Isnin, 8 Oktober 2012

Bacc, Bahagian tiga, 2012.

Assalamualaikum. Apa khabar cikesah di Kuala Lipis? Awak singgah lagi tak di sini? Kenapa awak deactivate facebook awak? Dah la awak tak lagi tulis di blog. Dah la saya tak aktif Instagram. I iz sad. Tadi saya baca kad raya yang awak kirim berbulan lepas. Tiba- tiba saya teringat pada awak. 

Esok adalah permulaan untuk minggu kelima semester tiga. Hm. Semester yang setakat ni, paling tertekan dalam sudut akademik. Subjek ni susah. Subjek tu tak faham. Subjek ni, kena belajar sendiri. Subjek tu pensyarah ajar laju sangat. Pensyarah ambil dengan serius sekali pasal pembentangan. Dalam kelas asyik tertidur.Buku banyak, bahu sakit. Amboi, banyaknya keluhan.

Padahal, ada subjek yang seronok belajar. Dapat balik pensyarah semester lepas, yang kita begitu selesa dengan cara pengajarannya. Kelas sekarang di menara. Dapat bersenam dengan panjat tangga. Ahahaha. Ya, kita perlu optimis sekali walaupun kena panjat tangga sampai tingkat sebelas. Sebab lif sentiasa penuh! Aahahaha. 

Mari optimis lagi. Beg berat sebab banyak buku? Tak apa, sakit itu bakal digantikan dengan pahala. Kata mahu belajar kan *masih teringat kata- kata ustazah 5 tahun lepas pasal beg berat kerna bawa buku banyak* Eh jap, ustazah nilah yang tegur aku tertidur dalam kelas dia dulu! Hm, ni jelah yang terkantoi. Percayalah, aku susah nak tidur masa dekat sekolah dulu dalam kelas!



Maka, bila sudah tidak tertahan dengan bebanan yang banyak secara mendadak untuk semester tiga ini, maka aku pun mengadulah kepada emak. Macam biasa, mak pasti akan ungkit kembali sebab aku yang beria nak ambil bidang perakaunan. Aku dah dengar tu banyak kali dah! Tapi betul juga. Dulu, aku ambil akaun masa matrikulasi sebab aku nak lari dari subjek sains. Takkan aku nak lari lagi bila jumpa cabaran macam ni? Nak lari mana lagi milah oi?

Lepas tu, mak berkata lagi. Hm tak ingatlah susunan katanya. Tapi, mak cakap lebih kurang macam ni. Biasalah, ambil sains pun susah. Ambil medic pun susah. 

Jadi, apalah yang nak dihairankan si amilah kalau semester ni susah? Chill lah weh milah. 

Memegang dunia atau dipegang dunia? Yang kuat bertangguh, itu aku. Yang ego itu aku. Yang takut nak tegur orang sebab takut kena marah, itu aku. Yang pentingkan diri sendiri, itu aku. Yang lali dengan dunia, itu aku. Yang hanyut dengan nafsu, itu aku. Maka ampunilah aku, ya Tuhan. Hm adeh. 

Oh ya, kalau minum tu, minumlah dengan tangan kanan. Sebab kalau guna tangan kiri sahaja, kita dah ikut perangai sang syaitan. Hadis Nabi saw, "Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri" (Riwayat Muslim)  Kalau rasa tangan kanan tu kotor, maka kita pegang gelas dengan tangan kiri. Lepas tu, letak pula tangan kanan di belakang tangan kiri untuk menyokongnya. Andai salah, moga tolong betulkan aku ya! 




Tiada ulasan: