Doa ini dimakbulkan dalam pelbagai cara. Bukan?
Aku adalah perempuan yang kuat tidur sebenarnya. Dan selalunya, pada waktu malam, aku boleh tidur lena selena- lenanya. Tanpa memikirkan keluh- kesah seperti rakan serumah yang menghidap insomnia. Aku sedap- sedap tidur dan dia, er dalam jam empat pagi gitu, masih berusaha untuk melelapkan mata tapi tak boleh. Kesian sebenarnya. Tapi, selagi tak rasa perkara yang serupa, selagi itulah kesian itu cuma kesian semata.
Sehinggalah pada suatu malam. Minggu peperiksaan terakhir. Untuk kertas terakhir. Dan aku mula belajar sungguh- sungguhla (sebab aku tak habis belajar lagi. k fine). Dan malam itu, aku pun tidur lah setelah terasa mengantuknya. Pejam mata. Doa- doa semua sudah dibaca. Pejam mata lagi.
Gagal untuk tidur!
Sehinggalah aku kembali bangun dan cuba belajar kembali. Oh ya, dalam keadaan begitu, sudah pasti apa yang aku baca tidak masuk kepala. Kecuali, pada pagi buta itu, aku sudah tahu apa yang aku nak tanyakan kepada rakanku ketika study group keesokan paginya.
Dalam keadaan resah begitu, aku fikir begini. Aku perlukan tidur agar aku tidak terlelap siang esoknya sehingga terlepas study group. Tapi aku masih berjaga. Dan azan Subuh nyaring di sayup- sayup pagi. Dan, boleh pula masa itu aku terasa nak melayari internet pada pagi itu.
Oh ya, pada tika itu, aku tengah ketagih untuk baca blog Mari Bergebang. Kelakar doh blog tu. Asyik nak klik older post saja di bahagian bawah blog.Maka bacalah. Dan baca lagi blog tu. Dan juga mengicau di laman biru. Baru saja aku rasa nak tidur, kawan sudah menghantar mesej tentang study group pagi itu. Dan hari aku bermula pada waktu itu tanpa tidur malam.
Dan blablablablabla pada hari itu, akhirnya aku masuk tidur pada jam (hampir) pukul 10 malam.
Kau tahu doa aku apa sebenarnya? Aku berharap sangat agar aku tak terlepas solat Subuh. Itu je sebenarnya. Tapi takpe, Allah tu tunjuk jalan dengan bermacam- macam cara.
Aku sebenarnya berperang untuk solat Subuh sebenarnya. Tsk tsk. Inilah realitinya seorang aku. Nak pula masa study week/ minggu peperiksaan. Memang tiada kelas pagi lah kan. Tiada roommate pula tu. Amboi. Banyaknya alasan. Maka, aku pun berperanglah. Sama ada langsung tak dengar bunyi loceng. Atau dah dengar tapi tertidur balik. Ataupun dengan gigihnya bangun. Aduyai.
Dan er, balik rumah pun sebenarnya sama juga. Nak- nak lepas habis em you know, hal- hal perempuan ni. Ciskek. Nampak sangat bila datang bulan, semua dilanggar. Sesuka hati nak bangun, nak tidur pukul berapa sebab tak solat. Tsk tsk.
Maka, doa aku untuk solat Subuh hari ini juga dimakbulkan dengan cara tak boleh tidur malam. Maka, sama- samalah doakan agar aku boleh menjadi seseorang yang tidur awal dan boleh bangun awal. Orang kata, kalau susah nak bangun solat Subuh tu, maksudnya banyak dosa. Tsk tsk.
Ampuniku Tuhan.
Banyak sangat hal duniawi dalam otak ni. Tsk tsk.
Sekianlah. Kini jam 1.56 pagi. Dan aku masih di hadapan laptop. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan