Jumaat, 30 Mac 2012

Of tudung labuh

Arakiannya kita lebih cenderung untuk memakai, berkelakuan, makan dan apa- apa sahaja, selalunya dipengaruhi oleh group circle kita kan? Kalau satu geng berjalan, pakaian mesti lebih kurang kan? Dan begitulah aku pada zaman matrikulasi dulu. Pakai tudung sesingkat bahu, pakai selendang singkat yang cuba dilabuh- labuhkan dan akhirnya jatuh hati dengan tudung bawal dipin sehingga ke bawah. Masa tu, orang lain ramai pakai macam tu. Kita pun tak kekok lah kan. Terus jatuh hati dengan tudung bawal. Lepas tu, kawan- kawan upgrade lagi. Pakai stokin lengan. Dan boleh pula, pada masa tu ada jualan stokin lengan. Kita pun boronglah juga macam kawan- kawan. Kita pun pakailah juga. 


Dan kini budak perempuan ini dah berjauhan dengan kawan- kawan matrikulasi. Dia di shah alam. Yang lain di bangi,di perak dan mana- mana lagilah. Dan budak ini kembali kosong lengannya. Tiada lagi yang mencengkam lengannya itu. Bila lengan baju kurung terlondeh, mulalah dia menarik- narik lengannya ke pengelangan tangan. Tudung pin ke bawah? Zaman kesatria negara sudah berlalu. Kini disilang- silangkan saja tudung bawal itu (Masih jatuh hati dengan tudung bawal!). Mudah- mudahan cukuplah lagi syarat memakai hijab. Tidak jarang. Labuh sehingga ke dada.  

Tapi, kawan matrikulasi masih tegar dengan budaya dulu. Malah ada yang upgrade diri. Ke tudung labuh. Tak ada celanya pun kan. Malah, senyum dia masih manis dan comel dalam gambar. Kawan- kawan sekolah pun begitu. Tak gitu Aisyah? Tahap kelakar dan awesome tetap sama. Mereka tak pun berubah menjadi seorang yang dull apatah lagi memboringkan.

Kawan- kawan universiti pula lebih ajar aku menjadi perempuan yang menyayangi, menyenangi, berkongsi rasa, berkongsi hidup, mengambil berat dan belajar untuk menyenangi gembira, sedih, bersabar serta segalanya. 

Maka mampukah aku campur segala ini dan tambahkan pula aku yang hippies (perasannya!) untuk menjadi seorang Amilah? 

ps. Okay fine, amilah yang tidak cenderung kepada mainstream je lah. Ehem ehem perasannya!
pps. Kesatria negara itu satu koko yang aku join pada semester satu. Uniformnya ialah tshirt kesatria, seluar sukan, tudung putih kosong dipin ke bawah dan bertopi.

2 ulasan:

Siti, tapi bukan Siti Sifir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amilah Muhammad berkata...

Siang tadi, saya tulis idola saya ialah wani ardy ketika orang lain sibuk menamakan tun dr mahathir, zeti akhtar dan mak ayah sendiri. hemohemo.

amilah jadi perintis perubahan? hm hm okaylah insyaAllah lah :D

terima kasih banyak- banyak~