Sabtu, 22 Disember 2012

Minggu terakhir belajar part 3. woots

Habis sudah minggu ke-empatbelas. Empatbelas weh! Rasa macam sekejap dan yang pasti, terkejut sebab semester ini susah habis! Selamat datang ke dunia perakaunan dan aku kira, ini adalah permulaan terhadap kesusahan tahap gaban yang bakal menjelma untuk lima semester akan datang. Atau empat kalau tidak termasuk praktikal. Anyway, semua itu insyaallah akan kita hadapi dengan tenang, riang gembira bila kita tetapkan azimat dengan harapan kepada Allah swt.

Aku sebenarnya tersentuh pada suatu petang di mana, sebelum kelas terakhir untuk subjek ini berakhir, si pensyarah ini meminta maaf kalau- kalau ada kesilapannya dalam kelas. Itu tak apa lagi. Dan sambung pula lepas tu, bahawa dia mohonkan agar gaji mengajar kami itu dihalalkan untuk dia makan. Aduh. Aku fikir pula sama ada dia akan halalkan kami yang buat bising semasa dia mengajar. Ataupun tiru orang sebelah dalam kelas. Atau datang lambat. Dan keluhan cara dia mengajar. Kadang- kadang aku rasa macam, masuk dengan tak tahu. Keluar dengan tak faham. Hahaha. Ini bukan subjek membaca yang kat rumah baca pun sekali harung boleh faham. Tak apalah seh. Dah memang akan ada pensyarah yang mengajar stail pensyarah. Ini bukan sekolah/ matrikulasi derrr boleh diajar sampai faham. Sampai ke lubang cacing kau boleh faham. 

Dan boleh pula, sekarang ini aku ralat dengan subjek Taxation. Sumpah sedih walaupun tak menangis. Nampaknya, aku memang tak pandai jaga masa semester ini. Dan ini subjek kegemaran aku (walaupun ada bab yang aku tak suka sebab aku tak faham). Untuk ujian pertama, aku dapat 85/100. Dan untuk ujian 2, aku dapat 35/100. hahahahaha. Tahniahlah. Tahniah sebab rasa markah rendah macam orang lain. Tahniahlah sebab dah jatuh rasa selesa kau tu. 

Dan apa lagi eh? Oh ya, aku juga ada formula baru sekarang ini. Iaitu "fokus untuk apa saja yang kau tahu. Kalau tak sempat belajar sampai habis, sila fokus betul- betul untuk bab yang kau belajar dan buat yang terbaik untuk itu." peh peh. Tapi formula itu kurang berjaya pun untuk ujian kedua aku dalam Taxation. 

Dan koko Silat Olahraga pun sudah habis akhirnya untuk semester ini. Tak ada dah agaknya aku nak pakai uniform hitam ini setiap minggu. Rasa nak jual pun ada juga, tapi kalau bagi peluang diri ini untuk masuk kelab silat pun, okay juga ek? Terima kasih sebab aku kenal makin ramai orang (dan ragamnya). Walaupun aku rasa, ada juga ahli- ahli yang tak tahu nama aku. kakaka. 

Dalam kelas ini jugalah, aku jumpa disiplin yang sangat disiplin. Datang lambat, kena tegur. Ponteng? Lagi kena membebel sampai aku rasa tahap yang air bertakung dalam mata dah. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke.Terima kasih untuk kedua- dua cikgu, semester ini dan lepas. Yang semester ini lagilah. Cikgu kata (edited), "kita belajar dua jam saja. Kalau saya terkurang, saya berhutang dengan awak. Kalau terlebih, awak berhutang dengan saya. Kang nanti, saya nak melangkah sebelah kaki ke syurga, awak kat bawah, tengah tarik kaki saya yang sebelah lagi".


Cara cakap dia itu sempoi je. Tapi kalau nak difikirkan secara mendalam, menakutkan juga ya. Itu baru sikit. Bayangkan kalau ada dosa- dosa yang mampu menggugat kita dari ke syurga? Aku mohon rahmatMu ya Allah. Moga kami semua diberi ampunan dan rahmatMU sebanyak- banyaknya.

p/s. Aku ada enam paper untuk final Januari ini. Insyaallah. Maigod, aku ingatkan lima paper je. hahaha. Selamat ber-study week dan ber-final rakan- rakan!

Tiada ulasan: