Dua hari lepas, aku terserempak dan berborak- boraklah dengan kawan lama. Kawan sekolah rendah. Lepas tiga tahun tak berhubung, tup- tup rupanya sekarang dah satu fakulti. Okay, sebenarnya beberapa bulan lepas, adalah terjumpa dengan dia juga. Tapi tak sempat borak panjang. Nampaknya aku dah ada geng lama dekat sini. Weehoo (padahal dulu selalu kena buli dengan dia. tsk!)
Tiba- tiba, dia minta maaf kerana tak dapat ziarah rumah semasa ayah aku meninggal dulu. Tersentak jap aku, sebab tak tersangka topik tu bakal keluar. Mata aku dah nak main emosi ketika itu.
Masa tu, dah dua tahun 9 bulan dan 25 hari ayah pergi. Bukan main terperinci lagi ulang tahun pemergian ayah yang aku tulis tadi. *Padahal ayah pergi dalam tarikh yang sangat cantik sebenarnya*
Aku tak salahkan dia untuk salan itu. Memang aku macam ni un, dah nak buat lagu mana kan.Tapi lepas tu, sambung selamba balik!
Bila diingat balik, malam dua tahun lepas tu, aku nangis sampai tak ada suara.Kakak aku dah alun surah Yaasin, aku tak habis- habis nangis. Nangis dan nangis.
Teruk betul perangai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan