Isnin, 15 Disember 2014

Antara nikmat hidup yang kita mungkin tidak sedar atau malu nak memperkatakan adalah dapat buang air besar. Iyalah, benda tu kan baik disimpan aja ceritanya. Berak pun sorang- sorang, bukannya ramai- ramai pun!

Pada suatu hari, adalah kawan aku ni bertanya kepada ketua kumpulan kami yang dia ni ambil Herbalife ke? Dia tak jawab pun,"Aah, akak ambik herbalife. Kenapa, nak try ke?"

Dia tanya balik kepada kami, "berapa kali awak buang air besar dalam sehari"
Aku macam... what? berapa kali sehari?

Ternyata, buang air besar begitu memainkan peranan penting dalam hidup kita.

Jadi, nikmat dapat buang air besar adalah nikmat paling besar. Aku banyak kali pernah merasai situasi di mana aku tak buang air besar dalam masa 3-4 hari, itu adalah cukup merisaukan aku. Sampai aku terpaksa cari air twister, minum milo mahupun makan buah untuk melancarkan penghadaman aku. Kita ni, makin banyak makan, makin banyak toksik yang dihasilkan. Kalau tidak menjadi najis, memerap dalam badan kita lah maksudnya kan?

Jadi, selamat bahagia jika baru dapat buang air besar harini. Jangan jadi macam aku, selalu duk tahan. Lepas tu, bila pergi tandas, takde apa yang keluar. hampeh.

Selamat menjalani kehidupan!






Ahad, 14 Disember 2014

Terima kasih facebook

Facebook sebenarnya telah menjadi satu medan yang kalau boleh, ingin aku tak hirau. Ingin aku tak sentuh langsung. Kerna di sana aku menjadi sekecil- kecilnya. Nak tulis status, aku akan seperti tertunggu butang notifications untuk menyala warna merah. Dan makin lama aku scroll newsfeed, makin aku rasa kecil dan juga rasa hasad dengki dengan kehidupan orang lain. 

Hek eleh. Teruk betul perangai.

Jadi, aku cuba melayan facebook dengan kadar sederhana. Like status sana sini. Kadang- kadang stalk orang. Dah la. Gambar di profile aku pun kali terakhir di-update pada November 2013. Ha ha.

Pada suatu tengah hari Jumaat, macam biasa aku dan kawan- kawan cari tempat makan sedap sikit memandangkan kami rehat selama dua jam. Dan adalah pada hari tu, aku makan macam- macam lalu tersandar kekenyangan di meja makan. Memang sandar baik punya lah. heh

Lalu aku ternampak junior sekolah dahulu yang duk pandang- pandang aku dari jauh. Dua orang. Aku pun membetulkan duduk aku lalu bertegur sapa dengan mereka. Kami sempat sekolah sama masa di smart dulu hanya setahun memandangkan beza umur pun empat tahun.

TAPI DIORANG MASIH CAM AKU KOT. TERIMA KASIH FACEBOOK SEBAB BAGI AKU CAN BACA STATUS BERJELA- JELA JUNIOR AKU TU. TERIMA KASIH FACEBOOK SEBAB KAU, AKU INGAT LAGI NAMA DIORANG.

tapi yang lagi terharu adalah bila aku tak aktif facebook pun, tapi diorang masih ingat dekat aku. Huwaaaaaa.....

p/s: dengan berbekalkan sedikit share yang aku buat tanpa mendapat perhatian orang lain, dan juga rakan- rakan yang sudi tag aku dalam status, iya facebook aku masih lagi nampak hidup. Terima kasih kawan- kawan!


Khamis, 11 Disember 2014

Rupa- rupanya, bila kita rasa ambil berat untuk seseorang, kita akan cuba jaga dia sebaik- baiknya. Lakukan apa saja untuk dia. Dan juga berkorban.

Selingan: Ewah. Gitu sekali rasa dia.
Patutnya kena terapkan perkara ni untuk mak. 
Sebabnya, bila mak ada. Rasa macam kalau boleh biar je mak buat macam- macam untuk kita. Sebab mak kan superwoman. Kuang kuang. Sampai bila entah nak biarkan diri ini dimanjakan (baca: anak dara pemalas haprak)

Moga diri ini bermanfaat dan membahagiakan orang sekeliling.



Ahad, 7 Disember 2014

Best rupanya perasaan baca al-quran bila dah lama tak sentuh. Perasaan tu bahagia dia lain macam. Kbai

Isnin, 24 November 2014

Perasaan- perasaan kita ini adalah anugerah daripada Tuhan.
Antara perasaan yang diselang- selikan dengan fikiran rasional, sudah pasti membawa kita ke dimensi yang lebih indah.

Segala puji untuk Tuhan.

Selasa, 11 November 2014


Siloso Beach, Pulau Sentosa
Oktober 2014

Ahad, 9 November 2014

Eh korang ni memang tak control ke?

Okay. Bayangkan meja aku di tempat kerja. Ada dua je meja di bahagian belakang (selain kawan aku di sebelah sana), dan sebelah aku seorang lelaki. Gender XY. Mamat.

Hubungan kitorang lebih kepada, aku tanya kau. Kau jawab. Pastu kau tanya balik dan aku jawab. Dan kemudian kita kembali ke dunia masing- masing. Macam boring kan??? Tapi adalah juga saat- saat di mana kita berceloteh lebih panjang daripada itu, dan bergurau senda pada ketikanya. Oh ya, kan dalam dunia masing- masing kan. Sebab bila aku nak panggil dia, aku kena ketuk meja dia sebab kalau panggil, memang tak dengar.

Takkanlah duduk sebelah pun tak dengar juga? 

Iya, serius babe. Dia pakai earphone dengan volume kuat gila. Bahagia betul dia dan muziknya. Janji kau bahagia, dah ler.

Okay. Kalau kau rasa gatal, kau mesti nak garu kan? Tapi kalau kau ada kat tempat awam, dan bukannya berseorangan dan bukan bersama keluarga kau, apa kau buat? Kau tahan je ke atau kau garu jugak? Gatal punya pasal.

Mamat sebelah aku ni, dia pakai garu je tau. Garu kat perut sampai terselak baju okay. Tak kisah lah kalau aku ada kat sebelah pun. Memang lah aku tak nampak directly tapi...

Jadi, aku pun nak terperasan lah kan. Yela, mungkin dia selesa dengan aku sampai takde nak control apa- apa depan aku. Selesa awak tu tahap mana ya awak? Tahap yang...

Aku tengah perasan ni, layan je lah.

Lepas tu kan, tiba- tiba aku teringatkan masa aku kat kelas dulu kat uitm. Masa tu pun, aku duduk sebelah seorang lelaki ni. Dan dia pun tak kisah garu- garu belakang badan dia sampai terselak baju dia. Lama pulak tu. Tapi bila teringatkan yang hubungan aku dengan kawan sorang ni macam harem sikit perangai dia...

Maka, aku fikir. KENAPA LELAKI TAK CONTROL DEPAN AKU? Aku ni ada gaya macam lelaki ke sampai perangai korang selamba gila depan aku? Ke korang ni buat- buat tak nampak yang aku ada? Yang penting, korang takkan buat macam ni depan wanita idaman korang kan.


Ataupun, sebenarnya korang pernah dengar aku terkentut? Maka korang fikir, yang apalah sangat garu- garu ni daripada perangai aku yang selalu terkentut? Sekian.

Ahad, 2 November 2014

Singapura. Oktober 2014

Selasa, 28 Oktober 2014

Hai. Aku baru sahaja pulang dari trip Johor Bahru/ Singapura minggu lepas. Tak macam trip- trip sebelum ini di mana kau pergi bercuti dengan rakan sebaya, kali ini aku join trip staf syarikat aku. Di mana ahli- ahli kumpulan ini terdiri daripada staf syarikat dan juga anak- anak.

Yang juga di mana cuma aku dan kawan aku (rakan se-praktikal) yang tidak membawa ahli keluarga bersama- sama. Jadi inilah pengalaman baru aku dalam trip kali ini. Di mana aku cuma nampak budak- budak, dan budak- budak.

Cerita trip, kita tolak ke tepi dulu ya. 

Anak muda, tahap tenaga dia berbeza dengan akak- akak dan abang- abang yang sudah bekeluarga. Kalau kita bermula permulaan hari dengan level berwarna hijau, mereka pula sudah pada di tahap kuning. Kalau orang bujang ni penat berjalan- jalan melihat tempat, keletihan mereka berganda. Penat berjalan- jalan melihat tempat, dan juga melayan karenah anak- anak.

Jam lapan malam, mereka semua sudah keletihan dan berlalu masuk ke bilik masing- masing. Manakala aku dan rakan, terpinga- pinga. Hah, ni je ke aktiviti kita hari ni? Baru lapan malam kot? Boringnyaaaaa.

Jadi, pandai- pandailah korang memanjangkan kaki sendiri ya. Hihi.

Yang bos aku pulak, siap dah tumbuh uban sikit- sikit padahal umur tak masuk 40 tahun lagi dan anak sulungnya yang darjah satu huha ke sana- sini. Sorry, sejak akhir- akhir ni sempat lagi tertilik lelaki yang ada uban ni. Padahal uban tu mungkin satu dalam seribu. Mata tajam tau, tajam. Wahahaha,

Jadi, nak jadi parents yang bertenaga, kita kena fit. Anak- anak ni pada tahap tenaga yang banyak gila dan ingin belajar macam- macam.Itu tak campur lagi kalau ada yang naughty pastu suka cari gaduh dengan adik sendiri pula kan :p

Samada jadi fit, atau jadi ibu bapa muda. Nanti masuk umur 40 tahun, anak- anak dah besar dan kita boleh rileks dah pada waktu tu. Ahh now I can see what's the benefit of get married at young age. Yelah, milah kan ada rasa ragu- ragu sikit pasal kahwin muda ni. Hrmmm

Dan juga suami isteri kena jadi satu team. Kerjasama dalam jaga anak- anak. Kalau satu pihak buat rilek je, payah jugak. Aku je yang banyak buat kerja, banyak cantik muka kau kan. 

Oh ya, cekap. Itu boleh jadi satu bonus. Ada suami isteri ni bawa anak kembar 5 bulan. Tapi tahap cepat diorang tu dalam menjaga masa, lagi bagus daripada aku tau. Huaa nangis. Makan cepat, bersiap cepat. 

Untung gila kan pergi bercuti kali ini. Siap dapat ilmu rumah tangga lagi yuolls. 


Psst, tak kisahlah kahwin awal atau lambat. Dapat zuriat awal atau lambat. Nak stabilkan kewangan diri dan juga nak bagi ibu bapa merasa dulu duit kita, silakan. Atau mungkin antara kita yang jodohnya tak muncul- muncul lagi. Yang tu, memang kita tak dapat kawal. Tapi kita dapat kawal diri untuk menjadi seorang yang bertenaga dengan menjadi fit.
Sekian, itulah nasihat daripada seorang yang bekerja 9 jam sehari. Dan kebanyakan masa, hanya duduk sahaja di depan komputer. Dengan aku sekali pancit. Huaaaaaa

P/s: Dah kau pehal pakai baju gitu pi Pulau Sentosa? Lain kali pakailah baju kain kapas woi. Ni jalan tangan terkepit- kepit kat tali beg galas sebab nampak kesan peluh kat ketiak T.T

Aku kat pejabat masih tersengih sorang- sorang setiap kali teringat kenangan dengan anak- anak staf masa trip dulu. Masih kena buli dengan budak kecik tapi tetap rasa disayangi. Muah sikit.

RaWR

"Akak, tolong lukis dinosaur"

"Akak, tolong teman Nia tengok Boboiboy. Ni episod rumah hantu. Nia takut"

Iya. Akak dah mula jatuh sayang pada kamu. Oh dah tentu juga bukan aku yang lukis dinosaur. Tak reti meh.




Rabu, 17 September 2014

Minggu ketujuh latihan industri

Tuhan, izinkan saya untuk menjadi orang yang bersemangat. Lagi berfikiran positif. Dan sentiasa senyum. Serta untuk banyak- banyak bersyukur atas nikmatMu.

Dan menjadikan segala kesusahan dan hampeh yang datang sebagai bahan jenaka.

Dan semoga aura positif ini menjalar kepada rakan- rakan sekeliling saya. 

Terima kasih untuk orang- orang yang baik lagi manis, sama ada mereka itu strangers atau kenalan. Mereka sungguh telah membuatkan saya senang walaupun hadirnya cuma lima minit. Curahkan rahmatMu sebanyak- banyaknya untuk mereka.





Bukit Cerakah, Shah Alam
Mei 2014

Ahad, 13 Julai 2014


Hai nak belanja lah sikit gambar parking motor kat kampus saya. Kuncinya di sini ialah jangan parking merata, jangan susahkan orang dan jangan langgar motor orang. Moga tiada carutan yang keluar dari penunggang motor di sini. 

Takpe, orang tak tahu...

Macam biasa, hampir setiap minggu kami perlukan siapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Dalam kerja berkumpulan. Tugasan ini begitu comel sekali kerana ini bukanlah tugas kira mengira mahupun menaip berhelai- helai di Microsoft Word.

Iaitu membuat buku skrap! (Baca: portfolio)

Tapi apa jadahnya kalau nak pergi print artikel Bursa Malaysia di wikipedia lalu diberikan begitu sahaja kepada lecturer. Oh itu tugasan pertama. Maka kami pun bergunting tampallah untuk buku skrap. Gunting tampal gunting tampal guna kertas warna- warni pen warna- warni dan juga siap ada guna water colour.

Maka, pada minggu itu kawan aku telah menyiapkan separuh tugasan itu dan giliran aku pula untuk menyiapkan topik lain. Alkisahnya, dia tak boleh tidur malam kerana malam begitu panas ( iya, shah alam begitu panas sejak akhir- akhir ini). Maka, tugasan itu dia siapkan dari lewat malam sehinggalah menjelang subuh.

Wow, minah ni tak tidur! Dah la siang tu pulak ada kelas pagi. Tak boleh jadi ni, kalau dia boleh aku pun boleh! 

Aku pun mula bersiap siaga dengan kencangnya untuk membuat buku skrap. Gunting itu ini, tampal itu ini. Nak fikir idea dan olahan lagi. Macam- macam lah. Esok takpe. Takde kerja sekolah kena hantar esok. Gunting itu ini tampal itu ini. Lewat malam macam ni pun sedap jugak mandi. Dah bagitahu kan yang shah alam panas sejak akhir- akhir ini. Akhirnya mengantuk dan tidur...

ESOKNYA.
Pergi ke kelas dengan jersi, seluar jeans dan tudung syria.

"Milah nampak lain harini. Nampak comel"

Sengih je. Sebab dia tak tahu yang semangat berkobar- kobar buat buku skrap tu telah membuatkan aku bangun jam 8.40 pagi. Di saat whatsapp kelas berbunyi, "Lecturer dah masuk". Ah sadis. Aku bangun. Pergi tandas. Bersiap. Oh ya, kita dah mandi sebelum tidur lewat malam tadi kan? Okaylah tu. Kira dah mandi dah lah. Maka, sampailah aku ke parking motor fakulti jam 9.15 pagi.

Kalau kawan aku baca post ini, aku harap dia tak ubah fikiran yang aku comel hari itu. Wakakaka. Eh japp, lecturer kau tak marah ke datang lambat? Maka, aku nak jawablah, biar datang lambat asalkan dapat ilmu. Ewah. Tapi sebenarnya, dulu ada orang datang lambat, lagi lambat daripada aku. Takpe, rockstar tetap pergi belajar okay!

ps. Oh ya, aku pergi ke kelas dengan kawan aku. Sebab tu berani kot nak pergi sama- sama lambat. 

Okaylah nak belanja lah sikit gambar buku skrap. Tapi kalau diikutkan, hasil 'seni' aku yang paling hampeh berbanding kawan- kawan aku. 






Rabu, 9 Julai 2014

Ali Shariati.
Saya mula jatuh hati pada beliau apabila beliau diperkenalkan di Konvenseyen TFTN pada tahun lalu. Dikatakan dahulu, beliau ada menulis warkah kepada bani Israel yang terkubur di bawah piramid. Mereka ini hamba abdi, golongan yang ditindas. 

Hamba abdi. Golongan bawah sekali. Paling rendah, paling jijik.
Tapi tanpa mereka, piramid takkan didirikan.

Dan magisnya yang terkena kepada aku. Betapa selama ini aku memandang tinggi kepada utuhnya piramid tanpa aku terbayang golongan pembinanya. 

Moga selamat Ali Shariati.
Moga selamat hamba abdi di sana!

Antara kegemaran saya di laman sosial

Hai. Harini saja je nak tunjuk kegemaran saya dekat laman sosial ni. Apasal eh apasal eh.

Arian Ploso ni aku baru follow dalam beberapa bulan ni. Akhir- akhir ni kan, orang duk kecoh tentang gelandangan yang mahu dibersihkan oleh pak menteri kita ni. Katanya, gelandangan ni harus diberi makan di luar radius 2km dari pusat bandar. 

Lagi satu kenyataan beliau, "Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?.."
Maaflah, tak ingat bersumberkan media mana. Mungkin Sinar Harian atau MalaysiaKini. 



Hishh, pak menteri yang seorang ni. Gamaknya kalau kita kongsi nasi lemak dengan apek atas jejantas pun, masih dia fikir kita ni banyak duit ke? Kalau kita ada RM10 dan RM1 dikongsi bersama mereka, kita ni dikira banyak duit ke? Okaylah, lagi banyak duit daripada peminta sedekah tapi kalau mahu dibanding dengan dompet pak menteri, jauh kita pak. Jauh... Ai ni kalau ada duit RM150 tu, nak bayar duit sewa rumah selalunya.

Oh ya, apa kaitan dengan Arian Ploso ni? Dia adalah antara aktivis yang menolong gelandangan di hujung minggu. Tempat port biasa ialah di Jalan TAR/ Chow Kit. Aku dah ler nak sangat join. Tapi memandangkan aktiviti ini dibuat pada waktu malam, memikir gak bagaimana bisa ku pulang ke Shah Alam. Abang Rapid U80 pun gamaknya dah ready nak masuk tidur.

Ini abam TFTN yang tak asing lagi (di hatiku) ewah. Zul Fikri Zamir. Pengasas Teach for The Needs. Kini sibuk mengendalikan The Wakaf Buku bersama tauke Dubook Press. Cikgu. Penulis buku. Layan juga apa yang dia kongsi dekat facebook tu. Lai lai marilah follow. 


Benz Ali ni sebaya dengan aku. Tapi pemikiran dia ya rabbi jauhhh ke depan lagi daripada aku. Aku macam dah pernah dengar la nama dia dekat Malakat92. Tapi bila dengar dia memberi komentar dalam buku jalanan tentang ali shariati, aku macam "whattt... apa benda yang dia cakap ni??" Umpama ilmu yang dia tengah fikirkan itu berada di langit ketujuh gamaknya.

Bagi mengenali isi hatinya, aku pun baru follow facebook dia. Sejak beberapa minggu lalu. Berani lawan arus. Sangat kritikal thinking. Tidak tunduk ke mana- mana pihak dominan. 

 Ahah. My favourite one, Sanjeevan :) (ewah nampak tak siap ada smiley lagi) Kalau tak kenal, mungkin korang akan recall dia sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kena tembak tahun 2013. Ceritanya, dia ni suka ambil tahu pasal jenayah dan juga institusi polis cenggitu la. Hero keadilan lah macam tu versi tanah melayu kita ni. Lepas tu, dia ada cakap nak hebahkan tentang seorang pegawai polis yang makan rasuah. Siap kamcing dengan orang kuat jual dadah. Kemudian, dia pun kena tembak dari luar kereta. Magisnya, dia survived dan masih lagi nak jadi hero keadilan sampai sekarang.

Aku rasa banyak je benda yang dia nak bongkarkan tentang kes jenayah. Tapi tak tahulah bila dia nak bongkar. Mungkin sampai dapat perlindungan penuh oleh perdana menteri pun ai tak tahu.

Tapi sungguh, kalau nak cari lelaki yang kerja kuat, berani, sangat menghormati agama dan jenis bangun pagi, boleh dahlah jatuh hati dekat dia ni.


Ummi Nazeera. Tak perlu cakap lebih dah kot.

Apa yang sama tentang mereka di atas? Mereka punya keberanian untuk lahirkan pendirian mereka. Kita bila lagi?

Isnin, 7 Julai 2014

Izinkan saya juga menjadi untung kepada anda.

Sabtu, 5 Julai 2014

Meh la kita sembahyang sunat sama- sama. Ni bulan terbaik untu mulakan. Moga bersambung tabiat ini untuk forever!

Sabtu, 28 Jun 2014

Konsep kejujuran

Saya suka keadaan sekeliling saya sekarang. Dalam mata saya, saya nampak satu ciri kemanusiaan iaitu kejujuran. Yang juga bermaksud melakukan sesuatu tanpa diketahui orang, tapi tahu Allah itu Maha Melihat. Dan tidak juga mengambil hak orang, secara diam.

Seperti contoh, di fakulti saya, di mana- mana sudut sahaja pasti ada air mineral dijual. Terdapat air mineral yang dijual di dalam kotak (selalunya), dan kau letakkan sahaja seringgit di kotak duit sebelahnya. Mudah je kan. Tanpa sang penjual. Kau dahaga, kau isi duit dan ambil air itu.

Kalau tak bayar? Jangan risau, tiada manusia nampak. Air mineral juga tidak digari besi jika anda tidak membayarnya.

Dan juga seperti makan tengah hari di satu restoran di sini. Saiznya sebesar 3 buah kedai biasa. Kau ambil nasi dan lauk yang kau suka. Dan beratur di kaunter. Lalu kakak kaunter tanyakan sekali air apa yang mahu diminum. Dan kau bayarlah kan.

Kemudian, kau duduklah di mana- mana sudut yang kau suka. Lepas tu, datang pula brader ambil order air. Dia tak tahu pun apa air yang kau bayar di kaunter. Dan kau order lah air yang kau nak.  

Kalau bayar untuk harga air sirap tapi order jus tembikai dekat brader tu boleh ke? Jangan risau. Akak kaunter tak sedar pun bila masa kau minum sebab ramai tengah beratur nak bayar. Brader tu pulak tak de masa nak cek order, sama ke tak dengan apa yang kita bayar.

Jadi, senanglah hidup kalau macam tu ya?
Senang lah kalau jadi hamba Allah. Sebab hamba Allah lah yang paling merdeka. Jadi, kalau main tipu dalam urusan jual beli, mungkin dah jadi hamba nafsu. Kau akan keluh- kesah dengan perangai tak semenggah ini. Tapi bila kita bermuamalat dengan memenuhi hak orang lain, dan kita tahu Allah ada, insyaAllah hidup kita rilek je. 

Orang mungkin kata, kita negara ber-majoriti Islam tapi perangai duhaiii. Tapi takpe, langkah itu kita sudah ada. Kita kayuh slow- slow. InsyaAllah, dalam diri kita, dan masyarakat, kita akan nampak Islam.
Scroll facebook. Lahai banyaknya lah drama.
Dah- dah la tu scroll. Dah- dah la tu.

Jumaat, 30 Mei 2014

Cuba teka, siapa hebat sekali dalam bab buang masa ni?
Sayalah T.T

Sabtu, 24 Mei 2014

Mi Sup (resipi)


#ResipiRingkasCikMila

1. Bawang putih. Ketuk- ketuk dan hiris nipis.
2. Tumis lah apa lagi.
3. Letakkan ayam/ bebola/ fish cake.
4. Kemudian letakkan air. Biarkan sampai mendidih.
5. In between, letakkan sawi; daun dan batangnya. (Batang tu jangan lupa ketuk dulu). Oh ya, tomato juga.
6. Letakkan lada hitam (yang sudah ditumbuk).
7. Bila tengok ayam dah masak, letak la mi.

Tadaaa dah siap!

Inilah mip su yang biasa- biasa aja kalau nak siap cepat. Oh ya, nak tambah dengan kicap cili pun boleh :)
Jalan Tun Ismail, Kuantan.

Ahad, 18 Mei 2014

Cikgu, thank you for everything.

Semenjak akhir- akhir ini, saya sedar yang saya merupakan pelajar yang teruk. Ini bukanlah masa untuk kita sekadar menuding jari kepada para guru yang cara mengajarnya yang tak kena dengan apa yang kita mahu.  Cuma, dalam apa- apa kekurangan, bukankah lebih baik kita mencari jalan penyelesaiannya. Mencari apa- apa jalan tanpa terlalu bergantung kepada guru. Mengambil inisiatif sendiri. Untuk membantu diri sendiri.

Biasalah, cakap lebih. Plan hado, nak buat haprak. Pui.

Dan kredit patut diberikan kepada guru- guru yang super best. Yang memberi motivasi. Yang membuatkan kami berfikir di luar kotak. Belajar bukan semata- mata untuk buku teks. Yang ajar bahawa hidup kami jauh lagi ke hadapan. Bukan sekadar belajar buka buku di kelas. Cikgu memang lejen!

Eh, kan ada aku cerita yang aku pelajar yang teruk. Yang mejanya betul- betul di hadapan guru, tapi masih lagi boleh tertidur. Dan juga terkantoi berangan di waktu guru menerangkan. Erk! Dan juga akulah pelajar yang menulis nama guru terbalik dalam kertas ujian.

Terima kasih kerana masih cool dengan perangai saya yang hampeh. Moga saya menjadi manusia dengan didikan anda semua. 

Kepada semua guru, anda semua best. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar. 

LET'S HAVE DESIRE TO LEARN!

Sabtu, 3 Mei 2014

You're now listening to BFM

Pada pagi- pagi sebelum ke kelas, saya selalunya akan meluangkan masa dengan membuka radio. Kalau dahulu, mesti asyik- asyik ulang pasang lagu Yuna. Tapi, untuk semester ini saya berhasrat untuk konsisten memasang satu saluran radio ini.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan serumah saya bertanya, "Ape benda boring yang kau pasang ni?"

Hmm yes, memang boring pun kalau pasang BFM 89.9. Kalau pagi- pagi dah berbual- bual pasal headlines surat khabar. Dan berborak kenapa begitu, kenapa begini. Kemudian ada lah bual bicara dengan  tetamu jemputan. Ada je slot macam- macam untuk hampir sepanjang masa. 

Tapi part yang paling best sebenarnya bila tengah malam sehingga menjelang subuh sebenarnya. Aherherher. Sebab masa tu BFM pasang lagu tempatan, kebanyakannnya darupada kumpulan indie. Masa tu, rasa bahagia dia macam zaman XFM gitu.

Korang tahu tak XFM tu apebenda? Xfresh? XFM? Yang sekarang dah takde? Dah la tutup secara tiba- tiba. Hampeh tapi rasa sedih sangat masa tu sobsobs.

Oh ya, tahu tak yang BFM sekarang boleh dilihat secara visual? Pergilah ke Youtube! Dan juga... jeng jeng jeng ada juga segmen dalam Bahasa Melayu. Taraaaaa

Jadi, mari tonton. Sama ada anda akan rasa bosan juga atau tertidur, hadam je lah. Bila lagi nak acah- acah pandai bila layan benda macam ni? ;)






Jumaat, 25 April 2014

Maafkan saya, marah- marah pulak haritu.
Maaf ya :3

Ahad, 20 April 2014

#Iissad

Saya secara umumnya seorang yang lemah- lembut, sering tersengih dan juga tidak berani mengatakan bantahan. Atau erti kata lain, lembik dalam berbicara. Dan juga membosankan. Dalam pada itu, saya juga sebenarnya mungkin terlalu direct, angkuh tanpa saya sedari. Bila saya sedar akan hal itu, kata- kata sudah terlepas dari mulut saya. Saya cuma mampu berdoa agar si dia cuma tak terasa hati. Itu saja. Ampun dipinta sangat- sangat.

Dalam halnya saya secara umum itu, jadi saya mudah dibuli. Saya sungguh tak kisah kerana kadang- kadang hal macam tu yang menampakkan kita lagi mesra dalam berhubungan. Yang cakap tak berlapik. Boleh kutuk sesuka hati. Cuma yang sakitnya, bila hal buli- membuli itu (yes, mestilah aku kutuk dia balik!) terlihat dalam kumpulan orang ramai. Dan si dia nampak lagi dominan di situ. Dan saya yang jadi bahan ketawa. K

Tapi sebab satu hal dalam banyak perkara yang kita lakukan, takkan itu menjadi hal besar antara kita?

Saya sungguh tak kisah dibuli selagi tak memudaratkan. Selagi cuma dibawa ketawa antara kita sahaja. Tanpa melibatkan kumpulan orang ramai. Sebab kita tahu itu semua gurau- gurau.

Atau kau insecure dengan dengan apa yang aku ada (Okay, gi mampus dengan pernyataan ini)

Atau jikalau lah terma 'dibuli' itu sama gandingannya dengan 'dipergunakan', saya tak sanggup lagi. Please. Saya tahu sekiranya saya dipergunakan, bermakna saya adalah rakan yang boleh diharap. Rakan yang dicari ketika kesusahan. Dan rasanya ini bukan kali pertama dipergunakan sebegini. Tapi dalam segala kesusahan yang saya lalui itu, saya dapat banyak pengalaman. Saya dapat macam- macam yang Tuhan bagi. Tuhan secara tidak langsung memberi kurniaNya dalam kesusahan yang awak campak kepada saya.

Tapi, kalau dah berkali- kali, tolonglah jangan. Dan saya berharap, feeling sewel, annoyed dan rasa sedih memanjang ni tidak awak sengajakan. Atau sebenarnya saya yang perasan lebih- lebih. Saya yang bersangka buruk dengan orang lain.

Dalam pada itu, saya juga fikir adakah saya juga telah mempergunakan orang lain. Mungkin yang tidak langsung saya sedari. Mohon ampun beribu ampun. Atau sebenarnya saya 'mempergunakan' Tuhan. Iyalah, dalam masa susah sahaja, buat solat hajat. Dalam nak cari parking sahaja, baru sibuk nak baca surah al- Insyirah. Dan bermacam- macam lagi.

Andai kesusahan, keresahan ini sebenarnya berpunca daripada diri sendiri, maka ampunkanlah aku. Sebab aku ralit yang tak sudah- sudah dalam hal dunia ni. 

Khamis, 17 April 2014


Taman Tasik Shah Alam
6 April 2014
Apalah sangat nak berlumba- lumba dengan orang lain. Nak tunjuk siapa yang lagi baik kah? Lagi bagus kah?

Di mana dunia untuk kita saling membantu, saling berkasih- sayang?

Sabtu, 12 April 2014

Apa perasaan bila nak buat benda bagus, semata- mata nak tunjuk dekat orang yang kita boleh juga buat? Bukan buat sebab nak buat.

Memanglah dapat manfaat daripada benda baik, tapi kepuasan?

Ahad, 30 Mac 2014

ABC
Pasar Wakaf Bharu
Februari 2014

Rabu, 26 Mac 2014

#MH370. sungguh dalam kenangan.

Untuk penerbangan udara yang kini dalam kenangan. 12 anak kapal. 227 penumpang. MH370.

Moga Tuhan mendakap anda semua dengan sebaik- baiknya. Moga kita ada peluang untuk berkisah- kisahan di dunia satu lagi, insyaAllah.

Kepada Pouria Nour Mohammed Merdad. 
Andai benar kamu yang berada dalam plane itu. Andai benar, jika kamu yang menggunakan passport curi itu. Awak, saya dengar awak mahu berhijrah dari tempat kelahiran awak. Maka, awak bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Transit dari penerbangan ini dan ini. Bersusah- payah. Terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kemudian, mahu terbang lagi ke Amsterdam sebelum memulakan hidup baru di Jerman.

Saya dengar khabarnya ibu awak menunggu di Frankfurt. Awak sekadar mahu berhijrah bukan? Awak cuma mahu melarikan diri dari hidup lama awak bukan? Namun sesungguhnya, pengembaraan ini membawa awak ke tempat yang lebih jauh. 

Kepada sang ibu, jangan difikirkan keseorangan. Kerana saya, malahan yang lain turut berada di belakang anda. Tuhan yang maha mengetahui telah membawa mereka ke tempat yang jauh, yang tak dapat kita bayangkan.  

Kepada MH370, biar penerbangan berakhir di lautan hujung dunia. Namun, ku berharap agar kamu semua baik- baik sahaja. Dalam dakapan Tuhan.

Mencari siapakah dia? Boleh rujuk pada pautan di bawah.

Sabtu, 22 Februari 2014

22 tahun dah!

21 Februari 2014

Sejauh mana hati awak menongkat langit. Tanpa meninggalkan jejak di atas bumi?
Selamat berusia 22 tahun dan 7 hari, amilah. Moga hari- hari yang dilalui akan membentuk anda pada masa depan.

And yeah, I havent celebrate it yet. Punya lah sederhana hidup sekarang ini. Biar sederhana tapi jiwa besar. Konon- kononnyalah. Nanti kita pergi cari hadiah okay ;)

Rabu, 5 Februari 2014

Cycling
Kelantan

Aiskrim pulut


Aiskrim pulut
Wakaf Bharu, Kelantan

Isnin, 27 Januari 2014

Awak buat saya melangkah lebih jauh. Lebih berani untuk meluahkan perasaan. Lebih ke hadapan untuk berinteraksi. Sampailah saya sendiri yang melangkau garisan. 

Garisan itu. Garisan ini. Garisan 'eh kawan aku approve ke benda aku buat ni'. Garisan 'apalah nanti yang orang fikir'.

Saya ada juga minta petunjuk. Hampir sepanjang masa. Saya harap awak pun begitu. Ada ke awak? Dan saya juga hampir ingat segalanya. Bulan tujuh, mi goreng, sembilanharibulansembilan, pagi Isnin (yang tenang), dan macam- macam lagi.

Tapi saya masih ragu- ragu. Kita sendiri nampak kelam dalam masa hadapan. Dan ini membuatkan asasnya masih tak cukup kukuh untuk saya. Maka, soalan saya di sini, perlukah kita akan ruang untuk lebih mengenali dan menjadi serasi? Dan juga, cukupkah sekadar rupa untuk kita terus jatuh hati dan sayang?

Khamis, 23 Januari 2014

Aku cuba

Dua tahun lalu. Setahun lalu. Kini.
Banyak yang tidak lagi serupa. Sekurang- kurangnya untuk perkara yang penting. Sungguh yang dulu- dulu itu lah yang kita rasa best. Tapi selagi aku tak move on, selagi itu perkara yang sekarang ini nampak tak cantik.

Perkara berubah, hati kita juga turut berubah. Berubah untuk yang lebih baik. Usah risau. Moga ini juga nanti, pada masa akan datang, akan juga jadi kenangan yang terindah.

Mari terus tersenyum.
Aku cuba. Untuk hidup.

KBR-KUL



KBR-KUL
28 Disember 2013
Pada hari Sabtu itu, pulang dengan pengangkutan udara. Sampainya di LCCT, naik bas sehingga ke KL Sentral. Dan kemudian LRT sampai ke PJ. Dan kemudian teksi, sampai ke sebuah tempat. Lalu ku naik kereta sampai ke Shah Alam. Dan kemudiannya dihantar ke suatu tempat di kolej untuk mengambil semula skuterku. Lalu ku pulang ke rumah sewa dengan skuter.

Dalam satu hari tu. Fuhh. 

Jumaat, 17 Januari 2014

Its KLCC-lah!
November 2013

Oh ya, ke hadapan Didie, Dibah dan mi tarik. Milah sayang semua :')