Khamis, 2 Februari 2012

Kuantan, aku okay!


Ini bukanlah sambungan Kuala Lumpur, Aku Okay! Malah aku sendiri tidak berpeluang untuk menontonnya lagi. (Mahupun membeli bukunya)

Pulangnya daripada peperiksaan akhir, pulangnya ke Kuantan menandakan satu perkara. Di mana aku harus hadir ke Klinik Orthopedik untuk suatu temu janji. Temu janji akan sakitku. Jawapan atas segala pemeriksaan yang aku lakukan; xray, ujian darah dan MRI.

Aku takut, takut kut kut. Aku takut kalau sakit aku parah rah rah. Aku minta macam- macam dengan Tuhan. Tapi aku juga harus redha dengan ketentuan. Dan aku masih takut.

Datangnya aku pada 30 Januari. Hadir ke bilik doktor. Dan selepas berbincang, pembedahan akan dilakukan 2 hari kemudian. Hari Rabu. Sebenarnya agak kelam kabut di bilik itu. Sekejap Doktor A berbual dengan Doktor S. Sekejap memberi nasihat akan pesakit lain. Dan aku sendiri tidak faham apa sebenarnya sakitku itu. Oh ya, pahaku ini ada semacam ketumbuhan.Ketumbuhan kulit barangkali? Ia dah lama menginap di paha ini. Seakan parasit mungkin. Betahun- tahun. Cuma semakin membesar sejak bulan September lalu. Hmm, apakah ia suka timbul di daerah asing selain Kuantan? Doktor A yang mesra, yang kelakar. Yang membuatkan aku tidak gerun pada dia, pada sakit. Tapi masih takut jauh di sudut hati.

Balik itu, masih takut.
Tiba- tiba tadah yassin pada air mineral. Biar air itu disedut lalu menarik semua rasa takut itu. Biar redha dengan apa sahaja yang Tuhan tentukan. Siti kata, Allah itu beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mau. Air mata bergenang. 

Apa yang buat aku makin takut pada kemuncaknya ialah bius itu sendiri. Bius umum/penuh. Aku sungguh pesimis bila aku sebenarnya takut jika aku mati (penyakit wahankah aku bila disebut tentang mati?) disebabkan bius itu. Risiko itu wujud tapi jarang amat berlaku. Sedangkan kesan yang biasa- biasa iaitu muntah pun aku sendiri tak alami. Alhamdulillah.

Pagi besoknya. Aku dibius, aku mengantuk. Dan aku lena di bilik pembedahan. Bermimpi mungkin. 

Aku bangun. Aku gigil. Gila, sejuknya tempat ini! Bila aku diusung keluar, aku lihat mak tersenyum lebar. Oh mak, terima kasih. Teman ke sana ke sini, teman di sebelah katil. Biar tak makan, sehingga aku lihat dia laju makan kacang bersalut coklat kerana tidak sempat menjamah nasi. 

Dan memang betul bila "Allah itu beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mau". Seorang teman muncul. Meneman ayahnya yang menerima rawatan. Dan dia sudi duduk di sisi katil, menemani aku. Memang tiada kebetulan dalam hidup. Teman muncul, teman beri kekuatan. Terima kasih..

Dan terima kasih dan sayang untuk seorang ibu, sebab dia tak pernah lalai daripada menjagaku. Aku memang  tidak pandai tunjuk kasih sayang, tapi sungguh, tolonglah dia Tuhan. Tolonglah jaga dia, kesayanganku, ibuku :')

nota kaki: Bila diusung ke bilik bedah, saat itulah baru ikhlas, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah" aku ucap. Mungkin aku patut ikhlas ucap ayat itu sepanjang masa :')

Tiada ulasan: