Hatinya sakit. Berkali- kali patah. Dan kini rapuh. Padahal dia bukan dengan sesiapa untuk beberapa tahun ini. Dia cuma patah hati kerana orang yang disukainya diam- diam mula menjauhkan diri.
Bila perkara ini berulang berkali- kali, dia sakit. Terus lara jiwanya. Sehingga dia merasakan keseorangan. Patah. Kenapa orang lain boleh bahagia tapi dia tidak? Orang lain boleh berindu- rinduan tapi dia, rindu ini tak mungkin diungkapkan. Aku ini jiwa lara. Kau tahu tak?
Sehinggalah pada suatu hari, dalam keramaian itu, dia berjumpa dengan seorang lelaki. Bermula dengan bertanyakan nama setelah bermain gurauan. dari nama turun pula ayat ini, "Can I have your digit?" Dan mula bergelak tawa, tersengih keseorangan dan macam- macam.
Akhirnya, dalam diam- diam hatinya tak juga tenang- tenang. Dia masih tak jumpa ketenangan. Dalam diri, dia masih meronta untuk jadi hamba yang amat disayangi Pencipta. Tapi iman kadang- kadang tumpas juga dengan nafsu. Dan juga di mata orang.
Berjalan sana- sini. Sayang, aku tahu bacaan al-mulk itu menjadi makananmu malam- malam. Tapi orang luar tidak tahu bila lihat kau membonceng di belakang lelaki. Aku tahu kamu itu pantas dengan solat tapi ada juga kalanya, kau pulang jam dua pagi. Sayang, aku tahu hatimu ini sayu dengan lakumu. Tapi tanganmu masih tidak berupaya menolak.
Dan aku tahu, pada waktu itu, kau merindukanmu waktumu yang meronta- ronta 'kesunyian'. Kita tidak mungkin kesunyian sayang.
Dan sayang, dirimu itu cuma fiksyen. Tapi mohon, biar aku ambil iktibarmu. Dari perempuan, jauh di alam realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan