Rabu, 30 Mei 2012

Debat pemansuhan PTPTN


Arakiannya, budak perempuan ini baru saja tonton debat tentang PTPTN antara Encik Khairy Jamaluddin dengan Encik Rafizi Ramli. Lambat sungguh bukan? Biar lambat asalkan sensitif. Tapi mengapakah budak ini sibuk juga untuk tengok. Perbelanjaan universiti sudah, dan inysaAllah ditaja dalam masa empat tahun ini. Hutang PTPTN sebelum mendapat duit biasiswa pun sudah dilunas cukup- cukup beberapa bulan lepas. Ehem, Imam Hassan al- Banna pernah berkata, "Jika hendak lihat nasib sesuatu negara/ bangsa pada masa depan, lihatlah pada anak- anak muda masa kini". Sekadar menjadi sensitif kepada lagu- lagu baru Altimet, SSK, Tilu, Hujan serta mengumpul buku- buku Fixi, Jemari Seni serta baca blog ringan- ringan masih lagi tidak mencukupi untuk aku merasa cukup menjadi anak muda. 

Encik KJ dan Encik Rafizi. Seorang graduan Oxford. Seorang graduan Leeds. Perlu sajakah aku lihat dari mana universiti mereka? Banyak lagi yang mereka timba ilmu dan cari pengalaman. Cari sajalah di Google. Anda mampu melakukannya. Umur juga tiada jauh beza. Cuma beza setahun antara mereka. 

Apa ya yang aku jumpa dalam debat ini? Ini bukan debat zaman persekolahan di mana anda diberitahu oleh juri siapa pemenangnya siapa yang kalah. Ini debat yang bakal memaksa anda untuk mengasah pemikiran kritikal anda. Pemikiran kritikal bukan saja belajar dalam kelas ya Amilah. Yang kadang- kadang tak puas hati kenapa jawapan anda tak sama dengan jawapan pensyarah. Apa lagi, aplikasikan apa yang ada dalam buku Critical Thinking berwarna putih itu. Bagaimana tona pengulas, adakah mereka nampak bias dan apa pula pendapat mereka ini setara dengan fakta atau tidak. Dan sebagainya.

Dan mula- mula, sebenarnya aku kagum dengan cara pengucapan awam mereka. Bagaimana ya, dengan tona suara yang tenang, bahasa bdan (terutama tangan), cara berucap yang meyakinkan dan yang pasti, tiada terketar- ketar. Bagaimana ya, untuk asah cara pengucapan yang begitu bergaya sekali? Cemburu nih. 

Ehem, apa ya lagi. Untuk bagi yang tidak tahu, Finland merupakan antara negara yang terbaik dalam memberikan pendidikan. Percuma pula tu. Tiada IPTS. Tiada pembayaran untuk pendidikan. Dan Finland telah memperuntukkan 1.6% daripada dana untuk pendidikan sahaja. Ada yang mengatakan ini disebabkan kadar cukai yang tinggi. Sehingga 60%. Tetapi dikatakan oleh Encik Rafizi bahawa, untuk cukai persendirian, bagi golongan yang berpendapatan RM200,000 ke atas, Maaysia mengenakan cukai sebanyak 26% manakala Finland hanya mengenakan cukai sebanyak 21.5% sahaja. Oh, mana cukai yang tinggi di Finland sebagaimana didakwa oleh banyak pihak itu? Nombor- nombor ini membuatkan aku mempunyai sedikit harapan di mana, Malaysia boleh lakukan pendidikan percuma. Bolehkah? Boleh kan?

Bila pendidikan percuma, graduan kurang beban untuk membayar hutang. Maka, lebihan wang lebih tinggi daripada gaji. Maka kuasa beli graduan (pengguna) akan meningkat. Jadi, duit akan banyak disalurkan untuk membeli brang. Syarikat akan memperoleh untung lebih tinggi. Untung yang tinggi membuatkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan juga lebih tinggi. Fuh, penat. Ada faham? 

Tapi aku gusar, sedikit ragu- ragu, bagaimana kita mahu selesaikan hutang yang dulu- dulu yang tak terbayar lagi. Mampukah kerajaan. Maaf, aku kurang jelas dalam hal ini.

Tapi, di sebalik debat tentang PTPTN, maka terkeluarlah juga kisah- kisa lain tentang hutang Tan Sri Tajuddin Ramli, NFC, dan bayaran RM237 bilion oleh Petronas kepada kerajaan beberapa tahun lepas. Untuk orang yang baru peka macam aku, beberapa kisah lama yang dibangkitkan ini menimbulkan satu persoalan. Apa dia pula ni kan. Kita google je lah. Mana tahu dapat cerita dapat jawapan. Memandangkan jawapan dalam debat ini agak samar- samar. Tak gitu?

Tahniah kepada mereka berdua kerana berani hadir di hadapan rakyat untuk memberikan hujah masing- masing. Kita sendiri dapat lihat, dapat ulas tanpa perlu rujuk kepada surat khabar perdana mahupun partisan. 

Tentang nombor- nombor yang dinyatakan ketika pusingan awal debat, malas diri ini ulaskan. Terlalu banyak nombor. Mungkin orang lain boleh memberi ulasan lagi baik tentang perbelanjaan, peruntukan universiti mahupun hutang- hutang peminjam PTPTN. 

ps. Bab IPTS hanya perlu diwujudkan sebab kualiti IPTS itu sendiri dan bukannya pelajar daftar kerana tak cukup tempat untuk mereka di IPTA itu, sangat aku sokong. Iyalah, sayu apa tengok orang India yang berurus niaga dalam UiTM ni. Macam pembekal ais ke gerai- gerai dalam UiTM. Keluarga mereka sendiri susah nak masuk IPTA kalau pelajaran tak bagus. Apatah lagi, UiTM boleh aja memberi peluang yang sama kepada anak Melayu. Tsk tsk.

Bagi yang mahu membaca teks penuh debat.

Tiada ulasan: