Sabtu, 27 Ogos 2011

Menaip itu lebih senang daripada bercakap

Aku ada satu masalah yang susah hendak diselesaikan sejak dulu lagi. Iaitu berkomunikasi dengan orang. Tak kisah la part yang aku pendiam atau introvert sebab kadang- kadang aku lebih suka macam tu. Perkara yang difikirkan lebih banyak daripada yang terluah. Aku bukan seseorang yang jenis "I speak my mind".

Cuma, aku tak berani nak tegur. Masalahnya, bila kau nampak perempuan ni baju tak cukup lengan, seluar tak cukup panjang dan ada pula tudung di kepala (sungguh tak kena di situ =P), kau cuma pandang pelik dekat dia. Hoi penulis, dia tak nampaklah kau pandang pelik kat dia. sobs

Ataupun, bila kau rasa kawan kau tak pergi sembahyang jumaat dan kau tak tegur, "Eh dah habis sembahyang Jumaat ke?" padahal jam baru 1 lebih petang. Okay, maknanya tu soalan menyindir lah.

Ataupun cuba ringankan mulut untuk panggil jemaah untuk rapatkan saf. Atau menyambung saf yang kosong di bahagian tengah. Panggil biasa pun tak apa, pandang saja tak memadai lah awak. Aku selalu motivasikan diri aku yang bila kita sambung saf, malaikat akan doakan kita. Hadis Nabi, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” Eh sorrylah, tak tahu riwayat mana. Sahih ke tidak. Tapi, bolehlah motivasikan kita untuk comelkan saf di masjid kan. *Harap- haraplah begitu.

Dan yang paling berat, kat laman maya atau bermesej, senang je tangan tulis salam atau insyaAllah. Tapi bila bercakap in person, mulut aku agak payah nak sebutkan dua itu. Balik- balik, kalau berjanji atau buat plan, cakap "Okay. Okay" Kan dah baca dalam al-Quran tu, yang kita perlu sebut insyaAllah. Rasanya tafsir tu dalam bahasa Melayu lagi (dan ditambah perkataan Indonesia juga). Takkan dah lupa kut peringatan Allah tu.

Oklah, perbaikilah diri awak tu. Diri sendiri yang sangat kecewa dengan diri sendiri. Sobs.

Kiki: Eh, nanti bila awak sampai sana, tolong beli aiskrim sekali untuk saya.
Lala: Okay! Eh, insyaAllah. ngee

Isnin, 15 Ogos 2011

Dari Penjara Taliban Menuju Iman

Aku seorang yang gilakan buku. Ada masanya aku akan terus beli buku yang aku berkenan tanpa mengira apa jua keadaan (mungkin keadaan duit kot? atau keadaan di mana sebenarnya banyak lagi buku yang tak habis dibaca di rumah). Sama lah macam suatu hari di stesen minyak. Tujuan sebenar adalah untuk membeli bekal agar aku tak kelaparan sebelum temuduga pada Julai lepas. Tiba- tiba, jeng jeng jeng! Tempat ni jual buku, hooray! Disebabkan duit yang bukan banyak sangat, aku ambil buku ini. Dari Penjara Taliban Menuju Iman, tulisan Anton Kurnia. Salah satu sebab aku ambil adalah kerana aku nak tengok Taliban dari sudut positif. Masa tu pula, aku sibuk baca The Kite Runner yang mengundang banyak rasa tak senang aku terhadap Taliban. Jadi agak molek lah kalau kita seimbangkan antara positif dan negatif. Let's see kalau harapan ini berjaya dipenuhi atau tidak oleh jiwa aku.

Oh ya, aku buat entah apa- apa dalam temu duga. Muka macam yakin je, tapi bila disuruh memperkenalkan diri, aku tak tahu nak cerita apa lagi dah selain kereta keluarga aku yang semuanya Proton. Dan juga hal- hal lain yang aku bangga sorang- sorang. pfft. Takpe, aku bangga yang part kereta tu. Oh ya, terima kasih pengalaman. Nanti boleh buat lagi baik lain kali :)


Berbalik kepada buku ni. Ini sebenarnya kisah Yvonne Ridley, wartawan Britain yang ditangkap oleh Taliban sebab terkantoi masa dia masuk Afghanistan secara haram dan Taliban ingat yang dia ni pengintip. Dan dia pun ditahan selama 10 hari disebabkan hal itu. Dan banyak lagi kisah di sebaliknya.

Part yang aku suka:
1. Ridley dibebaskan sehari selepas Afghanistan diserang bom oleh tentera Amerika dan sekutunya. Baik kan? Orang buat jahat kat kita, tapi kita balas yang baik pada mereka. Dan rakyat Afghanistan pun tak simpan dendam dan mencaci kepada Ridley ni kerana dia seorang wanita Barat. Rakyat Afghanistan tak cliche okay!

2. Aku rasa kita masing- masing ada kelebihan kan? Dan Ridley gunakan kelebihan dia sebagai wartawan untuk mempertahankan Islam menerusi tulisannya selepas dia memeluk Islam. Dan dia begitu lantang apabila menulis tentang islam. Dan aku? Aku harap aku dapat tulis sekurang- kurangnya membuatkan orang teringatkan Allah, teringatkan Islam walaupun sedikit.

Hasilnya, aku bukan saja nampak sisi baik Taliban tapi lebih lagi. Kalau Ridley yang baru peluk Islam sudah menyumbang jasa yang banyaknya terhadap Islam, kita bagaimana? Kalau Ridley tersentuh dengan jiwa- jiwa yang terkorban di Palestin, Afghanistan, Lubnan dan sebagainya, kita bagaimana?Adakah anda juga menganggap Malcolm X dan Sayyid Qutb itu role model anda? Aku sendiri pun tak berapa kenal mereka. Padahal pahlawan moden Islam tu :')

Selasa, 9 Ogos 2011

Peace

Kau adalah salah satu makhluk lelaki yang aku rasa kadang- kadang lengkap pakejnya. Gentleman, protective dan kau boleh mention perkataan yang aku terlupa aku telah ucapkannya beberapa minit yang lalu. Maknanya kau boleh sedar perkara yang remeh temeh di sekeliling kau. Kewujudan kau buat aku percaya yang masih ada lelaki macam kau.

Lelaki yang sudi mengangkat barang daripada pegangan aku (walaupun aku rasa barang itu tak berat sangat). Lelaki yang sudi tolong aku macam- macam (dan aku sangat lega bila kau tolong aku pada hujung minggu itu). Lelaki yang sudi bertolak- ansur tentang keperluan rehat aku.

Aku menjadi sangat selesa bila berdekatan dengan kau walaupun aku sebenarnya sangat awkward pada awal perkenalan kita. Oh ya, dan aku tak lupa gelak tak ikhlas kau tu bila aku buat silap. Sengal betul. Satu lagi, aku rasa kau je manusia yang aku jumpa asyik akan chewing gum sepanjang masa. Aku tak tahu adakah itu memang tabiat kau atau kau nak jaga bau nafas atau sebab kau selesakan diri waktu tak merokok.

Jyeah thanks for everything. Aku harap jumpa lagi insan macam kau. Sebab, kalau aku berharap yang aku jumpa lagi kau, itu adalah perkara yang mustahil. Babai! (satu perkara yang aku suka dekat dia. hehehe)

p/s: satu je yang tak lengkap. Kau tak pandai usik aku. Macam robot kadang- kadang kita berdua ni. Cheers!

p/s: Dan kita berdua tak banyak cakap kan. ahahaha. boring betul

Facebook dan saya

Aku rasa Facebook adalah suatu tempat yang transparent. Kita boleh tahu apa- apa yang berlaku kepada kawan kita tanpa berbual- bual dengannya. Dengan membaca status yang terhidang di news feed. Lebih- lagi kalau kita mempunyai ramai kawan mutual dengan kawan kita itu.

Contohnya, aku boleh tahu yang Lalilu (bukan nama sebenar) baru putus cinta bila geng dia menulis kata- kata sokongan dan simpati di profile dia. Oh ya, geng dia adalah mutual frineds antara aku dengan Lalilu. Jadi aku boleh baca macam- macam dekat news feed sahaja.

Ataupun, Sophie (bukan nama sebenar) yang hendak berangkat ke US untuk sambung belajar.

Atau, sebenarnya bila aku jumpa dengan teman sekolah, antara soalan yang sama ditanya kepada aku adalah, "Aisyah macam mana?" hehehe. Sebab mungkin wall post antara aku dengan Aisyah memenuhi news feed mereka. Aisyah tag aku, aku post di wall dia. Aku bagi link dekat dia dan mungkin saling membalas antara status masing- masing.

Mungkin sebab itu orang asyik bertanya tentang Aisyah kepada aku. Aku tak ingat lah asyik tu merujuk kepada berapa kali. tapi sekurang- kurangnya adalah dua orang yang bertanya tentang individu yang sama terhadap aku. Aku tak kisah pun. Cuma aku rasa facebook sudah menjadi satu teknologi yang transparent. Yang kita boleh baca hidup orang dengan mudah. Dan boleh tahu macam- macam tanpa menunjukkan sifat menyibuk yang terang- terangan.

Dan perkara yang makin memenuhkan news feed aku adalah apabila kita boleh baca apa yang kawan kita post ke dalam group dia yang tidak berkaitan dengan kita. Contoh, kelisa (bukan nama sebenar) yang asyik mempromosikan blog dia dalam group yang berlainan tanpa menyedari aku boleh baca setiap promosi dia. Oops, takpe. Sekurang- kurangnya aku pun boleh baca blog kau kan. Cheers! :)

Rabu, 3 Ogos 2011

Hari yang rawak ketika bekerja

*Ayat perbualan telah diubah sedikit

Senior: Berapa sale you harini?
Sari: RM280
Senior: Pandailah you buat sale
Sari: *senyum* takdelah, budak kaya- kaya. Bawak RM50, Rm10 pergi sekolah.

Alkisahnya, pada minggu- minggu awal bekerja, aku telah dihantar untuk bertugas di koperasi sekolah A. Dan pada suatu hari, aku telah ditegur oleh bos sebab sale rendah sangat. Dan sejak haritu, aku bertekad untuk dapatkan jualan tinggi dan takut kena tegur lagi. hadoi. Pada awal bulan Julai, aku bertukar tempat. Di koperasi sekolah B. Yang sekarang ni lah. Yang aku banyak cerita dalam post terdahulu.

Dan alhamdulillah. Memang rezeki murah di sini. Tapi bila senior cakap aku pandai buat sale, kononnyalah, heheheh, dia tak tahu apa yang aku tak reti buat. Aku dah kantoi tak kemas atau sapu- sapu di koperasi. Bukan sekali, tapi dua kali. Di dua- dua buah sekolah. Dengan dua senior yang berbeza bila mereka datang ke koperasi.

Dan senior yang puji tu tak tahu, yang banyak barang dijual lebih murah. heheheh. Nak buat macam mana, aku cuma meneruskan tradisi orang- orang lama di koperasi ni. Pensel jenama Kaher sepatutnya dijual 30 sen, di sini, budak- budak beli dengan harga 20 sen. Mujurlah, pensel Faber Castell dapat cover sebab dijual dengan harga lebih mahal. Budak- budak kat sini adalah juga yang termasuk dalam golongan 'yang mahal itu berjenama, dan lebih berkualiti'.

Buku 555 dahulunya berharga 10 sen. tapi sekarang harganya 20 sen di kedai. tapi, aku tak sanggup nak naikkkan harga di koperasi. Aku kalau boleh, tak nak naikkan harga. Aku rasa entah, kesian pun ada juga.

Dan kadang- kadang aku mudah naik angin dengan budak- budak. Tolonglah amukan aku ni jangan jadi macam dominoes effect. Bila seorang budak ni yang buat salah, aku tempiaskan marah ni kepada budak lain. Duhai Sari... Aku suka sangat budak- budak, tapi bila tekanan tinggi dan aku letih, lapar, memang aku cepat marah. hadoi. Don't let them control you, Sari. sabar, sabar!

Dan oh ya, alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki banyak- banyak ni Allah. Sales untuk 3 hari pada minggu ni lebih banyak daripada gaji aku sebulan. Jangan biar aku kelabu mata. Jangan biar budak- budak ni kelabu mata bila terlihat duit yang berkepuk- kepuk atas hasil jualan. :)


Selasa, 2 Ogos 2011

budak sekolah lagi. peace

KakakSarah pernah mempersoalkan kenapa cikgu perlu tanya pekerjaan ibu bapa/ background family itu dalam status di facebook. Dah terjawab dah persoalan dia tapi aku nak jawab juga. Tak kira tak kira! :P

Sebab daripada pekerjaan ibu bapa, kita boleh tau corak didikan di rumah. Sebab bila dah tau latar belakang di rumah, kita boleh ramal bagaimana perangai dia di sekolah.

Contoh yang sama, si N. Cerita haritu. Agak nakal. Selalu (kot) ponteng kelas, sampai kena halau dengan cikgu. hahahahar. Tapi di sebalik tu, aku rasa kesian dekat dia. Ayah kerja di luar Kuantan, balik pada hujung minggu. Ibu bekerja di restoran makanan segera. Shift petang sampai malam. Kalau ikut apa yang dia cerita, kerja dari pukul 3 balik pukul 12 tengah malam. Kesian dowh. Malam- malam siapa lagi nak luang masa dengan anak?

Tapi, aku rasa lega lah juga bila mak dia pada waktu pagi sebelum dia ke sekolah pada sesi petang. Masih ada masa untuk rapatkan bond antara ibu-anak.

Lepas tu kan, KakakSarah, sosiopendapatan yang berbeza antara keluarga boleh bagi kesan dekat pelajar juga. Di tempat aku bertugas ni, boleh dikatakan sebahagian pelajar ni agak mewah berbelanja. Gila ke kau, budak sekolah rendah pergi bawa RM50 pergi sekolah? Datang koperasi, pilih itu pilih ini dan bayar. Macam tak ada rasa bersalah je berbelanja duit macam tu je.

Tapi, kena tengok juga sebahagian budak yang lain. Katakanlah yang geng mewah ialah grup A dan lain- lain tu grup B. Grup B ni kira pelajar yang datang daripada pendapatan sederhana. Kalau nak beli barang mewah, kena kumpul duit. Lama- lama bila dah banyak, pecah tabung. Lebih kurang macam tu lah ok.

Bayangkan bila grup A sedap berbelanja, dan masa tu ada grup B yang tengok. Mereka ni akan ada sifat cemburu, atau rendah diri. Macam mana nak cakap eh, diorang ni nanti akan ada keinginan untuk berdiri sama tinggi dengan grup A ni. Seronok berbelanja, boleh beli macam- macam dan takde lah macam loser je tak ada duit dalam poket kan.

Mula- mula aku mcam, wow budak sekolah ni memang banyak anak orang kaya lah. Sehinggalah mak aku mempersoalkan, kalau- kalau ada antara mereka yang ambil duit senyap- senyap daripada simpanan ibu atau ayah?

Adakah sebab perbezaan antara grup A dengan grup B tadi? Atau ada sebab- sebab lain? *Jangan sebab aku dah la ye. hihihi. Mana tau awak nak beli banyak supaya akak layan awakbaik- baik. Akak minta maaf lah kalau kadang- kadang rasa annoyed dengan budak- budak ni. Rasa annoyed yang kemudiannya diikuti dengan perasaan malas nak layan budak- budak kat koperasi. duhai sari...

p/s: Aku memang layan budak- budak macam kawan aku. Diorang pun cakap aku baik (:P) dan tak tegas dengan budak sekolah rendah. Tapi tau tak apa jadi, rasa tak hormat kepada aku tu makin hilang :(
dan, aku rasa kadang- kadang, aku yang kena buli dengan diorang. uwaaa