Semenjak akhir- akhir ini, saya sedar yang saya merupakan pelajar yang teruk. Ini bukanlah masa untuk kita sekadar menuding jari kepada para guru yang cara mengajarnya yang tak kena dengan apa yang kita mahu. Cuma, dalam apa- apa kekurangan, bukankah lebih baik kita mencari jalan penyelesaiannya. Mencari apa- apa jalan tanpa terlalu bergantung kepada guru. Mengambil inisiatif sendiri. Untuk membantu diri sendiri.
Biasalah, cakap lebih. Plan hado, nak buat haprak. Pui.
Dan kredit patut diberikan kepada guru- guru yang super best. Yang memberi motivasi. Yang membuatkan kami berfikir di luar kotak. Belajar bukan semata- mata untuk buku teks. Yang ajar bahawa hidup kami jauh lagi ke hadapan. Bukan sekadar belajar buka buku di kelas. Cikgu memang lejen!
Eh, kan ada aku cerita yang aku pelajar yang teruk. Yang mejanya betul- betul di hadapan guru, tapi masih lagi boleh tertidur. Dan juga terkantoi berangan di waktu guru menerangkan. Erk! Dan juga akulah pelajar yang menulis nama guru terbalik dalam kertas ujian.
Terima kasih kerana masih cool dengan perangai saya yang hampeh. Moga saya menjadi manusia dengan didikan anda semua.
Kepada semua guru, anda semua best. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar.
LET'S HAVE DESIRE TO LEARN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan