Ehem, bismillah.
Arakiannya, siang tadi aku curi- curi baca buku Found in Malaysia, volume II, terbitan ZI Publications di MPH. Yelah, sambil tunggu sang kawan yang ralit mencari hadiah, aku pun sambil itu, belek- beleklah buku ini. Yang volume I, sudah selamat aku beli. Volume II pula, masih selamat lagi di stok kedai- kedai buku. hihi.
Antara yang aku belek- belek ialah biografi (temuramah) Rafidah Abdullah, Khairi Jamaluddin dan juga Yunalis Zarai. Cuma paling terkesankan pada aku ialah Yuna.
Kamu tahu kan, Yuna, graduan undang- undang di UiTM. Maka, adalah beberapa ayat dia yang membuatkan aku terjaga sikit. Lebih kurang beginilah ayatnya:
"Saya bangga yang saya merupakan produk UiTM. Apabila ada yang mencadangkan pembukaan pelajar UiTM sebanyak 10% kepada kaum lain, saya setuju dengan cadangan itu kerana belajar kat sini memang bagus".
Ah, lebih kurang macam tu lah.
Jadi, apa yang membuatkan aku tersentak ya?
Aku fikir, kalau Yuna bangga menjadi produk UiTM, kenapa tidak aku? Kadang- kadang, aku rasa rendah diri. Sebab masuk UiTM je. Yelah, pandangan skeptikal orang: Kalau dapat result rendah pun boleh masuk UiTM.
Tapi, aku kan masuk UiTM dengan markah 4.0 masa di matrikulasi. Maka, patut ke aku terasa dengan kata- kata macam tu. Kalau mahu kata persaingan di sini kurang, aku sentiasa fikir yang budak- budak kelas aku bijak- bijak. Serius, tak tipu. Kalau nak kata, budak- budak kat sini bebas, pergaulan dan aurat tak jaga, aku masih nampak yang baik- baik pelajar di sini. Memang kat sini politik kuat. Tapi kau cuma perlu buat bodoh saja kalau kau tak suka bisikan- bisikan pengaruh politik itu. Memang kat sini, subsidi banyak. Tapi, aku perlu belajar bersyukur saja sebab kelas aku adalah di bahagian bawah kolej lelaki. Di mana, kelasnya umpama kelas di sekolah, tiada penghawa dingin dan tiada projector.
Oh ya, jangan risau bagi yang bakal sambung di kampus Shah Alam. Kebanyakan kelas lain masih mewah fasilitinya.
Dan duduklah kau di universiti mana- mana pun, kau kena pandai teroka dunia kau sendiri. Kau duduklah universiti mana- mana pun, belajarlah se-enjoy mungkin. Mungkin aku patut belajar hargai segala yang aku ada sekarang.
Hah, satu lagi contoh produk UiTM. Zid, graduan Seni Halus. Lepas habis belajar, dia cari pengalaman di Singapura. Kemudian, pulang ke Malaysia dan sekarang berkarya: melukis untuk syarikat penerbitan Top Cow yang berpusat di Los Angeles. Nak tahu banyak lagi, bacalah Majalah Rezeki edisi Jun 2012, Edisi 8 ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan