Ahad, 31 Julai 2011

Yeah, perasaan itu dah datang (!)

Sebenarnya nak tulis something cheesy. Dia yang baju berkolar, beg silang hitam dan kertas A4 3 rim. Tapi... dekat facebook ramai yang tulis tentang kedatangan Ramadhan dan saya begitu malu untuk sambung cerita tadi.

Kali pertama bekerja semasa Ramadhan. wink wink. Moga Sari dapat melakukan macam- macam perkara dengan berfaedah. Moga banyak halaman yang dapat dibaca dalam al-Quran. Moga dapat jumpa lailatul qadar.

Dan moga Syawal dan seterusnya, Sari jadi lebih baik atas latihan pada bulan Ramadhan.




Rabu, 27 Julai 2011

sebab mereka kanak- kanak

Aku rasa kanak- kanak adalah makhluk yang perlu dijaga dengan baik sekali. Sebab mereka belajar dengan sekeliling. Baik atau buruk belakang kira sebab mereka bukan reti bezakan sangat pun. Apa yang mereka rasa best, mereka ikut. Contoh, suka membabi- babikan orang. Aku sebenarnya tak senang betul bila kanak- kanak mencarut. Apatah lagi keluar perkataan 'babi' dari mulut. Aku rasa perkataan itu sangat harsh. Kalau korang marah sangat sampai nak mencarut- carut, please, biarkan perkataan itu cuma melayang- layang dalam hati saja. Atau tuliskan, biar cepat reda. Sebab kata- kata itu lagi tajam daripada mata pedang. Aku pernah rasa sakit hati sebab mulut orang. Dan rasa sakit hati tu disebabkan mulut kanak- kanak. Aduh, rapuhnya hati Sari. Tewas dengan kanak- kanak.

Peraturan pertama: Jangan mencarut depan kanak- kanak.

Peraturan kedua: Jangan tujal kepala kanak- kanak. Aku pernah tengok seorang cikgu ni gi tujal seorang pelajar sebab budak tu buat dek je bila cikgu tu tegur dia. Nak- nak pulak, budak tu sedang membelakangi cikgu tu. Aku pun cuba untuk tidak main kepala orang walaupun budak- budak ni nakal sangat.

Nak tahu apa, aku memang berangan nak buka kedai buku sendiri. Salah satu sebab, aku harap aku ada lebih banyak masa dengan anak- anak. Kalau sibuk pun, boleh bawa anak pergi kedai. Sebab aku rasa kanak- kanak yang nakal atau bermasalah ni, mungkin berpunca daripada ibu bapa yang kurang luangkan masa dengan anak- anak.

Aku kadang- kadang memang lepak dengan budak- budak bila jaga di koperasi. Jadi, adalah seroang budak ni. Darjah dua atau tiga, entah. Budak laki. Nakal. Suka main- main. Mungkin suka ponteng juga. Nama dia N. N bercerita pada aku yang ibu bapanya sibuk. Tengah malam baru balik rumah. Ada abang, dan juga adik. Adik dia tinggal di rumah jagaan. Macam biasa lah kan, aku pun dulu macam ni juga. Pukul 10 malam kut, baru adik dia balik. Kadang- kadang dia yang jaga adik malam- malam sebab abang pergi lepak kat luar.

Dan dia tahu pasal couple. Kawan dia yang bertingkatan satu, ada girlfriend. Perkara- perkara yang tidak senonoh dibuat dengan girlfriend, diceritakan juga kepada N. N katakan yang dia geli. Tapi aku takut, bila beberapa tahun akan datang nanti, dia pula yang galak bercium, berpelukan tu. Aku harap N tak macam tu. Aku harap N jadi budak yang fun tapi berjaya nanti.

Aku risau dengan budak- budak sebab mereka mudah tiru apa yang orang dewasa buat. Sedangkan aku pun boleh terfikir, "kalau dia boleh buat, apasal aku tak boleh?" dan "ala, orang lain biasa je buat" tentang perkara yang makruh, atau boleh mengurangkan pahala dan menambah dosa, apatah lagi mereka yang baru hendak kenal dia.

Tuhan, lindungi mereka please. Amin

random; 5

Perkara yang paling selamat bagi sari adalah sukakan orang yang kita tak kenal. Sebab bila saya kenal, saya boleh menaruh harapn yang tinggi. Dan saya akan stalk dia. Lepas tu, angau semacam. Sampai ke awan sana. Tapi selalunya tiada siapa yang balas. Dan hatiku akan ranap ditambah dengan rasa sakit hati yang amat.

Macam kisah haritu. Psst, sebenarnya cerita dia ada sambungan. Tapi malas dah la, sebab sakit hati sangat kan. ahahaha. Sari, sari dah umur 19 pun masih bodoh juga kan dalam hal macam tu.

Dah la, sari nak tunggu Din. Bai

Sabtu, 23 Julai 2011

Panggil aku Dahlia


oleh Noor Suraya.

Bila saya suka seseorang penulis menerusi satu atau dua karya dia, saya akan terus mencari koleksi yang lain. Macam Hlovate. Kini, Noor Suraya pula. Dengan keyakinan hasil Rumah di Ujung Padang dan Jaja&Din, saya pakai ambil saja buku ini di kedai buku pada suatu masa.

Hasilnya...

Buku ini lambat betul berkembang. Slow. Dah la tebal, bila la nak habis baca. Tak macam The Kite Runner yang jalan ceritanya laju. Tapi, cerita dia cantik. Berkembang perlahan- lahan dan menghasilkan sesuatu yang indah pada akhirnya. Tak tahulah kalau bunga dahlia pun macam tu.

Kisahnya, Dahlia yang terpaksa pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands bagi menolong ayahnya mengurus kebun teh setelah Megat (ayah Dahlia) diserang strok. Konflik yang melanda; kepulangannya membangkitkan kembali kisah silam ibunya yang dikatakan membunuh diri. Dan dia berjumpa kembali dengan Wadi! Musuh lama ketika di sekolah menengah. Yang juga telah membeli kebun teh Dahlia yang telah dilelong. Dan Wadi telah mengatakan rasa kasihnya pada Dahlia.

Somehow, saya ada perasaan yang sama pada Panggil Aku Dahlia dengan The Kite Runner. Pada babak ayah-anak-menantu. Perasaan yang sangat indah bila membaca babak ketika Amir dan Soraya menghabiskan masa di depan Baba pada malam terakhir sebelum Baba meninggal dunia. Saat Baba tersenyum melihat Amir bermesra- mesra dengan Soraya- The Kite Runner. Perasaan itu muncul lagi ketika Wadi mendukung Megat pulang dari kubur isterinya. Dan ketika Megat beria untuk menangkap gambar sekeluarga memakai baju raya sebelum dia pergi meninggalkan alam fana.

Saya tahu dengan pegangan kuat Noor Suraya kepada Islam akan 'memaksanya' berkongsi dengan pembaca akan bagaimana Islam itu menjadi deen atau cara hidup kita. Dan dia berjaya. Itu yang saya suka :D

Jumaat, 22 Julai 2011

uitm di hatiku

Selalunya apa yang kita kutuk, kita akan dapat balik kan?

Dan tadaa, Sari telah ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kursus perakaunan.

Kursus okay, cuma universiti itu yang Sari selalu kutuk. Sebab kat sana semua Melayu lah ( tak ada persaingan macam aku rasa kat matrikulasi), yuran sikit so budak kuat joli lah, budak- budak sana kuat bersosial lah. Dan memang aku pandang rendah kat uitm pun.

Sehinggalah semasa memohon upu untuk fasa kedua, setelah di-brainwash oleh pensyarah untuk belajar terus direct ke perakaunan (sebab ukm tidak menawarkan jurusan perakaunan dalam borang upu). Maka, UiTM menjadi pilihan kedua Sari dalam borang upu. Dan juga jiran pernah katakan yang kursus perakaunan di sana adalah yang terbaik di Malaysia.

Pelik juga dengan diri sendiri, padahal hati sangat sayang dengan subjek Ekonomi. Padahal, susah senang banyak dikongsi bersama dengan Ekonomi. Sebab Ekonomi tu lagi seronok jika dibandingkan dengan Perakaunan.

Sebab Sari dah prepare awal- awal untuk terima keadaan yang mungkin dapat UiTM (okay memang dah dapat pun!), jadi tak adalah kecewa mana. Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk tunjuk yang UiTM bukan macam tu. Yuran murah mungkin bagi peluang Sari menabung atau guna duit untuk perkara yang lagi bagus (cis, aku asyik ingat nak shopping buku jah. Dah la kalau time gila, RM200 pun boleh melayang macam tu saja). Cuba bayangkan, yuran sebanyak RM400 sahaja untuk setahun. Bukan satu semester, tapi untuk setahun!

Lepas tu, Sari rasa UiTM mudah kut nak taja pelajar ke luar negara. Kalau macam tu alhamdulillah, nampaknya kena belajar sungguh- sungguh lagi la lepas ni. Niat kerana Allah ya Sari. Apa lagi laluan selepas ni ya? CIMA kut. Ataupun sambung master dalam Forensic Accounting. Cis, pergi daftar tak lagi dah berangan sampai tahap macam tu ya.

Mudah- mudahan aku nampak apa yang Tuhan nak bagi di UiTM ini macam Tuhan bagi aku peluang hidup di matrikulasi. Wink wink

p/s: kawan aku cakap tarbiyyah kat kampus shah alam tu best. harap- haraplah aku dapat rasa semua itu. weee

p/s: masa aku di bangku sekolah (tak kira lah rendah atau menengah), aku tak terfikir akauntan sebagai cita- cita aku. seriyesli


Rabu, 13 Julai 2011

perihal buku

Untuk pengetahuan korang, sebahagian kerja aku adalah menjaga koperasi sekolah rendah. Dan kini, ada juga dijual buku cerita untuk kanak- kanak. Harga kebanyakan buku ialah RM1.50.

Dan yang mereka cari selalunya adalah kisah seram. Cerita poconglah, toyol lah. Industri hiburan boleh la sengih- sengih sebab usaha menerbitkan siri- siri tv dan filem seram bukan saja kaut duit tapi kaut minda kanak- kanak.

Dan satu lagi, buku berbahasa Inggeris tak laku. Sebab mereka tak suka. Tsk tsk. Sedih akak bila korang tak suka baca English tau. Nanti jadi macam akak yang umur 19 tahun pun masih tergagap berbahasa Inggeris baru tahu.

Tsk tsk.

Isnin, 11 Julai 2011

gamophobia- fear of marriage

Kenapa saya gamophobia?

1. Saya takut bila sang suami dukung anak jalan kat depan, si isteri terkedek- kedek jalan kat belakang. Bayangkan kalau ini terjadi kat saya.

2. Saya takut kalau anak- anak melalak kat tempat awam. Kids are wonderful tapi kalau buat perangai macam ni, alahai. Bayangkan kalau terjadi kat saya.

3. Saya takut kalau saya tak dapat terima kelemahan suami dan begitu juga suami terhadap saya.

4. Sebab sekarang saya baru faham macam mana penatnya kerja. Ni baru hidup bujang beb. Tinggal dengan keluarga pulak tu. Bayangkan kalau dah kahwin. Dah la penat kerja. Bila balik kena masak lagi, basuh baju lagi, sidai pastu lipat. Kemas rumah lagi. Basuh pinggan lagi!

5. Hahaha. Pastu yang paling kelakar, kena simpan stok pemadam sebab budak- budak selalu hilang pemadam kat sekolah. hahahaha. Ok, ni tak takut pun :P

Tapi kan,

Lepas tu, tambah lagi, dengar pula aizat- years from now. Baca lirik dia.

Dah dah la fikir mengarut- ngarut Sari ^.^

Rasuah lah sangat

Salah satu kenapa kita mesti benci rasuah adalah kerana mereka senang- senang dapat duit tanpa usaha banyak.

Sedangkan banyak lagi antara kita yang kerja susah- payah dengan gaji rendah. Buat kerja lebih masa untuk mendapatkan lebih banyak duit. Buat dua kerja untuk tampung hidup.

Tapi orang yang makan duit perisa rasuah boleh hidup senang.

Ai hate yu rasuah.

kredit: Juvana episod 12 masa warden layangkan duit kepada Tony :D

Tips (1)

Kepada yang jadi cashier:

Untuk pelanggan lelaki, letakkan resit dahulu di telapak tangan mereka sebelum meletakkan baki wang mereka. Resit tu kira lapik la supaya tak tersentuh tangan mereka :D

belajar

1. Seorang bos, pada hujung minggu, berada di kedainya. Nak tahu apa yang dia buat semalam? Lap- lap buku lama, punch harga dan pamerkan balik. Comel kan. Kau bayangkanlah, dia tu dah lah kaya. Cawangan di Kuantan dah ada lima buah. Ni tak termasuk cawangan di daerah lain lagi. Tapi humble je. Comel je kan.

2. Seorang supervisor. Yang sangat strict dengan harga barang. Bayangkan lah ye, mungkin antara kita akan pakai hentam je bila tak ingat harga sesuatu barang saat pelanggan nak beli. Iye, barang tu tak ada tanda harga! Dan dia akan pastikan harga yang sebenar dulu sebelum jual kepada pelanggan.

3. Seorang senior. Tegas dengan peraturan. Which is very good that u're strict with the rules eventho boss is not around.


Ahad, 3 Julai 2011

random; 4

Dahulu, aku pernah rasa frust sampai nak nangis. Aku cari coklat.

Harini, perasaan tu datang lagi. Aku cari aiskrim. Ni je la kot cara nak lepas perasaan tu selain tidur.

Dahla sari, esok boleh cuba lagi. Esok jangan buat salah dah ya. Ingat Tuhan banyak- banyak ok :)

Jumaat, 1 Julai 2011

Sutera bidadari


yeay. Akhirnya saya dah habis baca Sutera Bidadari tulisan RAM. Mula- mula, agak slow lah juga cerita dia. Tak sehebat siri- siri yang lepas. Agak lama untuk saya tenggelam dalam cerita ni sebab asyik fikir nak online saja -_-. Lepas tu, fikiran saya penat sebab asyik kena tukar situasi, tempat dan masa je dalam buku. Sekejap di Romania tahun 1511, lepas tu di Nusantara tahun 1511 dan terbang pula ke abad 21 di Eropah.

Tapi...
Saya baru tenggelam betul- betul di bab- bab terakhir! Masa tu baru teruja sebab ada suprise suprise (!) masa di akhir cerita. Rupa- rupanya Saifullah di abad 21 tu merupakan... jeng jeng jeng! Lepas tu, watak Sang Dewi pun satu kejutan juga tapi sebab saya dah tahu awal- awal siapa sebenarnya Sang Dewi, jadi tak suprise dah. Apa yang best lagi di bab- bab akhir ni adalah semasa pertarungan Laksamana Sunan dengan Taghut/ Raja Roman. Sweet sangat sebab Taghut ni insaf dan ucap kalimah syahadah.

Lagi kan, saya nak buat lagu Avenged Sevenfold- Dear God jadi lagu tema novel ni. Hehehehehe. Agak tak senonoh letak lagu ni. Tapi tak kisahlah. Sesuai apa.. daripada Raja Roman kepada isterinya. Daripada Sang Dewi kepada Saifuddin.

Dan macam biasa, cerita tergantung. Kita tunggulah pula sambungan Laksaman Sunan pergi mencari Sang Dewi dan cerita Haryani yang mempertikaikan keaslian Keris Naggroe pada abad ke21.

p/s: RAM= Ramlee Awang Murshid