Rabu, 11 Julai 2012

Of 'penggoncang si merah jambu'

Bismillah. Pada minggu lepas, saya telah berseronok- seronok kerana gap untuk seminggu antara peperiksaan telah bermula. Yahuu. Maka, masa itu telah digunakan sepuas- puasnya untuk membaca novel- novel, melayari internet, tidur, berangan dan jiwa kacau.

# Saya memang sinonim dengan perkataan 'tidur' kalau dengan keluarga. Pantang senyap saja dalam kereta (ataupun sebenarnya tengah termenung), pasti mereka sangka saya dah tertidur. Adeh.

Kenapa jiwa kacau? Sebab saya ter-jumpa si dia lagi. Hampeh. Tiap kali aku ter-jumpa kau, mesti jatuh hati. Agaknya, kalau seratus kali ter-jumpa, seratus kalilah aku jatuh hati.  Kalau masa tu, hubungan kita dipaterikan dengan ikatan perkahwinan, takpelah juga! Mujur cuma empat kali saja pertemuan kita.Dan boleh pula, pertemuan hari itu dibawa kepada bersembang- sembang. Hmm, takpelah, kalau ada rezeki, kita ter-jumpa lagi lah. Tak gitu? Mana tau awak ni cuma ujian supaya saya lagi banyak berdoa pada Tuhan.

# 'Penggoncang si merah jambu itu' nama blog lama saya.
Pada masa itu, saya pun terbukalah kembali entri- entri blog lama saya ketika dua tahun terakhir di sekolah menengah. Rasa nak gelak pun ada juga masa baca blog lama ni. Adalah ditulis dalam 3-4 tahun lepas kan. Dan kebanyakan entri ditulis tentang kuat tidur, keluhan sebab tak pandai, keluhan sebab tak belajar atau tak buat kerja sekolah, dan berebut komputer dengan adik. Aduhai. Sangatlah kanak- kanak kan. Yang bahagian berebut komputer dengan adik tu, lagilah tak tahan. Cewah, sekarang bolehlah berlagak kan sebab dah ada laptop sendiri. Hemohemo.

Tapi sungguhlah, pelan Tuhan untuk kita adalah yang terbaik. Padahal, selepas itu, banyak perkara terjadi atau sebenarnya, banyak perkara yang diteladani. 

Saya sendiri tak tahu yang saya bakal menjadi anak yatim setahun selepas itu. Dan Amilah yang berusia 16 tahun itu pasti tak sangka yang walaupun dia tak bijak pada waktu itu, tapi dia telah dapat cgpa 4.0 semasa di matrikulasi. Dia pun pasti tak sangka yang dia di'cap' pandai.

Itu waktu di matrikulasi lah. Naik di universiti, 'bijak' itu telah menjangkau tahap lain. Saya sendiri pula kena kejar kalau nak 'bijak' balik. Tapi, apa-apa pun, setakat 'bijak' saja, tak bawa anda ke mana- mana di universiti. Kalau mahu diambil kerja pun nanti, bukan setakat 'bijak' saja yang dinilai. Tak gitu?


Puisi ini ditulis masa peperiksaan. Ahak! Ingat lagi, ni masa kertas pendidikan Islam.
Ustazah jangan marah ya...



Tiada ulasan: