Memaparkan catatan dengan label tiba- tiba serius. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tiba- tiba serius. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Mei 2014

You're now listening to BFM

Pada pagi- pagi sebelum ke kelas, saya selalunya akan meluangkan masa dengan membuka radio. Kalau dahulu, mesti asyik- asyik ulang pasang lagu Yuna. Tapi, untuk semester ini saya berhasrat untuk konsisten memasang satu saluran radio ini.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan serumah saya bertanya, "Ape benda boring yang kau pasang ni?"

Hmm yes, memang boring pun kalau pasang BFM 89.9. Kalau pagi- pagi dah berbual- bual pasal headlines surat khabar. Dan berborak kenapa begitu, kenapa begini. Kemudian ada lah bual bicara dengan  tetamu jemputan. Ada je slot macam- macam untuk hampir sepanjang masa. 

Tapi part yang paling best sebenarnya bila tengah malam sehingga menjelang subuh sebenarnya. Aherherher. Sebab masa tu BFM pasang lagu tempatan, kebanyakannnya darupada kumpulan indie. Masa tu, rasa bahagia dia macam zaman XFM gitu.

Korang tahu tak XFM tu apebenda? Xfresh? XFM? Yang sekarang dah takde? Dah la tutup secara tiba- tiba. Hampeh tapi rasa sedih sangat masa tu sobsobs.

Oh ya, tahu tak yang BFM sekarang boleh dilihat secara visual? Pergilah ke Youtube! Dan juga... jeng jeng jeng ada juga segmen dalam Bahasa Melayu. Taraaaaa

Jadi, mari tonton. Sama ada anda akan rasa bosan juga atau tertidur, hadam je lah. Bila lagi nak acah- acah pandai bila layan benda macam ni? ;)






Sabtu, 12 April 2014

Apa perasaan bila nak buat benda bagus, semata- mata nak tunjuk dekat orang yang kita boleh juga buat? Bukan buat sebab nak buat.

Memanglah dapat manfaat daripada benda baik, tapi kepuasan?

Selasa, 26 November 2013

Generasi Y- that's me!

Guruku pernah berkata bahawa generasi kini (iaitu generasi aku dan seangkatan) merupakan generasi yang kurang sabar dan mahukan sesuatu dengan cepat. Mereka tidak pernah untuk meluangkan masa untuk melakukan sesuatu dengan susah- payah. Semua mahu makan suap sahaja. 

Contoh yang paling senang, dalam mencari ilmu terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Kalau tak tahu jawapan untuk assignment, google sahaja. Kalau nak tahu maksud perkataan atau mahu menterjemah ayat, Google Translate kan ada. Tidak seperti generasi terdahulu, mereka sanggup menghabiskan masa di perpustakaan. Buku bertimbun untuk buat rujukan dalam assignement. Kita rilek je kan. Duduk hadap laptop, klik sana klik sini. Dah. Yang lagi haprak, copy paste ayat tu bulat- bulat.

Sebab tu lah, generasi kita manja lagaknya. Nak dapat apa- apa pun senang dan pantas.

Dan ada satu lagi, kita sudah tidak lagi bersifat kekitaan. Kita lebih bersifat aku- kau. Kalau lapar, cari makanan sendiri. Lantak pi orang lain. Kalau aku boleh cari makanan sendiri, kau pun buat lah sendiri. Part yang ni, boleh ketuk kepala amilah. Sebab rasa macam kutuk diri- sendiri sekarang ni. 

Lepas tu pula, kita ada disetkan minda untuk berfikir, "Apa yang aku dapat kalau aku buat ini?" Bila dah lama- lama belajar di Shah Alam, makin rasa yang sistem itu sangat menindas kita. Kalau aku pergi ceramah itu ini, dapat makanan percuma. Kita kan pelajar. Duit tak adalah banyak mana. Nak- nak hujung semester. Kalau tahu dapat makanan free, mestilah kita pergi bukan?

Kemudian, dapat pula kupon. Kupon tu kumpul banyak- banyak, ada can lah nak dapat kolej semester depan. Padahal pergi ceramah, input masuk sikit sahaja. Yang masa banyak terluang mungkin hadap smartphone dan aktif di laman sosial. 

Makanan percuma. Kupon. Aku tak kata salah perkara macam ni. Tapi, kita telah didoktrin dengan 'hadiah' berupa fizikal untuk apa yang kita lakukan. Jadi, mana niatnya untuk kita tambah ilmu? Mana niatnya untuk kita bersama memeriahkan acara- acara di kampus? 

Jadi, apa yang akan aku dapat bila aku buat sekian sekian?

Dah lah, cakap macam kena dekat diri sendiri. Oklah, bai korang :(



Isnin, 28 Januari 2013

Berjaga dan tidak tidur

Doa ini dimakbulkan dalam pelbagai cara. Bukan?
Aku adalah perempuan yang kuat tidur sebenarnya. Dan selalunya, pada waktu malam, aku boleh tidur lena selena- lenanya. Tanpa memikirkan keluh- kesah seperti rakan serumah yang menghidap insomnia. Aku sedap- sedap tidur dan dia, er dalam jam empat pagi gitu, masih berusaha untuk melelapkan mata tapi tak boleh. Kesian sebenarnya. Tapi, selagi tak rasa perkara yang serupa, selagi itulah kesian itu cuma kesian semata.

Sehinggalah pada suatu malam. Minggu peperiksaan terakhir. Untuk kertas terakhir. Dan aku mula belajar sungguh- sungguhla (sebab aku tak habis belajar lagi. k fine). Dan malam itu, aku pun tidur lah setelah terasa mengantuknya. Pejam mata. Doa- doa semua sudah dibaca. Pejam mata lagi.

Gagal untuk tidur!

Sehinggalah aku kembali bangun dan cuba belajar kembali. Oh ya, dalam keadaan begitu, sudah pasti apa yang aku baca tidak masuk kepala. Kecuali, pada pagi buta itu, aku sudah tahu apa yang aku nak tanyakan kepada rakanku ketika study group keesokan paginya.

Dalam keadaan resah begitu, aku fikir begini. Aku perlukan tidur agar aku tidak terlelap siang esoknya sehingga terlepas study group. Tapi aku masih berjaga. Dan azan Subuh nyaring di sayup- sayup pagi. Dan, boleh pula masa itu aku terasa nak melayari internet pada pagi itu.

Oh ya, pada tika itu, aku tengah ketagih untuk baca blog Mari Bergebang. Kelakar doh blog tu. Asyik nak klik older post saja di bahagian bawah blog.Maka bacalah. Dan baca lagi blog tu. Dan juga mengicau di laman biru. Baru saja aku rasa nak tidur, kawan sudah menghantar mesej tentang study group pagi itu. Dan hari aku bermula pada waktu itu tanpa tidur malam.

Dan blablablablabla pada hari itu, akhirnya aku masuk tidur pada jam (hampir) pukul 10 malam. 
Kau tahu doa aku apa sebenarnya? Aku berharap sangat agar aku tak terlepas solat Subuh. Itu je sebenarnya. Tapi takpe, Allah tu tunjuk jalan dengan bermacam- macam cara.

Aku sebenarnya berperang untuk solat Subuh sebenarnya. Tsk tsk. Inilah realitinya seorang aku. Nak pula masa study week/ minggu peperiksaan. Memang tiada kelas pagi lah kan. Tiada roommate pula tu. Amboi. Banyaknya alasan. Maka, aku pun berperanglah. Sama ada langsung tak dengar bunyi loceng. Atau dah dengar tapi tertidur balik. Ataupun dengan gigihnya bangun. Aduyai.

Dan er, balik rumah pun sebenarnya sama juga. Nak- nak lepas habis em you know, hal- hal perempuan ni. Ciskek. Nampak sangat bila datang bulan, semua dilanggar. Sesuka hati nak bangun, nak tidur pukul berapa sebab tak solat. Tsk tsk. 

Maka, doa aku untuk solat Subuh hari ini juga dimakbulkan dengan cara tak boleh tidur malam. Maka, sama- samalah doakan agar aku boleh menjadi seseorang yang tidur awal dan boleh bangun awal. Orang kata, kalau susah nak bangun solat Subuh tu, maksudnya banyak dosa. Tsk tsk.

Ampuniku Tuhan.

Banyak sangat hal duniawi dalam otak ni. Tsk tsk.
Sekianlah. Kini jam 1.56 pagi. Dan aku masih di hadapan laptop. Sekian.

Sabtu, 3 November 2012

Nametag sekolah kau macam ni juga ke?

Rupa- rupanya dah macam ni nametag sekolah sekarang ya. Besar pula tu aku nampak budak pakai haritu.


Mujur sungguh aku tinggalkan sekolah tiga tahun lepas. Mujur sungguh lagi kerana nametag sekolah aku tidak pelik- pelik macam tu. Dan juga warna nametag serupa je dari tingkatan satu sampailah lima. Tahu tak kenapa aku lega?

Makin besar nametag anda, makin tinggi harga yang perlu anda bayar. Kan? Aku tak faham apasal perlu ada nama sekolah pada nametag sedangkan lencana sekolah pun besar- besar dijahit atas tudung. Orang nak tahu kau sekolah mana, tengok jelah lencana. Nametag yang ada nama sekolah ni buat macam kita senang nak cam budak tu dari sekolah mana kalau tiba- tiba kita tangkap dia ponteng sekolah. Eh macam lah kerja budak sekarang ni ponteng sekolah?

Atau ini alasan tauke kapitalis nak untung lebih besar?

Hah satu lagi. Nametag yang warnanya lain- lain setiap kali kau naik tingkatan. Tingkatan satu warna hijau. Tingkatan dua warna oren dan seterusnya warna biru lah ungu lah. Macam- macam. Mungkin alasannya supaya guru- guru senang nak cam pelajar mereka dalam tingkatan berapa. Aduyai, bestlah tauke kalau macam ni. Tebal je poket tiap- tiap tahun. Cuba kalau pelajar dari keluarga miskin. Entah- entah tudung putih tak bertukar dari tingkatan satu tapi nametag bertukar- tukar setiap tahun.

Aduyai, mohon ampun kalau aku bersifat menuduh. Tapi banyak lagi benda yang boleh dibuat duit kan kalau bukan nak menghabiskan duit orang nak tuntut ilmu ni? Mudahkan jangan bebankan. Tolong. 

Rabu, 30 Mei 2012

Debat pemansuhan PTPTN


Arakiannya, budak perempuan ini baru saja tonton debat tentang PTPTN antara Encik Khairy Jamaluddin dengan Encik Rafizi Ramli. Lambat sungguh bukan? Biar lambat asalkan sensitif. Tapi mengapakah budak ini sibuk juga untuk tengok. Perbelanjaan universiti sudah, dan inysaAllah ditaja dalam masa empat tahun ini. Hutang PTPTN sebelum mendapat duit biasiswa pun sudah dilunas cukup- cukup beberapa bulan lepas. Ehem, Imam Hassan al- Banna pernah berkata, "Jika hendak lihat nasib sesuatu negara/ bangsa pada masa depan, lihatlah pada anak- anak muda masa kini". Sekadar menjadi sensitif kepada lagu- lagu baru Altimet, SSK, Tilu, Hujan serta mengumpul buku- buku Fixi, Jemari Seni serta baca blog ringan- ringan masih lagi tidak mencukupi untuk aku merasa cukup menjadi anak muda. 

Encik KJ dan Encik Rafizi. Seorang graduan Oxford. Seorang graduan Leeds. Perlu sajakah aku lihat dari mana universiti mereka? Banyak lagi yang mereka timba ilmu dan cari pengalaman. Cari sajalah di Google. Anda mampu melakukannya. Umur juga tiada jauh beza. Cuma beza setahun antara mereka. 

Apa ya yang aku jumpa dalam debat ini? Ini bukan debat zaman persekolahan di mana anda diberitahu oleh juri siapa pemenangnya siapa yang kalah. Ini debat yang bakal memaksa anda untuk mengasah pemikiran kritikal anda. Pemikiran kritikal bukan saja belajar dalam kelas ya Amilah. Yang kadang- kadang tak puas hati kenapa jawapan anda tak sama dengan jawapan pensyarah. Apa lagi, aplikasikan apa yang ada dalam buku Critical Thinking berwarna putih itu. Bagaimana tona pengulas, adakah mereka nampak bias dan apa pula pendapat mereka ini setara dengan fakta atau tidak. Dan sebagainya.

Dan mula- mula, sebenarnya aku kagum dengan cara pengucapan awam mereka. Bagaimana ya, dengan tona suara yang tenang, bahasa bdan (terutama tangan), cara berucap yang meyakinkan dan yang pasti, tiada terketar- ketar. Bagaimana ya, untuk asah cara pengucapan yang begitu bergaya sekali? Cemburu nih. 

Ehem, apa ya lagi. Untuk bagi yang tidak tahu, Finland merupakan antara negara yang terbaik dalam memberikan pendidikan. Percuma pula tu. Tiada IPTS. Tiada pembayaran untuk pendidikan. Dan Finland telah memperuntukkan 1.6% daripada dana untuk pendidikan sahaja. Ada yang mengatakan ini disebabkan kadar cukai yang tinggi. Sehingga 60%. Tetapi dikatakan oleh Encik Rafizi bahawa, untuk cukai persendirian, bagi golongan yang berpendapatan RM200,000 ke atas, Maaysia mengenakan cukai sebanyak 26% manakala Finland hanya mengenakan cukai sebanyak 21.5% sahaja. Oh, mana cukai yang tinggi di Finland sebagaimana didakwa oleh banyak pihak itu? Nombor- nombor ini membuatkan aku mempunyai sedikit harapan di mana, Malaysia boleh lakukan pendidikan percuma. Bolehkah? Boleh kan?

Bila pendidikan percuma, graduan kurang beban untuk membayar hutang. Maka, lebihan wang lebih tinggi daripada gaji. Maka kuasa beli graduan (pengguna) akan meningkat. Jadi, duit akan banyak disalurkan untuk membeli brang. Syarikat akan memperoleh untung lebih tinggi. Untung yang tinggi membuatkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan juga lebih tinggi. Fuh, penat. Ada faham? 

Tapi aku gusar, sedikit ragu- ragu, bagaimana kita mahu selesaikan hutang yang dulu- dulu yang tak terbayar lagi. Mampukah kerajaan. Maaf, aku kurang jelas dalam hal ini.

Tapi, di sebalik debat tentang PTPTN, maka terkeluarlah juga kisah- kisa lain tentang hutang Tan Sri Tajuddin Ramli, NFC, dan bayaran RM237 bilion oleh Petronas kepada kerajaan beberapa tahun lepas. Untuk orang yang baru peka macam aku, beberapa kisah lama yang dibangkitkan ini menimbulkan satu persoalan. Apa dia pula ni kan. Kita google je lah. Mana tahu dapat cerita dapat jawapan. Memandangkan jawapan dalam debat ini agak samar- samar. Tak gitu?

Tahniah kepada mereka berdua kerana berani hadir di hadapan rakyat untuk memberikan hujah masing- masing. Kita sendiri dapat lihat, dapat ulas tanpa perlu rujuk kepada surat khabar perdana mahupun partisan. 

Tentang nombor- nombor yang dinyatakan ketika pusingan awal debat, malas diri ini ulaskan. Terlalu banyak nombor. Mungkin orang lain boleh memberi ulasan lagi baik tentang perbelanjaan, peruntukan universiti mahupun hutang- hutang peminjam PTPTN. 

ps. Bab IPTS hanya perlu diwujudkan sebab kualiti IPTS itu sendiri dan bukannya pelajar daftar kerana tak cukup tempat untuk mereka di IPTA itu, sangat aku sokong. Iyalah, sayu apa tengok orang India yang berurus niaga dalam UiTM ni. Macam pembekal ais ke gerai- gerai dalam UiTM. Keluarga mereka sendiri susah nak masuk IPTA kalau pelajaran tak bagus. Apatah lagi, UiTM boleh aja memberi peluang yang sama kepada anak Melayu. Tsk tsk.

Bagi yang mahu membaca teks penuh debat.

Selasa, 15 Mei 2012

15 Mei 1948

Tiba- tiba je hari ini penuh DP kawan- kawan di Facebook dengan gambar- gambar berserta ini:


Tak kisahlah kalau ada orang fikir tukar gambar secara berjemaah ini poyo, buang masa atau tak memberi kesan kepada orang Palestin. Sekurang- kurangnya: 

1. Kita dapat tahu yang satu bencana telah berlaku pada 64 tahun yang lepas. Hampir setahun selepas hari Hartal di Tanah Melayu, Palestin telah dirampas orang. Orang Palestin mula menderita. 15 Mei 1948 juga dikenali sebagai Hari Nakbah. Mengapakah? Sebab pada hari inilah, penduduk Yahudi Zionis menumpang secara rasmi di tanah Palestin. Tak malu kan? Tiba- tiba duduk atas tanah orang, lepas tu mengaku itu tanah mereka.

2. Setiap daripada kita telah mendoakan orang Palestin. Tak adalah jadi ignorant sepanjang masa ye tak? Mudah- mudahan doa itu sampai kepada mereka :)

3. Bila lagi nak tukar DP secara berjemaah kalau tidak sekarang? At least, dapat tarik perhatian orang lain tau untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku 

ps. Siapa tahu cologne yang lebih wangi daripada Johnson and Johnson? :')
pps. Nah, kalau mahu tahu lagi tentang saudara kita Palestin

Selasa, 3 April 2012

Kampung radioaktif- Of Madam Lai Kwan and Kok Leong

Dia anak kelahiran Bukit Merah. Pada 1983. Ditup rohnya di rahim ibunya pada 1982. Ibunya ketika itu mencari sesuap nasi berdekatan dengan kilang memproses nadir bumi Asian Rare Earth. Arakiannya, lahirlah dia tanpa kebolehan untuk bertutur. Bukan pekak tapi terencat akal. Salah siapakah? Salah sisa toksikkah?

Malah ibunya juga disogok dengan duit. Agar kilang tidak hitam namanya. Agar kilang dapat terus beroperasi. Besar sangatkah nilai duit jika dibandingkan dengan kesempurnaan (fizikal dan mental sekurang- kurangnya) bagi seorang anak? :')

                  Bukit Merah: Anak Lai Kwan meninggal dunia


ps. Tak rugi habiskan bandwith untuk tonton video ini. Bukan selalu dapat kita tengok realiti di youtube jika dibandingkan dengan video klip artis itu penyanyi ini :)

Khamis, 29 Mac 2012

Tipikal kita

Kalau dapat dukung bayi comel- comel, tangkap gambar dan upload: Cukupkah kita sebagai gaya 'ibu mithali'?
Tidak. Ia mengambil LEBIH daripada itu untuk jadi seorang ibu.

Kalau kau dah pandai masak, dah cukup ke untuk memenuhi syarat 'saya dah boleh kahwin!' ?
Tidak semestinya. It takes more than that.

Seorang ibu, kerjanya bukan sekadar dukung anak. Celik sahaja mata di pagi hari, fikirnya adalah untuk masak apa sebagai sarapan pagi itu. Memikirkan pula baju- baju yang perlu dibasuh, dijemur dan dilipat. Kejut anak- anak pula untuk ke sekolah. Bagi yang berkerjaya, perlu pula siapkan diri untuk ke tempat kerja. Handle pula dengan kesesakan jalan raya, kerja di pejabat dan macam- macam lagi. Pulang je, perlu pula untuk memasak makan malam. Perlu berdamping dengan suami lagi. Anak jerit nak itu nak ini. Bayi menangis nakkan susu. Abang kakak bergaduh rebut televisyen. Anak buat ke tak kerja sekolah. Anak dah pandai ke belum mengeja alif ba ta, surah an-nas dah dihafal ke belum. Dan di akhir malam, ibu terlena kepenatan.

Seorang isteri. Pendamping suami. Aku tak nafikan kebolehan memasak itu. Tapi cukupkah itu sahaja? Bagaimana pula hidup berkongsi dengan orang lain. Tersenyum puaskah anda bila dapat melihat suami selepas pulang dari kerja? Sependapatkah anda sama- sama bila hadapi masalah? Masih samakah cinta setelah bertahun- tahun dirikan rumah tangga? Dan tegarkah anda kalau anda seorang pengemas tapi suami, letak baju pun merata- rata?

Oh ya, akhir sekali cerita ini, walau penat sekalipun  kita dengan kerja kita, akhirna pasti tersenyum puas bila tengok orang tersayang. Bai!


Sabtu, 27 Ogos 2011

Menaip itu lebih senang daripada bercakap

Aku ada satu masalah yang susah hendak diselesaikan sejak dulu lagi. Iaitu berkomunikasi dengan orang. Tak kisah la part yang aku pendiam atau introvert sebab kadang- kadang aku lebih suka macam tu. Perkara yang difikirkan lebih banyak daripada yang terluah. Aku bukan seseorang yang jenis "I speak my mind".

Cuma, aku tak berani nak tegur. Masalahnya, bila kau nampak perempuan ni baju tak cukup lengan, seluar tak cukup panjang dan ada pula tudung di kepala (sungguh tak kena di situ =P), kau cuma pandang pelik dekat dia. Hoi penulis, dia tak nampaklah kau pandang pelik kat dia. sobs

Ataupun, bila kau rasa kawan kau tak pergi sembahyang jumaat dan kau tak tegur, "Eh dah habis sembahyang Jumaat ke?" padahal jam baru 1 lebih petang. Okay, maknanya tu soalan menyindir lah.

Ataupun cuba ringankan mulut untuk panggil jemaah untuk rapatkan saf. Atau menyambung saf yang kosong di bahagian tengah. Panggil biasa pun tak apa, pandang saja tak memadai lah awak. Aku selalu motivasikan diri aku yang bila kita sambung saf, malaikat akan doakan kita. Hadis Nabi, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” Eh sorrylah, tak tahu riwayat mana. Sahih ke tidak. Tapi, bolehlah motivasikan kita untuk comelkan saf di masjid kan. *Harap- haraplah begitu.

Dan yang paling berat, kat laman maya atau bermesej, senang je tangan tulis salam atau insyaAllah. Tapi bila bercakap in person, mulut aku agak payah nak sebutkan dua itu. Balik- balik, kalau berjanji atau buat plan, cakap "Okay. Okay" Kan dah baca dalam al-Quran tu, yang kita perlu sebut insyaAllah. Rasanya tafsir tu dalam bahasa Melayu lagi (dan ditambah perkataan Indonesia juga). Takkan dah lupa kut peringatan Allah tu.

Oklah, perbaikilah diri awak tu. Diri sendiri yang sangat kecewa dengan diri sendiri. Sobs.

Kiki: Eh, nanti bila awak sampai sana, tolong beli aiskrim sekali untuk saya.
Lala: Okay! Eh, insyaAllah. ngee

Isnin, 11 Julai 2011

Rasuah lah sangat

Salah satu kenapa kita mesti benci rasuah adalah kerana mereka senang- senang dapat duit tanpa usaha banyak.

Sedangkan banyak lagi antara kita yang kerja susah- payah dengan gaji rendah. Buat kerja lebih masa untuk mendapatkan lebih banyak duit. Buat dua kerja untuk tampung hidup.

Tapi orang yang makan duit perisa rasuah boleh hidup senang.

Ai hate yu rasuah.

kredit: Juvana episod 12 masa warden layangkan duit kepada Tony :D

Sabtu, 25 Jun 2011

leggings


Pertama sekali, uhuk- uhuk, leggings are not pants. Amatlah tidak molek jika memakai leggings bersama baju yang tidak menutup punggung. Lagilah tidak cantik jika bertudung, tutup segalanya dari atas ke bawah tetapi memakai leggings.

Tapi, kalau nak rasa pakai leggings juga, pakailah dalam kain. Ketika pakai baju kurung ke, apa ke. Lagi seronok. Sebab..
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang" (Riwayat Al-Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi saw memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulllah saw memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) sumber
Kalau naik bas, terselak kain, adalah seluar yang tolong cover aurat terdeah tu. yiha!

p/s: tolong tegur sekiranya ada yang salah dalam artikel ni. kthanksbai :)

Selasa, 3 Mei 2011

cakap dengan diri sendiri

Baru saja habis baca halaman 72 'Contengan Jalanan'; Hlovate dah aci redah nak tulis. Bukan apa, terfikir juga kan. Hidup kita dah complete ke? Maksud aku, hidup aku. Rasa juga ada lubang sana sini jiwa aku. Apa yang aku buat tiap-tiap hari pun benda sama.

Membaca. Online. Buka facebook. Youtube-ing. Tidur. Makan. Goreng ayam. Oh ya, tonton tv juga!

Kau tak rasa ke perlu buat sesuatu yang bermakna dalam hidup? Aku tahu kau suka baca. Buku tu boleh bawa kau terbang sana sini tanpa berganjak pun dari sofa. Tapi cukup ke?

*Penulis merupakan penganggur yang bakal duduk rumah senang- lenang secara rasmi hampir 5 bulan sehingga september nanti.

Nak kata belajar jadi suri rumah (anak dara berjaya ftw!), kau reti masak telur mata kerbau je. Nak kata cari pengalaman, kau bukan kerja.
Nak kata kau dalami agama, kau aci redah je cari ilmu Tuhan kan.

I really need a start fresh. Macam air strawberry yang sedap tu. Sangat sangat perlukan!


Rabu, 27 April 2011

Of nasi lemak and jajan

Pada penghujung semester, saya makan nasi lemak hampir setiap hari. Alasannya mudah, saya cuma perlu melangkah 2-3 tapak untuk membeli di depan bilik sahaja. Hampir setiap hari asyik nasi lemak nasi lemak saja untuk makan malam. Sampailah satu hari, saya terfikir, nanti kolesterol naik ke sebab makan banyak sangat nasi lemak?

Bagi mereka, nasi lemak cuma satu pilihan. Pilihan yang menjimatkan poket. Aromanya. Telurnya. Sambalnya. Dan menjimatkan poket. Bagi saya, ada satu lagi sebab. Tak perlu jalan jauh!

Saya pemakan setia jajan. Kalau boleh, setiap kali pergi ke kedai, saya akan pandang jajan. Super ring, twisties, rota (!), double deckers. Apa lagi? Tapi saya tahan. Kena buat tak tahu. Nak- nak bila nak periksa. Saya memang pantang ni masa kat kolej. Awak tau tak?

Masa saya belajar kemahiran hidup semasa tingkatan tiga, saya baru faham yang burger itu hidangan lengkap. Ada roti, tomato (yay), salad, daging. Lengkaplah kan kalau ikut piramid makanan.Tapi kenapa burger akan di-ban di kantin? Tapi tak tahulah kalau info saya salah sebab saya bukan pelajar hayat.

Itu bukan kantin kalau tak jual nasi lemak setiap hari. Tolonglah. Tak banyak duit keluar kalau pilih nasi lemak. Ok, saya faham ada pilihan lain macam nasi goreng, mihun goreng, mi goreng, yadayada. Tapi kalaulah awak tahu yang dalam fikiran saya, yang terbayang cuma kanak- kanak comot, poket nipis, akan beli nasi lemak. Itu saja.

Oh ya, by the way, kenapa tak perkasakan pendidikan jasmani? Sebab ada juga scene di mana pelajar akan duduk di tepi padang. Aah. Pakai baju sukan seluar trek, tapi duduk tepi padang. Nak juga terfikir, mana pergi peluhnya kalau cuma bersaja- saja waktu pj? Atau korang nak tasik siap ada laluan lagi, baru nak praktis joging huh?

Isnin, 17 Januari 2011

azan kuat pun tak berguna kalau kau masih tidur

Sekarang, semua pun tahu bukan tentang isu memperlahan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur itu. Isu ini dipertikaikan kerana kelantangan azan.

Tapi kan... aku rasa sekuat mana pun azan tu, adakah kita (baca:muslim), boleh terbangun untuk sembahyang Subuh tepat pada waktunya? Sekuat mana pun azan, adakah muslimin masih gagah kakinya untuk melangkah bersembahyang jemaah.

Atau selimut berkulit babi itu lebih gagah terkamannya menyelimutkan kita yang enak diulit lullaby?

pasang niat, aku nak bangun sembahyang subuh pagi esok. tak kira! tak kira!
insyaAllah bangun :)

*Mungkin yang mempertikaikan patut bangga sebab dia boleh bangun ketika azan berkumandang, tapi tidak bagi muslim yang sedang krooh krooh

Isnin, 30 Ogos 2010

Merdeka ertinya kamu mengetahui sejarah lampau, mencari kekuatan bangsa dan menghargai. Kalau kamu hanya jumpa kelemahan bangsa kamu, janganlah sampai merendah- rendahkan bangsa itu. Kerana kamu juga terdiri daripada mereka.