi di sebalik kebiasaan dalam kehidupan normal, ada kecenderungan untuk perkara yang biasa dilakukan untuk terus dilakukan.

Macam makan Twisties untuk seorang diri dan tidak berkongsi untuk empat orang. Damned Amilah. Esok tu, dia pergi beli jajan saiz sederahan dan makan sorang- sorang dalam bilik.

-________________-

ps. Dah lama berangan nak pergi Kedah pastu dapat jalan- jalan dekat sawah padi. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan jalan ke Sungai Besar dulu. Hip hip horeyyyyy

Khamis, 28 November 2013

Kencing sang kucing

Pada petang tadi, saya singgah ke kedai runcit untuk membeli aiskrim. Konon- kononya untuk menghadiahkan diri sendiri, setelah pada tengah harinya jawab ujian. Bolehlah jawabnya walaupun tak semua soalan mampu saya jawab. Dan keluarnya dari kedai, saya lihat seekor kucing (yang pada mulanya saya tegur sebelum masuk ke kedai), kencing di motor saya. Iya, kencing lah weh. Mujur bukan di tempat duduk, cuma di tempat letak kaki. Eh ni motor automatik tau. Jadi, betulkan kembali imaginasi anda.

Dalam saat saya berbaju kurung, saya fikir biarlah saya tunggang motor ni pulang ke rumah dulu. Dan selesaikan hal ini kemudian. Namun, peristiwa kucing yang kencing ini sebenarnya disaksi oleh 'abang- abang' yang sedap duduk minum teh tarik (mungkin) di kedai mamak. Saya tinggalkan motor tu tadi di hadapan kedai mamak yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit.

Maka, disuruhlah saya untuk mengambil gayung dari tandas kedai mamak dan menjiruskan ke tempat kencing tadi. Bukan setakat gayung, baldi pun saya angkut sekali! Bila saya pulang ke rumah, saya pun telefonlah abang untuk bercerita tentang peristiwa itu. Nama pun penunggang amatur. Dan dia asyik gelakkan saya di dalam telefon. Mungkin dia juga 'memadankan' muka saya yang cuma suka main dengan kucing di rumah tapi hal- hal buang tahi pasir kucing, saya buat bodoh saja. Mungkinkah ini balasannya? Hurm.

Tapi bila diingatkan kembali, waktu saya kemalangan kecil pada semester tiga dahulu pun, dia gelakkan juga. Tapi mungkin gelak itu rasa sedikit bersalah dan mungkin bagi hint, "Hah, kau pun rasa yang aku kena dulu". Mungkinlah, mungkinlah kot. Maka, baliknya saya ke rumah itu untuk sumbatkan baju kurung ke dalam baldi (kerana khuatir tercemar dengan kencing si kucing) dan bertukar persalinan. Lalu, keluarlah saya untuk pergi membasuh motor. Dalam pada waktu jam 6 petang, dengan tiada terik matahari dan juga ketiadaan alat, saya pergilah ke kedai membasuh kereta (yang juga membasuh motor). Ok lah, itu alasan lebih. Saya mana reti basuh motor. 

Dan saya pun pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Yada yada yada. Pukul 8 lebih malam, saya mencangkunglah sekejap di bilik air untuk membasuh secara manual. Menggunakan tangan.Alangkah bahagianya bila dah settle semua. Siap basuh sandal tu woots! Ingat senang ke hah saya nak buat menda ini semua.

Rupa- rupanya bila disibukkan dengan perkara- perkara yang tak terjangka ini, saya sebenarnya sudah terlupa akan kepenatan, kesedihan dan mempersoalkan kenapa kenapa dalam menghadapi kehidupan akademik. Rupa- rupanya, kawan saya masih berfikir, dan sedih (dan mungkin kecewa) tatkala saya sedang bergembira melayan perkara hal kencing kucing itu.

Maka sesungguhnya, kita tidak tahu sama ada ini nikmat atau musibah. Tapi kita tetap berbaik sangka kepada Allah.*Ini quote from unknown ya. 

Ingat lagi apa yang saya lakukan sebelum peristiwa kencing sang kucing? Saya beli aiskrim. Dan aiskrim itu dapat saya nikmati selepas pulang dari membasuh motor. 

Oh ya, saya rasa kucing tu cuba menanda kawasan dengan kencing di motor saya. Mungkin dia tak mahu kucing lain mengorat saya kot. Ahak! Teori haprak di situ.

Sebelum habis, marilah saya perkenalkan anda semua dengan seseorang:


Bolehkah seseorang boleh digunakan untuk seekor kucing? Hurm apa- apalah. Ini namanya Cantik. Cause she's so beautiful (obviously lah kan aduh). Ini salah satu kucing yang ada di kawasan flat kami. Ke hadapan Cantik, moga kencing dan berak di kawasan yang sepatutnya. Semoga cukup makan dan juga tidur.

Initipati tulisan ini sebenarnya nak ajak amilah bersyukur sikit sebab boleh lupakan masalah dan keluh kesah buat seketika. Ok lah bye.

Selasa, 26 November 2013

Generasi Y- that's me!

Guruku pernah berkata bahawa generasi kini (iaitu generasi aku dan seangkatan) merupakan generasi yang kurang sabar dan mahukan sesuatu dengan cepat. Mereka tidak pernah untuk meluangkan masa untuk melakukan sesuatu dengan susah- payah. Semua mahu makan suap sahaja. 

Contoh yang paling senang, dalam mencari ilmu terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Kalau tak tahu jawapan untuk assignment, google sahaja. Kalau nak tahu maksud perkataan atau mahu menterjemah ayat, Google Translate kan ada. Tidak seperti generasi terdahulu, mereka sanggup menghabiskan masa di perpustakaan. Buku bertimbun untuk buat rujukan dalam assignement. Kita rilek je kan. Duduk hadap laptop, klik sana klik sini. Dah. Yang lagi haprak, copy paste ayat tu bulat- bulat.

Sebab tu lah, generasi kita manja lagaknya. Nak dapat apa- apa pun senang dan pantas.

Dan ada satu lagi, kita sudah tidak lagi bersifat kekitaan. Kita lebih bersifat aku- kau. Kalau lapar, cari makanan sendiri. Lantak pi orang lain. Kalau aku boleh cari makanan sendiri, kau pun buat lah sendiri. Part yang ni, boleh ketuk kepala amilah. Sebab rasa macam kutuk diri- sendiri sekarang ni. 

Lepas tu pula, kita ada disetkan minda untuk berfikir, "Apa yang aku dapat kalau aku buat ini?" Bila dah lama- lama belajar di Shah Alam, makin rasa yang sistem itu sangat menindas kita. Kalau aku pergi ceramah itu ini, dapat makanan percuma. Kita kan pelajar. Duit tak adalah banyak mana. Nak- nak hujung semester. Kalau tahu dapat makanan free, mestilah kita pergi bukan?

Kemudian, dapat pula kupon. Kupon tu kumpul banyak- banyak, ada can lah nak dapat kolej semester depan. Padahal pergi ceramah, input masuk sikit sahaja. Yang masa banyak terluang mungkin hadap smartphone dan aktif di laman sosial. 

Makanan percuma. Kupon. Aku tak kata salah perkara macam ni. Tapi, kita telah didoktrin dengan 'hadiah' berupa fizikal untuk apa yang kita lakukan. Jadi, mana niatnya untuk kita tambah ilmu? Mana niatnya untuk kita bersama memeriahkan acara- acara di kampus? 

Jadi, apa yang akan aku dapat bila aku buat sekian sekian?

Dah lah, cakap macam kena dekat diri sendiri. Oklah, bai korang :(



13 juta ringgit malaysia

Cik Ta bakal berkahwin dengan tajaan RM 13juta. Peh peh. Kalau bagi aku RM50 ribu daripada jumlah sebanyak tu, cukup dah aku nak beli Proton Saga secara tunai wei. Bolehlah juga guna duit lebih untuk bayar cukai jalan dan insurans kereta. RM50 ribu tu kira tak luak mana lah kan daripada RM 13juta tu. Itu kata aku lah.

Bagaimana dengan kawan aku?
Dia kata, baiklah dia guna untuk bayar PTPTN.
Aah, betul juga. Lagilah perlunya duit itu untuk membayar hutang.

Sedih kan. Dalam tengah- tengah belajar dan tak bekerja lagi, dah memang dihempap dengan hutang. Bukan seribu dua ribu ringgit tetapi lebih lebih RM 25,000. Bukannya kita yang mahu berhutang, tapi inilah caranya untuk survive dalam hidup kerana belajar. Bukannya lepas SPM, kita ada hasrat untuk berhutang. Tapi, hutang itu datang dengan sendirinya 'memaksa' kita untuk 'melanggannya'.

Murahnyalah nilai duit kalau jumlah RM 13juta itu digunakan semata- mata untuk majlis perkahwinan. Bukanku tujukan kepada Cik Ta tapi kepada pihak- pihak penaja. Murahnyalah harga duit itu pada mata kalian.

Jadi apa lagi alasannya untuk aku tidak bersyukur dan kedekut untuk berkongsi rezeki, sekiranya ada orang sekeliling aku yang sudah diikat dengan hutang manakala aku tidak? :')



Petrosains, KLCC

Ingat rombongan budak sekolah je ke yang datang sini? 
Kami pun datang juga. Dan sifat kanak- kanak mula muncul sedikit demi sedikit ketika kami berada di sini. Dah la hampir setiap hari belajar pasal duit di kampus, tiba- tiba serap ilmu sains pula kat sini. Alhamdulillah, ilmu kat bumi ini begitu banyak cabangnya yang boleh kita teroka.

Jumaat, 15 November 2013

Aku tengah patah hati ni. Sikit lah. Tapi malangnya, bagi kesan juga. Jadi, aku makan burger sambil cari hiburan di laptop. Ini kira macam pura- pura sibuk lah kan.

Harap- harap akan okay dalam masa sekejap lagi. Jangan risau, patah hati sebelum bermula, merupakan patah hati yang tak berapa nak sakit. Itupun belum tentu lagi alasan yang konkrit untuk patah hati itu.

Ok lah, saudara ini mahu mengundurkan diri dulu. Nanti kita kongsi lagi gambar yang menarik okay?

Ahad, 27 Oktober 2013


Pada suatu petang Khamis. 24 Oktober 2013.
Shah Alam.

Khamis, 24 Oktober 2013


Wakaf Bharu, Kelantan

Stesen KTM Padang Jawa

Jumaat, 18 Oktober 2013

I

Menara SAAS, UiTM Shah Alam
Tempat bertapak hari- hari dalam melunaskan hari- hari persekolahan. 

Khamis, 17 Oktober 2013

Khamis, 10 Oktober 2013

Pulau Pangkor, Oktober 2013

Em hai. Saya pergi bercuti ke Pulau Pangkor minggu lepas dengan makwe- makwe cantik. Trip ketiga berjalan- jalan dengan kawan. Dan ini kali pertama pergi dengan duapuluhlebih orang perempuan. 

Di Jeti Lumut.

Moga Tuhan memberi rezeki lebih kepada kita untuk sama- sama berjalan di bumi ini. Tak rugi. Banyak lihat perkara baru. Banyak belajar perkara baru. Dua hari satu malam yang cukup puas. Alhamdulillah.

Quote I

"Do you want to hear some travel joke?" Dan dia mula gelak.
Dan kami, pelajar di hadapannya, sampai tak berhenti ketawa sebab dengar ketawanya sahaja. Aduhai.
May Allah bless us, Corporate Finance MAF620
"Milah, cuba kau buka mata besar sikit masa jalan tu"

*Buka mata besar- besar tunjuk depan dia*
-__________-

Selasa, 8 Oktober 2013

rawak pada tengah malam

Kadang- kadang, kata- kata yang dikeluarkan secara spontan tu jugalah yang meresap ke dalam hati. Sebagai contohnya,

"Mana tahu dia boleh jaga kau". 
Deep.


Sabtu, 28 September 2013

Eh jap jap, nak cerita lagi ni. Sebelum naik semester baru haritu, aku dah renew cukai jalan motor siap- siap. Mak aku suruh buat awal- awal. Memandangkan road tax mati pada pertengahan bulan September, aku simpan lah dulu baik- baik dalam beg duit. 

Semalam, aku duk kemas- kemas lah beg duit aku. Biasalah, beg duit yang serabut tu haruslah kepunyaan aku kan. Aku pun duk buang lah resit yang berselerak dalam purse. Tiket bas ekspres pun ada lagi dalam beg duit. Lepas tu, barulah teringat yang aku pernah ada niat nak kumpul tiket bas ni. Tiba- tiba, aku ternampak road tax motor yang baru.

Rupa- rupanya, road tax lama dah mati 10 hari. Aku tak ganti- ganti lagi yang baru rupanya.
Dah la, awal minggu ni penunggang motor kena tahan ramai- ramai dekat gate uitm. Boleh pulak, masa tu aku seorang je penunggang motor perempuan.  Dia nak cek lesen lah, road tax lah. 

Tapi polis bantuan pun tak sedar gamaknya road tax aku dah mati. 
Peh. Nak cakap nasib baik ke tak, tapi Tuhan memang bagi rezeki kat aku. Syukur.

rawak kesejuta kali

Em hai. Semalam hari Jumaat. Ada kelas petang, bermula pukul 2.30 petang. Dalam tengah hari tu, terlelap lah juga akhirnya di bilik sebab penatlah kot. Tiba- tiba bila terjaga tu, tengok- tengok dah pukul 2.30.

Dan apa jadahnya kalau aku nak belit- belit selendang yang dipakai pagi tadi tu kan. Masa tu, dalam kepala set nak pakai tudung syria je. Laju- laju pergi ambil tudung syria dalam bakul kain. Sembur- sembur febreze. Siap- siap semua dan terus pergi kelas.

Sampai kelas pulak, terus gulp gulp minum air mineral. Punyalah penat dalam rushing tu. Tu je lah cerita saya. Okbai.

Sabtu, 21 September 2013

I couldnt even say the F word

Aku nak tulis benda marah- marah, mencarut, tak puas hati dan macam- macam lagi lah.
Tapi, selalu tak jadi. Tiba- tiba boleh tulis pulak doa daripada al-mathurat tu dalam entri sebelum ni.

Ceh.

Nampak tak siapa yang jaga kita sebenarnya sepanjang masa ni?
Sudah tentulah Tuhan yang maha Pengasih.
Jagalah kami ya Tuhan. Aduhai.

Jumaat, 20 September 2013

Bagi sesiapa (dan saya), andainya diri ini dalam kesempitan kewangan.

Tadi, aku jumpalah link yang memberi tips untuk menjaga kewangan diri. Tiba- tiba, terbaca tips pertamanya.



Allah. 
Tapi tiba- tiba teringat, ada satu doa berbunyi begini:
" Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kufur dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada siksa kubur. (Ikrar kami) Tidak ada Tuhan (yang sebenarnya) kecuali Engkau".

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah (RA), dia pernah berkata kepada bapanya,
"Wahai bapaku, saya mendengar bapa selalu mengulang- ulang doa (di atas) tiap- tiap pagi dan petang"
Jawab bapanya:
"Ya! Bapa dengar Rasulullah saw berdoa seperti itu, maka bapa ingin menyebut sunnahnya"

(Riwayat oleh Abi Daud)

Rabu, 18 September 2013

#3

Hari ini hari Rabu. Dua kali duduk sebelah stranger di dalam kelas. 
Strangers yang berbeza.
Alhamdulillah makwe kat sebelah begitu menyenangkan orangnya.
Dah la baru duduk sebelah, muka entah tengok entah tidak. Tiba- tiba boleh buat lawak, boleh gelak- gelak.

Entah macam mana, Tuhan boleh satukan hati kita dengan orang asing.
Dan macam mana jugalah, kita keraskan hati kita, daripada bermesra dengan orang yang pernah rapat. Pernah rapat suatu dahulu.

Allahu.



Rabu, 11 September 2013

Tacap bedak

Sebelum pergi kelas, tacap bedak. Lepas tu ada pula yang menegur katakan awak ini cantik. Jangan terus tersengih! Sebab alat yang menjadikan awak cantik tu bedak. Bukannya muka polos semata- mata. Dan ehem, siapa yang jadikan setiap manusia itu ada kecantikannya sendiri? Mestilah Tuhan yang maha Kuasa dan sukakan keindahan.

By the way, pakai bedak cantik- cantik pun tidak sama sekali boleh membantu mata anda untuk menjadi segar sekiranya lepas tidur petang terus pergi kelas. Nampak doh mata mengantuk. Kbai

September 2013

Minggu pertama.
Hati penat, kebosanan dan mudah runsing.
Kadang ketawa terbahak- bahak, kadang umpama berseorangan. Hati gua mana hang tau dak.
Amboi marah nampak padahal baru hari ketiga. Pui.

Moga kita lebih mencari Tuhan kerana dia yang sediakan segala ini untuk kita.

P/s. 4K Mac 2013, I lap yu!

Selasa, 10 September 2013

Kebangangan seorang gadis

Kalau awak tengok saya acah- acah tunduk tu,
janganlah kecewa. Saya cuma malu sahaja.

Acah- acah malu.
Moga nanti biar ada tabir antara kita.

Ahak. Tulis macam #yizlumik. Assalamualaikum!

Isnin, 9 September 2013

Gadis

Gadis yang berselindung itu,
mungkin di dalamnya ada sisi yang liar.
Jangan terus dicacinya,
kerna dia cuma mahu dipimpin.


Rabu, 28 Ogos 2013

Rants on Wednesday

Lama sungguh tak menulis. Tulisan pun entah kadang hendak menulis. Entah kadang tidak. Dan sebahagian besarnya, aku salahkan pada hobi aku yang baru (dan satu) ini. Iaitu *drumrolls* menonton cerita Jepang! Mungkin kita boleh salahkan pada cerita ini dahulu. Sebab cerita ini, bagi aku addictive!

Nama drama ini bukan sama sekali Next Innovation. Tidak sama sekali. Terima kaseh.

Amboi. Suka salahkan pada benda luar ya amilah. Bukannya nak salahkan diri sendiri. Ceritanya bermula pada musim peperiksaan semester tiga. Tapi, anda mesti tahu dahulu bagaimana trend budak jurusan perakaunan ni. Kertas banyak. Selalunya 6 kertas. Lepas tu, kertas selalu ada gap antara dua-tiga hari. Pernah juga empat hari. Dah la tertekan habis belajar untuk subjek yang #$@%& kan (cehwah). Jadi, aku pun tengoklah koleksi cerita jepang yang memang ada dalam laptop. Kononnya untuk naikkan balik semangat belajar lah. Tapi tak tahulah naik semangat tang mana. Sebab tengok siri secara marathon. Buku dah letak tepi.

Jadinya, aku pergilah jumpa dengan kawan aku untuk copy lagi banyak cerita jepang. Kononnya untuk persediaan ambil bahasa ketiga- Jepun untuk semester 4. Amboi, persediaan lah sangat padahal tengok untuk enjoy saja. Dah la suka belajar saat akhir. Manalah aku ingat sangat vocab ni sebab bukannya aku cakap Bahasa Jepun hari- hari. Cakap pun seminggu sekali je masa belajar dalam kelas. Dan hasilnya... Tada! Tak dapat A pun untuk peperiksaan lepas. Hampeh. Oh ya, btw, sekarang ni aku nak masuk semester 5 dah dalam masa dua minggu. InsyaAllah. Separuh lagi perjalanan untuk menjadi graduan. Hiks.

Cerita Jepang ni best lah jugak sebab idea diorang ni macam- macam. Bukanlah macam cerita rebut- rebut jawatan dalam company ke hape. Ada pula watak Dato maknenek apa semua. Eh. Aku sebenarnya dah lama tak tengok drama bersiri Malaysia. Mungkin trend tu dah lapuk sekarang. Maafkan saya ya! 

Oh ya lepas tu makin lama makin kucari nak tengok cerita Jepang apa pulak kan. 
Tapi, kalau anda cari drama bersiri Malaysia yang best, bolehlah cari Keluarga Iskandar. Tahap seronok tengok cerita tu mungkin dah sampai tahap 10 kot. 

Tapi yang tak best juga, mata aku ni macam dah tak boleh tapis pandangan dah. Dari sekolah rendah lagi kita belajar kan bagaimana aurat wanita dan lelaki harus ditutup. Bagi perempuan sesama perempuan, antara pusat sehingga ke lutut. Kan kan? Tapi bila tengok perempuan Jepun ni pakai skirt pendek pergi sekolah, dah melayang dah. Dosa entah di mana- mana sebab tak menjaga pandangan. Macam dah biasa pun ada juga. Adeh. Hishh macam mana lah golongan lelaki yang kena jaga pandangan tu kan. Huhu.

Moga kita ambil yang baik- baik sahaja okay. Bai!

Isnin, 26 Ogos 2013

II

Kita berjumpa lagi setelah sekian lama. Sungguh yang mendekatkan itu sebenarnya menjauhkan. Dan kita kembali menjadi kekok.

Ahad, 25 Ogos 2013

Pemilik 47 kromosom

Di dunia ini, kita cuma mampu melihat diri kita berhadapan menerusi cermin mahupun melalui gambar sahaja. Malah, sekiranya kita bertembung dengan klon diri kita, berkemungkinan kita tidak mengecam rupa si dia itu, seakan- akan diri kita. Kerana kita tidak melihat secara live bagaimana keadaan diri kita yang sebenar.

Yelah, boleh ke kau bayangkan muka kau yang betul- betul yang tidur ternganga siap berdengkur lagi masa tidur? Contoh je la...

Tapi, ada satu golongan istimewa di mana, kau dapat lihat mereka ini, lebih kurang sahaja rupanya di mana-mana. Walaupun anda berjumpa dengan orang yang lain- lain sepanjang masa. Tahukah anda siapa mereka itu? Iaitu pemilik 47 kromosom. Golongan sindrom down.

Maka, bila sahaja aku lihat kanak- kanak yang menghidap sindrom down, maka ia akan mengingatkan aku kepada sepupu aku yang seorang itu. Ajaib bukan? Dengan pandang kali pertama itu akan terus mengingatkan kau akan saudara yang jauh. 

Kau sendiri tak boleh jumpa dengan 'mak' kau di mana- mana sahaja walau betapa rindunya kau pada mak di kala kau bertatih di tempat yang jauh bukan?

Ever seen this kid anywhere?

Rabu, 26 Jun 2013

Hai. Apa khabar semua?
Saya tengah dalam musim peperiksaan ni. Doakan kami. kami, pelajar UiTM yang ketinggalan ni memandangkan pelajar unibersiti lain dah balik kampung dah pun. Ohoi!

Moga kita sama- sama melihat sesuatu dengan mata hati, akal fikiran. Bukannya dengan hati nafsu. Moga dijauhkan yang itu. Bismillah.

Isnin, 27 Mei 2013

lewat malam

Hati yang patah memerlukan masa untuk pulih. Sabarlah kasih.
Lama- lama, pulihlah hatimu.
Sabarlah kasih. Dia tiada niat untuk melukakanmu.

Cuma hati kita yang terlalu lembut. Bersabarlah. :')

Jumaat, 24 Mei 2013

Seandainya marah...

Hai. Rasanya saya sudah belajar sesuatu dalam sehari dua ini. Sekiranya marah, tertekan mahupun stress, saya tidak perlu berkata- kata atau meluahkan apa yang digeramkan, kepada orang lain.

Takut- takut boleh mengeluarkan kata- kata yang tidak enak, terbuka aib atau rahsia orang mahupun mendatangkan fitnah. Haih. Apa yang lepas, rasanya tidak boleh diulang balik. Kemungkinan juga, hubungan tidak lagi sebaik dahulu.

Maafkan saya. Maafkan saya! 

Seandainya saya marah, tertekan amhupun stress, saya patut tulis dalam kertas sahaja. Mahupun tidur.

Ucapan pasca hari guru

Kadang- kadang, kita lupa
dalam memperlecehkan mereka.
Kita memperlecehkan orang yang luas pengalamannya, lebih banyak amalnya, dan jauh perjalanannya.

Berbanding kita yang masih merangkak.

Sungguh, mungkin kita geram. Tapi apalah geram kita jika dibandingkan perkara- perkara lain yang kita punya sehingga nilai diri kita ini tidak terbanding dengan mereka.

Selamat hari pendidik.
Kepada guru- guru sekolah rendah yang masih ku ingat namanya, guru- guru sekolah menengah yang masih ku ingat suasana kelasnya, pensyarah matrikulasi yang masih terasa keakraban mahupun pensyarah universiti. Pensyarah- pensyarah inilah yang paling rasa jauhnya. Biar jauh tapi menusuk kalbu.

Selamat hari guru :)

Ahad, 5 Mei 2013

Apa akan jadi kepada UiTM kalau Pakatan Rakyat memerintah?

Kita ulang balik ya tajuk di atas.
Apa akan jadi kepada (aktiviti politik yang cenderung kepada Barisan Nasional) kalau Pakatan Rakyat memerintah?

hahahaha. Mesti macam kelakar sebab budak UiTM kan anak kerajaan (Barisan Nasional). Aku tak tahu apa yang akan berlaku dalam acara rasmi nanti. Serius do. Kalau kau jadi budak UiTM, sejak minggu pertama lagi boleh didoktrin dengan 'menyanjung sangat' pemerintah ni. Dalam aktiviti rasmi, aher, kau tahulah yang akan ada selitan tentang politik ini. Dan perkara ini agak menganggu aku sebenanrnya. 

Pernah sekali tu, aku pergi acara wajib untuk koko, Sekali ceramah, dalam bahagian pertama, asyik duk mengutuk bangsa satu lagi je. Geram juga aku pada pensyarah tu. Harap je belajar tinggi- tinggi tapi ... (Moga kau ampunkan kesalahan aku dan kesalahan mereka. Sungguh kami insan yang berjiwa lemah). Nasib baiklah bahagian kedua tu, pasal isu buang bayi. Maka, redalah hati aku yang membara ini. Cehwah. 

Kami (saya) mahukan kebebasan, persamaan politik antara kedua pihak! 

Nasib baiklah saya mendapat pensyarah- pensyarah yang berfikiran terbuka dan bersikap professional. Alhamdulillah. Maka, daripada apa yang tidak tahu dan malas ambil tahu, dapat dibuka juga mata ni. 

Tapi, bila orang bangkitkan, "Apa akan jadi pada benteng Melayu?"
Masalahnya, ramai orang ingat yang budak- budak UiTM ni tak pandai. Termasuklah aku pada suatu ketika dulu. Susah gila nak ubah mindset ni, melainkan kau dah masuk institusi UiTM ini sendiri. Jadi, harapan aku kepada diri sendiri dan rakan- rakan yang lain, "MARI TUNJUKKAN YANG KITA NI JUGA BERDAYA SAING"

Penat seh, jadi budak UiTM yang merendah diri sangat gitu.

Kenapa perlu benci buletin utama? #2

Rasa macam dalam entri sebelum ini, seperti mengatakan yang perniagaan ini sesuatu yang kotor dan orang yang berniaga ini cuma pentingkan duit dan tamakkan duit.

Saya tidak bermaksud begitu :(

Jumaat, 26 April 2013

Kenapa perlu benci Buletin Utama?

Hai. Ada ramai antara kita yang tak suka, dan mungkin menyumpah- nyumpah dengan Buletin Utama, TV3. Katanya, terlalu bias. Yang di pihak pembangkang itu, semuanya buruk belaka. Kalau boleh, nak hentam habis belaka! Tapi, dalam tak suka itu, saya harap, golongan ini bukanlah golongan yang sama, menonton Buletin Utama pada setiap malam.

Yelah. Dah kata tak suka, yang pergi tengok lagi apasal?

Ayat atas ni, macam harsh pula. Dush dush.

Okaylah. Kerana TV3 ini stesen televisyen swastalah, makanya dia berhak untuk menjadi bias. Kerna apa? Kerna pelanggan selalunya betul. Customers always right. Pernah dengar ungkapan itu? Maka kiranya, mungkinlah pihak parti pemerintah itu yang menjadi pelanggan TV3. Maka, sebab itulah Buletin Utama sering kali 'memuji' pihak pemerintah. 'Membelasah' pihak pembangkang.

Kita, sebagai orang berniaga, seringnya melakukan kerja untuk memuaskan pelanggan. Kerana pelanggan itulah bos kita. Kalau berjual makanan, makanan itu haruslah sedap mengikut cita rasa pelanggan yang disasarkan. Kerana TV3 ini perniagaannya lebih kepada perkhidmatan, maka perkhidmatan 'memuji' dan bias itulah yang perlu kita terima pada setiap jam 8 malam. Kerana pelanggan yang membayarnya.

