Selasa, 26 November 2013

Generasi Y- that's me!

Guruku pernah berkata bahawa generasi kini (iaitu generasi aku dan seangkatan) merupakan generasi yang kurang sabar dan mahukan sesuatu dengan cepat. Mereka tidak pernah untuk meluangkan masa untuk melakukan sesuatu dengan susah- payah. Semua mahu makan suap sahaja. 

Contoh yang paling senang, dalam mencari ilmu terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Kalau tak tahu jawapan untuk assignment, google sahaja. Kalau nak tahu maksud perkataan atau mahu menterjemah ayat, Google Translate kan ada. Tidak seperti generasi terdahulu, mereka sanggup menghabiskan masa di perpustakaan. Buku bertimbun untuk buat rujukan dalam assignement. Kita rilek je kan. Duduk hadap laptop, klik sana klik sini. Dah. Yang lagi haprak, copy paste ayat tu bulat- bulat.

Sebab tu lah, generasi kita manja lagaknya. Nak dapat apa- apa pun senang dan pantas.

Dan ada satu lagi, kita sudah tidak lagi bersifat kekitaan. Kita lebih bersifat aku- kau. Kalau lapar, cari makanan sendiri. Lantak pi orang lain. Kalau aku boleh cari makanan sendiri, kau pun buat lah sendiri. Part yang ni, boleh ketuk kepala amilah. Sebab rasa macam kutuk diri- sendiri sekarang ni. 

Lepas tu pula, kita ada disetkan minda untuk berfikir, "Apa yang aku dapat kalau aku buat ini?" Bila dah lama- lama belajar di Shah Alam, makin rasa yang sistem itu sangat menindas kita. Kalau aku pergi ceramah itu ini, dapat makanan percuma. Kita kan pelajar. Duit tak adalah banyak mana. Nak- nak hujung semester. Kalau tahu dapat makanan free, mestilah kita pergi bukan?

Kemudian, dapat pula kupon. Kupon tu kumpul banyak- banyak, ada can lah nak dapat kolej semester depan. Padahal pergi ceramah, input masuk sikit sahaja. Yang masa banyak terluang mungkin hadap smartphone dan aktif di laman sosial. 

Makanan percuma. Kupon. Aku tak kata salah perkara macam ni. Tapi, kita telah didoktrin dengan 'hadiah' berupa fizikal untuk apa yang kita lakukan. Jadi, mana niatnya untuk kita tambah ilmu? Mana niatnya untuk kita bersama memeriahkan acara- acara di kampus? 

Jadi, apa yang akan aku dapat bila aku buat sekian sekian?

Dah lah, cakap macam kena dekat diri sendiri. Oklah, bai korang :(



Tiada ulasan: