Hari Jumaat. Jam 8.30 malam. Aku dipinta, diajak berulang- ulang kali untuk menonton satu pementasan. Biasalah, bila si kawan menjadi salah satu pengarah / penulis skrip di pentas.
Pementasan Teka- Teki. Satu pentas, dua teater. Dendam. Delivery untuk Ana.
Aku cuma ada ulasan serba- sedikit tentang Dendam.
Dendam. Kisahnya:-
Dia Erika. Pelajar baru di kolej. Ada manis ada cantik. Dia bukan minah biasa. Tapi dia gadis.
Dia Rafiq. Ada rupa ada gaya. Ada manis pada kata- katanya. Pandai memikat dan ramai pula yang terpikat pada kata- katanya.
Sehingga pada suatu hari, mereka bertemu. Rafiq jatuh hati. Kekasih ditinggalkan untuk Erika. Diberinya hadiah kepada Erika. Dihantarnya mesej bertalu- talu kepada Erika. Tapi Erika tidak tahu siapa pemberi hadiah, siapa yang tidak putus asa menghantar mesej terhadapnya. Sehinggalah pada suatu hari, dia dapat tahu. Tapi Erika masih sombong. Rafiq tak putus. Rafiq kan jejaka Malaya!
Sambungannya?
Erika jatuh hati. Ke sana ke mari mereka berkepit.Rafiq sayang. Erika kasih.Sehingga pada suatu hari, mereka menapak di hotel.
Rasa macam dah tahu kesudahan pada malam itu? Aha! Anda salah.
Lupa ke tajuk teater ni namanya Dendam? Mana pula dendamnya kalau tidak dirungkaikan di atas pentas ini? Kisahnya pada malam itu, sedang si Rafiq sudah berangan untuk mendapatkan yang manis- manis pada malam itu, dia relakan saja Erika mengikat tangannya pada kerusi. Tiba- tiba dia terlihat rantai yang biasa diamatinya beberapa tahun lepas.
Rantai Erina. Erina.
Siapa ya Erina?
Rafiq ada rupa ada gaya. Ada manis pada kata- katanya. Pandai memikat dan ramai pula yang terpikat pada kata- katanya. Termasuklah Erina. Mereka jatuh hati. Mereka ke sana ke mari. Erina yang lemah- lembut. Mereka tak lepas berkepit. Sehinggalah pada suatu hari, Erina mengkhabarkan suatu berita pada Rafiq.
Erina mengandung.
Tapi Rafiq tak mahu. Rafiq nafi. Rafiq bawa Erina pergi ke klinik. Rafiq mahu Erina gugurkan anak itu.
Erina takut.Erina sayang anak itu. Mungkin kerana mahu dibuang juga janin itu, Erina jatuh sakit. Erina pergi buat selama- lamanya.
Di hotel itu, Erika sudah bersedia dengan pisau. Mahu membalas dendam demi kakaknya. Rafiq yang masih diikat tangan, merayu- rayu memohon ampun. Mohon dilepaskan.
Rafiq rebah dengan darah yang berlumuran.
Phew, panjang sungguh aku menulis.
Suka:
Aku suka sama sekali dengan jalan penceritaan. Membuat kejutan. Kerna aku tidak ada idea langsung tentang cerita ini. Terima kasih untuk permulaan yang sebenarnya menjadi kesudahan untuk pementasan ini. Aku suka sekali melihat setiap watak yang muncul di hadapan pentas, bermonolog akan tugas mereka di pentas. Dari kawan baik Rafiq, kekasih lama, pensyarah doktor sehinggalah kepada pembantu rumah. Aku suka lihat satu persatu watak bermonolog dengan penonton. Hasil skrip yang aku fikir, seimbang antara monolog dan juga dialog antara watak- watak.
Dan yang paling aku terkesan adalah di mana, babak antara Erina dan Rafiq. Mereka sebenarnya berkata- kata antara satu sama lain, tapi tidak berhadapan. Maknanya, Erina di hujung sana, dan Rafiq di hujung sini pentas. Kedua- duanya menghadap penonton. Tetapi mengeluarkan perbualan antara mereka berdua.
Kritik:
Mungkin kita patut mesrakan cara hidup ad-deen dalam hidup kita termasuk kerja kita. Maksud aku, teater lah. Mungkin tidak wajar, pada awal permulaan, apabila Rafiq dikelilingi dengan perempuan- perempuan yang bertelekung, Mungkin itu mahu menunjukkan pembalasan Rafiq di alam sana. Tapi wajarkah lelaki yang bukan mahram itu disentuh- sentuh, ditolak bahu oleh yang tidak patut baginya? Agak sedikit ironi di situ. Iya, teater cuma kisah. Tidak berkaitan dengan kisah benar. Tapi kerja itu, tetap suatu realiti di bumi ini bukan? Pasti dihisab satu hari nanti bukan?
Bila lagi mahu lihat teater yang bernas ideanya tapi tetap disulami dengan syariat kalau bukan kita yang memulakannya dahulu?
Mungkin durasi teater agak lama sehinggga membuatkan penonton sedikit penat untuk terus memberi pehatian. Oh ya, dan juga bilik itu sendiri. Bukankah sepatutnya, tempat duduk penonton itu sepatutnya naik ke atas? Maksudnya, tempat duduk itu seperti di stadium.
Bila kerusi disusun seperti biasa, umpama melihat ceramah dan sebagainya, (dan pentas pula tak berapa tinggi) sebagai penonton, aku merungut. Aku terpaksa melihat di celah- celah penonton hadapan dan juga terpaksa menginjak- injak untuk melihat pentas (terutama untuk Delivery Untuk Ana). Mudah- mudahan, keadaan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Syabas Nazrul Anas. Anda buat saya jatuh hati dengan idea dan skrip anda untuk Dendam. Dan kepada Azlan Ariff yang memegang watak Zakwan/ Zee, anda sangat mencuit hati penonton dengan watak pondan itu.
Oh ya, kenapa aku tidak tulis untuk Delivery Untuk Ana? Kerana skrip itu aku sudah baca dulu sebelum dimulakan latihan untuk berpentas. Maka, tak perlulah kan? Tehee. Eh jap, posisi watak nampak lemah banyak babak yang menunjukkan watak- watak itu duduk di atas pentas. Kerana penonton tak nampak. Ini juga impak yang terpaksa kami terimalah bila komposisi tempat duduk yang tidak bagus.
Bagi muzik latar juga perlu diambil perhatian, untuk kedua- dua teater, kerana muzik terlalu kuat sehingga suara yang dilontarkan watak tenggelam.
Untuk D.U.A, bak kata seorang penonton, sakit tekaknya sebab asyik gelak saja. Sengih- sengih je la ya, si penulis skrip dan pengarah, Hanan Mansor. Heh, apa lagi, bagi kedua- dua pengarah, teruskan bakat anda agar terus bersinar! (dan juga syabas bagi yang menjayakan teater: para pelakon dan krew!)
1 ulasan:
It's Elina.
Catat Ulasan