Khamis, 28 November 2013

Kencing sang kucing

Pada petang tadi, saya singgah ke kedai runcit untuk membeli aiskrim. Konon- kononya untuk menghadiahkan diri sendiri, setelah pada tengah harinya jawab ujian. Bolehlah jawabnya walaupun tak semua soalan mampu saya jawab. Dan keluarnya dari kedai, saya lihat seekor kucing (yang pada mulanya saya tegur sebelum masuk ke kedai), kencing di motor saya. Iya, kencing lah weh. Mujur bukan di tempat duduk, cuma di tempat letak kaki. Eh ni motor automatik tau. Jadi, betulkan kembali imaginasi anda.

Dalam saat saya berbaju kurung, saya fikir biarlah saya tunggang motor ni pulang ke rumah dulu. Dan selesaikan hal ini kemudian. Namun, peristiwa kucing yang kencing ini sebenarnya disaksi oleh 'abang- abang' yang sedap duduk minum teh tarik (mungkin) di kedai mamak. Saya tinggalkan motor tu tadi di hadapan kedai mamak yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit.

Maka, disuruhlah saya untuk mengambil gayung dari tandas kedai mamak dan menjiruskan ke tempat kencing tadi. Bukan setakat gayung, baldi pun saya angkut sekali! Bila saya pulang ke rumah, saya pun telefonlah abang untuk bercerita tentang peristiwa itu. Nama pun penunggang amatur. Dan dia asyik gelakkan saya di dalam telefon. Mungkin dia juga 'memadankan' muka saya yang cuma suka main dengan kucing di rumah tapi hal- hal buang tahi pasir kucing, saya buat bodoh saja. Mungkinkah ini balasannya? Hurm.

Tapi bila diingatkan kembali, waktu saya kemalangan kecil pada semester tiga dahulu pun, dia gelakkan juga. Tapi mungkin gelak itu rasa sedikit bersalah dan mungkin bagi hint, "Hah, kau pun rasa yang aku kena dulu". Mungkinlah, mungkinlah kot. Maka, baliknya saya ke rumah itu untuk sumbatkan baju kurung ke dalam baldi (kerana khuatir tercemar dengan kencing si kucing) dan bertukar persalinan. Lalu, keluarlah saya untuk pergi membasuh motor. Dalam pada waktu jam 6 petang, dengan tiada terik matahari dan juga ketiadaan alat, saya pergilah ke kedai membasuh kereta (yang juga membasuh motor). Ok lah, itu alasan lebih. Saya mana reti basuh motor. 

Dan saya pun pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Yada yada yada. Pukul 8 lebih malam, saya mencangkunglah sekejap di bilik air untuk membasuh secara manual. Menggunakan tangan.Alangkah bahagianya bila dah settle semua. Siap basuh sandal tu woots! Ingat senang ke hah saya nak buat menda ini semua.

Rupa- rupanya bila disibukkan dengan perkara- perkara yang tak terjangka ini, saya sebenarnya sudah terlupa akan kepenatan, kesedihan dan mempersoalkan kenapa kenapa dalam menghadapi kehidupan akademik. Rupa- rupanya, kawan saya masih berfikir, dan sedih (dan mungkin kecewa) tatkala saya sedang bergembira melayan perkara hal kencing kucing itu.

Maka sesungguhnya, kita tidak tahu sama ada ini nikmat atau musibah. Tapi kita tetap berbaik sangka kepada Allah.*Ini quote from unknown ya. 

Ingat lagi apa yang saya lakukan sebelum peristiwa kencing sang kucing? Saya beli aiskrim. Dan aiskrim itu dapat saya nikmati selepas pulang dari membasuh motor. 

Oh ya, saya rasa kucing tu cuba menanda kawasan dengan kencing di motor saya. Mungkin dia tak mahu kucing lain mengorat saya kot. Ahak! Teori haprak di situ.

Sebelum habis, marilah saya perkenalkan anda semua dengan seseorang:


Bolehkah seseorang boleh digunakan untuk seekor kucing? Hurm apa- apalah. Ini namanya Cantik. Cause she's so beautiful (obviously lah kan aduh). Ini salah satu kucing yang ada di kawasan flat kami. Ke hadapan Cantik, moga kencing dan berak di kawasan yang sepatutnya. Semoga cukup makan dan juga tidur.

Initipati tulisan ini sebenarnya nak ajak amilah bersyukur sikit sebab boleh lupakan masalah dan keluh kesah buat seketika. Ok lah bye.