Oleh Nashmin (2012)
Membaca buku ini sememangnya membuatkan aku teringat akan filem kelahiran mat salleh, Flipped (2010). Eh bukan kerana kisah cinta monyet itu ya. Cuma teknik plot yang seakan- akan sama. Dalam bab mengikut turutan, hampir diselang- selikan antara kisah dari sisi Zahran dan kemudian diceritakan dari sisi Insyirah. Bagaikan kisah Bryce dan Juli pula dalam kisah Flipped.
Ada apa ya dengan buku ini? Macam biasa, buku ini menggamit aku dengan Kedah. Bendang, padi, hijau menguning, pelat Kedah. Aku rasa semua itu indah sungguhpun aku tak pernah ke sana. Kalau setakat jejak pun, cuma lalu sahaja untuk ke selatan Thailand. Bezakah bau laut di Pantai Timur dengan bendang di utara sana? Dan aku juga memandai- mandai pergi tulis dalam pelat Kedah tika berhubung dengan kawan, di skrin komputer mahupun telefon. Agaknya, kalau mulut ini terkeluar pelat Kedah, di hadapan anak jati Kedah, pasti kena gelak kan. Macam Insyirah, anak jati KL yang cuba berkata dalam pelat Kedah. Asyik kena tempelak saja dengan orang- orang sekeliling. Katanya, "Cakap biasa sajalah In, hodoh bunyinya cakap Kedah". Hihi.
Kisahnya tentang Zahran. Graduan dari tanah British. Sudah ditawar menjadi jurutera di sana. Tetapi terpaksa dilepaskan kerana bendang ayahnya. Ada apa dengan bendang arwah Ustaz Ahmad ini? Bila disebut tentang Pak Ngah Ipin, hatinya gelisah. Hati ibunya pilu. Dari mana datangya hak bendang ini sehingga asyik diminta- minta oleh si kaya Pak Ngah Ipin?
Dalam kalut tentang masalah itu, datang pula Insyirah, anak jati Kuala Lumpur. Datang mencari ketenangan pada cuti semester. Orang sudah patah hati, selalunya pergi ke tempat baru, sekurang- kurangnya dapat menenangkan jiwanya yang lara itu. Dalam belajar tentang hidup di kampung di Kodiang, Insyirah belajar berkawan dengan anak- anak Pak Mat, Zahirah dan juga Zahran. Zahran, Zahran. Dia ni la... asyik sakitkan hati orang saja. Geram. Tau tak? Dalam hidup di kampung, Insyirah dah boleh memasak, menjahit, pergi berjemaah di surau dan pelbagai nasihat yang dipelajarinya oleh orang kiri kanan.
Dan Zahirah, si adik Zahran yang macam- macam perangainya. Ada saja yang mahu dikatakan tentang makanan, banyak kalorilah, banyak minyaklah, tapi makanan tetap dikunyah. Hihi. Macam- macam.
Dan akhirnya, ada rahsia yang dibongkar dalam kalut menyelesaikan urusan dengan Pak Ngah Ipin. Ada apa lagi yang dia tidak puas hati dengan keluarga Zahran dan urusan bendang? Zahran pula, dalam banyak menasihati orang, terpaksa akur dan tabah pabila dia sendiri mempunyai masalah.
Terima kasih Cik Nashmin. Dalam bahasa yang ringkas. Ilmu yang diselit dalam dialog- dialog. Tiadalah sumpah- sumpah saya mengkritik buku ini kerana saya seronok membacanya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan