Ali Imran. Dia graduan USM. Menamatkan pelajarannya dengan pointer 3.75. Budak PALAPES. Dua ayat terakhir tadi sudah tentulah menunjukkan bahawa dia ni pandai, ada leadership, pandai bahagi masa walaupun sibuk sebagai budak PALAPES dan sibuk bercinta.
Tapi... setelah pergi temuduga demi temuduga pekerjaan, dia gagal. Akhirnya dia buat keputusan untuk buka pasar mini sendiri dan tidak makan gaji macam orang lain. Kenapa eh? Nak kata tidak berkeyakinan, dia join unit beruniform. Nak kata gred rendah, pointer dah boleh dapat anugerah dean list. Awak rasa kenapa? Saya rasa sebab dia bebal bahasa Inggeris. Dia tiada yakin jika orang lain mula berkata- kata dalam bahasa orang putih terhadap dia. Sedihkan. Kena tolak sebab tak pandai bahasa yang paling dikehendaki di Malaysia selain bahasa ibunda sendiri.
Dan sekarang, dia tauke MusliMart. Jangan main- main tau. Tapi apa sebenarnya cerita Encik Ali dalam Sigaraning ni?
Ali putus cinta dengan Salina. Ali sedih. Ali ronda- ronda suatu malam untuk menenangkan dirinya. Sampai ke utara Selangor. Ayah Ali telefon, kata tanah yang digadai perlu ditebus dalam dua minggu atau mereka akan kehilangan tanah pusaka itu. Mana pulak Ali nak cari RM25 000 dalam dua minggu ni? Memanglah Ali tauke kedai tapi itu masih tak mencukupi. Jikalau Kancil dia dijual, belum tentu lagi dapat duit sebanyak itu. Sedang dia kusut, tiba- tiba dia nampak kereta kemalangan. Dan dia ternampak duit dalam beg sukan dalam kereta. Dia terdesak dan dia nampak nyawa mangsa dah terkapai- kapai.
Apa akan jadi pada Ali bila dia diburu oleh pihak polis dan dihimpit oleh geng mafia Itali versi Malaysia?
xxxxx
Macam biasa, Imaen akan pandai sumbat ilmu dan falsafah serta sindiran kepada masyarakat, pembaca dalam kisah buku ini.
' "Takkan kut tak ada, Pak Tam tengok kedai Ali makin lama makin maju? Mesti ada baca apa- apa ni." Dia tersengih semacam kepadaku. Seperti dia sudah tahu bahawa rahsia kemajuan pasar mini MusliMart itu ialah jampi serapah. Hish, Pak Tam ni, penat pakar- pakar pemasaran bersyarah bahawa strategi pemasaran itu ialah 4P iaitu Price, Place, Promotion dan Product tapi Pak Tam tetap percaya pada HP- hocus-pocus!
"bacalah juga apa yang Nabi ajar. Surah al-Waqiah." Terangku. '- ms206
' "Orang sekarang memang suka letak label, semua nak letak label, bank, insurans, sampai novel pun letak label, novel 'Islami' la. Jadi kalau yang tak letak label 'Islami' pula tapi keluaran syarikat yang sama tu novel apa? Novel kafiri atau novel munafikin? Novel, novellah, pasal apa nak kena letak label pula. Asal tak langgar hukum sudahlah." '- ms435
Dan macam- macam lagilah. Oh ya, Sigaraning nyawa tu maksudnya belahan jiwa. Comelkan. Bunyi macam garang tapi maksud punya romantis. Bai!
2 ulasan:
novel kafiri? haha
sigaraning tu bahasa jawa ke?
aah. bahasa jawa. tapi tak tau bhasa jawa kasta yang mana satu :)
Catat Ulasan