Rabu, 30 Januari 2013

Siapa kau?

Bagi kau, apa itu identiti diri?
Aku cuma nak cakap, aku cemburu dengan orang lain. Orang yang hari- harinya cuma ber-tshirt dan jeans. Dan dia yakin. Dan itu memang sesuai dengan dirinya. 

Simple kan.

Kalau hari ini aku pakai jubah, dan esok aku pakai kemeja longgar tapi parasnya, tak tutup punggung pun. Apa kata kau?


KAMI the series

Aku tonton lagi KAMI. Selepas (hampir) enam tahun, perspektif aku tentang KAMI dah berubah. Aku kira mungkin kerana cara pemikiran, cara hidup yang berbeza. Maka, perspektif yang dihasilkan juga berbeza. Waktu itu, aku cuma kisah tentang lagu- lagu mereka sahaja.

Kau minat muzik apa?
Aku minat local bands.
(konon- kononnyalah, kalau ada perbualan sebegitu)

Ecececeh. Semangat gila sampai google sana sini. Tengok website itu sana sini. Download lah itu lagi. Sangat 2007. 

KAMI the series
Pada 2013 ini, lain sungguh apa yang aku lihat dalam siri ini. Melihat itu menonton. Menonton tak semestinya melihat. Pada waktu ini, berbanding tahun 2007, aku makin pandang akan masalah mereka. Lynn, Ali, Sophie, Adii dan Abu. Semua ada masalah masing- masing. Yang paling banyak, masalah keluarga. Aku fikir, kalau aku berada di tempat mereka, aku sendiri tidak sanggup tahan beban mereka.

Lalu mereka berlepas diri daripada masalah. Berlepas diri dengan cara kehidupan. Contoh, Abu lah kan. Hidupnya sedia kala, menjadi nakal dan dia tidak kisah. Tapi segalanya berubah apabila abangnya (yang merupakan kesayangan bapanya) meninggal duina akibat dibunuh. "The only thing that made my dad happy was my brother". Dulu dia nakal. Pasang muzik kuat- kuat dan dimarahi bapa. Dan juga sekali- sekala menolong bapa berkebun. Kini, dia nakal juga. Tapi apa yang dia buat semuanya tak diendahkan bapanya. Seolah- olah, bila abang dia pergi, bapanya melihat seperti Abu juga tiada.

Padahal Abu masih ada. 

Kini, dia masih nakal. Dia perlukan perhatian bapanya. Dia pasang muzik kuat- kuat. Tapi bapanya, sudah tidak menjengah di pintu. Dia sendiri menawarkan pertolongan untuk berkebun sekali, tapi ditolak baik oleh bapanya. Sehinggakan aku rasa, dia mencuri itu sebagai pemberontakan dalaman untuk protes tindakan bapanya. 

Apa kau rasa bila kau mahu perhatian seseorang tapi tak dapat. Inikan pula bapa sendiri. IT HURTS. Ini semua pemberontakan bebeh. 

Ada dulu, masa aku Tingkatan Tiga, aku fikir hal macam ni? Aku kira tidak. Dan nampaknya, usia telah mematangkan aku. Moga, lepas ini, aku tonton filem/ drama bukan sekadar hiburan. Penulis cerdik akan menyelit satu isu untuk kita kupas, dan kita renung. 

ps. Aku masih tak puas hati ni. Masa Tingkatan Empat, teman lelaki dia yang jemput dari sekolah. Aku sampai universiti takde pun berjemput macam tu. Ciskek. Tapi, rilek lah. Kita kan vroom vroom dengan skuter. Ahahaha

Kbai!

Isnin, 28 Januari 2013

Berjaga dan tidak tidur

Doa ini dimakbulkan dalam pelbagai cara. Bukan?
Aku adalah perempuan yang kuat tidur sebenarnya. Dan selalunya, pada waktu malam, aku boleh tidur lena selena- lenanya. Tanpa memikirkan keluh- kesah seperti rakan serumah yang menghidap insomnia. Aku sedap- sedap tidur dan dia, er dalam jam empat pagi gitu, masih berusaha untuk melelapkan mata tapi tak boleh. Kesian sebenarnya. Tapi, selagi tak rasa perkara yang serupa, selagi itulah kesian itu cuma kesian semata.

Sehinggalah pada suatu malam. Minggu peperiksaan terakhir. Untuk kertas terakhir. Dan aku mula belajar sungguh- sungguhla (sebab aku tak habis belajar lagi. k fine). Dan malam itu, aku pun tidur lah setelah terasa mengantuknya. Pejam mata. Doa- doa semua sudah dibaca. Pejam mata lagi.

Gagal untuk tidur!

Sehinggalah aku kembali bangun dan cuba belajar kembali. Oh ya, dalam keadaan begitu, sudah pasti apa yang aku baca tidak masuk kepala. Kecuali, pada pagi buta itu, aku sudah tahu apa yang aku nak tanyakan kepada rakanku ketika study group keesokan paginya.

Dalam keadaan resah begitu, aku fikir begini. Aku perlukan tidur agar aku tidak terlelap siang esoknya sehingga terlepas study group. Tapi aku masih berjaga. Dan azan Subuh nyaring di sayup- sayup pagi. Dan, boleh pula masa itu aku terasa nak melayari internet pada pagi itu.

Oh ya, pada tika itu, aku tengah ketagih untuk baca blog Mari Bergebang. Kelakar doh blog tu. Asyik nak klik older post saja di bahagian bawah blog.Maka bacalah. Dan baca lagi blog tu. Dan juga mengicau di laman biru. Baru saja aku rasa nak tidur, kawan sudah menghantar mesej tentang study group pagi itu. Dan hari aku bermula pada waktu itu tanpa tidur malam.

Dan blablablablabla pada hari itu, akhirnya aku masuk tidur pada jam (hampir) pukul 10 malam. 
Kau tahu doa aku apa sebenarnya? Aku berharap sangat agar aku tak terlepas solat Subuh. Itu je sebenarnya. Tapi takpe, Allah tu tunjuk jalan dengan bermacam- macam cara.

Aku sebenarnya berperang untuk solat Subuh sebenarnya. Tsk tsk. Inilah realitinya seorang aku. Nak pula masa study week/ minggu peperiksaan. Memang tiada kelas pagi lah kan. Tiada roommate pula tu. Amboi. Banyaknya alasan. Maka, aku pun berperanglah. Sama ada langsung tak dengar bunyi loceng. Atau dah dengar tapi tertidur balik. Ataupun dengan gigihnya bangun. Aduyai.

Dan er, balik rumah pun sebenarnya sama juga. Nak- nak lepas habis em you know, hal- hal perempuan ni. Ciskek. Nampak sangat bila datang bulan, semua dilanggar. Sesuka hati nak bangun, nak tidur pukul berapa sebab tak solat. Tsk tsk. 

Maka, doa aku untuk solat Subuh hari ini juga dimakbulkan dengan cara tak boleh tidur malam. Maka, sama- samalah doakan agar aku boleh menjadi seseorang yang tidur awal dan boleh bangun awal. Orang kata, kalau susah nak bangun solat Subuh tu, maksudnya banyak dosa. Tsk tsk.

Ampuniku Tuhan.

Banyak sangat hal duniawi dalam otak ni. Tsk tsk.
Sekianlah. Kini jam 1.56 pagi. Dan aku masih di hadapan laptop. Sekian.

Jumaat, 25 Januari 2013

Tulis. Padam. Tulis. Padam. Kau ingat kau ada sindrom writer's block?

Ada dalam satu masa, kau suka dengan perasaan kau. Masa itu, idea seakan membuak- buak dalam fikiran, hati kau. Tiba- tiba bila kau tarikan keyboard, semua itu tak berdaya untuk ditulis. Semua lesu. Seakan- akan idea itu tersekat.

Tulis. Padam. Tulis. Padam. Dan padam.

Dan bagaimana dengan idea yang dah tercurah- curah tapi tak tertulis itu?

Biar kita sendiri saja yang rasa. Kerana mahalnya rasa itu, tak semua mampu merasainya. Jadi, biarlah kita saja yang merasainya.

:)

Eh sama lah dengan jatuh hati. Tak semua orang rasakan apa yang kita rasa. Maka tinggalkan mereka. Marilah hidup dalam kebahagiaan. Oh ya, aku maksudkan jatuh hati dengan satu siri Jepun ini. haha. Minta maaf ya :)

ps. Habis lah. Sejak bila aku amalkan kembali dasar pandang ke Timur ini? Kau biar betul ha Amilah layan Jdrama ni? Moga cuti ini aku masih hidup dengan perkara- perkara yang berguna, dan juga bawa kebahagiaan. Wallahualam.

Selasa, 22 Januari 2013

Things are not going to be same anymore.

Things are not going to be same anymore.

Contohnya, waktu di matrikulasi dahulu kala, kalau hati kacau sampai tak boleh nak belajar, kau masih boleh cemerlang lagi dalam peperiksaan. Tapi bila dah masuk unibersiti, hm hampeh. Terimalah kenyataan yang kau, yang dah la jiwa kacau, usaha pulak memang kurang dari dahulu. Maka aku pun redha jelah dengan result subjek Marketing aku pada semester dua dahulu. 

Dan memang pun kita akan membanding- bandingkan kehidupan di matrikulasi dengan unibersiti. Matrikulasi lah yang paling rajin. Matrikulasi lah yang semangat nak belajar. Lepas isyak, terus belajar sampai jam dua pagi. Kat matrikulasi lah, rasa nak belajar sebab lawan dengan kawan. Heh. Orang lain pun cakap benda yang sama. Bila sedar yang diri ini malas menghadap pelajaran, maka kita akan membandingkan dengan kehidupan yang super rajin di matrikulasi. Itu tak kira lagi, kuat pergi study group di perpustakaan dan melawat kubikel sebab banyak soalan nak tanya dekat pensyarah.

Sekarang? Kita akan lepak- lepak ah dulu. Layan laptop. main Facebook main Twitter. Kadang- kadang bilik pensyarah pun tak tahu. Study group akan dibuat bila peperiksaan mendesak kita. 

Maka untuk menyedapkan hati, benda yang paling kau perlukan untuk terus berada dalam kadar yang meyakinkan dalam pelajaran adalah, fokus dalam kelas. Hm, aku patut usaha lebih bahagian tu untuk semester- semester akan datang. Insyaallah.

Semester tiga pun dah habis. Begitu cepat masa. Dan makin besar rupanya kita. Adakah kita juga makin matang selepas setahun setengah menjadi mahasiswa?

ps. Kau rasa kau masuk universiti sebab apa? Sebab nanti bila dah graduasi, kau boleh cari kerja gaji banyak. Atau kau nak kutip ilmu sebanyak mungkin dan enjoy dalam menjalani kehidupan pelajar yang super riang?

Saya suka makan Mamee!

Ingat tak dulu? Bila kerajaan umumkan bahawa makanan tak berkhasiat dilarang dijual di sekolah.Dan mungkin kita cuma terbayangkan makanan ringan atau aku sebut sebagai jajan. Dan mungkin terbayangkan aiskrim. Rupa- rupanya nasi lemak itu pun dikira sebagai makanan tak berkhasiat. Demi kesihatan budak- budak sekolah mungkin. Biar makan secara sihat. Biar masalah obesiti tidak meningkat.

Aku masa tu, panas hati lah juga. Nasi lemak? Apakah? Adalah juga dulu menulis ketidakpuasan hati di entri ini. Tapi semester ini, dahsyat juga cara aku makan nasi lemak. Pernah la juga sampai dua bungkus nasi lemak aku makan waktu di kampus. Dah nak buat macam mana, satu bungkus memang sikit. Dan yang lagi mengharukan, telur rebus yang sedikit gila. Sampai aku buat bebola/ nuget jadi lauk nasi lemak aku. Tapi nasi lemak kerang dekat rumah sewa aku memang power. Nasi banyak. Sambal kerang lagilah banyak. Perangai makan nasi lemak menjadi- jadi sampai aku risau sungguh dengan kesihatan aku. Akhirnya, entah macam mana, aku terlupa tentang nasi lemak dan teruskan hidup dengan rutin nasi putih berlaukkan ikan.

Petang tadi, sewaktu dalam perjalanan keluar, nampaklah seekor monyet yang sedap rilek- rilek makan Mamee. kahkah. Rilek sungguh dia makan. Ingat manusia je yang makan? Maka, aku pun berceritalah kepada abangku yang di fakulti kitorang jual banyak gila Mamee. Sebab kelas jauh dari kafe. Hm, bukan jauh. Tapi atas sangat dari kafe. Tiba- tiba abang aku bagi respond (edited), "Dekat sekolah tak boleh jual jajan, kat universiti boleh jual pulak."

Aah la, sounds legit.

Banyak gila kot jual dekat fakulti aku. Kau bayangkanlah, masuk je ke tingkat 7, tingkat 8, berderet jajan dan juga Apollo yang dijual di tepi. Ada yang dua puluh sen, tiga puluh sen. Yang tak puas hati, Apollo makin kecil. Tak puas pun makan. Yang tak dilupa, air mineral sebagai penghilang haus ketika belajar di kelas. 

Mamee tu sangat menggiurkan aku sebenarnya. Dan juga jajan lain. Rasa macam nak beli hari- hari tapi hati ini dipaksa untuk menahan nafsu. Kau bayangkanlah, ada satu (atau dua) kotak besar Mamee kat situ. Hari- hari pulak tu tengok. Sementara pensyarah tak ada lagi, marilah kita kunyah- kunyah dulu dalam kelas.



Macam kelakar pula. Yang dilarang budak sekolah. Tapi mahasiswa memang sedap mengunyah jajan dalam kelas. Jajan. Siap terliur pula tu bila tengok jajan berderet atas meja. Kita ni nak canang makanan berkhasiat tapi akhirnya yang budak besar duk kunyah jajan dalam kelas. Dan semestinya termasuk aku, terima kasih :)

Hehehe. Tapi yang paling tak syok, bila kau dalam kelas. Tiba- tiba kau terbau perencah Mamee yang kuat gila. Tengok- tengok, takde pun kawan yang makan. Rupa-rupanya ada pelajar lain yang pergi tinggalkan bungkusan yang dah makan dalam laci meja. TAHNIAH. Kau mengingatkan aku pada zaman sekolah rendah di mana budak- budak suka tinggalkan makanan dalam meja lepas tu, bahagian paling tak best bila ustaz atau ustazah suruh kemaskan laci dalam meja. Benda macam ni dah jadi fobia walaupun aku dah lama tinggalkan sekolah agama tu.

Aku tak kisah kalau mahasiswa suka makan jajan tapi mahasiswa yang tinggalkan sampah dalam meja itu dah apa cerita?  Kau sama level dengan sekolah rendah ke? Tak apalah, mungkin kau tertinggal. Sebab fobia ini jugalah, aku terbuang makanan kawan aku. Aku tukar tempat dan pergi duduk kat meja kawan aku. Lepas tu, ada kuih dalam tu. Maka aku terus buang. Rupa- rupanya dia tertinggal. Aduh, minta maaf banyak- banyak.

Dan apa kesimpulan aku kat sini? Aku harap budak- budak sekolah dapat kurangkan pengambilan jajan dan jangan jadi macam aku yang terliur bila tengok jajan dekat pasar raya. Sekarang pun dah terfikir Twisties warna ungu tu.

Rabu, 16 Januari 2013

After all, apa yang awak mahu sebenarnya?

Macam biasa, scroll di laman facebook. Sampai bawah sampai bawah sampai bosan. Apa yang tak biasa adalah aktiviti ini dilakukan pada awal pagi. Dan aku masih belum tidur. Apakah ini? Aktiviti ini cuma kebiasaan aku pada cuti sekolah masa sekolah menengah dulu je. Ahem!

Tapi dah kenapa dengan hari ini? uhuk- uhuk. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Eh bukankah apa yang kita lakukan, ada baiknya yang kita tak tahu? Atau mungkin kita tahu tapi kita lupa nak bersyukur?

Okay, berbalik pada kisah tadi. Masa tengah scroll tu, maka aku pun membacalah status seorang kawan ni. Dan aku respect dia. Respect semangat dia, Ilmu dia. Karisma dia. Dia ni agaknya, pergi mana- mana pun menjadi. Oh, dia juga beza, hm dua tahun kot daripada aku. Dan aku kadang- kadang, selamba je panggil tanpa 'kak' di hadapan. Hehe. Selamba yaya...

Dalam statusnya, ditulis tentang angan- angan dan apa yang telah dia gapai. Dan dia memang gapai.

Dan masalahnya aku ialah, aku masih di takuk angan- angan. Tengoklah, nama blog pun "medan angan- angan dan realiti". Angan- angan itu semanis yang mungkin, yang selalunya mampu dimainkan dalam kepala sahaja manakala realiti masam lah juga kadang- kadang. Tapi bahagia! Mungkin macam sos pasta. 

But after all, what do you want really?

Hm.

"Aku ada berangan nak pergi travel ni. Duit menabung ni simpan, tak tahulah sama ada untuk buat down payment kereta atau nak pergi travel. 
Oh. Kau pernah pergi jalan- jalan sampai mana dah? 
*senyap* Famili aku jenis tak pergi jalan sangat. Er, paling jauh, aku pernah pergi sampai Pulau Phuket kot."

Kahkahkah. Wak luu, sampai berangan nak pergi travel tuuu. Dan marilah aku dengan bangganya mengaku, yang aku tak pernah rasa naik kapal terbang lagi. hihihihi.


Antara perkara syok untuk dibuat adalah melihat matahari terbit. Dekat pantai pula tu. Dengan kawan- kawan matrik pula tu. Mac2011

Jumaat, 11 Januari 2013

Kamon amilah. Dua paper lagiiiiii

Assalamualaikum. Hai. Hello.
Empat kertas sudah berjaya ditumbangkan dengan tenang dan masih tinggal dua kertas lagi. Dan aku rasa, perang sebenarnya baru hendak bermula. Isnin ini, paper Auditing. Jawapan tipikal orang: subjek yang kelam. Dan aku sebenarnya dahulu, masa di matrikulasi, tak punya idea bahawa bagaimana audit itu sebenarnya. Sampai ada cita- cita nak jadi auditor tu. wiwit

Mungkin, pada masa itu, aku cuma fikir, kerja auditor adalah nak cari kesalahan orang sengaja buat dalam laporan kewangan dan aku nak tegakkan keadilan? lulz! 

Dah la. Tengok past year paper pun dah rasa seram sejuk. Dan pada waktu yang sama, sedang rilek- rilek layan drama dan juga baca blog orang lain. Tahniah. Dan begitu pesimisnya, orang yang dapat dekan untuk semester- semester lepas, berharap agar kali ini dia tidak gagal. TAHNIAH -.-'

Kau ni pelajar yang muslim ke muslim yang belajar? Dang!
Oh ya, quote daripada Zabed. Dia memang, aku rasa, mamat yang penuh dengan ilmu di dada (dan juga mungkin dengan quotes).

Kbai!

Selasa, 1 Januari 2013

Tahun baru dan ayah!

31 Disember 2009
Pada malam itu, untuk pertama kalinya, aku baca surah Yaasin kuat- kuat untuk ayah yang terlantar di atas katil. Di wad. Selepas ayah jatuh  nazak seminggu sebelum itu,  aku mula baca Yaasin untuk ayah. Tapi selalunya dengan mulut terkumat- kamit. Tidak kuat untuk didengar ayah. Malam itu, aku baca kuat- kuat. Terima kasih dekat emak yang suruh juga aku baca kuat- kuat.

Dan selepas itu, aku rasa ketenangan yang amat.

Dan malam itu, untuk kali pertama aku tidur di wad. Selalunya shift aku jaga ayah adalah antara pagi sehinggalah tengah hari. Oh ya, pertama kali untuk waktu ayah yang sedang- sedang saja situasinya. Masa ayah nazak 24 Disember 2009, semua ahli keluarga berkampung di hospital. Dan tidur di koridor hospital. 

1 Januari 2010, 1.05 pagi
Mak kejutkan aku. Aku lihat ayah. Dan seumpama ayah berdengkur. Emak panggil jururawat. Panggil doktor. Dan ayah hembus nafas terakhir. 

Dan aku teresak dalam hiruk- pikuk orang meraikan tahun baru.

Ayah nazak 24 Disember. Ayah kembali stabil. Ayah pergi 1 Januari. Alhamdulillah. Kau masih beri kami seminggu lagi untuk bersama dengan ayah. Alhamdulillah.

Kini, kalau kau lihat aku bergembira pada tahun baru, ini tidak bermakna aku lupakan ayah. Hish, aku ini, hari- hari ingat ayah dalam hati. Insyaallah, untuk hari- hari akan mendatang juga. Aku sayang ayah. Moga kita bertemu di akhirat. Moga kita sama- sama menetap di istana di syurga nanti. Insyaallah.

“Tiada seorang muslim pun yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali dia akan diselamatkan oleh Allah daripada fitnah/azab kubur.”

Hadis ini diriwayat oleh al-Imam at-Tirmizi dalam al-Sunah, Kitab al-Jana’iz, Bab Ma Ja’a fi Man Mata Yaum al-Jumu’ah, No. 1074. Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, di dalam Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 6546.

Status hadis ini dipertikaikan oleh para ulama. Ada yang menghukumnya daif (lemah) dan ada yang menghukumnya hasan. Saya lebih cenderung kepada pandangan bahawa hadis ini adalah berstatus hasan. Justeru hadis ini dapat dijadikan sandaran dalam memberi berita gembira bagi orang Islam yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat. (pautan) 
Moga tiada yang menggusarkan aku bila kita terpisah dunia, ayah :') 


Kisah lain tentang ayah: