Memaparkan catatan dengan label surat cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surat cinta. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

Cikgu, thank you for everything.

Semenjak akhir- akhir ini, saya sedar yang saya merupakan pelajar yang teruk. Ini bukanlah masa untuk kita sekadar menuding jari kepada para guru yang cara mengajarnya yang tak kena dengan apa yang kita mahu.  Cuma, dalam apa- apa kekurangan, bukankah lebih baik kita mencari jalan penyelesaiannya. Mencari apa- apa jalan tanpa terlalu bergantung kepada guru. Mengambil inisiatif sendiri. Untuk membantu diri sendiri.

Biasalah, cakap lebih. Plan hado, nak buat haprak. Pui.

Dan kredit patut diberikan kepada guru- guru yang super best. Yang memberi motivasi. Yang membuatkan kami berfikir di luar kotak. Belajar bukan semata- mata untuk buku teks. Yang ajar bahawa hidup kami jauh lagi ke hadapan. Bukan sekadar belajar buka buku di kelas. Cikgu memang lejen!

Eh, kan ada aku cerita yang aku pelajar yang teruk. Yang mejanya betul- betul di hadapan guru, tapi masih lagi boleh tertidur. Dan juga terkantoi berangan di waktu guru menerangkan. Erk! Dan juga akulah pelajar yang menulis nama guru terbalik dalam kertas ujian.

Terima kasih kerana masih cool dengan perangai saya yang hampeh. Moga saya menjadi manusia dengan didikan anda semua. 

Kepada semua guru, anda semua best. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar. 

LET'S HAVE DESIRE TO LEARN!

Jumaat, 24 Mei 2013

Ucapan pasca hari guru

Kadang- kadang, kita lupa
dalam memperlecehkan mereka.
Kita memperlecehkan orang yang luas pengalamannya, lebih banyak amalnya, dan jauh perjalanannya.

Berbanding kita yang masih merangkak.

Sungguh, mungkin kita geram. Tapi apalah geram kita jika dibandingkan perkara- perkara lain yang kita punya sehingga nilai diri kita ini tidak terbanding dengan mereka.

Selamat hari pendidik.
Kepada guru- guru sekolah rendah yang masih ku ingat namanya, guru- guru sekolah menengah yang masih ku ingat suasana kelasnya, pensyarah matrikulasi yang masih terasa keakraban mahupun pensyarah universiti. Pensyarah- pensyarah inilah yang paling rasa jauhnya. Biar jauh tapi menusuk kalbu.

Selamat hari guru :)

Rabu, 3 April 2013

Ke hadapan Srikandi

Ke hadapan Cik Srikandi,



Saya ini seorang yang mencari. Sejak dahulu lagi, saya membaca tulisan saudari. Di blog. Sehingga saya pernah berangan nak jadi ahli sejarah. Nak pergi korek galian semua itulah. Blog ini menjadi saksi okay. Cuba tekan link ini. Sehinggalah saya terlupa akan tulisan saudari bila hanyut dalam kehidupan. Dan kini, saya terjumpa lagi tulisan saudari dalam buku Makan Dalam. Buku itu memang power. Sesiapa yang baca entri ini, patut ambil tahu tentang buku ini. Setakat ini, itu adalah antara buku alternatif yang paling aku suka!

Berbalik kepada saudari Srikandi, kiranya saudari ini begitulah sulit untuk diketahui siapakah gerangannya. Maka, kini saya merasa ragu- ragu. Berdasarkan pemikiran kritikal, saya tahu saya tidak boleh ikut membabi- buta. (Dalam politik pun sama yaw!) Walaupun artikel saudari begitu menarik (hoh yelah. Melaka as in Parameswara dan Sultan Mahmud begitu klise. Srikandi bercerita lebih daripada itu kepada kita tentang Melayu) tapi saya masih was- was.

Sudikah kiranya, saya ingin bertemu dengan saudari? Ingin sekali saya melihat sumber- sumber rujukan dan kisah lain tentang sejarah Melayu. 

Oh ya, blog itu telah di-private-kan atas kesulitan tertentu. Mungkin.


Isnin, 8 Oktober 2012

Pengakuan seorang kawan. Ampun, masuk dalam prengzone sudah!

Andai ada entri- entri sebelum ini yang agak cheesy, ketahuilah, ianya kerna kamu. Kamu yang melekat dalam hati dan aku tak pandai halau dari hati ini! 

Kita jauh beratus kilometer. Kita jauh berjam-jam perjalanan. Kita bukan berhubung secara langsung berhari- hari. Tiada panggilan. Tiada teks pesanan. Malah, aku rasa, lepas ni dah tak ada borak- borak bodoh pasal lawan main teka- teki. Mahupun main- main reply mesej berupa smiley saja. Hm, kadang- kadang rasa macam hanyut juga bila macam tu. Mungkin berdiam diri itu kadang- kadang lebih baik.

Dulu, ada suatu masa, bila kita ingin berkongsi rahsia, aku fikir aku akan patah hati. Tapi tak patah hati pun. Sebab rahsia itu jauh daripada apa yang aku sangka! Rasa lega pun ada. Ah ah apa nih. Menyampah! Dan lepas tu, tiba- tiba dapat jawapan dalam kenangan dulu- dulu. 

Dan kenapa, dari luaran,aku layan kau biasa- biasa saja? Sebab perangai kaulah. Layan kasar pun boleh jadi sangat selesa. Perangai serius tak romantik. Entah apa- apa perangai masing- masing. Apa entah romantik tu. Tapi aku pernah jumpa seorang mamat ni. Dia cakap slow je. Rasa macam kena duduk dekat, kena tumpukan pendengaran sebab nak dengar apa dia cakap. Macam tulah kot romantik. Wahai gadis- gadis, pernah tak jumpa lelaki yang bersuara romantis gitu? ahaks. 

Dan aku tak tahu cara senyuman kau, cara lepak, cara apa entah sebab kita jarang jumpa. Dahla jarang jumpa, jarang berhubung secara langsung, dan jarang apa lagi dah. Tapi masalahnya, macam mana kau boleh lekat dalam hati aku ni? Damn.

Dan kalau kau baca ni, dan kau rasa lelaki itu adalah diri kau, tolonglah buat- buat chill je okay? Kalau terkejut dengan pengakuan ini, tolonglah hm jangan reject terang- terangan. Reject secara senyap pun tak boleh. Sebab aku dah pernah rasa patah hati. Dan sakit itu sangat mendalam. Jadi, apa yang kau boleh buat? Kau doalah lepas sembahyang, mahupun lepas waktu azan, bahawa aku akan ditenangkan hati dan tiba- tiba berjumpa dengan lelaki yang tiba- tiba muncul dalam hidup. Dan tiba- tiba dunia aku berbunga. Tapi kau jangan doa aku pergi dating apa kejadah pula ya. Tak maulah kalau macam tu.

Dan apa- apa saja yang mengingatkan aku pada kau, mengingatkan aku pada kau. Er, pernyataan yang agak bengong di situ. 

Berapa lama lagi kau nak lekat dalam hati ni woi??

Sabtu, 19 November 2011

Sari dan novel

Aku mempunyai kriteria sendiri dalam membaca novel.Terutama novel Melayu. Memilih bukan? Kriteria aku, haruslah bukan novel di mana jalan ceritanya terover antara hero dan heroin. Aku dah pernah membebel dalam entri ini. Aku rasa macam tak syok gila kalau couple berkasih- kasihan yang over dalam kisah mereka. Yang tak boleh blah, hero tu siap jadi imam lagi dalam solat berjemaah. Tapi, cium tangan tunang dalam kereta. FAILED!

Tapi, aku juga kalau boleh tak nak juga beli novel yang boleh nampak gila islamiknya. Aku tak bangkang, tapi aku penat dan bosan. Watak dia macam sempurna gila, macam tak ada buruk pun. Dan sebab tu, selalunya aku tak beli mana novel- novel macam tu. Sehinggalah pada minggu ni. Aku ada baca review satu novel ni, dan aku tertarik. Lalu beli. Tak sampai separuh pun lagi dibaca, aku sudah bosan. Aku tak nampak sangat isu sebenar cerita ni. Aku tak terbuai dengan bahasa penulis. Tapi, takpelah. Penulis baru kan. Aku akan cuba lah meriangkan hati aku dalam menghabiskan buku ini. Cubalah berfikir positif sikit, mungkin dia nak sebarkan dakwah tu banyak sekali gus. (Sampai aku overload?) Okay, fikir positif ! :D

p/s: Surat untuk Noor Suraya.
Kaksu, saya jatuh hati dengan tulisan Kaksu. Gaya bahasanya buat saya terbuai- buai. Kisahnya buat saya tersenyum di akhir cerita. Mengapa mesti indah- indah sekali ceritera Kak Su. Dengan kisah pertama, saya asyik teringat- ingat akan Rumah Kecil di Ujung Padang. Cerita Jaja dan Din asyik buat saya gelak. Kemudian, saya baca pula Panggil Aku Dahlia. Surat Ungu untuk Nuha. Langsir Biji Remia. Hati Andriyana. Dan yang paling tak sangka- sangka, novel- novel Kak Su berkait- kait ceritanya! Ni yang rasa geram ni. Macam nak kumpul je semua, tapi apakan daya, susah betul nak cari karya Kak Su terbitan Creative Ent. Satu je perkataan yang boleh disebutkan tentang novel Kaksu:

INDAH

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tolong jangan putus asa dengan aku :')

Aku adalah perempuan yang dalam hatinya, mahu berubah menjadi lebih baik. Tapi aku masih statik, macam biasa. Terkadang membuak- buak mencari pahala, tapi lebih banyak buat bodoh sahaja bila dosa bertimbun- timbun.

Tak hairanlah aku begini. Kerana ada suatu frasa yang mengatakan, "Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah orang yang paling bersedia sebenarnya". Ada saja orang yang mengajak aku ke dalam golongan di mana aku insyaAllah, akan ingat siapa pencipta aku. Pergi majlis ilmu, pergi itu pergi ini. Dan ada saja alasan aku, bermacam- macam.

Aku cuma pinta, jangan putus asa akan aku. Tolong. Aku ingin sekali cuma roh aku masih tak mampu kuasai fizikal ni. Dan aku masih mengungkapkan banyak alasan...

Rabu, 26 Oktober 2011

Jiwa demam tapi mulut tersenyum- senyum

Kau dan aku kawan. Yang secara tiba- tiba kau muncul dalam jiwa aku, dalam watak yang lain, dan tiba- tiba ada perasaan lovey- dovey terhadap kau.

Sangat menganggu jiwa aku. Dan membuatkan aku mula mengasah skill untuk berangan perkara yang 98% insyaAllah takkan jadi.

Wei, tak best tau! Syuuhh syuuhh pergi dari jiwa sari please :')

Khamis, 16 September 2010

Lelaki jiwaku

Sekurang- kurangnya, saya makin kenal siapa saya. Seorang yang hatinya, malas berpasangan dengan lelaki lain. Tapi suka jatuh suka dengan laki lain.

Ngeee :)
Jatuh suka, suka, tiba- tiba hilang :) Kemudian, lakukan kitaran itu berkali- kali.
Dan selalunya, saya tak kenal pun siapa laki itu. Cuma tahu nama, dah cukup. Senyum, cakap? hehe. Tak payah kot.

Minta maaf, tiba- tiba jiwang.

Tapi, saya ada kawan. Kini suka bangkitkan hal cinta selepas pernikahan. Katakan tidak kepada couple. Yada yada yada. Saya suka juga. Tapi kadang- kadang cinta itu hadir. Oops, suka itu hadir :)

Cinta tiga tahun kemudian tiba- tiba hilang macam lilin birthday kena tiup padam. Yang ni ajar saya supaya stay away daripada cinta. Cinta sunguh- sungguh mana pun tak jadi juga kalau Tuhan tak izinkan. Cinta ini yang ajar supaya rilek- rilek lah dulu.

Lagipun, saya tak pandai memasak, tak suka kemas rumah, dan macam- macam lagi. Saya cuma boleh sediakan mulut untuk berdebat dan teman menonton tv. Hehe. Saya cuma berumur 18 tahun yang masih digelar budak. Cuma pandai teori sahaja.

Awak itu akan datang juga kan (kalau umur panjang. InsyaAllah). Jadi saya tunggu untuk jatuh cinta (bukan lagi suka) kepada awak dan terus lompat ke next stage. Boleh?

Rabu, 20 Januari 2010

Aduan : Saya nak ambil course itu

amaran: post ini akan menjadi suatu yang lameeee gilak.

Ke hadapan saudara profesor/ dato'/ guru kaunseling/ sahabat baik/ puan tempat tanya masalah dalam surat khabar mingguan:

Saya merupakan lepasan SPM yang kadang- kadang resah juga dengan keputusan SPM yang belum kunjung tiba lagi. Saya telah melayari banyak laman web kolej- kolej supaya saya dapat tahu ke mana hala tuju saya lepas ini.

Pilihan pertama saya adalah untuk memohon institut pendidikan guru dan jadi cikgu. Harapan saya adalah untuk meracuni pemikiran kanak- kanak dengan madu dan bukannya dengan gula. Sebab harga gula makin mahal dan juga berbahaya sekiranya diambil secara berlebihan. Saya juga ingin mereka tahu sejarah negara dengan mendalam dan bukannya secara olok- olok sahaja.

Sekiranya boleh, saya ingin menjauhkan diri saya daripada bidang sains tulen. Saya bukan nak khianat apa yang telah saya belajar selama dua tahun tapi hati saya bukan ke situ. Nak buat macam mana. Tapi saya suka Fizik! OK, berulang kembali ke tadi, saya suka sejarah. Bukan semata- mata pelajaran akademik di sekolah menengah sahaja. Jadi, macam mana hala tuju saya selepas ini? Kalau boleh, saya nak ambil Pengajian Asia Tenggara. Tapi, saya tak nak ambil STPM. Ada jalan lain tak? Kalau saya ambil asasi undang- undang atau ekonomi semua tu, boleh ke saya ambil Pengajian Asia Tenggara untuk ijazah?

Oh ya, bagaimana dengan peluang pekerjaan? Saya dulu ada berangan- angan. Nati pergi buat ekspedisi. Cangkul- cangkul. Jumpa batu inilah, itulah. Pastu, nanti jumpa kerajaan lama dekat Malaysia. Jeng, jeng jeng! Saya percaya, Malaysia ni tak habis korek lagi. Cuma terhijab lah kot daripada pandangan rakyat kita ni. Rasa macam dalam filem atau dalam Discovery Channel pula ( dan History Channel) hikhik.

Lepas tu, saya nak jadi penulis baru buku teks sejarah. Sebab saya rasa, buku teks sekarang ni suka cakap separuh- separuh. Rasa geram tau bila separuh lagi, baru kita dapat rasa terujanya tapi cuma dapat baca dalam internet jelah.

Saya pun berangan- angan nak ambil Masscomm dalam Journalism. Tapi, saya tak berapa pandai menulis sangat. Karang, tiba- tiba pula tak ada idea nak menulis. Hishhhh.

Kepada saudara- saudara yang tertera di atas, tolong bantu saya yang dalam dilema dan angan- angan ini. Sekian, terima kasih.