Isnin, 31 Oktober 2011

everything will be okay



EVERYTHING WILL BE OK!

Aku inginkan belajar daripada setiap orang yang hadir dalam hidup aku. Setiap orang itu, insyaAllah akan memberi kesan dalam kehidupan kita walaupun sedikit. Makin lama, aku makin belajar banyak tentang karenah manusia. Tak cantik pun karenah tu tapi ia membuatkan aku lebih faham yang manusia itu begitu kompleksnya. Sama kompleks macam diri aku sendiri. Banyak lagi yang perlu dipelajari daripada orang lain supaya aku tak hanyut dengan sifat narcissism aku.

OK, kalau dengar masalah kronik cinta orang. Pastikan yang awak dengar daripada kedua- dua belah pihak. Lagi, jangan lupakan Tuhan ya sari. Apa lagi, ahhaa.. baru belajar yang kalau ada orang asyik tolakan ajakan kau, tolong ajak dia sekali lagi pada lasttt minute. Mana tahu sebenarnya dia mahu ikut :')

Hidup ni kan belajar. Jangan mengeluh ya :)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tolong jangan putus asa dengan aku :')

Aku adalah perempuan yang dalam hatinya, mahu berubah menjadi lebih baik. Tapi aku masih statik, macam biasa. Terkadang membuak- buak mencari pahala, tapi lebih banyak buat bodoh sahaja bila dosa bertimbun- timbun.

Tak hairanlah aku begini. Kerana ada suatu frasa yang mengatakan, "Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah orang yang paling bersedia sebenarnya". Ada saja orang yang mengajak aku ke dalam golongan di mana aku insyaAllah, akan ingat siapa pencipta aku. Pergi majlis ilmu, pergi itu pergi ini. Dan ada saja alasan aku, bermacam- macam.

Aku cuma pinta, jangan putus asa akan aku. Tolong. Aku ingin sekali cuma roh aku masih tak mampu kuasai fizikal ni. Dan aku masih mengungkapkan banyak alasan...

Rabu, 26 Oktober 2011

Jiwa demam tapi mulut tersenyum- senyum

Kau dan aku kawan. Yang secara tiba- tiba kau muncul dalam jiwa aku, dalam watak yang lain, dan tiba- tiba ada perasaan lovey- dovey terhadap kau.

Sangat menganggu jiwa aku. Dan membuatkan aku mula mengasah skill untuk berangan perkara yang 98% insyaAllah takkan jadi.

Wei, tak best tau! Syuuhh syuuhh pergi dari jiwa sari please :')

Sabtu, 22 Oktober 2011

Doa dan harapan

Jika ditanyakan kenapa kita semua sebagai Muslim mengamalkan doa- doa harian ini, maka jawapannya mudah: kita semua adalah insan. Dan insan acap kali lupa kepada Pencipta.

Maka doa- doa harian yang selalu dipandang remeh inilah yang bakal menjadi terminal- terminal buat kita semua. Sebagai terminal atau perhentian yang mengingatkan semula kita kepada Tuhan Maha Agung. Tatkala bangun tidur, Allah yang disebut. Tatkala menaiki kenderaan, Allah yang diingat. Tatkala berhadapan dengan rezeki, Allah jualah yang disyukuri. Semua ini hasil daripada kita mengamalkan doa- doa ini. Maka janganlah anda memperkecil-kecilkannya!

kredit kepada: Ahmad Badrul Sani Baharudin, Gen-Q isu no 03, ms37

Khamis, 20 Oktober 2011

al- kitab


Adalah satu kelegaan bila al- quran ada dalam simpanan masing- masing. Menjadi satu keasyikan bila al-quran itu sentiasa dibaca. Ayat- ayat cinta lebih mudah diresapi hati jika dibaca tafsir al-quran. Lagi best kalau kita dapat amalkan apa yang ada dalam al-quran tu.

Huh, apa lagi Sari?

Rabu, 19 Oktober 2011

wednesday random

Mungkin ini adalah jawapan selepas muncul banyak persoalan dan bagaimana ingin aku tangani atau kenapa karakter antara kita begitu berlainan. Kita tak punya banyak chemistry tapi aku ingin menjadi orang yang ikhlas dalam menjadi sahabatmu.






Ahad, 16 Oktober 2011

Ngeri


Haritu aku jejak PC Fair. Tapi aku keluar dengan satu novel di tangan. hahahar. Memang tak boleh dikawal budak ini pasal buku padahal sebelum tu, baru je download banyak e-book nak bagi jimatkan duit. Aku jumpa dengan banyak gila buku keluaran Fixi. Tiba- tiba macam teruja, sebab tinggal Jerat dan Ngeri yang tak beli lagi. Tapi, ada juga perasaan ragu- ragu sebab novel yang betul- betul best bagi aku cuma Pecah. Kougar buat aku kecewa. Frustrated and disappointed. Tukang jual tu kata, buku Ngeri laku. OK, duit melayang. zaaz

Cerita dia tentang Joanne, Samuel dan Rehan. 3 orang pelajar yang buat perlu menghasilkan skrip sebagai project paper dan seterusnya mengarahkan sebuah filem pendek. Tapi masalah mereka sekarang adalah skrip mereka selalu ditolak oleh pensyarah dan nak tak nak, mereka terpaksa buat skrip baru lagi dan lagi supaya project paper mereka diluluskan. Tulah, buat skrip pembunuhan yang sadis lagi. heheh.

Tapi, apa yang menakutkan adalah skrip mereka bertukar jadi realiti. Adakah pembunuh terdiri daripada trio tu?

Aku asyik gelak- gelak je bila baca buku ni. Tiba- tiba je perkara ni jadi sangat menakutkan bila pembunuhan tu agak sadis. Mula- mula, aku dapat agak siapa pembunuh dia. Yeay tapi macam tak seronok la pulak dapat tau kan >< Tapi ada suprise- suprise pada bab akhir! Terkejut den.

Hampir tiada ayat sensual. OK, itu aku suka. Apa lagi eh? Cara tulisan dia lain sebab banyak menggunakan email. Jadi, takde la banyak perenggan yang berjela- jela. Bai !

p/s: buku ini serius best. Gelak- gelak lepas tu tiba- tiba jadi scary gila.

Khamis, 13 Oktober 2011

Aku terima nikahnya

Tadi belajar tentang Maqasid al-Syariah di mana salah satu prrinsipnya adalah menjaga maruah dan keturunan manusia. Ustaz ni suka buat orang insaf sikit- sikit tau dalam kelas dia.

Cuba bayangkan ada dua pasangan lelaki-perempuan di hadapan kamu. Kita namakan A-B dengan H-I. Perbezaan antara mereka cumalah A mengucapkan kalimah "Saya terima nikahnya" iaitu A-B ada ikatan perkahwinan manakala H-I tidak. Tapi mereka melakukan perkara yang sama macam lovey- dovey things blablabla gitulah. Eh jap, ustaz cakap, kalau pengantin lelaki tu angguk je masa akad pun dikira sah. Yang selalu kita dengar sampai 2-3 kali lafaz tu, tok kadi je mengada- ngada. Heheh

Okay, cerita balik. Sampailah pada suatu masa, kedua- dua perempuan tadi tu mengandung. Kau rasa ada tak mereka dapat layanan yang sama oleh lelaki mereka? Pada pasangan A-B pastilah si isteri dan kandungan diberi layanan baik- baik. Kalau mengidam pun si suami sanggup cari makanan. Pastu si suami siap beli pakaian lagi untuk si isteri. Kau rasa ada ke yang H tu nak beli baju mengandung untuk girlfriend dia? Mesti takde lah kan. Bila anak dah lahir, mesti yang pasangan berkahwin ni akan bagi nama- nama baik dekat anak. Lepas tu, akan lindung anak sampai tak bagi kena gigit nyamuk pun. Tapi macam mana dengan anak luar nikah H-I tu? Bukan setakat nyamuk, satu badan pun dah habis kena kerumun dengan lalat. Tu tak kira lagi kalau ular datang ke, kepala pecah sebab kena campak dari tempat tinggi ke. Kesian kan. Lepas tu, bagi yang dikurniakan umur panjang, macam mana pula hidup mereka start sekolah nanti? Orang lain pergi balik sekolah, papa hantar. Tapi mereka, ayah pun tak kenal. Tahun 2009 ada 17000 (lebih) anak luar nikah. Sekiranya pertumbuhan penduduk normal bagi pasangan yang dah berkahwin, bekeluarga, mana kita nak letak 17000 (lebih) budak darjah satu ni? Makin sesakkah sekolah dengan kehadiran mereka? Kesian kan :(

So, fikir- fikir jelah kan. Oh ya, kawan aku kena lamar haritu. Aku pula yang teruja walaupun kawan aku tu takde hati pun dengan lelaki tu. Ingat senang ke kena lamar? Bukannya ajak couple time muda- muda ni, tapi ajak ada ikatan. Aku percaya kalau ada orang sanggup buat macam tu, maknanya dia dah yakin dengan personaliti, sikap, perangai blablabla yang ada dengan perempuan tu walaupun tak kenal begitu rapat. Maksud rapat bagi aku ni macam mesej sepanjang hari tambah dengan gayut lebih setengah jam. Anyway, kita pun tak tau siapa jodoh kita dan macam mana kita boleh mengikat ikatan kasih sayang dengan seseorang tu kan. Asalkan Allah redha dengan hubungan kita sudah.

p/s: Bila dah masuk degree, barulah rasa yang topik perkahwinan bukan lagi main- main. Rasa macam dah besar je walaupun ada orang cakap aku berperangai macam budak- budak lagi :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Of sari and amilah

Nama aku amilah. Aku suka perkataan amilah. Aku sebenarnya lebih menghargai orang yang panggil aku Amilah berbanding orang yang panggil nama singkatan.

Tapi, tapi...
Bila aku sebut nama Amilah untuk kali pertama di hadapan orang yang tak dikenali, aku kena sebut nama aku berulang kali. Sebab mereka ingat, "Kamilah?" "Aminah?". Yang baca nama aku sebagai Jamilah pun ada.

Tsk tsk. Perkara yang biasa dialami terutama bila masuk fasa baru seperti masa matrikulasi, masuk tempat kerja dan tak terkecuali masuk UiTM.

Last- last aku terpaksa menyerah kalah. "Nama saya Amilah. Panggil saya Mila." Dan respons mereka, "Mila AF eh?". Atau apa- apalah. Aku tak pandai nyanyi lah weh. Takpelah. Redha. Nama aku kan pelik, rare.

p/s: Bila google nama aku, maksud dia hopeful.