Memaparkan catatan dengan label biskutrotidankek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskutrotidankek. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mac 2015

Antara menda yang kelakar ialah kau sibuk buat kerja. Tiba- tiba kau rasa seperti ada orang tengah tengok kau. Bila kau toleh, dia pun sibuk- sibuk buat kerja lain. Atau kalau terkantoi, dia pun pura- pura tanya, "Sibuknya buat kerja."

Kahkah.

Selamat hari Isnin.

Isnin, 15 Disember 2014

Antara nikmat hidup yang kita mungkin tidak sedar atau malu nak memperkatakan adalah dapat buang air besar. Iyalah, benda tu kan baik disimpan aja ceritanya. Berak pun sorang- sorang, bukannya ramai- ramai pun!

Pada suatu hari, adalah kawan aku ni bertanya kepada ketua kumpulan kami yang dia ni ambil Herbalife ke? Dia tak jawab pun,"Aah, akak ambik herbalife. Kenapa, nak try ke?"

Dia tanya balik kepada kami, "berapa kali awak buang air besar dalam sehari"
Aku macam... what? berapa kali sehari?

Ternyata, buang air besar begitu memainkan peranan penting dalam hidup kita.

Jadi, nikmat dapat buang air besar adalah nikmat paling besar. Aku banyak kali pernah merasai situasi di mana aku tak buang air besar dalam masa 3-4 hari, itu adalah cukup merisaukan aku. Sampai aku terpaksa cari air twister, minum milo mahupun makan buah untuk melancarkan penghadaman aku. Kita ni, makin banyak makan, makin banyak toksik yang dihasilkan. Kalau tidak menjadi najis, memerap dalam badan kita lah maksudnya kan?

Jadi, selamat bahagia jika baru dapat buang air besar harini. Jangan jadi macam aku, selalu duk tahan. Lepas tu, bila pergi tandas, takde apa yang keluar. hampeh.

Selamat menjalani kehidupan!






Ahad, 14 Disember 2014

Terima kasih facebook

Facebook sebenarnya telah menjadi satu medan yang kalau boleh, ingin aku tak hirau. Ingin aku tak sentuh langsung. Kerna di sana aku menjadi sekecil- kecilnya. Nak tulis status, aku akan seperti tertunggu butang notifications untuk menyala warna merah. Dan makin lama aku scroll newsfeed, makin aku rasa kecil dan juga rasa hasad dengki dengan kehidupan orang lain. 

Hek eleh. Teruk betul perangai.

Jadi, aku cuba melayan facebook dengan kadar sederhana. Like status sana sini. Kadang- kadang stalk orang. Dah la. Gambar di profile aku pun kali terakhir di-update pada November 2013. Ha ha.

Pada suatu tengah hari Jumaat, macam biasa aku dan kawan- kawan cari tempat makan sedap sikit memandangkan kami rehat selama dua jam. Dan adalah pada hari tu, aku makan macam- macam lalu tersandar kekenyangan di meja makan. Memang sandar baik punya lah. heh

Lalu aku ternampak junior sekolah dahulu yang duk pandang- pandang aku dari jauh. Dua orang. Aku pun membetulkan duduk aku lalu bertegur sapa dengan mereka. Kami sempat sekolah sama masa di smart dulu hanya setahun memandangkan beza umur pun empat tahun.

TAPI DIORANG MASIH CAM AKU KOT. TERIMA KASIH FACEBOOK SEBAB BAGI AKU CAN BACA STATUS BERJELA- JELA JUNIOR AKU TU. TERIMA KASIH FACEBOOK SEBAB KAU, AKU INGAT LAGI NAMA DIORANG.

tapi yang lagi terharu adalah bila aku tak aktif facebook pun, tapi diorang masih ingat dekat aku. Huwaaaaaa.....

p/s: dengan berbekalkan sedikit share yang aku buat tanpa mendapat perhatian orang lain, dan juga rakan- rakan yang sudi tag aku dalam status, iya facebook aku masih lagi nampak hidup. Terima kasih kawan- kawan!


Khamis, 11 Disember 2014

Rupa- rupanya, bila kita rasa ambil berat untuk seseorang, kita akan cuba jaga dia sebaik- baiknya. Lakukan apa saja untuk dia. Dan juga berkorban.

Selingan: Ewah. Gitu sekali rasa dia.
Patutnya kena terapkan perkara ni untuk mak. 
Sebabnya, bila mak ada. Rasa macam kalau boleh biar je mak buat macam- macam untuk kita. Sebab mak kan superwoman. Kuang kuang. Sampai bila entah nak biarkan diri ini dimanjakan (baca: anak dara pemalas haprak)

Moga diri ini bermanfaat dan membahagiakan orang sekeliling.



Ahad, 18 Mei 2014

Cikgu, thank you for everything.

Semenjak akhir- akhir ini, saya sedar yang saya merupakan pelajar yang teruk. Ini bukanlah masa untuk kita sekadar menuding jari kepada para guru yang cara mengajarnya yang tak kena dengan apa yang kita mahu.  Cuma, dalam apa- apa kekurangan, bukankah lebih baik kita mencari jalan penyelesaiannya. Mencari apa- apa jalan tanpa terlalu bergantung kepada guru. Mengambil inisiatif sendiri. Untuk membantu diri sendiri.

Biasalah, cakap lebih. Plan hado, nak buat haprak. Pui.

Dan kredit patut diberikan kepada guru- guru yang super best. Yang memberi motivasi. Yang membuatkan kami berfikir di luar kotak. Belajar bukan semata- mata untuk buku teks. Yang ajar bahawa hidup kami jauh lagi ke hadapan. Bukan sekadar belajar buka buku di kelas. Cikgu memang lejen!

Eh, kan ada aku cerita yang aku pelajar yang teruk. Yang mejanya betul- betul di hadapan guru, tapi masih lagi boleh tertidur. Dan juga terkantoi berangan di waktu guru menerangkan. Erk! Dan juga akulah pelajar yang menulis nama guru terbalik dalam kertas ujian.

Terima kasih kerana masih cool dengan perangai saya yang hampeh. Moga saya menjadi manusia dengan didikan anda semua. 

Kepada semua guru, anda semua best. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar. 

LET'S HAVE DESIRE TO LEARN!

Sabtu, 3 Mei 2014

You're now listening to BFM

Pada pagi- pagi sebelum ke kelas, saya selalunya akan meluangkan masa dengan membuka radio. Kalau dahulu, mesti asyik- asyik ulang pasang lagu Yuna. Tapi, untuk semester ini saya berhasrat untuk konsisten memasang satu saluran radio ini.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan serumah saya bertanya, "Ape benda boring yang kau pasang ni?"

Hmm yes, memang boring pun kalau pasang BFM 89.9. Kalau pagi- pagi dah berbual- bual pasal headlines surat khabar. Dan berborak kenapa begitu, kenapa begini. Kemudian ada lah bual bicara dengan  tetamu jemputan. Ada je slot macam- macam untuk hampir sepanjang masa. 

Tapi part yang paling best sebenarnya bila tengah malam sehingga menjelang subuh sebenarnya. Aherherher. Sebab masa tu BFM pasang lagu tempatan, kebanyakannnya darupada kumpulan indie. Masa tu, rasa bahagia dia macam zaman XFM gitu.

Korang tahu tak XFM tu apebenda? Xfresh? XFM? Yang sekarang dah takde? Dah la tutup secara tiba- tiba. Hampeh tapi rasa sedih sangat masa tu sobsobs.

Oh ya, tahu tak yang BFM sekarang boleh dilihat secara visual? Pergilah ke Youtube! Dan juga... jeng jeng jeng ada juga segmen dalam Bahasa Melayu. Taraaaaa

Jadi, mari tonton. Sama ada anda akan rasa bosan juga atau tertidur, hadam je lah. Bila lagi nak acah- acah pandai bila layan benda macam ni? ;)






Jumaat, 25 April 2014

Maafkan saya, marah- marah pulak haritu.
Maaf ya :3

Ahad, 20 April 2014

#Iissad

Saya secara umumnya seorang yang lemah- lembut, sering tersengih dan juga tidak berani mengatakan bantahan. Atau erti kata lain, lembik dalam berbicara. Dan juga membosankan. Dalam pada itu, saya juga sebenarnya mungkin terlalu direct, angkuh tanpa saya sedari. Bila saya sedar akan hal itu, kata- kata sudah terlepas dari mulut saya. Saya cuma mampu berdoa agar si dia cuma tak terasa hati. Itu saja. Ampun dipinta sangat- sangat.

Dalam halnya saya secara umum itu, jadi saya mudah dibuli. Saya sungguh tak kisah kerana kadang- kadang hal macam tu yang menampakkan kita lagi mesra dalam berhubungan. Yang cakap tak berlapik. Boleh kutuk sesuka hati. Cuma yang sakitnya, bila hal buli- membuli itu (yes, mestilah aku kutuk dia balik!) terlihat dalam kumpulan orang ramai. Dan si dia nampak lagi dominan di situ. Dan saya yang jadi bahan ketawa. K

Tapi sebab satu hal dalam banyak perkara yang kita lakukan, takkan itu menjadi hal besar antara kita?

Saya sungguh tak kisah dibuli selagi tak memudaratkan. Selagi cuma dibawa ketawa antara kita sahaja. Tanpa melibatkan kumpulan orang ramai. Sebab kita tahu itu semua gurau- gurau.

Atau kau insecure dengan dengan apa yang aku ada (Okay, gi mampus dengan pernyataan ini)

Atau jikalau lah terma 'dibuli' itu sama gandingannya dengan 'dipergunakan', saya tak sanggup lagi. Please. Saya tahu sekiranya saya dipergunakan, bermakna saya adalah rakan yang boleh diharap. Rakan yang dicari ketika kesusahan. Dan rasanya ini bukan kali pertama dipergunakan sebegini. Tapi dalam segala kesusahan yang saya lalui itu, saya dapat banyak pengalaman. Saya dapat macam- macam yang Tuhan bagi. Tuhan secara tidak langsung memberi kurniaNya dalam kesusahan yang awak campak kepada saya.

Tapi, kalau dah berkali- kali, tolonglah jangan. Dan saya berharap, feeling sewel, annoyed dan rasa sedih memanjang ni tidak awak sengajakan. Atau sebenarnya saya yang perasan lebih- lebih. Saya yang bersangka buruk dengan orang lain.

Dalam pada itu, saya juga fikir adakah saya juga telah mempergunakan orang lain. Mungkin yang tidak langsung saya sedari. Mohon ampun beribu ampun. Atau sebenarnya saya 'mempergunakan' Tuhan. Iyalah, dalam masa susah sahaja, buat solat hajat. Dalam nak cari parking sahaja, baru sibuk nak baca surah al- Insyirah. Dan bermacam- macam lagi.

Andai kesusahan, keresahan ini sebenarnya berpunca daripada diri sendiri, maka ampunkanlah aku. Sebab aku ralit yang tak sudah- sudah dalam hal dunia ni. 

Khamis, 17 April 2014

Apalah sangat nak berlumba- lumba dengan orang lain. Nak tunjuk siapa yang lagi baik kah? Lagi bagus kah?

Di mana dunia untuk kita saling membantu, saling berkasih- sayang?

Sabtu, 22 Februari 2014

22 tahun dah!

21 Februari 2014

Sejauh mana hati awak menongkat langit. Tanpa meninggalkan jejak di atas bumi?
Selamat berusia 22 tahun dan 7 hari, amilah. Moga hari- hari yang dilalui akan membentuk anda pada masa depan.

And yeah, I havent celebrate it yet. Punya lah sederhana hidup sekarang ini. Biar sederhana tapi jiwa besar. Konon- kononnyalah. Nanti kita pergi cari hadiah okay ;)

Isnin, 27 Januari 2014

Awak buat saya melangkah lebih jauh. Lebih berani untuk meluahkan perasaan. Lebih ke hadapan untuk berinteraksi. Sampailah saya sendiri yang melangkau garisan. 

Garisan itu. Garisan ini. Garisan 'eh kawan aku approve ke benda aku buat ni'. Garisan 'apalah nanti yang orang fikir'.

Saya ada juga minta petunjuk. Hampir sepanjang masa. Saya harap awak pun begitu. Ada ke awak? Dan saya juga hampir ingat segalanya. Bulan tujuh, mi goreng, sembilanharibulansembilan, pagi Isnin (yang tenang), dan macam- macam lagi.

Tapi saya masih ragu- ragu. Kita sendiri nampak kelam dalam masa hadapan. Dan ini membuatkan asasnya masih tak cukup kukuh untuk saya. Maka, soalan saya di sini, perlukah kita akan ruang untuk lebih mengenali dan menjadi serasi? Dan juga, cukupkah sekadar rupa untuk kita terus jatuh hati dan sayang?

Khamis, 23 Januari 2014

Aku cuba

Dua tahun lalu. Setahun lalu. Kini.
Banyak yang tidak lagi serupa. Sekurang- kurangnya untuk perkara yang penting. Sungguh yang dulu- dulu itu lah yang kita rasa best. Tapi selagi aku tak move on, selagi itu perkara yang sekarang ini nampak tak cantik.

Perkara berubah, hati kita juga turut berubah. Berubah untuk yang lebih baik. Usah risau. Moga ini juga nanti, pada masa akan datang, akan juga jadi kenangan yang terindah.

Mari terus tersenyum.
Aku cuba. Untuk hidup.

Isnin, 2 Disember 2013

Pagi Isnin #2

Rasa terserlah siapa saya dalam entri sebelum ini. Boleh nampak yang saya ini perempuan material sebenarnya. Uhuk.

Hati ini kadang bergolek ke kanan, kadang bergolek ke kiri. After all, hati mahukan apa yang dia mahu. Lupakan segala logik atas bumi ini. Cumanya, betulkah hati yang ada segala kemahuan itu cukup bercahaya untuk memandu tuannya?

Ahad, 1 Disember 2013

Pagi Isnin

Kadang- kadang, pagi Isnin ada menghadiahkan saya dengan sesuatu yang manis. Sama ada manis berjumpa dengan orang yang baru. Mahupun manis bila mengorak perbualan dengan si dia. Walaupun dengan orang yang berbeza, manis dia tetap indah.

Dua orang yang berbeza. Dengan latar belakang berbeza. Dengan masa depan yang berbeza.

Heh, masa depan mana kau tahu kan? Mungkin yang bijak pada hari ini tidak mampu menanggung kesedihan pada masa depan. Mungkin yang miskin pada hari ini dapat tanam kesungguhan untuk menjadi yang lebih selesa pada masa hadapan.

Saya tidak mahu sama sekali menghakimi sungguhpun saya sudah melabelkan siapa kamu. 
Ironi
Ironi
Ironi
Ironi
Ironinya saya.

Tapi dalam banyak- banyak saya melabel kamu, saya berjumpa ketenangan. Heh, ketenangan sebagaimana pula bakal dirasai agaknya bila sudah diikat sah? Kerana itu, saya berlembut hati. Dan rupa- rupanya, saya berjumpa jawapan yang lain.

Yang mungkin saya salah seorang perempuan yang kamu 'cuba- cuba' kenal. Unfortunately, it doesn't work with me.

Jadi, terus tenang. Saya senang berkawan tapi untuk pergi kepada hubungan 'cuba- cuba kenal' begitu susah. Hargai saya, dan saya cuba percayakan kamu. Er, kamu retikan untuk bezakan kawan dan 'kawan'?

Mungkin sebab tu kot orang lain di sekeliling aku dah ada boyfriend tapi aku tak. Sebab aku banyak karenah. Ok thanks bai

Sungai Besar, Selangor

16-17 November 2013
Sungai Besar, Selangor.
Jaulah di Bayangan al-Quran

Mungkin ini ahli yang paling brutal bila mana orang lain pakai baju muslimah dan seluar track di sawah, aku pakai jersi dengan harem pants lagi dekat sini. Mana lah tahu kena bawa seluar track kat sini. Er er lagipun seluar track dalam bakul kain kot di rumah sewa masa tu. Ades.

Makin kenal diri. Makin memahami erti ilmu. Hidup di sini berdisiplin tapi dalam konteks 'masing- masing dah besar' lah. Makin memahami hidup berkongsi (terutama makanan!).  Tapi di sebalik kebiasaan dalam kehidupan normal, ada kecenderungan untuk perkara yang biasa dilakukan untuk terus dilakukan.

Macam makan Twisties untuk seorang diri dan tidak berkongsi untuk empat orang. Damned Amilah. Esok tu, dia pergi beli jajan saiz sederahan dan makan sorang- sorang dalam bilik.

-________________-

ps. Dah lama berangan nak pergi Kedah pastu dapat jalan- jalan dekat sawah padi. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan jalan ke Sungai Besar dulu. Hip hip horeyyyyy

Khamis, 28 November 2013

Kencing sang kucing

Pada petang tadi, saya singgah ke kedai runcit untuk membeli aiskrim. Konon- kononya untuk menghadiahkan diri sendiri, setelah pada tengah harinya jawab ujian. Bolehlah jawabnya walaupun tak semua soalan mampu saya jawab. Dan keluarnya dari kedai, saya lihat seekor kucing (yang pada mulanya saya tegur sebelum masuk ke kedai), kencing di motor saya. Iya, kencing lah weh. Mujur bukan di tempat duduk, cuma di tempat letak kaki. Eh ni motor automatik tau. Jadi, betulkan kembali imaginasi anda.

Dalam saat saya berbaju kurung, saya fikir biarlah saya tunggang motor ni pulang ke rumah dulu. Dan selesaikan hal ini kemudian. Namun, peristiwa kucing yang kencing ini sebenarnya disaksi oleh 'abang- abang' yang sedap duduk minum teh tarik (mungkin) di kedai mamak. Saya tinggalkan motor tu tadi di hadapan kedai mamak yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit.

Maka, disuruhlah saya untuk mengambil gayung dari tandas kedai mamak dan menjiruskan ke tempat kencing tadi. Bukan setakat gayung, baldi pun saya angkut sekali! Bila saya pulang ke rumah, saya pun telefonlah abang untuk bercerita tentang peristiwa itu. Nama pun penunggang amatur. Dan dia asyik gelakkan saya di dalam telefon. Mungkin dia juga 'memadankan' muka saya yang cuma suka main dengan kucing di rumah tapi hal- hal buang tahi pasir kucing, saya buat bodoh saja. Mungkinkah ini balasannya? Hurm.

Tapi bila diingatkan kembali, waktu saya kemalangan kecil pada semester tiga dahulu pun, dia gelakkan juga. Tapi mungkin gelak itu rasa sedikit bersalah dan mungkin bagi hint, "Hah, kau pun rasa yang aku kena dulu". Mungkinlah, mungkinlah kot. Maka, baliknya saya ke rumah itu untuk sumbatkan baju kurung ke dalam baldi (kerana khuatir tercemar dengan kencing si kucing) dan bertukar persalinan. Lalu, keluarlah saya untuk pergi membasuh motor. Dalam pada waktu jam 6 petang, dengan tiada terik matahari dan juga ketiadaan alat, saya pergilah ke kedai membasuh kereta (yang juga membasuh motor). Ok lah, itu alasan lebih. Saya mana reti basuh motor. 

Dan saya pun pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Yada yada yada. Pukul 8 lebih malam, saya mencangkunglah sekejap di bilik air untuk membasuh secara manual. Menggunakan tangan.Alangkah bahagianya bila dah settle semua. Siap basuh sandal tu woots! Ingat senang ke hah saya nak buat menda ini semua.

Rupa- rupanya bila disibukkan dengan perkara- perkara yang tak terjangka ini, saya sebenarnya sudah terlupa akan kepenatan, kesedihan dan mempersoalkan kenapa kenapa dalam menghadapi kehidupan akademik. Rupa- rupanya, kawan saya masih berfikir, dan sedih (dan mungkin kecewa) tatkala saya sedang bergembira melayan perkara hal kencing kucing itu.

Maka sesungguhnya, kita tidak tahu sama ada ini nikmat atau musibah. Tapi kita tetap berbaik sangka kepada Allah.*Ini quote from unknown ya. 

Ingat lagi apa yang saya lakukan sebelum peristiwa kencing sang kucing? Saya beli aiskrim. Dan aiskrim itu dapat saya nikmati selepas pulang dari membasuh motor. 

Oh ya, saya rasa kucing tu cuba menanda kawasan dengan kencing di motor saya. Mungkin dia tak mahu kucing lain mengorat saya kot. Ahak! Teori haprak di situ.

Sebelum habis, marilah saya perkenalkan anda semua dengan seseorang:


Bolehkah seseorang boleh digunakan untuk seekor kucing? Hurm apa- apalah. Ini namanya Cantik. Cause she's so beautiful (obviously lah kan aduh). Ini salah satu kucing yang ada di kawasan flat kami. Ke hadapan Cantik, moga kencing dan berak di kawasan yang sepatutnya. Semoga cukup makan dan juga tidur.

Initipati tulisan ini sebenarnya nak ajak amilah bersyukur sikit sebab boleh lupakan masalah dan keluh kesah buat seketika. Ok lah bye.

Selasa, 26 November 2013

Generasi Y- that's me!

Guruku pernah berkata bahawa generasi kini (iaitu generasi aku dan seangkatan) merupakan generasi yang kurang sabar dan mahukan sesuatu dengan cepat. Mereka tidak pernah untuk meluangkan masa untuk melakukan sesuatu dengan susah- payah. Semua mahu makan suap sahaja. 

Contoh yang paling senang, dalam mencari ilmu terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Kalau tak tahu jawapan untuk assignment, google sahaja. Kalau nak tahu maksud perkataan atau mahu menterjemah ayat, Google Translate kan ada. Tidak seperti generasi terdahulu, mereka sanggup menghabiskan masa di perpustakaan. Buku bertimbun untuk buat rujukan dalam assignement. Kita rilek je kan. Duduk hadap laptop, klik sana klik sini. Dah. Yang lagi haprak, copy paste ayat tu bulat- bulat.

Sebab tu lah, generasi kita manja lagaknya. Nak dapat apa- apa pun senang dan pantas.

Dan ada satu lagi, kita sudah tidak lagi bersifat kekitaan. Kita lebih bersifat aku- kau. Kalau lapar, cari makanan sendiri. Lantak pi orang lain. Kalau aku boleh cari makanan sendiri, kau pun buat lah sendiri. Part yang ni, boleh ketuk kepala amilah. Sebab rasa macam kutuk diri- sendiri sekarang ni. 

Lepas tu pula, kita ada disetkan minda untuk berfikir, "Apa yang aku dapat kalau aku buat ini?" Bila dah lama- lama belajar di Shah Alam, makin rasa yang sistem itu sangat menindas kita. Kalau aku pergi ceramah itu ini, dapat makanan percuma. Kita kan pelajar. Duit tak adalah banyak mana. Nak- nak hujung semester. Kalau tahu dapat makanan free, mestilah kita pergi bukan?

Kemudian, dapat pula kupon. Kupon tu kumpul banyak- banyak, ada can lah nak dapat kolej semester depan. Padahal pergi ceramah, input masuk sikit sahaja. Yang masa banyak terluang mungkin hadap smartphone dan aktif di laman sosial. 

Makanan percuma. Kupon. Aku tak kata salah perkara macam ni. Tapi, kita telah didoktrin dengan 'hadiah' berupa fizikal untuk apa yang kita lakukan. Jadi, mana niatnya untuk kita tambah ilmu? Mana niatnya untuk kita bersama memeriahkan acara- acara di kampus? 

Jadi, apa yang akan aku dapat bila aku buat sekian sekian?

Dah lah, cakap macam kena dekat diri sendiri. Oklah, bai korang :(



13 juta ringgit malaysia

Cik Ta bakal berkahwin dengan tajaan RM 13juta. Peh peh. Kalau bagi aku RM50 ribu daripada jumlah sebanyak tu, cukup dah aku nak beli Proton Saga secara tunai wei. Bolehlah juga guna duit lebih untuk bayar cukai jalan dan insurans kereta. RM50 ribu tu kira tak luak mana lah kan daripada RM 13juta tu. Itu kata aku lah.

Bagaimana dengan kawan aku?
Dia kata, baiklah dia guna untuk bayar PTPTN.
Aah, betul juga. Lagilah perlunya duit itu untuk membayar hutang.

Sedih kan. Dalam tengah- tengah belajar dan tak bekerja lagi, dah memang dihempap dengan hutang. Bukan seribu dua ribu ringgit tetapi lebih lebih RM 25,000. Bukannya kita yang mahu berhutang, tapi inilah caranya untuk survive dalam hidup kerana belajar. Bukannya lepas SPM, kita ada hasrat untuk berhutang. Tapi, hutang itu datang dengan sendirinya 'memaksa' kita untuk 'melanggannya'.

Murahnyalah nilai duit kalau jumlah RM 13juta itu digunakan semata- mata untuk majlis perkahwinan. Bukanku tujukan kepada Cik Ta tapi kepada pihak- pihak penaja. Murahnyalah harga duit itu pada mata kalian.

Jadi apa lagi alasannya untuk aku tidak bersyukur dan kedekut untuk berkongsi rezeki, sekiranya ada orang sekeliling aku yang sudah diikat dengan hutang manakala aku tidak? :')



Jumaat, 15 November 2013

Aku tengah patah hati ni. Sikit lah. Tapi malangnya, bagi kesan juga. Jadi, aku makan burger sambil cari hiburan di laptop. Ini kira macam pura- pura sibuk lah kan.

Harap- harap akan okay dalam masa sekejap lagi. Jangan risau, patah hati sebelum bermula, merupakan patah hati yang tak berapa nak sakit. Itupun belum tentu lagi alasan yang konkrit untuk patah hati itu.

Ok lah, saudara ini mahu mengundurkan diri dulu. Nanti kita kongsi lagi gambar yang menarik okay?

Rabu, 11 September 2013

Tacap bedak

Sebelum pergi kelas, tacap bedak. Lepas tu ada pula yang menegur katakan awak ini cantik. Jangan terus tersengih! Sebab alat yang menjadikan awak cantik tu bedak. Bukannya muka polos semata- mata. Dan ehem, siapa yang jadikan setiap manusia itu ada kecantikannya sendiri? Mestilah Tuhan yang maha Kuasa dan sukakan keindahan.

By the way, pakai bedak cantik- cantik pun tidak sama sekali boleh membantu mata anda untuk menjadi segar sekiranya lepas tidur petang terus pergi kelas. Nampak doh mata mengantuk. Kbai