Jumaat, 3 Februari 2012

Langit Vanilla- Wani Ardy


Di Hujung Tanduk Gasing

Membaca karya terakhir dalam buku ini, buat aku risau. Risau terhadap si pencoret. Dia membenarkan dirinya hanyut. Kerana seorang lelaki. Lelaki itu berhenti menghubunginya, berhenti membalas cubaan si gadis menghubunginya. Senyap. 

Dia hanyut
tidak stabil
kakinya bukan di bumi
matanya tidak memandang walau tidak tertutup

"Begitulah gampangnya damai dunia seorang gadis bergoncang; hanya dengan bisu seorang pemuda"

Dan pagi itu, Kelisa biru gelap cedera. Berpusing 360 darjah. Melanggar lampu jalan. Dan pembahagi jalan. Kemalangan ini gila. Gila yang di mana pemandunya baru tersedar dia masih di bumi, di alam realiti.

'Wani, kalau kau masih hidup selepas berpusing 360 darjah di jalan sesak tadi, membengkok lampu jalan, menyumbing pembahagi jalan, bermakna kau boleh hadap semua ini, Kau boleh hadap, boleh telan, boleh hadam semua pahit ini. Dah lama kau berusaha untuk cecah tahap ini.'

Wani yang harus pergi ke interview biasiswa pagi itu, masih gigih menjenguk barisan penemuduga. 

"So you've had an accident on your way here. Hmm. What if... why you don't get this? "

"That's not an option. I must get this. I cannot... not get this."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit blurb karya Wani Ardy yang begitu terkesan di hati. Wani masih selamat, sudah bahagia dan harap- harapnya dapat mencurah rasa, berkongsi rasa sehingga akan datang.

Aku sukakan Langit Vanilla ni (asyik nak sebut Vanilla Coklat saja nih!) sebagaimana aku jatuh hati dengan karya dalam Perempuan Simpanan dahulu. Langit Vanilla bukan saja cerita tentang cinta, tapi tidak semena- mena anda akan ditarik untuk simpati dengan isu sosial, lali dengan isu politik dan peka dengan hubungan antara manusia lain. Terima kasih Wani kerana buat saya sayang dengan buku ini :')

nota kaki:

Rojak Berenang best (Y)

Tiada ulasan: