Sabtu, 23 Jun 2012

Produk UiTM

Ehem, bismillah.
Arakiannya, siang tadi aku curi- curi baca buku Found in Malaysia, volume II, terbitan ZI Publications di MPH. Yelah, sambil tunggu sang kawan yang ralit mencari hadiah, aku pun sambil itu, belek- beleklah buku ini. Yang volume I, sudah selamat aku beli. Volume II pula, masih selamat lagi di stok kedai- kedai buku. hihi.


Antara yang aku belek- belek ialah biografi (temuramah) Rafidah Abdullah, Khairi Jamaluddin dan juga Yunalis Zarai. Cuma paling terkesankan pada aku ialah Yuna.

Kamu tahu kan, Yuna, graduan undang- undang di UiTM. Maka, adalah beberapa ayat dia yang membuatkan aku terjaga sikit. Lebih kurang beginilah ayatnya:

"Saya bangga yang saya merupakan produk UiTM. Apabila ada yang mencadangkan pembukaan pelajar UiTM sebanyak 10% kepada kaum lain, saya setuju dengan cadangan itu kerana belajar kat sini memang bagus".

Ah, lebih kurang macam tu lah.

Jadi, apa yang membuatkan aku tersentak ya?
Aku fikir, kalau Yuna bangga menjadi produk UiTM, kenapa tidak aku? Kadang- kadang, aku rasa rendah diri. Sebab masuk UiTM je. Yelah, pandangan skeptikal orang: Kalau dapat result rendah pun boleh masuk UiTM. 

Tapi, aku kan masuk UiTM dengan markah 4.0 masa di matrikulasi. Maka, patut ke aku terasa dengan kata- kata macam tu. Kalau mahu kata persaingan di sini kurang, aku sentiasa fikir yang budak- budak kelas aku bijak- bijak. Serius, tak tipu. Kalau nak kata, budak- budak kat sini bebas, pergaulan dan aurat tak jaga, aku masih nampak yang baik- baik pelajar di sini. Memang kat sini politik kuat. Tapi kau cuma perlu buat bodoh saja kalau kau tak suka bisikan- bisikan pengaruh politik itu. Memang kat sini, subsidi banyak. Tapi, aku perlu belajar bersyukur saja sebab kelas aku adalah di bahagian bawah kolej lelaki. Di mana, kelasnya umpama kelas di sekolah, tiada penghawa dingin dan tiada projector. 

Oh ya, jangan risau bagi yang bakal sambung di kampus Shah Alam. Kebanyakan kelas lain masih mewah fasilitinya.

Dan duduklah kau di universiti mana- mana pun, kau kena pandai teroka dunia kau sendiri. Kau duduklah universiti mana- mana pun, belajarlah se-enjoy mungkin. Mungkin aku patut belajar hargai segala yang aku ada sekarang.

Hah, satu lagi contoh produk UiTM. Zid, graduan Seni Halus. Lepas habis belajar, dia cari pengalaman di Singapura. Kemudian, pulang ke Malaysia dan sekarang berkarya: melukis untuk syarikat penerbitan Top Cow yang berpusat di Los Angeles. Nak tahu banyak lagi, bacalah Majalah Rezeki edisi Jun 2012, Edisi 8 ;)


Khamis, 21 Jun 2012

Pementasan Teka- teki: Dendam dan Delivery untuk Ana

Hari Jumaat. Jam 8.30 malam. Aku dipinta, diajak berulang- ulang kali untuk menonton satu pementasan. Biasalah, bila si kawan menjadi salah satu pengarah / penulis skrip di pentas. 

Pementasan Teka- Teki. Satu pentas, dua teater. Dendam. Delivery untuk Ana.
Aku cuma ada ulasan serba- sedikit tentang Dendam. 

Dendam. Kisahnya:-
Dia Erika. Pelajar baru di kolej. Ada manis ada cantik. Dia bukan minah biasa. Tapi dia gadis.
Dia Rafiq. Ada rupa ada gaya. Ada manis pada kata- katanya. Pandai memikat dan ramai pula yang terpikat pada kata- katanya.
Sehingga pada suatu hari, mereka bertemu. Rafiq jatuh hati. Kekasih ditinggalkan untuk Erika. Diberinya hadiah kepada Erika. Dihantarnya mesej bertalu- talu kepada Erika. Tapi Erika tidak tahu siapa pemberi hadiah, siapa yang tidak putus asa menghantar mesej terhadapnya. Sehinggalah pada suatu hari, dia dapat tahu. Tapi Erika masih sombong. Rafiq tak putus. Rafiq kan jejaka Malaya!

Sambungannya?
Erika jatuh hati. Ke sana ke mari mereka berkepit.Rafiq sayang. Erika kasih.Sehingga pada suatu hari, mereka menapak di hotel.

Rasa macam dah tahu kesudahan pada malam itu? Aha! Anda salah.

Lupa ke tajuk teater ni namanya Dendam? Mana pula dendamnya kalau tidak dirungkaikan di atas pentas ini? Kisahnya pada malam itu, sedang si Rafiq sudah berangan untuk mendapatkan yang manis- manis pada malam itu, dia relakan saja Erika mengikat tangannya pada kerusi. Tiba- tiba dia terlihat rantai yang biasa diamatinya beberapa tahun lepas.

Rantai Erina. Erina. 

Siapa ya Erina?
Rafiq ada rupa ada gaya. Ada manis pada kata- katanya. Pandai memikat dan ramai pula yang terpikat pada kata- katanya. Termasuklah Erina. Mereka jatuh hati. Mereka ke sana ke mari. Erina yang lemah- lembut. Mereka tak lepas berkepit. Sehinggalah pada suatu hari, Erina mengkhabarkan suatu berita pada Rafiq.

Erina mengandung.

Tapi Rafiq tak mahu. Rafiq nafi. Rafiq bawa Erina pergi ke klinik. Rafiq mahu Erina gugurkan anak itu. 
Erina takut.Erina sayang anak itu. Mungkin kerana mahu dibuang juga janin itu, Erina jatuh sakit. Erina pergi buat selama- lamanya.

Di hotel itu, Erika sudah bersedia dengan pisau. Mahu membalas dendam demi kakaknya. Rafiq yang masih diikat tangan, merayu- rayu memohon ampun. Mohon dilepaskan. 

Rafiq rebah dengan darah yang berlumuran.

Phew, panjang sungguh aku menulis. 

Suka:
Aku suka sama sekali dengan jalan penceritaan. Membuat kejutan. Kerna aku tidak ada idea langsung tentang cerita ini. Terima kasih untuk permulaan yang sebenarnya menjadi kesudahan untuk pementasan ini. Aku suka sekali melihat setiap watak yang muncul di hadapan pentas, bermonolog akan tugas mereka di pentas. Dari kawan baik Rafiq, kekasih lama, pensyarah doktor sehinggalah kepada pembantu rumah. Aku suka lihat satu persatu watak bermonolog dengan penonton. Hasil skrip yang aku fikir, seimbang antara monolog dan juga dialog antara watak- watak. 
Dan yang paling aku terkesan adalah di mana, babak antara Erina dan Rafiq. Mereka sebenarnya berkata- kata antara satu sama lain, tapi tidak berhadapan. Maknanya, Erina di hujung sana, dan Rafiq di hujung sini pentas. Kedua- duanya menghadap penonton. Tetapi mengeluarkan perbualan antara mereka berdua. 

Kritik:
Mungkin kita patut mesrakan cara hidup ad-deen dalam hidup kita termasuk kerja kita. Maksud aku, teater lah. Mungkin tidak wajar, pada awal permulaan, apabila Rafiq dikelilingi dengan perempuan- perempuan yang bertelekung, Mungkin itu mahu menunjukkan pembalasan Rafiq di alam sana. Tapi wajarkah lelaki yang    bukan mahram itu disentuh- sentuh, ditolak bahu oleh yang tidak patut baginya? Agak sedikit ironi di situ. Iya, teater cuma kisah. Tidak berkaitan dengan kisah benar. Tapi kerja itu, tetap suatu realiti di bumi ini bukan? Pasti dihisab satu hari nanti bukan?

Bila lagi mahu lihat teater yang bernas ideanya tapi tetap disulami dengan syariat kalau bukan kita yang memulakannya dahulu?

Mungkin durasi teater agak lama sehinggga membuatkan penonton sedikit penat untuk terus memberi pehatian. Oh ya, dan juga bilik itu sendiri. Bukankah sepatutnya, tempat duduk penonton itu sepatutnya naik ke atas? Maksudnya, tempat duduk itu seperti di stadium. 

Bila kerusi disusun seperti biasa, umpama melihat ceramah dan sebagainya, (dan pentas pula tak berapa tinggi) sebagai penonton, aku merungut. Aku terpaksa melihat di celah- celah penonton hadapan dan juga terpaksa menginjak- injak untuk melihat pentas (terutama untuk Delivery Untuk Ana). Mudah- mudahan, keadaan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Syabas Nazrul Anas. Anda buat saya jatuh hati dengan idea dan skrip anda untuk Dendam. Dan kepada Azlan Ariff yang memegang watak Zakwan/ Zee, anda sangat mencuit hati penonton dengan watak pondan itu.


Oh ya, kenapa aku tidak tulis untuk Delivery Untuk Ana? Kerana skrip itu aku sudah baca dulu sebelum dimulakan latihan untuk berpentas. Maka, tak perlulah kan? Tehee. Eh jap, posisi watak nampak lemah banyak babak yang menunjukkan watak- watak itu duduk di atas pentas. Kerana penonton tak nampak. Ini juga impak yang terpaksa kami terimalah bila komposisi tempat duduk yang tidak bagus.

Bagi muzik latar juga perlu diambil perhatian, untuk kedua- dua teater, kerana muzik terlalu kuat sehingga suara yang dilontarkan watak tenggelam. 

Untuk D.U.A, bak kata seorang penonton, sakit tekaknya sebab asyik gelak saja. Sengih- sengih je la ya, si penulis skrip dan pengarah, Hanan Mansor. Heh, apa lagi, bagi kedua- dua pengarah, teruskan bakat anda agar terus bersinar! (dan juga syabas bagi yang menjayakan teater: para pelakon dan krew!)

Jumaat, 15 Jun 2012

Generasi telefon pintar

Kisah ini bercampur dengan fiksyen, mungkin.

Arakiannya, pada suatu petang yang layu, adalah suatu kuiz yang perlu dijawab oleh pelajar- pelajar. Ah, tengah hari memang waktu layu untuk aku. Waktu sebeginilah yang hati ini, meronta- ronta untuk dilenakan sebentar. Apa- apalah.

Maka dalam kelas yang hening, pada beberapa minit kemudian, ada pelajar keluar ke kelas. Lalu, muka pensyarah sudah berubah. dia pergi ke belakang kelas, dan ambil Iphone pelajar itu. 

Entah apa yang dibuat pelajar itu. Mungkin di-Google definisi perkataan yang disoalkan dalam kuiz mahupun ditanya soalan itu di dalam Facebook. Atau mungkin, dia saja- saja buka Facebook.

Lalu di meja guru, si pensyarah itu mengambil gambar si Iphone itu. Er, maksudnya, dia ambil snapshot akan aktiviti si Iphone sebentar tadi. Setelah diambil- ambil menggunakan akak Blackberry, si pensyarah itu nampak sibuk pula dengan telefon bimbitnya.

Apa yang dibuat oleh si Blackberry pula? Mungkinkah di-email pula gambar snapshot itu kepada rakan- rakan pensyarahnya? Atau di-share pula gambar itu ke dalam Facebook si pensyarah itu?

Ini ke generasi 2012? Oh mai


Jumaat, 8 Jun 2012

Eksperimental #1

Oh, aku baru jumpa satu penemuan baru. Sekiranya anda (sebenarnya diri sendiri) belajar dari awal dan dapat memahami, maka anda tidak akan tertekan pada malam sebelum ujian. Malah anda akan dapat siap luang masa tengok cerita lagi dalam laptop. Nais. 

Aku patut mulakan semua benda ini sebelum final menjengah. Aiyoh.
Bismillah

Sabtu, 2 Jun 2012

rawak malam sabtu

Tak habis- habis budak perempuan ini dengan identiti lain dia, iaitu menjadi seorang stalker! Terima kasih kepada Google dan Facebook. Yang buat hati ini kembang- kembang bila jumpa kawan (baca: cinta monyet) semasa sekolah rendah dahulu. Dan juga buat hati ini rasa bengang semacam bila lihat sesuatu yang tak disenangi di Facebook.


Terima kasih internet =.='
Oh ya, moga hal- hal internet sebegini tak heret aku ke api neraka. Amin.

Blues Retro (review)

Oleh: Imaen 2011



Semasa di pesta buku lepas (pada awal Mei), saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Imaen. Saya mula jatuh hati dengan tulisannya selepas membaca Vendetta. Saya rasa thrilled bila baca mini novel itu. Pihak Jemari Seni patut lebih kerap terbitkan 3 cerita dalam 1 novel. Umpama Nescafe 3-in-1. Sedap. Novel format sebegini lebih senang memperkenalkan penulis- penulis (terutama baru) kepada pembaca. Saya juga dahulunya jatuh hati dengan Noor Suraya dalam 'Rumah Kecil di Ujung Padang'. Dan juga Saidatul Saffaa dengan kisah Damai.

Selepas jatuh hati dengan Vendetta, saya cari (hampir) semua buku Imaen. Dari buku 'Seikat Kembang Merah', 'Sigaraning', 'Bohemian', 'Blues Retro' sehinggalah buku genre kanak- kanak iaitu 'Hotel Meow- Meow'. Saya senang berborak dengannya. Saya katakan saya suka dengan novel pasal kedai runcit (sebenarnya pasar raya mini kan) itu. Saya tak ingat nama tajuk. Lalu dia katakan, novel 'Sigaraning'. Dia kata pemikiran saya tinggi, sebab ramai tak suka dengan buku itu. Saya cuma tersengih- sengih. Banggalah konon! Kemudian, dia tanya, "Blues Retro baca tak?" Saya anggukkan. Lalu katalah saya tentang realiti yang patut dihadapi oleh Ghazi dan Nik Farhana. Mereka mahu kahwin lari. Tapi dalam konteks percintaan mereka, kahwin lari tu bagaikan menyesakkan lagi masalah. Bolehkah Nik Farhana hidup senang hati dengan Ghazi sehingga akhir hayat sedangkan perjalanan ke utara pun, membuatkan dia rasa kurang selesa. Naik van buruk. Naik bas lompat- lompat. Nik Farhana tak pernah rasa susah. Tapi saya lihat Imaen semacam ada sesuatu kurang beres dalam raut wajahnya. Apakah ada salah dalam ulasan saya tentang 'Blues Retro' itu?

Maka, pada cuti ini, saya pulang ke rumah dan berkesempatan untuk baca sekali lagi buku ini.

Ehem, sebenarnya buku ini lebih daripada kisah percintaan dua darjat antara Ghazi dengan Nik Farhana. Ini kisah anak muda memberontak! Kisah anak muda daripada golongan bawahan, golongan yang diejek etlit, memandang kehidupannya. Alkisahnya, dia cuma mempertahankan maruah. Dia tiada harta. Dia cuma ada maruah. Dan kamu tahu, minggu orientasi merupakan minggu di mana fasilitator ini bagaikan berkuasa terhadap pelajar- pelajar baru. Dan bila dia disuruh melakukan sesuatu yang padanya, tidak manis, dia mula tunjuk 'rebel'. Kalau orang lain, pasti anggukkan saja dengan apa yang fasilitator katakan. Ah, minggu- minggu lain, aku tak jumpa mereka dah! Tapi Ghazi katakan tidak mahu. Dan akhirnya, dia dibuang kolej. Tapi kisahnya tak berakhir di sini. 

Dia pelajar yang bukan setakat belajar sahaja. Malam berniaga burger untuk mencari rezeki. Pandangannya melebihi apa yang orang lain fikir. Ya lah, dia boleh ulas tentang kata- kata Frank Swetenham tentang orang Melayu yang pemalu, dia hargai seni lukisan, dan dia juga sertai demonstrasi. Saya tak tahulah boleh samakan atau tidak situasi Ghazi ini (yang berlatarbelakangkan tahun 1987- 1990) dengan tahun 2012 ini. Tapi Ghazi ini asalnya daripada keluarga miskin. Bila dia lihat ada keluarga miskin ditindas, dia juga rasa pilu.  Dia mahu tolong untuk tegakkan keadilan bagi keluarga- keluarga ini. Dan, mungkin nasibnya sudah tertulis kerana dia ditangkap dalam demonstrasi itu sungguhpun tidak berbuat apa- apa yang salah.

Bagi saya, Imaen merupakan penulis yang kalau boleh, nak sumbat bermacam- macam ilmu dalam satu buku. Tapi dia sumbat dengan moleknya. Tak rasa berat pun buku ini. Ini cuma kisah anak muda yang memberontak. 

"... masa mudalah kalau nak ikut apa- apa aktiviti perjuangan. Tumpang darah muda yang mudah mendidih tu. Dah makin tua nanti, makin redalah semangat yang bergelora itu. Kan Islam tu juga dimenangkan oleh golongan muda"- Ghazi

Alahai, Bahasa Melayu ini lebih indah bila anda menjadi penulisnya. Ringkas. Tapi menawan!

"Ya, aku manusia bebas lagi merdeka!"