Khamis, 29 Mac 2012

Tipikal kita

Kalau dapat dukung bayi comel- comel, tangkap gambar dan upload: Cukupkah kita sebagai gaya 'ibu mithali'?
Tidak. Ia mengambil LEBIH daripada itu untuk jadi seorang ibu.

Kalau kau dah pandai masak, dah cukup ke untuk memenuhi syarat 'saya dah boleh kahwin!' ?
Tidak semestinya. It takes more than that.

Seorang ibu, kerjanya bukan sekadar dukung anak. Celik sahaja mata di pagi hari, fikirnya adalah untuk masak apa sebagai sarapan pagi itu. Memikirkan pula baju- baju yang perlu dibasuh, dijemur dan dilipat. Kejut anak- anak pula untuk ke sekolah. Bagi yang berkerjaya, perlu pula siapkan diri untuk ke tempat kerja. Handle pula dengan kesesakan jalan raya, kerja di pejabat dan macam- macam lagi. Pulang je, perlu pula untuk memasak makan malam. Perlu berdamping dengan suami lagi. Anak jerit nak itu nak ini. Bayi menangis nakkan susu. Abang kakak bergaduh rebut televisyen. Anak buat ke tak kerja sekolah. Anak dah pandai ke belum mengeja alif ba ta, surah an-nas dah dihafal ke belum. Dan di akhir malam, ibu terlena kepenatan.

Seorang isteri. Pendamping suami. Aku tak nafikan kebolehan memasak itu. Tapi cukupkah itu sahaja? Bagaimana pula hidup berkongsi dengan orang lain. Tersenyum puaskah anda bila dapat melihat suami selepas pulang dari kerja? Sependapatkah anda sama- sama bila hadapi masalah? Masih samakah cinta setelah bertahun- tahun dirikan rumah tangga? Dan tegarkah anda kalau anda seorang pengemas tapi suami, letak baju pun merata- rata?

Oh ya, akhir sekali cerita ini, walau penat sekalipun  kita dengan kerja kita, akhirna pasti tersenyum puas bila tengok orang tersayang. Bai!


Tiada ulasan: