Jumaat, 26 April 2013

Kenapa perlu benci Buletin Utama?

Hai. Ada ramai antara kita yang tak suka, dan mungkin menyumpah- nyumpah dengan Buletin Utama, TV3. Katanya, terlalu bias. Yang di pihak pembangkang itu, semuanya buruk belaka. Kalau boleh, nak hentam habis belaka! Tapi, dalam tak suka itu, saya harap, golongan ini bukanlah golongan yang sama, menonton Buletin Utama pada setiap malam.

Yelah. Dah kata tak suka, yang pergi tengok lagi apasal?

Ayat atas ni, macam harsh pula. Dush dush.

Okaylah. Kerana TV3 ini stesen televisyen swastalah, makanya dia berhak untuk menjadi bias. Kerna apa? Kerna pelanggan selalunya betul. Customers always right. Pernah dengar ungkapan itu? Maka kiranya, mungkinlah pihak parti pemerintah itu yang menjadi pelanggan TV3. Maka, sebab itulah Buletin Utama sering kali 'memuji' pihak pemerintah. 'Membelasah' pihak pembangkang.

Kita, sebagai orang berniaga, seringnya melakukan kerja untuk memuaskan pelanggan. Kerana pelanggan itulah bos kita. Kalau berjual makanan, makanan itu haruslah sedap mengikut cita rasa pelanggan yang disasarkan. Kerana TV3 ini perniagaannya lebih kepada perkhidmatan, maka perkhidmatan 'memuji' dan bias itulah yang perlu kita terima pada setiap jam 8 malam. Kerana pelanggan yang membayarnya.

Datang mana pula pelanggan kalau di media eletronik ini? Lihatlah pada iklan- iklan. Itulah pelanggan mereka. Maka, kiranya kita tahu siapa pelanggan mereka kalau dilihat pada iklan 'terima kasih malaysia', lagu pergi mengundi dan pelbagai lagi. 

Maka, kiranya (sekali lagi, ehem) kita tidak boleh lagilah menyalahkan Buletin Utama, terutama lagi kalau ia begitu berlawanan dengan ideologi politik kita.Lebih- lebih lagi, bila dilihat pihak pembangkang agak kukuh di pihak media alternatif. 

Kalau tak suka, tutup. Kalau tak puas hati dengan kenyataan satu pihak, carilah fakta di media alternatif. Cuma satu sajalah, bak kata nenek saya, "kesian dekat orang kampung yang tak tahu apa- apa". Perlu pula bergantung pada media besar seperti TV3 pula. Aih.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin tv3 terlupa. pelanggan mereka bukan sahaja pihak pemerintah, tetapi juga masyarakat (penonton)...