"Untunglah dah ada motor!"
Tak perlu nak 'untunglah' apalah. Percayalah, kalau aku masih menetap di kolej dan tiada koko pada waktu malam, aku mungkin sama sekali tidak terfikir pun untuk menunggang motor apatah lagi meminta- minta daripada ibuku.
Cukup- cukuplah semester dua aku lelah kerana bas pada waktu malam. Sampai aku bertekak dengan pemandu bas sebab dia tak nak mulakan perjalanan. Sampai aku terlewat ke kelas. Dan tak pernah lagi aku jumpa kelas yang sangat mementingkan masa dan kehadiran sepertimana kelas akademik pada siang hari.
Dan tak sanggup dah kot untuk menunggu berlama-lama di perhentian bas malam- malam pada semester ini sebab ... sebab... lampu kat perhentian bas padam! Aku tak tahulah samada pihak berkuasa tahu ke tak, tapi bergelapan di sana keseorangan dengan ditemani cahaya lampu kereta sahaja sangatlah tidak syok. Seriously.
Dan, jangan risau. Aku masih tahu lelah naik bas awam. Ada satu ketika itu, aku mahu pulang ke kampung halaman. Tiket bas pada jam 8 malam. Ku kira, sempatlah aku cabut dari rumah sewa sejurus solat Maghrib. Malangnya, budak ini berlengah- lengah. Maka, aku terlepas bas Seranas yang menghubungkan dari rumah sewaku ke Seksyen 2. Maka bergelaplah aku di perhentian bas. Mesti korang suruh aku tahan teksi je kan? Percayalah, dalam malap begitu dan silau dari lampu kereta, kau tak dapat bezakan mana satu kereta biasa dan mana satu teksi.
Alhamdulillah, mujur ada lagi bas Seranas. Dan bestnya, masa di Seksyen 2, teksi semua habis. Yeehaa! Dan tika itu, aku ambil peluang untuk naik bas awam lagi. Dan barulah sampai ke Terminal Bas. phew. Apalah punya journey pada malam itu. Tapi aku suka! Masa kecil- kecil dulu, aku tulis 'Pengembara' dalam ruangan cita- cita. Jadi, adalah tu rasa macam dalam pengembaraan kejap. Pengembaraan ke Kuantan. Mujur je tak naik bas lompat- lompat pulang ke Kuantan!
Jadi, tak payahlah nak untung- untung sangat. Kita masing- masing beruntung dalam bahagian masing- masing. Aku sendiri pulang tak berjemput dah. Dah habis zaman senang-lenang aku di matrikulasi. Dulu, mak aku pergi ambil di blok masa budak laki tengah berjalan nak pergi solat Jumaat di masjid. Hah, cuba bayangkan. Habis kelas, terus balik berjemput. Sekarang ni, aku pun tengah berkira nak balik kampung halaman ke tak bila dah rindu sangat. Tiket pun dah lebih RM25. Baru satu hala.
Dan andailah korang masih fikir 'untunglah aku ada motor', aku pohon doa agar aku guna motor ini untuk berbuat baik. Bawa pergi masjid ke pergi majlis ilmu ke. Dapat tolong orang ke.Sedaplah juga hatiku ini mengetahui. Dan ketahuilah juga, bukannya aku dapat motor ni percuma- percuma saja. Ada lah juga duit yang dihulur. Duit buat lesen? Bukan tajaan ibu.
Dan bukan seorang dua yang berkata sedemikian. Tapi ketahuilah juga, aku cemburu dengan kawan- kawan yang masih menetap di kolej. Tapi kalau tidak kerana kesusahan, kita semuanya tidak akan berdiri sebagaimana kita hari ini :)
p/s: Dan aku masih pengguna pengangkutan awam hampir setiap kali naik ke KL. Bas Rapid, KTM, LRT, Monorail semua aku terjah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan