Jumaat, 30 Mac 2012

360 darjah


Pensyarah kata kita kena berfikir 360 darjah. Bukan sekadar tahu debit kredit sahaja. Kena tahu senario ekonomi sekarang. Senario bisnes. Dan macam- macam lagilah terutamanya tentang peluang temu duga dan kerja. Silap- silap, jawatan dalam bidang perakaunan tu sendiri boleh dipegang oleh ahli ekonomi. 

Itulah kata- kata pensyarah yang bergaji empatribulebih pada usia 32 tahun. Ada pengalaman kerja di RTM, UPM, Bank Negara dan kini UiTM. Kasut kerja pun, harganya hampir 10 peratus daripada gaji sebulan.

Dah tu, aku yang (bakal) graduan perakaunan ni lagu mana? Tak kisahlah kalau ada orang rasa yang beliau seperti memperkecilkan budak akaun, yang kita ni mampu ke jadi hebat? 

Persoalannya pula mampu ke aku khatam bahagian ekonomi yang dulu aku rasa boring tu? Sebagaimana aku khatam The Kite Runner, A Thousand Splendid Suns, Jaja & Din, Rooftop Rant, Versus, Bohemian, Ngeri, Laut Lebih Indah dari Bulan, Sigaraning, Langit Vanilla, Perempuan Simpanan... aduh. 

Aduh cikgu, puan buat saya rasa tercabar tapitapitapi saya tak naklah jadi 360 darjah, baca itu tengok berita ini semata- mata nak impress puan. Tak cool pun. Tapi, mampukah kita jadi hebat sebenarnya?

ps. Oh ya, tempat pertama beliau kerja tu memang sungguh ada corruption. Gaji dua bulan sekali baru dapat. Contoh dapat gaji bulan ni, untuk bulan lepas punya. Dah tu, bos tak buat pun caruman KWSP untuk dia. Ish ish. Dear government, please take care of your product okay :D

Tiada ulasan: