Rabu, 9 Julai 2014

Antara kegemaran saya di laman sosial

Hai. Harini saja je nak tunjuk kegemaran saya dekat laman sosial ni. Apasal eh apasal eh.

Arian Ploso ni aku baru follow dalam beberapa bulan ni. Akhir- akhir ni kan, orang duk kecoh tentang gelandangan yang mahu dibersihkan oleh pak menteri kita ni. Katanya, gelandangan ni harus diberi makan di luar radius 2km dari pusat bandar. 

Lagi satu kenyataan beliau, "Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?.."
Maaflah, tak ingat bersumberkan media mana. Mungkin Sinar Harian atau MalaysiaKini. 



Hishh, pak menteri yang seorang ni. Gamaknya kalau kita kongsi nasi lemak dengan apek atas jejantas pun, masih dia fikir kita ni banyak duit ke? Kalau kita ada RM10 dan RM1 dikongsi bersama mereka, kita ni dikira banyak duit ke? Okaylah, lagi banyak duit daripada peminta sedekah tapi kalau mahu dibanding dengan dompet pak menteri, jauh kita pak. Jauh... Ai ni kalau ada duit RM150 tu, nak bayar duit sewa rumah selalunya.

Oh ya, apa kaitan dengan Arian Ploso ni? Dia adalah antara aktivis yang menolong gelandangan di hujung minggu. Tempat port biasa ialah di Jalan TAR/ Chow Kit. Aku dah ler nak sangat join. Tapi memandangkan aktiviti ini dibuat pada waktu malam, memikir gak bagaimana bisa ku pulang ke Shah Alam. Abang Rapid U80 pun gamaknya dah ready nak masuk tidur.

Ini abam TFTN yang tak asing lagi (di hatiku) ewah. Zul Fikri Zamir. Pengasas Teach for The Needs. Kini sibuk mengendalikan The Wakaf Buku bersama tauke Dubook Press. Cikgu. Penulis buku. Layan juga apa yang dia kongsi dekat facebook tu. Lai lai marilah follow. 


Benz Ali ni sebaya dengan aku. Tapi pemikiran dia ya rabbi jauhhh ke depan lagi daripada aku. Aku macam dah pernah dengar la nama dia dekat Malakat92. Tapi bila dengar dia memberi komentar dalam buku jalanan tentang ali shariati, aku macam "whattt... apa benda yang dia cakap ni??" Umpama ilmu yang dia tengah fikirkan itu berada di langit ketujuh gamaknya.

Bagi mengenali isi hatinya, aku pun baru follow facebook dia. Sejak beberapa minggu lalu. Berani lawan arus. Sangat kritikal thinking. Tidak tunduk ke mana- mana pihak dominan. 

 Ahah. My favourite one, Sanjeevan :) (ewah nampak tak siap ada smiley lagi) Kalau tak kenal, mungkin korang akan recall dia sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kena tembak tahun 2013. Ceritanya, dia ni suka ambil tahu pasal jenayah dan juga institusi polis cenggitu la. Hero keadilan lah macam tu versi tanah melayu kita ni. Lepas tu, dia ada cakap nak hebahkan tentang seorang pegawai polis yang makan rasuah. Siap kamcing dengan orang kuat jual dadah. Kemudian, dia pun kena tembak dari luar kereta. Magisnya, dia survived dan masih lagi nak jadi hero keadilan sampai sekarang.

Aku rasa banyak je benda yang dia nak bongkarkan tentang kes jenayah. Tapi tak tahulah bila dia nak bongkar. Mungkin sampai dapat perlindungan penuh oleh perdana menteri pun ai tak tahu.

Tapi sungguh, kalau nak cari lelaki yang kerja kuat, berani, sangat menghormati agama dan jenis bangun pagi, boleh dahlah jatuh hati dekat dia ni.


Ummi Nazeera. Tak perlu cakap lebih dah kot.

Apa yang sama tentang mereka di atas? Mereka punya keberanian untuk lahirkan pendirian mereka. Kita bila lagi?

Tiada ulasan: