Perempuan- perempuan ini kalis hatikah? Mereka nampak rileks saja dengan tudung mereka walaupun di Youtube ada macam- macam tutorial untuk belit tudung sana, belit tudung sini. Tudung pula macam- macam jenis jual. Tak cukup dengan itu, majalah untuk muslimah yang berfesyen pun ada sekarang. Tidak pula mereka nampak kesal kerana mereka nampak biasa- biasa saja daripada kita yang pakai, kadang- kadang, kerana mahu tarik perhatian. Mahu untuk tampak lebih yakin, kononnya. Bagaimana ya rasa yakin itu? Bila kawan kata, hari ini kita nampak cantik amat? Bila ramai mahu menegur (dan mungkin kagum) dengan cara pemakaian kita harini?
Perempuan- perempuan ini tetap nampak minimal dengan pakaian mereka. Bagi aku, cara mereka berpakaian itu, "less is more". Kau boleh nampak bahagia dengan tudung sebegitu. Bila aku fikir sejenak, dengan tudung sebegini, pasti mereka tak jejak pusat karaoke sungguhpun untuk menemani kawan, tidak pulang lewat malam, mahupun berkeliaran sesuka hati. Mereka tiada cemburu kan dengan hal- hal sebegini?
Sungguhkah hijabmu itu menjadi pengawal bagimu? Kalisnya, tegarnya hatimu itu. Dan betapa aku ini cemburu dari jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan