Semalam, hari minggu. Biasalah kalau naik bas awam dari Kuala Lumpur ke Shah Alam. Membeli tiket pun beratur panjang (atau berebut) dan dalam bas berdiri, berhimpit.
Tapi sungguh, ajaib, subhanallah. Aku berdiri di sebelah pasangan yang bertuah dapat duduk. Aku kira mereka ini suami isteri. Si lelaki berkemeja kotak- kotak. Si perempuan berbaju kurung dan selendang coklat polos.
Dan kau tahu apa, mereka berborak dengan bahasa isyarat. Rupa- rupanya si isteri itu bisu orangnya.
Sungguh, dari luaran mereka nampak macam kita, macam biasa. Namun, kekurangan itu umpama tidak mencacatkan mereka. Borak mereka 'meriah'! Berborak, main jelir- jelir lidah. Sehingga ada sekali itu, si suami bergurau dan sang isteri geram sambil cubit- cubit manja. Aku pula, macam biasa, si penyibuk yang asyik- asyik ingin menoleh ke arah mereka.
Aduh asyiknya! Kekurangan itu langsung tak halang mereka untuk terus bergembira.
Dan ada sekali itu, bas pasangkan lagu. Dan si suami alihkan lirik lagu itu dalam bahasa isyarat. Mungkin kerana sang isteri nampak penumpang lain nampak excited bila mendengar lagu itu. Kau tahu itu lagu apa? Lagu 1 Malaysia. *Kita satu bangsa kita satu negara. Kita satu matlamat oohhhhh*
Dalam sunyi, mereka bising. Dan aku rasa meriah mereka ini kadang- kadang mengalahkan kita yang normal. Moga meriah sehingga akhir hayat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan