Wanginya, bunga rampai...
Haswida Abu Bakar
Cukupkah dua minggu
untuk aku beralih pada yang lain?
Arif.
Seri.
Keduanya bertemu di Kampung
Molek. Menolong untuk menjayakan kenduri perkahwinan Helmi, kawan baik Arif
sewaktu dia kecil dahulu dan Seri yang dating menolong, berpegang watak sebagai
kawan serumah Che Sue, adik Helmi. Masing- masing sudah bertunang, tapi rasa
cinta itu hadir antara Arif dan Seri.
Bagaimana keduanya boleh mudah
saja tersentuh hati kalau jari masing- masing sudah diikat dengan janji
pertunangan? Arif sepatutnya mengotai janji kepada Nurul. Seri patut ikat
kemas- kemas hati pada Haikal.
Arif kira dua minggu ini molek
benar kalau dia dapat menguji perasaannya sendiri kepada Nurul. Tapi niat itu
sendiri tergugat pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke Kampung Molek!
Rupa- rupanya hati mereka kosong.
Arif perlu mengotakan janji moyangnya dengan berkahwin dengan Nurul. Seri pula
terikat dengan pangkal namanya. Si Syarifah biasanya dimeterai perkahwinannya
dengan seorang Syed juga kan? Seri pun begitu.
Dan dua minggu berkampung di
sana. Mungkinkah Arif dan Seri akan memberontak secara diam- diam dan
mengingkari permintaan ibu bapa mereka?
----------------------------------------
Sebenarnya jawapan sudah ada bila
kita menyoroti hadis yang ditampilkan di muka hadapan novel ini.
Aku suka benar novel ini.
Semuanya diadun dengan cermat. Bukan cinta semata- mata. Ada sindiran politik
dan di masukkan sekali dengan isu social. Dan semua ini diadun dalam budaya
‘kampung’ Melayu yang indah! Kebanyakan plot berlatarbelakangkan suasana
kampong. (Dan aku juga hairan, JS memang suka eh dengan latar belakang Kedah?)
Indah. Permai. Masakan kampong. Rumah kayu. Ada halaman luas.
Psst. Pensyarah aku kata, dia
merasa Melayu benar bila Hari Raya tiba. Iyalah, segala makanan Melayu muncul
pada hari kebesaran Islam itu. Ada rending ada ketupat ada macam- macam
lagilah. Kau tahu bila tiba- tiba aku rasa Melayu? Bila aku pulang dari kampus
petang- petang dan dapat beli pisang goreng dan kuih lapis (?). Peh, bahagia
beb!
Walaupun si penulis cuba kembangkan
pemikiran pembaca dengan mengadun segala isu masyarakat tapi aku suka dengan
kisah cinta Arif- Seri. Dalam cinta mereka itu sendiri ada teguran kepada anak
muda kini yang suka mengikut hati. Dalam malu ada kasih. Dalam halus ada teguh.
Aku suka dengan pengakhiran kisah
ini. Cumanya, kenapa aku rasa kisah Che Sue ni seolah- olah tergantung? Iya,
aku sudah diberitahu bahawa Che Sue ini sudah ada teman hidup, Zul. Tapi aku
rasa hairan dengan perhubungan mereka. Seolah- olah ada persoalan yang masih
tak terjawab di situ. Mohon agar dipanjangkan kisah ini dalam novel berikutnya,
cik Haswida! (Eh suka- suka hati je kan panggil Cik. Kehkeh :P )
Nak tau apa yang aku rasa best
dalam ni? Arif ni macam jatuh cinta pertama kali dan boleh nampak yang dia
sedang mengorat Seri ni sungguh- sungguh. Hikhik. Mampukah Seri dan Arif sama- sama
mencari noktah cinta mereka dan bagaimana pula dengan Nurul dan Haikal?
Ps. Syabas Seri! Aku suka benar
dengan tindakanmu yang tidak terburu- buru dan mengikut hati. Rasanya aku dah
bagi jawapan untuk apa pengakhiran novel ini kot. Eh? :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan