Ingat tak dulu? Bila kerajaan umumkan bahawa makanan tak berkhasiat dilarang dijual di sekolah.Dan mungkin kita cuma terbayangkan makanan ringan atau aku sebut sebagai jajan. Dan mungkin terbayangkan aiskrim. Rupa- rupanya nasi lemak itu pun dikira sebagai makanan tak berkhasiat. Demi kesihatan budak- budak sekolah mungkin. Biar makan secara sihat. Biar masalah obesiti tidak meningkat.
Aku masa tu, panas hati lah juga. Nasi lemak? Apakah? Adalah juga dulu menulis ketidakpuasan hati di entri ini. Tapi semester ini, dahsyat juga cara aku makan nasi lemak. Pernah la juga sampai dua bungkus nasi lemak aku makan waktu di kampus. Dah nak buat macam mana, satu bungkus memang sikit. Dan yang lagi mengharukan, telur rebus yang sedikit gila. Sampai aku buat bebola/ nuget jadi lauk nasi lemak aku. Tapi nasi lemak kerang dekat rumah sewa aku memang power. Nasi banyak. Sambal kerang lagilah banyak. Perangai makan nasi lemak menjadi- jadi sampai aku risau sungguh dengan kesihatan aku. Akhirnya, entah macam mana, aku terlupa tentang nasi lemak dan teruskan hidup dengan rutin nasi putih berlaukkan ikan.
Petang tadi, sewaktu dalam perjalanan keluar, nampaklah seekor monyet yang sedap rilek- rilek makan Mamee. kahkah. Rilek sungguh dia makan. Ingat manusia je yang makan? Maka, aku pun berceritalah kepada abangku yang di fakulti kitorang jual banyak gila Mamee. Sebab kelas jauh dari kafe. Hm, bukan jauh. Tapi atas sangat dari kafe. Tiba- tiba abang aku bagi respond (edited), "Dekat sekolah tak boleh jual jajan, kat universiti boleh jual pulak."
Aah la, sounds legit.
Banyak gila kot jual dekat fakulti aku. Kau bayangkanlah, masuk je ke tingkat 7, tingkat 8, berderet jajan dan juga Apollo yang dijual di tepi. Ada yang dua puluh sen, tiga puluh sen. Yang tak puas hati, Apollo makin kecil. Tak puas pun makan. Yang tak dilupa, air mineral sebagai penghilang haus ketika belajar di kelas.
Mamee tu sangat menggiurkan aku sebenarnya. Dan juga jajan lain. Rasa macam nak beli hari- hari tapi hati ini dipaksa untuk menahan nafsu. Kau bayangkanlah, ada satu (atau dua) kotak besar Mamee kat situ. Hari- hari pulak tu tengok. Sementara pensyarah tak ada lagi, marilah kita kunyah- kunyah dulu dalam kelas.
Macam kelakar pula. Yang dilarang budak sekolah. Tapi mahasiswa memang sedap mengunyah jajan dalam kelas. Jajan. Siap terliur pula tu bila tengok jajan berderet atas meja. Kita ni nak canang makanan berkhasiat tapi akhirnya yang budak besar duk kunyah jajan dalam kelas. Dan semestinya termasuk aku, terima kasih :)
Hehehe. Tapi yang paling tak syok, bila kau dalam kelas. Tiba- tiba kau terbau perencah Mamee yang kuat gila. Tengok- tengok, takde pun kawan yang makan. Rupa-rupanya ada pelajar lain yang pergi tinggalkan bungkusan yang dah makan dalam laci meja. TAHNIAH. Kau mengingatkan aku pada zaman sekolah rendah di mana budak- budak suka tinggalkan makanan dalam meja lepas tu, bahagian paling tak best bila ustaz atau ustazah suruh kemaskan laci dalam meja. Benda macam ni dah jadi fobia walaupun aku dah lama tinggalkan sekolah agama tu.
Aku tak kisah kalau mahasiswa suka makan jajan tapi mahasiswa yang tinggalkan sampah dalam meja itu dah apa cerita? Kau sama level dengan sekolah rendah ke? Tak apalah, mungkin kau tertinggal. Sebab fobia ini jugalah, aku terbuang makanan kawan aku. Aku tukar tempat dan pergi duduk kat meja kawan aku. Lepas tu, ada kuih dalam tu. Maka aku terus buang. Rupa- rupanya dia tertinggal. Aduh, minta maaf banyak- banyak.
Dan apa kesimpulan aku kat sini? Aku harap budak- budak sekolah dapat kurangkan pengambilan jajan dan jangan jadi macam aku yang terliur bila tengok jajan dekat pasar raya. Sekarang pun dah terfikir Twisties warna ungu tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan