Memaparkan catatan dengan label budak marhaen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budak marhaen. Papar semua catatan

Isnin, 22 Oktober 2012

Suami dan isteri

Semalam, hari minggu. Biasalah kalau naik bas awam dari Kuala Lumpur ke Shah Alam. Membeli tiket pun beratur panjang (atau berebut) dan dalam bas berdiri, berhimpit.

Tapi sungguh, ajaib, subhanallah. Aku berdiri di sebelah pasangan yang bertuah dapat duduk. Aku kira mereka ini suami isteri. Si lelaki berkemeja kotak- kotak. Si perempuan berbaju kurung dan selendang coklat polos.

Dan kau tahu apa, mereka berborak dengan bahasa isyarat. Rupa- rupanya si isteri itu bisu orangnya.

Sungguh, dari luaran mereka nampak macam kita, macam biasa. Namun, kekurangan itu umpama tidak mencacatkan mereka. Borak mereka 'meriah'! Berborak, main jelir- jelir lidah. Sehingga ada sekali itu, si suami bergurau dan sang isteri geram sambil cubit- cubit manja. Aku pula, macam biasa, si penyibuk yang asyik- asyik ingin menoleh ke arah mereka.

Aduh asyiknya! Kekurangan itu langsung tak halang mereka untuk terus bergembira.

Dan ada sekali itu, bas pasangkan lagu. Dan si suami alihkan lirik lagu itu dalam bahasa isyarat. Mungkin kerana sang isteri nampak penumpang lain nampak excited bila mendengar lagu itu. Kau tahu itu lagu apa? Lagu 1 Malaysia. *Kita satu bangsa kita satu negara. Kita satu matlamat oohhhhh*

Dalam sunyi, mereka bising. Dan aku rasa meriah mereka ini kadang- kadang mengalahkan kita yang normal. Moga meriah sehingga akhir hayat!

Rabu, 18 Julai 2012

Rawak yang ke-berapa entah?

Kalau cuba nak rasa insaf dan sedikit kemanusiaan sekali sekala, naiklah pengangkutan awam. Tak rugi. Banyak perkara boleh belajar dan rasa sedikit bersyukur. Terutama orang macam aku lah. Kalau di Kuantan, nak pergi mana- mana, cuma perlu merengek saja. Nanti ada lah orang tolong bawa kita pergi ke mana- mana.

Tapi lain pula kisahnya bila di Shah Alam. Untuk kebanyakan masa lah.

Tunggu bas lama gila untuk gerak. Dengar anak kecil menangis melalak dalam train. Masuk bas yang diselubungi dengan bau rokok dalam penghawa dingin.Atau bau durian. Kena tolak dalam berhimpit- himpit. Tengok anak- anak kecil tertidur keletihan dalam bas (yang ni rasa sayu gila!). Tengok pak cik baya ayah yang terpaksa berdiri dalam bas. Berhimpit- himpit. Berebut- rebut. Dan rasa penat.

Heh, baru rasa macam rakyat marhaen beb!

Pandangan dari bus stop kebiasaan

Selasa, 15 Mei 2012

15 Mei 1948

Tiba- tiba je hari ini penuh DP kawan- kawan di Facebook dengan gambar- gambar berserta ini:


Tak kisahlah kalau ada orang fikir tukar gambar secara berjemaah ini poyo, buang masa atau tak memberi kesan kepada orang Palestin. Sekurang- kurangnya: 

1. Kita dapat tahu yang satu bencana telah berlaku pada 64 tahun yang lepas. Hampir setahun selepas hari Hartal di Tanah Melayu, Palestin telah dirampas orang. Orang Palestin mula menderita. 15 Mei 1948 juga dikenali sebagai Hari Nakbah. Mengapakah? Sebab pada hari inilah, penduduk Yahudi Zionis menumpang secara rasmi di tanah Palestin. Tak malu kan? Tiba- tiba duduk atas tanah orang, lepas tu mengaku itu tanah mereka.

2. Setiap daripada kita telah mendoakan orang Palestin. Tak adalah jadi ignorant sepanjang masa ye tak? Mudah- mudahan doa itu sampai kepada mereka :)

3. Bila lagi nak tukar DP secara berjemaah kalau tidak sekarang? At least, dapat tarik perhatian orang lain tau untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku 

ps. Siapa tahu cologne yang lebih wangi daripada Johnson and Johnson? :')
pps. Nah, kalau mahu tahu lagi tentang saudara kita Palestin

Rabu, 21 Mac 2012

Budak marhaen II


Pagi- pagi aku tunggu bas. Naik bas pergi ke kelas. Dari seksyen 7 ke Fakulti Perakaunan. Pagi semalam memang pagi yang melelahkan. Turun 7.50 pagi. Enam bas lalu tapi tidak berhenti. Sadis kan? Alasan, bas penuh. Diangkutnya dahulu pelajar dari kawasan kejiranan yang bas lalu dulu itu. Bas ketujuh berhenti. Tapi sendat. Aku sendiri tak muat. Bas kelapan, aku masuk. Dapat tempat duduk. Dan aku sampai ke kelas, jarum jam hampir melangkah pada pukul 9. Walhal, kelas bermula jam 8.30 pagi. Awesome! -.-'

Oh ya, ada dua bas yang 'menguasai jalanan ke kampus' dari tempat aku. Bas RapidKL dan Rengit. Rapid, macam biasalah perkhidmatan swasta. Sentiasa ada. Bas Rengit, bas percuma. Tapi, jarang ada. Aku rasa RapidKL patut tambah bas mereka lah. Tahulah, anda tu monopoli di kawasan kami, boleh sentiasa dapat untung. Aku bayar RM1 tau tiap kali naik bas anda.Bayar duit tapi naik bas pun kurag selesa. Jadi sandwich. Himpit- himpit. Tapi, kalau buat kami selalu macam ni, perkara ni akan bagi kesan dalam jangka panjang. Bas lambat, kemudian rasa fed up dan kecewa, maka muncullah hasrat hati untuk bawa motosikal/ kereta pergi kuliah. Dan pada masa itu, bolehlah kita babai dekat bas awam kan?

Tapi disebabkan aku kini terbayang persoalan ini, "Memegang dunia atau dipegang dunia?", maka perlulah cari strategi lain. Lain pagi, kena turun jam 7.30- 7.40 pagi. Biar tak payah merungut dah. Bai!