Datang mana pula pelanggan kalau di media eletronik ini? Lihatlah pada iklan- iklan. Itulah pelanggan mereka. Maka, kiranya kita tahu siapa pelanggan mereka kalau dilihat pada iklan 'terima kasih malaysia', lagu pergi mengundi dan pelbagai lagi. 

Maka, kiranya (sekali lagi, ehem) kita tidak boleh lagilah menyalahkan Buletin Utama, terutama lagi kalau ia begitu berlawanan dengan ideologi politik kita.Lebih- lebih lagi, bila dilihat pihak pembangkang agak kukuh di pihak media alternatif. 

Kalau tak suka, tutup. Kalau tak puas hati dengan kenyataan satu pihak, carilah fakta di media alternatif. Cuma satu sajalah, bak kata nenek saya, "kesian dekat orang kampung yang tak tahu apa- apa". Perlu pula bergantung pada media besar seperti TV3 pula. Aih.


Rabu, 3 April 2013

Ke hadapan Srikandi

Ke hadapan Cik Srikandi,



Saya ini seorang yang mencari. Sejak dahulu lagi, saya membaca tulisan saudari. Di blog. Sehingga saya pernah berangan nak jadi ahli sejarah. Nak pergi korek galian semua itulah. Blog ini menjadi saksi okay. Cuba tekan link ini. Sehinggalah saya terlupa akan tulisan saudari bila hanyut dalam kehidupan. Dan kini, saya terjumpa lagi tulisan saudari dalam buku Makan Dalam. Buku itu memang power. Sesiapa yang baca entri ini, patut ambil tahu tentang buku ini. Setakat ini, itu adalah antara buku alternatif yang paling aku suka!

Berbalik kepada saudari Srikandi, kiranya saudari ini begitulah sulit untuk diketahui siapakah gerangannya. Maka, kini saya merasa ragu- ragu. Berdasarkan pemikiran kritikal, saya tahu saya tidak boleh ikut membabi- buta. (Dalam politik pun sama yaw!) Walaupun artikel saudari begitu menarik (hoh yelah. Melaka as in Parameswara dan Sultan Mahmud begitu klise. Srikandi bercerita lebih daripada itu kepada kita tentang Melayu) tapi saya masih was- was.

Sudikah kiranya, saya ingin bertemu dengan saudari? Ingin sekali saya melihat sumber- sumber rujukan dan kisah lain tentang sejarah Melayu. 

Oh ya, blog itu telah di-private-kan atas kesulitan tertentu. Mungkin.


Ahad, 31 Mac 2013

Nota #1

Banyakkan memberi.
Jangan pentingkan diri.

Selasa, 19 Mac 2013

Andai aku sebuah robot

Seorang pemerhati mengatakan suatu persepsi tentang kami, pelajar di fakulti kami. Katanya, "You are trained to be robot" Dan juga, " The faculty puts too high expectation on you"

Aah, betul juga. 

Andai aku sebuah robot, aku ingin jadi sebuah robot vacuum. Mampu menyedut habuk- habuk dan kemas- kemas rumah sambil tuan dia duk rilek- rilek.

Ok, aku nak jadi TUAN kepada robot itu sebenarnya.

Ahad, 17 Mac 2013

Kelakar rasanya bila asyik membandingkan diri dengan kehidupan orang lain. Bila kau bandingkan diri kau dengan melupakan segala nikmat yang Tuhan beri, emosi dan ego terus jatuh menjunam. Seperti kau yang paling malang. 

Tidak sayang. Kau cuma jadi malang bila kau terlupa yang Tuhan ada dekat dengan kita.

Sabtu, 16 Mac 2013

"Sekolah bukan Penjara, Universiti bukan Kilang"

Oh tidak- tidak, aku bukan ingin mempromosi forum ini (yang dah lepas dua minggu lalu itu dah pun) mahupun memberi sebarang komen tentang forum itu. Kalau ingin mengetahui serba sedikit tentang forum itu, bolehlah melawat ke blog ini. Forum TFTN

Saya cuma nak katakan, yang sebahagian kita (baca: saya sendiri) memang dalam proses menjadi produk kilang. Apa tidaknya, lepas belajar penat- penat, kita masih punya cita- cita untuk bekerja itu dan ini. Memang bagus, cemerlang perfecto! Tapi 'itu' dan 'ini' bermaksud kita kerja bawah orang lain. 

Nak kerja tinggi- tinggi ah. Jadi akauntan. Jadi pengurus. Jadi apa entah. Dah bila lagi kita nak buka peluang pekerjaan untuk orang lain pula?

Adik- adikku sayang

Hai adik- adikku sayang. Terutamanya adik- adik yang masih bersekolah. Jika kamu masih tidak punya cita- cita, jangan risau. Sebilangan kami yang sudah melangkah hampir separuh dalam pengajian ijazah, masih tidak punya cita- cita. Iya, sayang. Percayalah, belajar banyak- banyak dan susah- susah, tapi masih tidak tahu mahu menjadi apa dan siapa.

Tapi punyailah impian. Dan kenallah minat. Carilah kebolehan. Maka, di sini, insyaAllah, hala tuju awak makin lurus.

Yang penting, beranikan diri <3 p="">

Khamis, 14 Mac 2013

Harga bakal graduan perakaunan

Sudah dua kali, aku mendengar pesanan yang serupa daripada pensyarah yang berbeza. Pesanan itu berbunyi begini,

"Study hard ya! Bukan study smart"

K. Perlukah aku nangis di kala ini? 

Jumaat, 8 Mac 2013

Aku dan buku

Aku ini pembeli buku yang tegar. Andai pulang dari pesta buku, muka ini jugalah yang habis beratus- ratus ringgit. Bermacam- macam beg plastik.

Tapi sayang, buku- buku itu tak habis jua dibaca. Walaupun dua tahun sudah berlalu.

Maka, di sini aku mahu berikrar (ataupun berangan) untuk tidak membeli terlalu banyak buku yang konon- kononnya mahu dibaca. Ataupun, aku berharap duit aku habis untuk membeli majalah berfaedah dan HABIS BACA.

Tapi sejujurnya, aku macam tak ada mood nak membaca sangat. Mungkin sebab dah overdose dengan skrin komputer kot?

Moga berjumpa lagi dalam episod lain untuk pengharapan, keluhan mahupun pemerhatian dalam kehidupan. Babai!



Jumaat, 22 Februari 2013

Cuti semester nak habis dah!

Hai. Saya sedang cuti semester. Dan saya malas baca buku cerita. Membelinya, rajin tahap power.Siap suruh abang gerai (sewaktu di pesta buku 1malaysia) simpan buku yang kita cop sebab nak singgah ATM kejap. Ho la.. duit tak cukup! Tapi, nak membacanya, ya rabbi, malasnya dia! Padahal buku cerita saja. Fiksyen je woit. Bukan fakta penuh keliling buku pun.

Apa yang dia buat entah cuti ni selain jadi khadam di dapur? Itupun buat secara lalok. Kau mamai ke apa cuti ni amilah oi?

Meh kita tengok, berapa lama dia bakal habiskan untuk baca buku ini ;)




Rabu, 30 Januari 2013

Siapa kau?

Bagi kau, apa itu identiti diri?
Aku cuma nak cakap, aku cemburu dengan orang lain. Orang yang hari- harinya cuma ber-tshirt dan jeans. Dan dia yakin. Dan itu memang sesuai dengan dirinya. 

Simple kan.

Kalau hari ini aku pakai jubah, dan esok aku pakai kemeja longgar tapi parasnya, tak tutup punggung pun. Apa kata kau?


KAMI the series

Aku tonton lagi KAMI. Selepas (hampir) enam tahun, perspektif aku tentang KAMI dah berubah. Aku kira mungkin kerana cara pemikiran, cara hidup yang berbeza. Maka, perspektif yang dihasilkan juga berbeza. Waktu itu, aku cuma kisah tentang lagu- lagu mereka sahaja.

Kau minat muzik apa?
Aku minat local bands.
(konon- kononnyalah, kalau ada perbualan sebegitu)

Ecececeh. Semangat gila sampai google sana sini. Tengok website itu sana sini. Download lah itu lagi. Sangat 2007. 

KAMI the series
Pada 2013 ini, lain sungguh apa yang aku lihat dalam siri ini. Melihat itu menonton. Menonton tak semestinya melihat. Pada waktu ini, berbanding tahun 2007, aku makin pandang akan masalah mereka. Lynn, Ali, Sophie, Adii dan Abu. Semua ada masalah masing- masing. Yang paling banyak, masalah keluarga. Aku fikir, kalau aku berada di tempat mereka, aku sendiri tidak sanggup tahan beban mereka.

Lalu mereka berlepas diri daripada masalah. Berlepas diri dengan cara kehidupan. Contoh, Abu lah kan. Hidupnya sedia kala, menjadi nakal dan dia tidak kisah. Tapi segalanya berubah apabila abangnya (yang merupakan kesayangan bapanya) meninggal duina akibat dibunuh. "The only thing that made my dad happy was my brother". Dulu dia nakal. Pasang muzik kuat- kuat dan dimarahi bapa. Dan juga sekali- sekala menolong bapa berkebun. Kini, dia nakal juga. Tapi apa yang dia buat semuanya tak diendahkan bapanya. Seolah- olah, bila abang dia pergi, bapanya melihat seperti Abu juga tiada.

Padahal Abu masih ada. 

Kini, dia masih nakal. Dia perlukan perhatian bapanya. Dia pasang muzik kuat- kuat. Tapi bapanya, sudah tidak menjengah di pintu. Dia sendiri menawarkan pertolongan untuk berkebun sekali, tapi ditolak baik oleh bapanya. Sehinggakan aku rasa, dia mencuri itu sebagai pemberontakan dalaman untuk protes tindakan bapanya. 

Apa kau rasa bila kau mahu perhatian seseorang tapi tak dapat. Inikan pula bapa sendiri. IT HURTS. Ini semua pemberontakan bebeh. 

Ada dulu, masa aku Tingkatan Tiga, aku fikir hal macam ni? Aku kira tidak. Dan nampaknya, usia telah mematangkan aku. Moga, lepas ini, aku tonton filem/ drama bukan sekadar hiburan. Penulis cerdik akan menyelit satu isu untuk kita kupas, dan kita renung. 

ps. Aku masih tak puas hati ni. Masa Tingkatan Empat, teman lelaki dia yang jemput dari sekolah. Aku sampai universiti takde pun berjemput macam tu. Ciskek. Tapi, rilek lah. Kita kan vroom vroom dengan skuter. Ahahaha

Kbai!

Isnin, 28 Januari 2013

Berjaga dan tidak tidur

Doa ini dimakbulkan dalam pelbagai cara. Bukan?
Aku adalah perempuan yang kuat tidur sebenarnya. Dan selalunya, pada waktu malam, aku boleh tidur lena selena- lenanya. Tanpa memikirkan keluh- kesah seperti rakan serumah yang menghidap insomnia. Aku sedap- sedap tidur dan dia, er dalam jam empat pagi gitu, masih berusaha untuk melelapkan mata tapi tak boleh. Kesian sebenarnya. Tapi, selagi tak rasa perkara yang serupa, selagi itulah kesian itu cuma kesian semata.

Sehinggalah pada suatu malam. Minggu peperiksaan terakhir. Untuk kertas terakhir. Dan aku mula belajar sungguh- sungguhla (sebab aku tak habis belajar lagi. k fine). Dan malam itu, aku pun tidur lah setelah terasa mengantuknya. Pejam mata. Doa- doa semua sudah dibaca. Pejam mata lagi.

Gagal untuk tidur!

Sehinggalah aku kembali bangun dan cuba belajar kembali. Oh ya, dalam keadaan begitu, sudah pasti apa yang aku baca tidak masuk kepala. Kecuali, pada pagi buta itu, aku sudah tahu apa yang aku nak tanyakan kepada rakanku ketika study group keesokan paginya.

Dalam keadaan resah begitu, aku fikir begini. Aku perlukan tidur agar aku tidak terlelap siang esoknya sehingga terlepas study group. Tapi aku masih berjaga. Dan azan Subuh nyaring di sayup- sayup pagi. Dan, boleh pula masa itu aku terasa nak melayari internet pada pagi itu.

Oh ya, pada tika itu, aku tengah ketagih untuk baca blog Mari Bergebang. Kelakar doh blog tu. Asyik nak klik older post saja di bahagian bawah blog.Maka bacalah. Dan baca lagi blog tu. Dan juga mengicau di laman biru. Baru saja aku rasa nak tidur, kawan sudah menghantar mesej tentang study group pagi itu. Dan hari aku bermula pada waktu itu tanpa tidur malam.

Dan blablablablabla pada hari itu, akhirnya aku masuk tidur pada jam (hampir) pukul 10 malam. 
Kau tahu doa aku apa sebenarnya? Aku berharap sangat agar aku tak terlepas solat Subuh. Itu je sebenarnya. Tapi takpe, Allah tu tunjuk jalan dengan bermacam- macam cara.

Aku sebenarnya berperang untuk solat Subuh sebenarnya. Tsk tsk. Inilah realitinya seorang aku. Nak pula masa study week/ minggu peperiksaan. Memang tiada kelas pagi lah kan. Tiada roommate pula tu. Amboi. Banyaknya alasan. Maka, aku pun berperanglah. Sama ada langsung tak dengar bunyi loceng. Atau dah dengar tapi tertidur balik. Ataupun dengan gigihnya bangun. Aduyai.

Dan er, balik rumah pun sebenarnya sama juga. Nak- nak lepas habis em you know, hal- hal perempuan ni. Ciskek. Nampak sangat bila datang bulan, semua dilanggar. Sesuka hati nak bangun, nak tidur pukul berapa sebab tak solat. Tsk tsk. 

Maka, doa aku untuk solat Subuh hari ini juga dimakbulkan dengan cara tak boleh tidur malam. Maka, sama- samalah doakan agar aku boleh menjadi seseorang yang tidur awal dan boleh bangun awal. Orang kata, kalau susah nak bangun solat Subuh tu, maksudnya banyak dosa. Tsk tsk.

Ampuniku Tuhan.

Banyak sangat hal duniawi dalam otak ni. Tsk tsk.
Sekianlah. Kini jam 1.56 pagi. Dan aku masih di hadapan laptop. Sekian.

Jumaat, 25 Januari 2013

Tulis. Padam. Tulis. Padam. Kau ingat kau ada sindrom writer's block?

Ada dalam satu masa, kau suka dengan perasaan kau. Masa itu, idea seakan membuak- buak dalam fikiran, hati kau. Tiba- tiba bila kau tarikan keyboard, semua itu tak berdaya untuk ditulis. Semua lesu. Seakan- akan idea itu tersekat.

Tulis. Padam. Tulis. Padam. Dan padam.

Dan bagaimana dengan idea yang dah tercurah- curah tapi tak tertulis itu?

Biar kita sendiri saja yang rasa. Kerana mahalnya rasa itu, tak semua mampu merasainya. Jadi, biarlah kita saja yang merasainya.

:)

Eh sama lah dengan jatuh hati. Tak semua orang rasakan apa yang kita rasa. Maka tinggalkan mereka. Marilah hidup dalam kebahagiaan. Oh ya, aku maksudkan jatuh hati dengan satu siri Jepun ini. haha. Minta maaf ya :)

ps. Habis lah. Sejak bila aku amalkan kembali dasar pandang ke Timur ini? Kau biar betul ha Amilah layan Jdrama ni? Moga cuti ini aku masih hidup dengan perkara- perkara yang berguna, dan juga bawa kebahagiaan. Wallahualam.

Selasa, 22 Januari 2013

Things are not going to be same anymore.

Things are not going to be same anymore.

Contohnya, waktu di matrikulasi dahulu kala, kalau hati kacau sampai tak boleh nak belajar, kau masih boleh cemerlang lagi dalam peperiksaan. Tapi bila dah masuk unibersiti, hm hampeh. Terimalah kenyataan yang kau, yang dah la jiwa kacau, usaha pulak memang kurang dari dahulu. Maka aku pun redha jelah dengan result subjek Marketing aku pada semester dua dahulu. 

Dan memang pun kita akan membanding- bandingkan kehidupan di matrikulasi dengan unibersiti. Matrikulasi lah yang paling rajin. Matrikulasi lah yang semangat nak belajar. Lepas isyak, terus belajar sampai jam dua pagi. Kat matrikulasi lah, rasa nak belajar sebab lawan dengan kawan. Heh. Orang lain pun cakap benda yang sama. Bila sedar yang diri ini malas menghadap pelajaran, maka kita akan membandingkan dengan kehidupan yang super rajin di matrikulasi. Itu tak kira lagi, kuat pergi study group di perpustakaan dan melawat kubikel sebab banyak soalan nak tanya dekat pensyarah.

Sekarang? Kita akan lepak- lepak ah dulu. Layan laptop. main Facebook main Twitter. Kadang- kadang bilik pensyarah pun tak tahu. Study group akan dibuat bila peperiksaan mendesak kita. 

Maka untuk menyedapkan hati, benda yang paling kau perlukan untuk terus berada dalam kadar yang meyakinkan dalam pelajaran adalah, fokus dalam kelas. Hm, aku patut usaha lebih bahagian tu untuk semester- semester akan datang. Insyaallah.

Semester tiga pun dah habis. Begitu cepat masa. Dan makin besar rupanya kita. Adakah kita juga makin matang selepas setahun setengah menjadi mahasiswa?

ps. Kau rasa kau masuk universiti sebab apa? Sebab nanti bila dah graduasi, kau boleh cari kerja gaji banyak. Atau kau nak kutip ilmu sebanyak mungkin dan enjoy dalam menjalani kehidupan pelajar yang super riang?

Saya suka makan Mamee!

Ingat tak dulu? Bila kerajaan umumkan bahawa makanan tak berkhasiat dilarang dijual di sekolah.Dan mungkin kita cuma terbayangkan makanan ringan atau aku sebut sebagai jajan. Dan mungkin terbayangkan aiskrim. Rupa- rupanya nasi lemak itu pun dikira sebagai makanan tak berkhasiat. Demi kesihatan budak- budak sekolah mungkin. Biar makan secara sihat. Biar masalah obesiti tidak meningkat.

Aku masa tu, panas hati lah juga. Nasi lemak? Apakah? Adalah juga dulu menulis ketidakpuasan hati di entri ini. Tapi semester ini, dahsyat juga cara aku makan nasi lemak. Pernah la juga sampai dua bungkus nasi lemak aku makan waktu di kampus. Dah nak buat macam mana, satu bungkus memang sikit. Dan yang lagi mengharukan, telur rebus yang sedikit gila. Sampai aku buat bebola/ nuget jadi lauk nasi lemak aku. Tapi nasi lemak kerang dekat rumah sewa aku memang power. Nasi banyak. Sambal kerang lagilah banyak. Perangai makan nasi lemak menjadi- jadi sampai aku risau sungguh dengan kesihatan aku. Akhirnya, entah macam mana, aku terlupa tentang nasi lemak dan teruskan hidup dengan rutin nasi putih berlaukkan ikan.

Petang tadi, sewaktu dalam perjalanan keluar, nampaklah seekor monyet yang sedap rilek- rilek makan Mamee. kahkah. Rilek sungguh dia makan. Ingat manusia je yang makan? Maka, aku pun berceritalah kepada abangku yang di fakulti kitorang jual banyak gila Mamee. Sebab kelas jauh dari kafe. Hm, bukan jauh. Tapi atas sangat dari kafe. Tiba- tiba abang aku bagi respond (edited), "Dekat sekolah tak boleh jual jajan, kat universiti boleh jual pulak."

Aah la, sounds legit.

Banyak gila kot jual dekat fakulti aku. Kau bayangkanlah, masuk je ke tingkat 7, tingkat 8, berderet jajan dan juga Apollo yang dijual di tepi. Ada yang dua puluh sen, tiga puluh sen. Yang tak puas hati, Apollo makin kecil. Tak puas pun makan. Yang tak dilupa, air mineral sebagai penghilang haus ketika belajar di kelas. 

Mamee tu sangat menggiurkan aku sebenarnya. Dan juga jajan lain. Rasa macam nak beli hari- hari tapi hati ini dipaksa untuk menahan nafsu. Kau bayangkanlah, ada satu (atau dua) kotak besar Mamee kat situ. Hari- hari pulak tu tengok. Sementara pensyarah tak ada lagi, marilah kita kunyah- kunyah dulu dalam kelas.



Macam kelakar pula. Yang dilarang budak sekolah. Tapi mahasiswa memang sedap mengunyah jajan dalam kelas. Jajan. Siap terliur pula tu bila tengok jajan berderet atas meja. Kita ni nak canang makanan berkhasiat tapi akhirnya yang budak besar duk kunyah jajan dalam kelas. Dan semestinya termasuk aku, terima kasih :)

Hehehe. Tapi yang paling tak syok, bila kau dalam kelas. Tiba- tiba kau terbau perencah Mamee yang kuat gila. Tengok- tengok, takde pun kawan yang makan. Rupa-rupanya ada pelajar lain yang pergi tinggalkan bungkusan yang dah makan dalam laci meja. TAHNIAH. Kau mengingatkan aku pada zaman sekolah rendah di mana budak- budak suka tinggalkan makanan dalam meja lepas tu, bahagian paling tak best bila ustaz atau ustazah suruh kemaskan laci dalam meja. Benda macam ni dah jadi fobia walaupun aku dah lama tinggalkan sekolah agama tu.

Aku tak kisah kalau mahasiswa suka makan jajan tapi mahasiswa yang tinggalkan sampah dalam meja itu dah apa cerita?  Kau sama level dengan sekolah rendah ke? Tak apalah, mungkin kau tertinggal. Sebab fobia ini jugalah, aku terbuang makanan kawan aku. Aku tukar tempat dan pergi duduk kat meja kawan aku. Lepas tu, ada kuih dalam tu. Maka aku terus buang. Rupa- rupanya dia tertinggal. Aduh, minta maaf banyak- banyak.

Dan apa kesimpulan aku kat sini? Aku harap budak- budak sekolah dapat kurangkan pengambilan jajan dan jangan jadi macam aku yang terliur bila tengok jajan dekat pasar raya. Sekarang pun dah terfikir Twisties warna ungu tu.

Rabu, 16 Januari 2013

After all, apa yang awak mahu sebenarnya?

Macam biasa, scroll di laman facebook. Sampai bawah sampai bawah sampai bosan. Apa yang tak biasa adalah aktiviti ini dilakukan pada awal pagi. Dan aku masih belum tidur. Apakah ini? Aktiviti ini cuma kebiasaan aku pada cuti sekolah masa sekolah menengah dulu je. Ahem!

Tapi dah kenapa dengan hari ini? uhuk- uhuk. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Eh bukankah apa yang kita lakukan, ada baiknya yang kita tak tahu? Atau mungkin kita tahu tapi kita lupa nak bersyukur?

Okay, berbalik pada kisah tadi. Masa tengah scroll tu, maka aku pun membacalah status seorang kawan ni. Dan aku respect dia. Respect semangat dia, Ilmu dia. Karisma dia. Dia ni agaknya, pergi mana- mana pun menjadi. Oh, dia juga beza, hm dua tahun kot daripada aku. Dan aku kadang- kadang, selamba je panggil tanpa 'kak' di hadapan. Hehe. Selamba yaya...

Dalam statusnya, ditulis tentang angan- angan dan apa yang telah dia gapai. Dan dia memang gapai.

Dan masalahnya aku ialah, aku masih di takuk angan- angan. Tengoklah, nama blog pun "medan angan- angan dan realiti". Angan- angan itu semanis yang mungkin, yang selalunya mampu dimainkan dalam kepala sahaja manakala realiti masam lah juga kadang- kadang. Tapi bahagia! Mungkin macam sos pasta. 

But after all, what do you want really?

Hm.

"Aku ada berangan nak pergi travel ni. Duit menabung ni simpan, tak tahulah sama ada untuk buat down payment kereta atau nak pergi travel. 
Oh. Kau pernah pergi jalan- jalan sampai mana dah? 
*senyap* Famili aku jenis tak pergi jalan sangat. Er, paling jauh, aku pernah pergi sampai Pulau Phuket kot."

Kahkahkah. Wak luu, sampai berangan nak pergi travel tuuu. Dan marilah aku dengan bangganya mengaku, yang aku tak pernah rasa naik kapal terbang lagi. hihihihi.


Antara perkara syok untuk dibuat adalah melihat matahari terbit. Dekat pantai pula tu. Dengan kawan- kawan matrik pula tu. Mac2011

Jumaat, 11 Januari 2013

Kamon amilah. Dua paper lagiiiiii

Assalamualaikum. Hai. Hello.
Empat kertas sudah berjaya ditumbangkan dengan tenang dan masih tinggal dua kertas lagi. Dan aku rasa, perang sebenarnya baru hendak bermula. Isnin ini, paper Auditing. Jawapan tipikal orang: subjek yang kelam. Dan aku sebenarnya dahulu, masa di matrikulasi, tak punya idea bahawa bagaimana audit itu sebenarnya. Sampai ada cita- cita nak jadi auditor tu. wiwit

Mungkin, pada masa itu, aku cuma fikir, kerja auditor adalah nak cari kesalahan orang sengaja buat dalam laporan kewangan dan aku nak tegakkan keadilan? lulz! 

Dah la. Tengok past year paper pun dah rasa seram sejuk. Dan pada waktu yang sama, sedang rilek- rilek layan drama dan juga baca blog orang lain. Tahniah. Dan begitu pesimisnya, orang yang dapat dekan untuk semester- semester lepas, berharap agar kali ini dia tidak gagal. TAHNIAH -.-'

Kau ni pelajar yang muslim ke muslim yang belajar? Dang!
Oh ya, quote daripada Zabed. Dia memang, aku rasa, mamat yang penuh dengan ilmu di dada (dan juga mungkin dengan quotes).

Kbai!

Selasa, 1 Januari 2013

Tahun baru dan ayah!

31 Disember 2009
Pada malam itu, untuk pertama kalinya, aku baca surah Yaasin kuat- kuat untuk ayah yang terlantar di atas katil. Di wad. Selepas ayah jatuh  nazak seminggu sebelum itu,  aku mula baca Yaasin untuk ayah. Tapi selalunya dengan mulut terkumat- kamit. Tidak kuat untuk didengar ayah. Malam itu, aku baca kuat- kuat. Terima kasih dekat emak yang suruh juga aku baca kuat- kuat.

Dan selepas itu, aku rasa ketenangan yang amat.

Dan malam itu, untuk kali pertama aku tidur di wad. Selalunya shift aku jaga ayah adalah antara pagi sehinggalah tengah hari. Oh ya, pertama kali untuk waktu ayah yang sedang- sedang saja situasinya. Masa ayah nazak 24 Disember 2009, semua ahli keluarga berkampung di hospital. Dan tidur di koridor hospital. 

1 Januari 2010, 1.05 pagi
Mak kejutkan aku. Aku lihat ayah. Dan seumpama ayah berdengkur. Emak panggil jururawat. Panggil doktor. Dan ayah hembus nafas terakhir. 

Dan aku teresak dalam hiruk- pikuk orang meraikan tahun baru.

Ayah nazak 24 Disember. Ayah kembali stabil. Ayah pergi 1 Januari. Alhamdulillah. Kau masih beri kami seminggu lagi untuk bersama dengan ayah. Alhamdulillah.

Kini, kalau kau lihat aku bergembira pada tahun baru, ini tidak bermakna aku lupakan ayah. Hish, aku ini, hari- hari ingat ayah dalam hati. Insyaallah, untuk hari- hari akan mendatang juga. Aku sayang ayah. Moga kita bertemu di akhirat. Moga kita sama- sama menetap di istana di syurga nanti. Insyaallah.

“Tiada seorang muslim pun yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali dia akan diselamatkan oleh Allah daripada fitnah/azab kubur.”

Hadis ini diriwayat oleh al-Imam at-Tirmizi dalam al-Sunah, Kitab al-Jana’iz, Bab Ma Ja’a fi Man Mata Yaum al-Jumu’ah, No. 1074. Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, di dalam Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 6546.

Status hadis ini dipertikaikan oleh para ulama. Ada yang menghukumnya daif (lemah) dan ada yang menghukumnya hasan. Saya lebih cenderung kepada pandangan bahawa hadis ini adalah berstatus hasan. Justeru hadis ini dapat dijadikan sandaran dalam memberi berita gembira bagi orang Islam yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat. (pautan) 
Moga tiada yang menggusarkan aku bila kita terpisah dunia, ayah :') 


Kisah lain tentang ayah: