Khamis, 31 Mei 2012

Saya Bukan Minah Perasan! (review)

Oleh Nashmin (2012)



Membaca buku ini sememangnya membuatkan aku teringat akan filem kelahiran mat salleh, Flipped (2010). Eh bukan kerana kisah cinta monyet itu ya. Cuma teknik plot yang seakan- akan sama. Dalam bab mengikut turutan, hampir diselang- selikan antara kisah dari sisi Zahran dan kemudian diceritakan dari sisi Insyirah. Bagaikan kisah Bryce dan Juli pula dalam kisah Flipped.

Ada apa ya dengan buku ini? Macam biasa, buku ini menggamit aku dengan Kedah. Bendang, padi, hijau menguning, pelat Kedah. Aku rasa semua itu indah sungguhpun aku tak pernah ke sana. Kalau setakat jejak pun, cuma lalu sahaja untuk ke selatan Thailand. Bezakah bau laut di Pantai Timur dengan bendang di utara sana? Dan aku juga memandai- mandai pergi tulis dalam pelat Kedah tika berhubung dengan kawan, di skrin komputer mahupun telefon. Agaknya, kalau mulut ini terkeluar pelat Kedah, di hadapan anak jati Kedah, pasti kena gelak kan. Macam Insyirah, anak jati KL yang cuba berkata dalam pelat Kedah. Asyik kena tempelak saja dengan orang- orang sekeliling. Katanya, "Cakap biasa sajalah In, hodoh bunyinya cakap Kedah". Hihi.

Kisahnya tentang Zahran. Graduan dari tanah British. Sudah ditawar menjadi jurutera di sana. Tetapi terpaksa dilepaskan kerana bendang ayahnya. Ada apa dengan bendang arwah Ustaz Ahmad ini? Bila disebut tentang Pak Ngah Ipin, hatinya gelisah. Hati ibunya pilu. Dari mana datangya hak bendang ini sehingga asyik diminta- minta oleh si kaya Pak Ngah Ipin? 

Dalam kalut tentang masalah itu, datang pula Insyirah, anak jati Kuala Lumpur. Datang mencari ketenangan pada cuti semester. Orang sudah patah hati, selalunya pergi ke tempat baru, sekurang- kurangnya dapat menenangkan jiwanya yang lara itu. Dalam belajar tentang hidup di kampung di Kodiang, Insyirah belajar berkawan dengan anak- anak Pak Mat, Zahirah dan juga Zahran. Zahran, Zahran. Dia ni la... asyik sakitkan hati orang saja. Geram. Tau tak? Dalam hidup di kampung, Insyirah dah boleh memasak, menjahit, pergi berjemaah di surau dan pelbagai nasihat yang dipelajarinya oleh orang kiri kanan.

Dan Zahirah, si adik Zahran yang macam- macam perangainya. Ada saja yang mahu dikatakan tentang makanan, banyak kalorilah, banyak minyaklah, tapi makanan tetap dikunyah. Hihi. Macam- macam. 

Dan akhirnya, ada rahsia yang dibongkar dalam kalut menyelesaikan urusan dengan Pak Ngah Ipin. Ada apa lagi yang dia tidak puas hati dengan keluarga Zahran dan urusan bendang? Zahran pula, dalam banyak menasihati orang, terpaksa akur dan tabah pabila dia sendiri mempunyai masalah. 

Terima kasih Cik Nashmin. Dalam bahasa yang ringkas. Ilmu yang diselit dalam dialog- dialog. Tiadalah sumpah- sumpah saya mengkritik buku ini kerana saya seronok membacanya :)






Of tudung labuh II

Perempuan- perempuan ini kalis hatikah? Mereka nampak rileks saja dengan tudung mereka walaupun di Youtube ada macam- macam tutorial untuk belit tudung sana, belit tudung sini. Tudung pula macam- macam jenis jual. Tak cukup dengan itu, majalah untuk muslimah yang berfesyen pun ada sekarang. Tidak pula mereka nampak kesal kerana mereka nampak biasa- biasa saja daripada kita yang pakai, kadang- kadang, kerana mahu tarik perhatian. Mahu untuk tampak lebih yakin, kononnya. Bagaimana ya rasa yakin itu? Bila kawan kata, hari ini kita nampak cantik amat? Bila ramai mahu menegur (dan mungkin kagum) dengan cara pemakaian kita harini? 

Perempuan- perempuan ini tetap nampak minimal dengan pakaian mereka. Bagi aku, cara mereka berpakaian itu, "less is more". Kau boleh nampak bahagia dengan tudung sebegitu. Bila aku fikir sejenak, dengan tudung sebegini, pasti mereka tak jejak pusat karaoke sungguhpun untuk menemani kawan, tidak pulang lewat malam, mahupun berkeliaran sesuka hati. Mereka tiada cemburu kan dengan hal- hal sebegini?

Sungguhkah hijabmu itu menjadi pengawal bagimu? Kalisnya, tegarnya hatimu itu. Dan betapa aku ini cemburu dari jauh.

Rabu, 30 Mei 2012

Debat pemansuhan PTPTN


Arakiannya, budak perempuan ini baru saja tonton debat tentang PTPTN antara Encik Khairy Jamaluddin dengan Encik Rafizi Ramli. Lambat sungguh bukan? Biar lambat asalkan sensitif. Tapi mengapakah budak ini sibuk juga untuk tengok. Perbelanjaan universiti sudah, dan inysaAllah ditaja dalam masa empat tahun ini. Hutang PTPTN sebelum mendapat duit biasiswa pun sudah dilunas cukup- cukup beberapa bulan lepas. Ehem, Imam Hassan al- Banna pernah berkata, "Jika hendak lihat nasib sesuatu negara/ bangsa pada masa depan, lihatlah pada anak- anak muda masa kini". Sekadar menjadi sensitif kepada lagu- lagu baru Altimet, SSK, Tilu, Hujan serta mengumpul buku- buku Fixi, Jemari Seni serta baca blog ringan- ringan masih lagi tidak mencukupi untuk aku merasa cukup menjadi anak muda. 

Encik KJ dan Encik Rafizi. Seorang graduan Oxford. Seorang graduan Leeds. Perlu sajakah aku lihat dari mana universiti mereka? Banyak lagi yang mereka timba ilmu dan cari pengalaman. Cari sajalah di Google. Anda mampu melakukannya. Umur juga tiada jauh beza. Cuma beza setahun antara mereka. 

Apa ya yang aku jumpa dalam debat ini? Ini bukan debat zaman persekolahan di mana anda diberitahu oleh juri siapa pemenangnya siapa yang kalah. Ini debat yang bakal memaksa anda untuk mengasah pemikiran kritikal anda. Pemikiran kritikal bukan saja belajar dalam kelas ya Amilah. Yang kadang- kadang tak puas hati kenapa jawapan anda tak sama dengan jawapan pensyarah. Apa lagi, aplikasikan apa yang ada dalam buku Critical Thinking berwarna putih itu. Bagaimana tona pengulas, adakah mereka nampak bias dan apa pula pendapat mereka ini setara dengan fakta atau tidak. Dan sebagainya.

Dan mula- mula, sebenarnya aku kagum dengan cara pengucapan awam mereka. Bagaimana ya, dengan tona suara yang tenang, bahasa bdan (terutama tangan), cara berucap yang meyakinkan dan yang pasti, tiada terketar- ketar. Bagaimana ya, untuk asah cara pengucapan yang begitu bergaya sekali? Cemburu nih. 

Ehem, apa ya lagi. Untuk bagi yang tidak tahu, Finland merupakan antara negara yang terbaik dalam memberikan pendidikan. Percuma pula tu. Tiada IPTS. Tiada pembayaran untuk pendidikan. Dan Finland telah memperuntukkan 1.6% daripada dana untuk pendidikan sahaja. Ada yang mengatakan ini disebabkan kadar cukai yang tinggi. Sehingga 60%. Tetapi dikatakan oleh Encik Rafizi bahawa, untuk cukai persendirian, bagi golongan yang berpendapatan RM200,000 ke atas, Maaysia mengenakan cukai sebanyak 26% manakala Finland hanya mengenakan cukai sebanyak 21.5% sahaja. Oh, mana cukai yang tinggi di Finland sebagaimana didakwa oleh banyak pihak itu? Nombor- nombor ini membuatkan aku mempunyai sedikit harapan di mana, Malaysia boleh lakukan pendidikan percuma. Bolehkah? Boleh kan?

Bila pendidikan percuma, graduan kurang beban untuk membayar hutang. Maka, lebihan wang lebih tinggi daripada gaji. Maka kuasa beli graduan (pengguna) akan meningkat. Jadi, duit akan banyak disalurkan untuk membeli brang. Syarikat akan memperoleh untung lebih tinggi. Untung yang tinggi membuatkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan juga lebih tinggi. Fuh, penat. Ada faham? 

Tapi aku gusar, sedikit ragu- ragu, bagaimana kita mahu selesaikan hutang yang dulu- dulu yang tak terbayar lagi. Mampukah kerajaan. Maaf, aku kurang jelas dalam hal ini.

Tapi, di sebalik debat tentang PTPTN, maka terkeluarlah juga kisah- kisa lain tentang hutang Tan Sri Tajuddin Ramli, NFC, dan bayaran RM237 bilion oleh Petronas kepada kerajaan beberapa tahun lepas. Untuk orang yang baru peka macam aku, beberapa kisah lama yang dibangkitkan ini menimbulkan satu persoalan. Apa dia pula ni kan. Kita google je lah. Mana tahu dapat cerita dapat jawapan. Memandangkan jawapan dalam debat ini agak samar- samar. Tak gitu?

Tahniah kepada mereka berdua kerana berani hadir di hadapan rakyat untuk memberikan hujah masing- masing. Kita sendiri dapat lihat, dapat ulas tanpa perlu rujuk kepada surat khabar perdana mahupun partisan. 

Tentang nombor- nombor yang dinyatakan ketika pusingan awal debat, malas diri ini ulaskan. Terlalu banyak nombor. Mungkin orang lain boleh memberi ulasan lagi baik tentang perbelanjaan, peruntukan universiti mahupun hutang- hutang peminjam PTPTN. 

ps. Bab IPTS hanya perlu diwujudkan sebab kualiti IPTS itu sendiri dan bukannya pelajar daftar kerana tak cukup tempat untuk mereka di IPTA itu, sangat aku sokong. Iyalah, sayu apa tengok orang India yang berurus niaga dalam UiTM ni. Macam pembekal ais ke gerai- gerai dalam UiTM. Keluarga mereka sendiri susah nak masuk IPTA kalau pelajaran tak bagus. Apatah lagi, UiTM boleh aja memberi peluang yang sama kepada anak Melayu. Tsk tsk.

Bagi yang mahu membaca teks penuh debat.

Selasa, 15 Mei 2012

15 Mei 1948

Tiba- tiba je hari ini penuh DP kawan- kawan di Facebook dengan gambar- gambar berserta ini:


Tak kisahlah kalau ada orang fikir tukar gambar secara berjemaah ini poyo, buang masa atau tak memberi kesan kepada orang Palestin. Sekurang- kurangnya: 

1. Kita dapat tahu yang satu bencana telah berlaku pada 64 tahun yang lepas. Hampir setahun selepas hari Hartal di Tanah Melayu, Palestin telah dirampas orang. Orang Palestin mula menderita. 15 Mei 1948 juga dikenali sebagai Hari Nakbah. Mengapakah? Sebab pada hari inilah, penduduk Yahudi Zionis menumpang secara rasmi di tanah Palestin. Tak malu kan? Tiba- tiba duduk atas tanah orang, lepas tu mengaku itu tanah mereka.

2. Setiap daripada kita telah mendoakan orang Palestin. Tak adalah jadi ignorant sepanjang masa ye tak? Mudah- mudahan doa itu sampai kepada mereka :)

3. Bila lagi nak tukar DP secara berjemaah kalau tidak sekarang? At least, dapat tarik perhatian orang lain tau untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku 

ps. Siapa tahu cologne yang lebih wangi daripada Johnson and Johnson? :')
pps. Nah, kalau mahu tahu lagi tentang saudara kita Palestin

Isnin, 14 Mei 2012

Of mummy and and the spoiled daughter II

Alkisahnya, dahulu, sewaktu kecil aku pernah lah dengar suatu ungkapan, "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Semua pernah dengar kan? Dan aku dengan begitu lurusnya, pada suatu malam, aku curi- curi tengok tapak kaki mak aku. Masa tu, mak tengah baring tengok tv kot. Nak tengok juga rupa syurga kan. kehkehkeh. Dan bila mak menoleh kepadaku, aku pun buat- buat tak tahu je. Nati kang kantoi. *gelak*

Kepada Cikgu Maznah, biar kita tak pandai bergurau senda seperti anak- beranak lain, tapi anak ini tak pernah berhenti merinduimu. 

Rabu, 9 Mei 2012

Of mummy and and the spoiled daughter


Alkisahnya di mana pada suatu malam ketika berbual dalam telefon dengan emak, 

Aku: blablablabla
Mak: blablablabla
Aku: Mak, kakak ada test BEL (English) esok. 
        (Ini ayat yang secara tidak langsung untuk suruh mak doakan kejayaan)
Mak: Ok.

Padahal masa tu aku sedang bersenang- lenang baca buku travelog terbitan indie. Tak sedar diri betul anak seorang ini. Usaha entah ke mana. 

Dan pada keesokkan harinya, kami mulakan sedikit exercise dahulu sebelum memulakan test.

Lecturer: For those who are not trying the exercise, you are digging your own grave. ... I'm so upset!

Ada sedikit terasa tak di situ, wahai amilah?

Jumaat, 4 Mei 2012

Kitorang jadi beban?

Arakiannya, pada suatu petang, kami mengaji subjek ekonomi. Macam biasa. Minggu ni dah masuk bab kelima. Tentang peranan kerajaan (Role of government). Sehinggalah kami sampai pada sub topik Fiscal Policy- Automatic Fiscal Policy. Antaranya ialah transfer payment ( bayaran pindahan)

Transfer payments: the payment of money by a government to individuals for which the payer receives no goods or services directly in return.Maksudnya, seseorang itu akan mendapat ganjaran/ bayaran daripada kerajaan sungguhpun dia tak menyumbang apa- apa kepada negara dari segi ekonomi. Contohnya pencen, elaun bagi orang kelainan upaya, biasiswa JPA mahupun PTPTN. 

Macam kerani, mereka bekerja dan ganjaran mereka gaji. Buruh, pekerja kolar biru, pekerja di pejabat berhawa dingin, semua itu berkhidmat di sektor ekonomi.

Tiba- tiba, 

" Students are not labour force yet". 
" Korang ni beban je (kepada kerajaan)".  

Adeh, sentap ai bila dengar pensyarah cakap macam tu. Tak tahulah si pendidik ini marah yang mana. Tetang PTPTN kah? Tentang pelajar yang 'take for granted' bila dapat duit PTPTN kah? Tentang pelajar yang kurang ajar kah? Tentang pelajar yang salin nota dia bulat- bulat untuk buat presentation dalam kelas kah? Tentang pelajar yang ponteng kelas kah? 

Adeh. Kalau betul anak- anak muda di unversiti ini cuma beban, buat penatlah apa yang diri ini lihat di sekeliling aku.

Pelajar melakukan usrah. Merapatkan ukhwah.
Si kawan yang cuba buka minda dengan baca isu- isu semasa.
Lelaki Malaysia jauh di luar negara yang cuba ubah perspektif tipikal masyarakat dalam tulisannya di alam maya.
Kawan sekelas yang membuat perancangan saban hari dalam nota kecil dan akan memastikan matlamatnya tercapai.
Kawan yang menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli buku.

Puan, saya senang sekali dengan puan. Padahal petang tu, puan banyak je buat lawak kan. Tapi kerana satu dua ayat ni, saya jadi sentap. Alahai.

Jika benar kami ini beban dari segi ekonomi, kami ini beban jugakah dari segi menjadi pewaris negara?

Adeh.

ps. oh ya, sedikit nasihat daripada Wani Ardy (diambil daripada status di facebook)

"Pelajar-pelajar UiTM, meh cikgu cakap sikit ya. Cikgu pun tak habis belajar lagi, tak pandai lagi, tapi jom kita guna otak sama-sama. Awak pun tahu apa orang luar kata tentang kita, kan? Universiti Tolong Melayu. Universiti kelas rendah. Pelajar tak layak dilayakkan. Pelajar manja malas disuapkan. So what are you going to do about this? Sit back, relax, do nothing? Frankly speaking, I don't mind how you spend your PTPTN money. Nak beli Blackberry ke, iPhone ke, shopping baju ke dan lepas tu makan Maggi, terpulanglah. Masing-masing dah besar. Yang PECAH AMANAH DAN TAK SEDAR DIRI-nya ialah; bila awak joli sakan SERTA malas belajar. Congratulations, you have proved them right by being a typical Universiti Tolong Melayu student! Janganlah jadi sampah sangat. Not asking you to change the world; change yourself first. PROVE THEM WRONG. Zaman saya belajar dulu, saya pun tak suka macam mana orang nilai saya buta-buta bila saya kata saya pelajar UiTM. Dahlah pelajar UiTM, pelajar Seni Persembahan pula. Dari orang kota ke orang kampung, semua menyindir merendahkan saya. Saya tak suka! Tapi tak suka saja tak cukup; mesti buat sesuatu. Saya enjoy gila-gila DAN belajar gila-gila. I PROVED THEM WRONG. Saya ingat lagi macam mana saya ditemuduga syarikat milik orang bukan Melayu dan alhamdulillah saya jawab soalan-soalan dalam Bahasa Inggeris mereka dengan lancar; saya ingat lagi macam mana mereka terkejut bila saya kata saya graduan UiTM. Saya ingat juga reaksi ejen yang menghantar saya ke luar negara bila beliau dapat tahu saya graduan UiTM. Apa masalahnya? Everyone can do this and so much more! You too! Belajar di universiti majoriti Melayu BUKAN bermakna awak mesti bergelumang dengan orang Melayu saja sampai mati. Bukan bermakna awak tak boleh bergaul bekerja dengan bangsa lain. Bukan bermakna awak tak boleh fasih berbahasa asing. Allah dah janji; siapa usaha, dia dapat. Tak kisahlah belajar mana pun! If we don't like what people presume about us, don't bitch about them; put up efforts to PROVE THEM WRONG. Kita cuba, ok?"