Saya suka keadaan sekeliling saya sekarang. Dalam mata saya, saya nampak satu ciri kemanusiaan iaitu kejujuran. Yang juga bermaksud melakukan sesuatu tanpa diketahui orang, tapi tahu Allah itu Maha Melihat. Dan tidak juga mengambil hak orang, secara diam.
Seperti contoh, di fakulti saya, di mana- mana sudut sahaja pasti ada air mineral dijual. Terdapat air mineral yang dijual di dalam kotak (selalunya), dan kau letakkan sahaja seringgit di kotak duit sebelahnya. Mudah je kan. Tanpa sang penjual. Kau dahaga, kau isi duit dan ambil air itu.
Kalau tak bayar? Jangan risau, tiada manusia nampak. Air mineral juga tidak digari besi jika anda tidak membayarnya.
Dan juga seperti makan tengah hari di satu restoran di sini. Saiznya sebesar 3 buah kedai biasa. Kau ambil nasi dan lauk yang kau suka. Dan beratur di kaunter. Lalu kakak kaunter tanyakan sekali air apa yang mahu diminum. Dan kau bayarlah kan.
Kemudian, kau duduklah di mana- mana sudut yang kau suka. Lepas tu, datang pula brader ambil order air. Dia tak tahu pun apa air yang kau bayar di kaunter. Dan kau order lah air yang kau nak.
Kalau bayar untuk harga air sirap tapi order jus tembikai dekat brader tu boleh ke? Jangan risau. Akak kaunter tak sedar pun bila masa kau minum sebab ramai tengah beratur nak bayar. Brader tu pulak tak de masa nak cek order, sama ke tak dengan apa yang kita bayar.
Jadi, senanglah hidup kalau macam tu ya?
Senang lah kalau jadi hamba Allah. Sebab hamba Allah lah yang paling merdeka. Jadi, kalau main tipu dalam urusan jual beli, mungkin dah jadi hamba nafsu. Kau akan keluh- kesah dengan perangai tak semenggah ini. Tapi bila kita bermuamalat dengan memenuhi hak orang lain, dan kita tahu Allah ada, insyaAllah hidup kita rilek je.
Orang mungkin kata, kita negara ber-majoriti Islam tapi perangai duhaiii. Tapi takpe, langkah itu kita sudah ada. Kita kayuh slow- slow. InsyaAllah, dalam diri kita, dan masyarakat, kita akan nampak Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan