Rabu, 29 Februari 2012

Sigaraning- Imaen


Ali Imran. Dia graduan USM. Menamatkan pelajarannya dengan pointer 3.75. Budak PALAPES. Dua ayat terakhir tadi sudah tentulah menunjukkan bahawa dia ni pandai, ada leadership, pandai bahagi masa walaupun sibuk sebagai budak PALAPES dan sibuk bercinta. 

Tapi... setelah pergi temuduga demi temuduga pekerjaan, dia gagal. Akhirnya dia buat keputusan untuk buka pasar mini sendiri dan tidak makan gaji macam orang lain. Kenapa eh? Nak kata tidak berkeyakinan, dia join unit beruniform. Nak kata gred rendah, pointer dah boleh dapat anugerah dean list. Awak rasa kenapa? Saya rasa sebab dia bebal bahasa Inggeris. Dia tiada yakin jika orang lain mula berkata- kata dalam bahasa orang putih terhadap dia. Sedihkan. Kena tolak sebab tak pandai bahasa yang paling dikehendaki di Malaysia selain bahasa ibunda sendiri. 

Dan sekarang, dia tauke MusliMart. Jangan main- main tau. Tapi apa sebenarnya cerita Encik Ali dalam Sigaraning ni? 

Ali putus cinta dengan Salina. Ali sedih. Ali ronda- ronda suatu malam untuk menenangkan dirinya. Sampai ke utara Selangor. Ayah Ali telefon, kata tanah yang digadai perlu ditebus dalam dua minggu atau mereka akan kehilangan tanah pusaka itu. Mana pulak Ali nak cari RM25 000  dalam dua minggu ni? Memanglah Ali tauke kedai tapi itu masih tak mencukupi. Jikalau Kancil dia dijual, belum tentu lagi dapat duit sebanyak itu. Sedang dia kusut, tiba- tiba dia nampak kereta kemalangan. Dan dia ternampak duit dalam beg sukan dalam kereta. Dia terdesak dan dia nampak nyawa mangsa dah terkapai- kapai. 

Apa akan jadi pada Ali bila dia diburu oleh pihak polis dan dihimpit oleh geng mafia Itali versi Malaysia?

                        xxxxx

Macam biasa, Imaen akan pandai sumbat ilmu dan falsafah serta sindiran kepada masyarakat, pembaca dalam kisah buku ini. 

' "Takkan kut tak ada, Pak Tam tengok kedai Ali makin lama makin maju? Mesti ada baca apa- apa ni." Dia tersengih semacam kepadaku. Seperti dia sudah tahu bahawa rahsia kemajuan pasar mini MusliMart itu ialah jampi serapah. Hish, Pak Tam ni, penat pakar- pakar pemasaran bersyarah bahawa strategi pemasaran itu ialah 4P iaitu Price, Place, Promotion dan Product tapi Pak Tam tetap percaya pada HP- hocus-pocus!
   "bacalah juga apa yang Nabi ajar. Surah al-Waqiah." Terangku. '- ms206

' "Orang sekarang memang suka letak label, semua nak letak label, bank, insurans, sampai novel pun letak label, novel 'Islami' la. Jadi kalau yang tak letak label 'Islami' pula tapi keluaran syarikat yang sama tu novel apa? Novel kafiri atau novel munafikin? Novel, novellah, pasal apa nak kena letak label pula. Asal tak langgar hukum sudahlah." '- ms435

Dan macam- macam lagilah. Oh ya, Sigaraning nyawa tu maksudnya belahan jiwa. Comelkan. Bunyi macam garang tapi maksud punya romantis. Bai!

Imaen

Imaen merupakan penulis (Jemari Seni) yang kalau boleh, dia nak sumbat apa saja falsafah dan ilmu yang dia tahu dalam satu buku YET dia pandai adun semua falsafah, biar kena dengan jalan cerita dan watak- watak rekaan itu.

Aku rasa Jemari Seni ni memang ada idea bijak di mana, mereka gabung 3 (kebiasaannya) penulis untuk tulis cerita dalam 1 novel. 3 in 1. Ni satu cara yang efektif untuk penulis menulis cerita pendek dan pada masa sama, memperkenalkan penulis- penulis yang baru/ tidak dikenali kepada pembaca. Dan aku pula, kalau dah jatuh hati dengan satu penulis, memang akan terus beli novel- novel lain tanpa ambil tahu blurb di kulit belakang buku. Asal tak baca lagi, tarik je buku itu dari tempatnya. Dan inilah cara sama aku jatuh hati dengan Noor Suraya dan Imaen. Dan juga Saidatul Saffa.

Buku yang buat aku jatuh hati dengan Imaen
Oh ya, tahukah anda yang Imaen dan Noor Suraya ni suami isteri, husband and wife? Pasangan yang aku rasa sangat comel. Tulis dalam genre yang berlainan, tapi tetap berpaut dalam bahasa yang indah. Cuba bagi ilmu sebolehnya untuk sang pembaca tapi dalam cara yang lain. Imaen dengan macam- macam falsafahnya termasuklah ekonomi (inilah masa untuk aku test balik ilmu ekonomi yang konon- knonya kegemaran nombor satu di matrikulasi dahulu) dan Noor Suraya pula dengan sejarah dan tradisi atau cara masakan (sebenarnya aku dah terbuai dengan kisah dalam tu). 

Oh ya, Imaen ni lebih kepada thriller. Ada berani baca perihal pegang pistol main tembak- tembak versi Imaen? :)

Selasa, 28 Februari 2012

tiga minggu :D


dari dalam bilik

stesen keretapi wakaf bharu


bagaikan kucing dengan arnab




@wakaf che yeh
mentadak mentadu

Perempuan ini sebenarnya tidak meletakkan sepenuh hati ketika dia harus berkampung di kampung ketika pada awal pemergian. Yelah, selama berbelas tahun hidup, selalunya cuti di kampung dihabiskan tiga empat hari. Paling lama, mungkin enam hari dan dia seperti tercungap- cungap memerlukan udara. Tapi cuti 3 minggu ini awesome. Sangat awesome. 65% waktu diluangkan di rumah sahaja. (Ah, tak pandai lah sifir macam ni. Senang kata, banyak masa diluangkan di rumah la). Tapi, itu tak halang aku daripada untuk belajar. Dan rasa seronok. Syukran.

Kampung di bumi Kelantan awesome.

ps. Gambar tidak mengikut urutan. 

Rabu, 22 Februari 2012

random; 6

Tadi kami kongsi keputusan peperiksaan masing- masing. Semua macam happy lah kan. Dan nampaknya news feed facebook dipenuhi dengan status 'alhamdulillah'. Dan dia kata "Jom buktikan orang Islam cemerlang dalam akademik =D dan lain- lain lapangan".

Oh. Aku terlupa pasal itu.

Kena betulkan balik niat hidup hari- hari ni. Bai

Selasa, 21 Februari 2012

Kawan

Sepatutnya kawan datang, dia duduk dalam hati. Ada rasa selesa, rasa sayang, dan keseronokan. Ketawa, dengar isi hati masing- masing, makan sama- sama, tolong- menolong dan macam- macam lagi.

Tapi yang seorang ini, dia enter ke hati dan menetap lama- lama dalam fikiran. Apa punya kawan ni? Dia ganggu sedikit rutin dengan biar aku melayang 'kisah antara kita dan macam- macam angan- angan'. Tapi dia masih si kawan. Atau aku kah yang silap buat sukatan kerana dia lelaki?

Bila aku terbangun sebab bunyi bising

Pada 2011. Aku tidur. Semua orang tengah tidur. Dalam keheningan malam. Tiba- tiba aku dengar bunyi bising. Macam bunyi binatang. Kucing? Anjing? Alamak, aku tak berapa ingat secara detail. Oh masa tu, masih di matrikulasi. Aku rasa begini babaknya, insyaAllah.

Aku terjaga. Dan aku saling pandang terhadap kawan yang mungkin terjaga sebab bunyi bising itu. Lalu kami pun bangun dan lihat di tingkap. Rupanya. dua ekor anjing sedang serang seekor kucing. Gong gong gong! Hmm bayangkan tangan kau kanan ditarik A dan tangan kiri ditarik B. Macam tulah gaya si mangsa kucing. Masa tu, takut gila. Dan kawan seorang lagi pun bangun dan join kami. Anjing tu garang!

Dan esoknya aku lihat kucing itu dihurung lalat. Oh :')

xxxxx

Pada awal 2012. Semua orang nyenyak tidur setelah berhuha- huha malam itu. Jam 5 pagi. Tiba- tiba pintu diketuk. Aku terjaga. Tok tok tok. Aku lihat rakan- rakan lain semacam berpusing kiri kanan. Terganggu kot dengan bunyi bising. Tok tok tok! Tak habis- habis lagi orang ketuk pintu. Memandangkan tiada yang bangun, aku pun gagahkanlah mata dan badan ini untuk bangun.

Ketukan pintu jam 5 pagi. Tak tahulah patut takut atau tidak sebenarnya. Tapi bunyi ketukan tu ganggu aku.

Oh kawan rupanya. Dia nak kejut si panda untuk beritahu yang ada soalan spot untuk peperiksaan keesokan hari. -.-' Tak apalah, anda memang kawan baik yang baik. Siap naik ke bilik kami lagi untuk bagitau si panda. Thumbs up untuk anda  (Y)






Saya follow hidup awak~

Best sungguh baca blog orang. Secara random. Kadang- kadang sampai kagum, sampai jatuh hati. Kadang- kadang macam nak tulis macam dia. 

Tapi ada juga jumpa blog milik si gadis. Ada juga rasa kembali zaman dulu, macam jumpa orang yang memegang watak aku yang berusia belasan tahun. Rasa macam nak nasihat macam- macam. Sebab waktu tu aku tengah gila. Gila bayang, gila sampai lupa kawan, gila sampai mata sepet. Gila sampai tak pijak bumi.

Dan aku bookmark mereka. Kalau tidak pun, aku cari dalam history chrome ni. Sungguhla dah jadi pembaca gila kepada strangers. 

Yang rawak jugalah mudah lekat di hati. Teruskan menulis. Aku sekarang sibuk follow hidup korang. Bai

Selasa, 7 Februari 2012

menyusuri jalan kenangan

-kredit kepada kawan untuk tajuk di atas-

Satu bonus bila kita buka balik gambar- gambar lama, boleh terngiang- ngiang lagi suara mereka di dalam gambar itu :')

Jumaat, 3 Februari 2012

Langit Vanilla- Wani Ardy


Di Hujung Tanduk Gasing

Membaca karya terakhir dalam buku ini, buat aku risau. Risau terhadap si pencoret. Dia membenarkan dirinya hanyut. Kerana seorang lelaki. Lelaki itu berhenti menghubunginya, berhenti membalas cubaan si gadis menghubunginya. Senyap. 

Dia hanyut
tidak stabil
kakinya bukan di bumi
matanya tidak memandang walau tidak tertutup

"Begitulah gampangnya damai dunia seorang gadis bergoncang; hanya dengan bisu seorang pemuda"

Dan pagi itu, Kelisa biru gelap cedera. Berpusing 360 darjah. Melanggar lampu jalan. Dan pembahagi jalan. Kemalangan ini gila. Gila yang di mana pemandunya baru tersedar dia masih di bumi, di alam realiti.

'Wani, kalau kau masih hidup selepas berpusing 360 darjah di jalan sesak tadi, membengkok lampu jalan, menyumbing pembahagi jalan, bermakna kau boleh hadap semua ini, Kau boleh hadap, boleh telan, boleh hadam semua pahit ini. Dah lama kau berusaha untuk cecah tahap ini.'

Wani yang harus pergi ke interview biasiswa pagi itu, masih gigih menjenguk barisan penemuduga. 

"So you've had an accident on your way here. Hmm. What if... why you don't get this? "

"That's not an option. I must get this. I cannot... not get this."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit blurb karya Wani Ardy yang begitu terkesan di hati. Wani masih selamat, sudah bahagia dan harap- harapnya dapat mencurah rasa, berkongsi rasa sehingga akan datang.

Aku sukakan Langit Vanilla ni (asyik nak sebut Vanilla Coklat saja nih!) sebagaimana aku jatuh hati dengan karya dalam Perempuan Simpanan dahulu. Langit Vanilla bukan saja cerita tentang cinta, tapi tidak semena- mena anda akan ditarik untuk simpati dengan isu sosial, lali dengan isu politik dan peka dengan hubungan antara manusia lain. Terima kasih Wani kerana buat saya sayang dengan buku ini :')

nota kaki:

Rojak Berenang best (Y)

Khamis, 2 Februari 2012

Kuantan, aku okay!


Ini bukanlah sambungan Kuala Lumpur, Aku Okay! Malah aku sendiri tidak berpeluang untuk menontonnya lagi. (Mahupun membeli bukunya)

Pulangnya daripada peperiksaan akhir, pulangnya ke Kuantan menandakan satu perkara. Di mana aku harus hadir ke Klinik Orthopedik untuk suatu temu janji. Temu janji akan sakitku. Jawapan atas segala pemeriksaan yang aku lakukan; xray, ujian darah dan MRI.

Aku takut, takut kut kut. Aku takut kalau sakit aku parah rah rah. Aku minta macam- macam dengan Tuhan. Tapi aku juga harus redha dengan ketentuan. Dan aku masih takut.

Datangnya aku pada 30 Januari. Hadir ke bilik doktor. Dan selepas berbincang, pembedahan akan dilakukan 2 hari kemudian. Hari Rabu. Sebenarnya agak kelam kabut di bilik itu. Sekejap Doktor A berbual dengan Doktor S. Sekejap memberi nasihat akan pesakit lain. Dan aku sendiri tidak faham apa sebenarnya sakitku itu. Oh ya, pahaku ini ada semacam ketumbuhan.Ketumbuhan kulit barangkali? Ia dah lama menginap di paha ini. Seakan parasit mungkin. Betahun- tahun. Cuma semakin membesar sejak bulan September lalu. Hmm, apakah ia suka timbul di daerah asing selain Kuantan? Doktor A yang mesra, yang kelakar. Yang membuatkan aku tidak gerun pada dia, pada sakit. Tapi masih takut jauh di sudut hati.

Balik itu, masih takut.
Tiba- tiba tadah yassin pada air mineral. Biar air itu disedut lalu menarik semua rasa takut itu. Biar redha dengan apa sahaja yang Tuhan tentukan. Siti kata, Allah itu beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mau. Air mata bergenang. 

Apa yang buat aku makin takut pada kemuncaknya ialah bius itu sendiri. Bius umum/penuh. Aku sungguh pesimis bila aku sebenarnya takut jika aku mati (penyakit wahankah aku bila disebut tentang mati?) disebabkan bius itu. Risiko itu wujud tapi jarang amat berlaku. Sedangkan kesan yang biasa- biasa iaitu muntah pun aku sendiri tak alami. Alhamdulillah.

Pagi besoknya. Aku dibius, aku mengantuk. Dan aku lena di bilik pembedahan. Bermimpi mungkin. 

Aku bangun. Aku gigil. Gila, sejuknya tempat ini! Bila aku diusung keluar, aku lihat mak tersenyum lebar. Oh mak, terima kasih. Teman ke sana ke sini, teman di sebelah katil. Biar tak makan, sehingga aku lihat dia laju makan kacang bersalut coklat kerana tidak sempat menjamah nasi. 

Dan memang betul bila "Allah itu beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mau". Seorang teman muncul. Meneman ayahnya yang menerima rawatan. Dan dia sudi duduk di sisi katil, menemani aku. Memang tiada kebetulan dalam hidup. Teman muncul, teman beri kekuatan. Terima kasih..

Dan terima kasih dan sayang untuk seorang ibu, sebab dia tak pernah lalai daripada menjagaku. Aku memang  tidak pandai tunjuk kasih sayang, tapi sungguh, tolonglah dia Tuhan. Tolonglah jaga dia, kesayanganku, ibuku :')

nota kaki: Bila diusung ke bilik bedah, saat itulah baru ikhlas, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah" aku ucap. Mungkin aku patut ikhlas ucap ayat itu sepanjang masa :')