Aku tonton lagi KAMI. Selepas (hampir) enam tahun, perspektif aku tentang KAMI dah berubah. Aku kira mungkin kerana cara pemikiran, cara hidup yang berbeza. Maka, perspektif yang dihasilkan juga berbeza. Waktu itu, aku cuma kisah tentang lagu- lagu mereka sahaja.
Kau minat muzik apa?
Aku minat local bands.
(konon- kononnyalah, kalau ada perbualan sebegitu)
Ecececeh. Semangat gila sampai google sana sini. Tengok website itu sana sini. Download lah itu lagi. Sangat 2007.
KAMI the series
Pada 2013 ini, lain sungguh apa yang aku lihat dalam siri ini. Melihat itu menonton. Menonton tak semestinya melihat. Pada waktu ini, berbanding tahun 2007, aku makin pandang akan masalah mereka. Lynn, Ali, Sophie, Adii dan Abu. Semua ada masalah masing- masing. Yang paling banyak, masalah keluarga. Aku fikir, kalau aku berada di tempat mereka, aku sendiri tidak sanggup tahan beban mereka.
Lalu mereka berlepas diri daripada masalah. Berlepas diri dengan cara kehidupan. Contoh, Abu lah kan. Hidupnya sedia kala, menjadi nakal dan dia tidak kisah. Tapi segalanya berubah apabila abangnya (yang merupakan kesayangan bapanya) meninggal duina akibat dibunuh. "The only thing that made my dad happy was my brother". Dulu dia nakal. Pasang muzik kuat- kuat dan dimarahi bapa. Dan juga sekali- sekala menolong bapa berkebun. Kini, dia nakal juga. Tapi apa yang dia buat semuanya tak diendahkan bapanya. Seolah- olah, bila abang dia pergi, bapanya melihat seperti Abu juga tiada.
Padahal Abu masih ada.
Kini, dia masih nakal. Dia perlukan perhatian bapanya. Dia pasang muzik kuat- kuat. Tapi bapanya, sudah tidak menjengah di pintu. Dia sendiri menawarkan pertolongan untuk berkebun sekali, tapi ditolak baik oleh bapanya. Sehinggakan aku rasa, dia mencuri itu sebagai pemberontakan dalaman untuk protes tindakan bapanya.
Apa kau rasa bila kau mahu perhatian seseorang tapi tak dapat. Inikan pula bapa sendiri. IT HURTS. Ini semua pemberontakan bebeh.
Ada dulu, masa aku Tingkatan Tiga, aku fikir hal macam ni? Aku kira tidak. Dan nampaknya, usia telah mematangkan aku. Moga, lepas ini, aku tonton filem/ drama bukan sekadar hiburan. Penulis cerdik akan menyelit satu isu untuk kita kupas, dan kita renung.
ps. Aku masih tak puas hati ni. Masa Tingkatan Empat, teman lelaki dia yang jemput dari sekolah. Aku sampai universiti takde pun berjemput macam tu. Ciskek. Tapi, rilek lah. Kita kan vroom vroom dengan skuter. Ahahaha
Kbai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan