Aku Hani. Hani Zulaikha. Zaman persekolahan memang tak
lepas- lepas dari kenangan aku. Aku amat seronok di sekolah terutama kisah aku
ketika di Tingkatan Dua. Salah satunya disebabkan oleh si kecik, Faris. Faris
nampaknya begitu mengambil berat, banyak menolong aku dalam Matematik (dan
apasal dia begitu terror dalam ujian walaupun dia kurang mengulangkaji? I iz
jeles!) dan kami juga sahabat baik selamanya: Best friend forever, katanyalah!
Tapi selepas meninggalkan sekolah, aku lebih selesa mendiamkan diri daripada
rakan- rakan lama di sekolah. Aku cuma berhubung dengan Nurain saja (ini baru
betul KAWAN BAIK aku masa di sekolah dulu). Dengan yang lain- lain, aku Cuma
diam. Kenapa ya? Salah satunya, disebabkan Faris juga. Adeh, terpaksalah juga
aku mengaku yang aku sebenarnya sudah lama sukakan Faris. Dan aku juga terasa
bila surat- suratku tidak dibalasnya selepas dia berpindah sekolah dahulu.
Tapi aku lupa, zaman persekolahan aku dulu juga diwarnai
dengan seorang lelaki bernama Zikri. Ahmad Zikri. Ahmad Zikri bin Ahmad Kamal.
---------------------------------------------------------------------------
Kau tahu apa? Aku kalau boleh, nak cepat- cepat habiskan
kisah Hani ni di zaman persekolahan. Cepatlah habis. Tolong tekan mode *fast
forward* please! Oh ya, novel ini terbahagi kepada dua bahagian. Zaman sekolah
dan waktu sekarang: ketika university. Aku juga tidak faham kenapa aku seakan
menafikan kisah- kisah di zaman persekolahan ini. Tahulah dah besar *ehem* tapi
kita semua pernah rasa zaman sekolah dulu kan?
Dan aku juga tidak tahu sama ada pemilihan latar masa ketika
di Tingkatan Dua ini ada signifikan dia ataupun tidak. Bak kata kawan aku lah
masa sekolah dulu, *ayat telah diubahsuai sedikit*, “Waktu Tingkatan Dua-lah
yang kritikal sekali”
Mungkin masa Tingkatan Dua ini, kau mula pandai meneroka
hidup kau. Nampak keanak- anakan, tapi kau cuba jadi matang. Tak dapat
dinafikan, fasa hidup aku paling mengarut adalah ketika di Tingkatan Dua.
Begitu juga dengan sebahagian kecil kenalan aku. Dan yang aku dengar budak lari
dari rumah pun, masa dia di Tingkatan Dua. Haha, macam- macamlah kitorang ni!
Aku okay- okay saja dengan kisah zaman persekolahan Hani
ini. Oh ya, aku pun tak pandai Matematik masa Tingkatan Dua dulu. Masuk je bab
algebra, habis! Lingkup aku!
Oh ya, disebabkan pihak JS adiwarna kuat sungguh mempromosi
buku ini di Facebook, maka aku pun belilah buku ini. Dan ternyata tak sia- sia,
sebab buku ini memang berbaloi untuk dibeli. Serius! Ayat dia santai, ada humor
walaupun ayat dia nampak canggung sedikit bila guna sepenuhnya bahasa Melayu.
Tapi, tak apalah, aku sendiri faham dengan misi JS ini. Dan yang paling tak
tahan, dia guna perkataan sailang kat
sini! Hahahahahaha. Like seriously? Kau guna perkataan sailang dalam buku ni? Hahahaha. Aku ingat aku jumpa perkataan tu
dalam Terfaktab je!
Cuma sedikitlah pemerhatian aku di sini. Cuma perlu
diingatkan, aku masih belum men-google tentang si penulis ini ya! Aku fikir dia
ini masih lagi di zaman persekolahan atau sekurang- kurangnya, dia lagi muda
daripada aku. Sebabnya, kisah dia pada zaman persekolahan sangat terperinci.
Sangat- sangat! Sehinggakan aku pun baru teringat zaman Tingkatan Dua aku bila
baca buku ni. Aku pun baru teringat balik yang aku pernah dapat C dalam ujian
Matematik dulu.
Bukanlah, aku mahu
katakan yang zaman university dia tidak jelas. Jelas sebenarnya kalau diikutkan
dia siap meletakkan subjek yang dipelajari dan buku yang digunakan. Buku Financial
Management (eh ini buku aku untuk semester ini, woots), Foundation Islamic
Economic, dan subjek ECON 3445. Tapi bila si suami menegur grammar Hani ini (di
penghujung cerita), aku rasa ragu- ragu kejap. Alasannya, kursus yang
diambilnya ketika di UIA dulu (Economic and Management Sciences) lebih kepada
pengiraan dan bahasa tidak penting.
Ini kerana, aku pun ambil ijazah yang lebih kurang serupa.
Tapi aku lebih kepada Perakaunan lah kan. Tapi, aku fikir bahasa Inggeris di
kampus aku sangat dititikberatkan. Semester lepas, ada saja budak ditegur
ketika membuat pembentangan keranan grammar tidak betul. Jawapan tidak salah
tapi grammar tidak betul. Adeh, sedap betul kena sedas depan ramai- ramai.
Semester ini pula, pensyarah sudah katakana yang dia bukan bertugas untuk
membetulkan grammar kitorang dalam tugasan kami. Ini bukan subjek bahasa. Dan
kami sedap jugalah kena tegur kan.
Jadi, aku tak fikir kalau UIA kurang daripada kami. Dengan
pelajarnya yang bercampur dengan pelajar antarabangsa, aku fikir mereka pasti
lebih fasih dalam bahasa Inggeris berbanding kami. Maafkan aku kalau tersilap
mahupun menjadi klise dengan UIA.
Tapi, aku kat sini ingin jugalah beritahu, di sebalik
ketegasan pensyarah (eh?), aku masih tidak fasih dalam berbahasa Inggeris. Mahu
bertutur pun, masih berkira- kira untuk translate dalam otak. Whatthefish.
Teruk kan? Kuikui. Mungkin juga watak Hani itu serupa dengan aku. Mungkin juga,
ada kawan- kawanku yang masih belum biasa untuk menggunakan bahasa ini dalam
seharian. Sila dush dush dekat kepala Amilah ni.
Tapi aku suka dengan buku ini. Dekat ayat- ayat al-Quran dan
hadis yang kena dengan situasi dalam buku. Dan aku paling suka dengan watak
Zikri! Rasa macam tersengih lebih je bila baca pasal Zikri bila mereka dah
besar tu. Hihihi. Tiba- tiba pula boleh motivasi aku untuk jadi seperti Zikri.
Ini baru novel pertama kau, dan aku rasa kau boleh pergi
jauh lagi. Teruskan RINZUAS! :)
nota kaki: eh, penulis ni memang dah bukan budak sekolah. my bad! :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan